Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan

Sate atau Satay adalah satu makanan tradisional di Malaysia dan popular di negara-

negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Brunei

Darussalam. Di Benua Amerika Selatan iaitu di negara Suriname, terdapat juga sate tetapi

dengan saiznya yang lebih besar. Sate diperbuat daripada daging telah dipotong mengikut

saiz yang sesuai untuk dijamu kepada para pelanggan yang datang. Secara khususnya, sate

diperbuat daripada kepingan daging yang dicucuk dengan batang lidi atau buluh dan

kemudian dibakar menggunakan api arang kayu. Terdapat pelbagai jenis daging yang

digunakan untuk membuat makanan yang lezat ini seperti sate ayam, kambing, ikan, kerang

dan lain-lain lagi. Sate sememangnya menjadi antara makanan paling popular di negara-

negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia.

Difahamkan bahawa sate berasal dari Jawa, Indonesia sejak dari zaman penjajahan

Belanda lagi sekitar awal abad ke-19. Rakyat di Belanda juga turut meminati makanan sate

ini kerana dipengaruhi oleh Jawa, Indonesia yang pernah menjadi koloni di negara tersebut.

Para pedagang bangsa Arab juga mula meminati makanan sate ini apabila mereka datang

untuk berniaga di Tanah Jawa pada masa tersebut. Sate daging kambing juga dipercayai

mempengaruhi pedagang-pedagang Arab kerana ia menepati cita rasa mereka.

Sate juga merupakan makanan yang mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk

dengan lidi kelapa. Sate ini juga berasa lebih enak dimakan dengan suhu penghidangan yang

panas yang menyebabkan ia boleh dimakan sebagai snek berat. Disebabkan keistimewaan

inilah yang membuatkan saya ingin mengkaji tentang sate.

1
1.0 Latar Belakang Sate

Sate atau satay merupakan isalah satu makanan tradisional di Malaysia dan negara-

negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. iiSate

sememangnya menjadi antara makanan paling popular di negara-negara Asia Tenggara

termasuklah Malaysia. Difahamkan sate berasal dari Jawa, Indonesia sejak dari zaman

penjajahan Belanda lagi sekitar awal abad ke-19. Rakyat di Belanda juga turut meminati

makanan sate ini kerana dipengaruhi oleh Jawa, Indonesia yang pernah menjadi koloni

negara tersebut. Kita sedia maklum bahawa pada zaman dulu, ramai orang Indonesia dibawa

oleh penjajah Belanda ke Guyana untuk menjadi buruh paksa di sana. Berkemungkinan,

mereka inilah yang membawa budaya sate di benua Amerika Selatan. Para pedagang

berbangsa Arab juga mula meminati makanan sate ini apabila mereka datang untuk berniaga

di tanah Jawa pada masa tersebut. Sate daging kambing dipercayai mempengaruhi para

pedagang-pedagang Arab kerana rasa daging tersebut menepati citarasa mereka. Mereka

sebenarnya sangat suka makan daging kambing. Maka dengan itu, mereka mengolah rasa sate

pilihan mereka kepada perisa daging kambing. 

Sate merupakan sejenis hidangan yang paling selalu ada di meja-meja makan di

Malaysia, dari Utara Perlis hinggalah ke Selatan Sarawak, ianya menjadi keistimewaan untuk

keraian dengan pelbagai jenis dan stail hidangan. Ianya juga menjadi rebutan tiga buah

negara yang menganggap sate sebagai makanan tradisional mereka seperti negara Thailand,

Malaysia dan Indonesia. Kita lupakan persengketaan sementara mencari jalan-jalan cari

makan. Sate merupakan sejenis makanan ringkas yang dicucuk kepada batang lidi. Secara

khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa atau batang

buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Sate dihidang dengan menggunakan

kepingan daging yang telah dipotong-potong mengikut saiz yang sesuai kemudian dicucuk ke

2
batang lidi untuk dijamu pada para pelanggan. Terdapat pelbagai lagi variasi sate yang

popular dijual selain daripada ayam, daging lembu dan kambing. Terdapat sate perut, sate

arnab, sate burung unta, sate hati, sate ikan, sate rusa, sate itik dan banyak lagi. Cara

pembuatan sate ini adalah agak berbeza bagi setiap daerah bergantung kepada resepi dari

negara masing-masing.

Di Malaysia, sate dipercayai diperkenalkan oleh Haji Tasmin bin Sakiban di pusat

bandar Kajang pada sekitar tahun 1900. Beliau menjual sate pada masa itu dari rumah ke

rumah dan di sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika dipanggil. Jadi perniagaan beliau

adalah jenis perniagaan bergerak ataupun dikenali sebagai peniaga kandar. Ini merujuk

kepada dua bekas yang dikandar oleh peniaga. Gambaran mengenai peniaga sate yang

mengandar barang jualannya boleh dilihat di dalam filem Pontianak Gua Musang. Anak

saudara Haji Tasmin telah mengkomersilkan sate Kajang ini. Jika dahulu sate dimakan di

tepi-tepi jalan dan gerai-gerai kecil, kini sate dijual dibangunan yang lebih mewah dan

berstandard tinggi. Terdapat pelbagai perbezaan diantara perjualan sate di gerai-gerai biasa

dengan yang di restoran mewah iaitu dari segi cara hidangan, lokasi, menu air, menu sate

turut berubah sesuai dengan perubahan zaman.

Namun begitu, kebanyakan orang iiiMelayu tidak biasa memakan daging semata-mata.

Oleh sebab itu, memakan sate biasanya turut disertakan dengan nasi dalam bentuk ketupat.

Perkara seperti ini banyak dijumpai apabila terdapatnya perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Sate merupakan sejenis hidangan yang mudah dimakan di mana-mana tempat atau lokasi

seperti tepi-tepi jalan sekalipun kerana hidangannya yang sangat ringkas iaitu kepingan

daging bakar yang dicucuk dengan lidi kelapa. Terdapat juga kuah sate dengan cara

persediaannya  kacang yang ditumbuk sehingga lumat dan digaul kemudian dimasak dengan

pelbagai rempah. Bau wangi yang menyelerakan terhasil apabila sate dibakar diatas api arang

3
kayu. Ini sangat penting bagi peniaga sate kerana perkara bau ini merupakan salah satu faktor

selain rasa yang sedap bagi pelanggan tertarik untuk membelinya. . Didapati juga, sate

dihidang bersama dengan bawang merah dan timun, selain dari ketupat nasi atau nasi himpit.

Sate ini juga merupakan salah satu makanan tradisional yang memiliki tingkat

populariti yang tinggi di Indonesia, dan bahkan di dunia. Hal ini terlihat dari banyaknya

restoran yang mengangkat makanan tersebut sebagai menu utama mereka. Hal yang sama

banyak terjadi di Surabaya, Indonesia. Terdapat begitu banyak gerai sate tersebar di bandar

Indonesia tidak kira bandar kecil atau besar yang menyebabkan persaingan untuk mendapat

pelanggan. Kerana persaingan begitu kuat, akhirnya teknik menurunkan harga seminimum

mungkin tanpa memperhatikan kualiti produk selalu dijumpai. Hasilnya, sate selalu dianggap

sebagai makanan tradisional murahan (murah tanpa kualiti).

Namun di antara gerai sate yang begitu banyak, ada satu penerbit yang cuba

mengambil cara yang berbeza. ivLisidu, sebuah gerai makan sate ayam di Ponorogo, bertekad

tidak hanya untuk melestarikan makanan tradisional ini saja, namun juga meningkatkan darjat

makanan tradisional. Oleh sebab itu, pemikiran bahawa sate yang dimakan di pinggiran jalan

tidak bersih dan bahannya harus ditukar. Cara yang digunakannya adalah dengan

menggunakan bahan terbaik dalam pembuatan satenya, iaitu mengunakan 100% daging ayam

kampung. Hal ini kemudian menyebabkan harga satenya meningkat serta targetnya yang

lebih premium dibandingkan dengan gerai sate lain di Surabaya.

Walaupun sudah menggunakan sedikit inovasi berbandingkan dengan pembuatan sate

pada umumnya, fakta pembuatan sate Lisidu ini masih mempunyai beberapa kelemahan yang

cukup besar. Pertama, dari segi penghidangannya. Untuk menyajikan satu jenis hidangan ini

sahaja, ia memerlukan 3 pembungkusan lain iaitu pembungkusan sate, pembungkusan kuah

4
sate dan pembungkusan luarnya untuk diangkat. Ini belum termasuk pembungkusan

tambahan seperti sambal dan hirisan bawang merah yang juga dimasukkan ke dalam

pembungkusan. Sangatlah tidak praktikal.

Kelemahan kedua ialah dari segi keberkesanan. Pembungkusan take away jangka

pendek seharusnya untuk pelanggan menikmati hidangan sate tersebut di mana pun. Take

away, bukan take home. Namun hal ini tidak dapat dilakukan kerana penggunaan kertas

coklat berlamina sebagai bahan pembungkus utama satenya. Kertas yang bersifat datar dan

rata tidak dapat dituang dengan perasa kuah kacang kerana dengan waktu yang sekejap saja,

perisanya akan melimpah ke merata tempat. Bagi mengatasi masalah tersebut, akhirnya

pelanggan harus menunggu untuk pulang ke rumah bagi memindahkan sate ke piring.

Seharusnya bungkusan take away itu yang digunakan bagi pelanggan untuk makan dimana

pun mereka berada sebagai pengganti dari piring yang digunakan di rumah.

Kelemahan lainnya dapat dilihat dari segi kebersihan. Seperti yang kita tahu, untuk

mencipta vrasa pekat pada sate ayam Ponorogo, ia memerlukan proses perendaman daging di

dalam perasa. Semasa proses pemanggangan, air dan haruman perasa-perasa akan merembes

keluar dari daging hingga membasahkan kertas coklat berlamina dan aluminium foil di

luarnya. Disebabkan Lisidu yang tidak menggunakan sistem penutupan pada

pembungkusannya, perasa tersebut semakin mudah keluar melalui celah-celah kertas dan foil

yang terbuka. Hasilnya, bungkusan-bungkusan lain dan bahagian bawah kantung plastik pun

ikut terkena perasa tersebut. Oleh itu, selain dari berlawan dengan fungsi bungkusan yang

seharusnya memberikan penjagaan dan pengamanan pada produknya, ia juga berlawanan

dengan imej yang bersih dimiliki oleh Lisidu. Selain dari itu, bungkusan sate Lisidu ini belum

5
mempunyai identiti yang jelas yang membuatkan dia dapat berfokus kepada pencapaian

tinggi dari sate ayam Lisidu sendiri.

Bungkusan sate Lisidu tidak terlalu berbeza dengan bungkusan sate lain. Hal ini

berlawanan dengan salah satu tujuan bungkusan iaitu mengekspresikan identiti dan imej

produknya. Adanya identiti ini akan menjadi Unique Selling Proposition, sebuah poin unik

yang dapat membezakan bungkusan sate Lisidu dengan yang lain, dengan harapan pelanggan

akan lebih tertarik untuk membeli sate Lisidu. Disebabkan itu, dia memerlukan sebuah idea

pembungkusan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahannya dari bentuk bungkusan sate

ayam Lisidu yang telah digunakan selama ini.

6
2.0 Sejarah Perkembangan Sate Di Daerah Sandakan Dari Tahun 2005 hingga Tahun

2020.

Sejarah perkembangan yang dapat dilihat terhadap sate sejak kewujudannya di Daerah

Sandakan secara khususnya dalam kerangka masa 15 tahun dari 2005 hingga 2020 adalah

perkembangan melalui cara pembentukannya Pada asasnya, sate hanya dihidangkan dengan

kepingan daging ayam yang dicucuk dengan batang lidi ataupun buluh. Pada masa itu, Sate

hanya disediakan dengan menggunakan daging ayam kerana daging ayam merupakan daging

yang tersenang dan mudah untuk dimiliki kerana harganya yang murah. viNamun pada masa

itu, walaupun sate hanya dihidangkan dengan daging ayam sahaja, ia tetap juga menjadi

hidangan sampingan yang popular kerana rasanya yang sedap dan harga yang berbaloi untuk

dibeli. Selepas beberapa tahun berlalu, peniaga-peniaga sate terlihat semakin ramai dan

terdapat di merata-rata tempat. Disebabkan peniaga-peniaga sate semakin ramai, timbulnya

idea-idea untuk memantapkan lagi hidangan untuk menarik perhatian pelanggan. Idea-idea

tersebut yang menyebabkan berlakunya perkembangan dari segi hidangan seperti sate sudah

mulai dihidang dengan daging yang lebih mahal iaitu daging lembu. Peniaga-peniaga juga

mulai mencipta benda baharu seperti kuah sate yang dihidang untuk dicecah pada sate bagi

7
menambahkan lagi rasa lezat dan berbaloinya untuk dibeli. Disamping itu, cara penghidangan

dari segi pembakaran nya juga di ubah. Pada tahun 2005 dan di sekitarnya, viidaging sate yang

dicucuk pada batang lidi atau buluh ringkas sahaja dibakar di atas haba arang batu tanpa apa-

apa campuran. Namun selepas beberapa tahun, cara pembakarannya mulai diubahsuai,

sebelum dibakar, daging sate akan diperap dalam perasa yang merupakan campuran pelbagai

rempah seperti ketumbar, jintan, kunyit dan gula untuk seketika sebelum dibakar dan semasa

daging sate tersebut sedang dibakar, ia akan disapu-sapukan lagi dengan air perapan tersebut

menggunakan batang serai yang menyebabkan bau asap yang terhasil sangat-sangat beraroma

dan menarik perhatian. Air perapan tersebut bukan sahaja menghasilkan asap yang menarik

perhatian pelanggan, ia juga menyebabkan daging sate tersebut mempunyai rasa sedap yang

pekat dan berjus.

Manakala, sate juga terdapat perkembangan dari segi kaedah bakar nya pada masa

kini. Disebabkan perubahan zaman yang semakin ke arah kemodenan ini, peniaga-peniaga

sate memilih untuk menjual sate di bandar kerana penduduk bandar yang lebih ramai

daripada luar bandar. Namun begitu, terdapat kesulitan bagi peniaga kerana kekurangan

sumber arang batu, mereka memerlukan lebih modal untuk membeli arang batu untuk

berniaga berbandingkan masyarakat kawasan luar bandar yang boleh membuatnya tanpa

modal. Disebabkan itu, terdapat peniaga-peniaga sate dalam bandar yang memilih untuk

berniaga menggunakan pekakas yang menggunakan kemudahan eletronik untuk

mengeluarkan haba bagi memanggang satenya. Disamping itu, peniaga-peniaga sate dalam

bandar juga memilih untuk menggunakan pekakas eletronik kerana ia kurang mengeluarkan

asap yang berkemungkinan mengganggu pelanggan untuk makan dengan tenang di dalam

restoran. Namun hanya segelintir peniaga sahaja yang memilih untuk menggunakan

kemudahan ini kerana ia memerlukan modal yang sangat besar untuk membeli pekakas-

8
pekakas tersebut, maka kemudahan kaedah bakar ini hanya terdapat di restoran yang mewah

dan berkelas tinggi. Walaubagaimanapun, masi juga terdapat peniaga-peniaga sate yang

mengikut cara tradisional iaitu arang batu kerana modal untuk menyediakan hidangan

tersebut lebih murah dan mampu milik. Zaman yang semakin moden ini juga menyebabkan

tempat-tempat perniagaan sate ini semakin berkembang biak. Disebabkan itu, lokasi dan

tempat yang menjadi tarikan pelancong dan masyarakat setempat kini juga terdapatnya

peniaga sate kecil-kecilan walhal dulu peniaga sate hanya berniaga di tempat-tempat biasa

seperti tempat yang berdekatan dengan sekolah, hospital dan pasar. Namun kini peniaga-

peniaga mendapat lebih untung dengan berjualan di tempat-tempat yang lebih popular dan

menarik perhatian ramai orang. Sebagai contoh, tempat-tempat bersejarah dan tempat yang

selesa bagi orang-orang seperti tepi pantai. Dengan itu, bukan sahaja orang tempatan yang

akan membeli sate namun pelancong-pelancong asing dari berbilang negara yang melancong

ke tempat kita juga. Dengan berjualan sate di tempat-tempat sedemikian, peniaga dapat

berniaga dengan lebih efektif dan pelancong yang jarang merasakan sate juga dapat merasa

hidangan baharu.

Perkembangan sate yang seterusnya adalah kemudahan untuk mendapatkan bahan.

Zaman yang berteknologi moden kini juga telah merangsang perniagaan peniaga-peniaga sate

dan peniaga lain. Peniaga-peniaga sate yang memilih untuk berniaga di pusat bandar yang

menjadi tempat tumpuan orang ramai selalu mendapat pelanggan yang ramai dan mengambil

masa yang lama untuk menyediakan hidangan untuk semua pelanggan dengan cepat kerana

pada masa lalu, daging sate perlu dipotong kecil kemudian dicucuk dengan batang lidi

tambah lagi kesusahan untuk mencari bahan seperti daging. Namun kini, ahli-ahli perniagaan

telah mencipta sate yang telah disediakan dari kilang dan dibekukan sedia untuk ketahanan

bahan tersebut dengan lebih lama dan dijual kepada peniaga sate untuk memudahkan dan

9
menjimatkan masa mereka untuk menyediakan hidangan. Bahan-bahan tersebut senang dicari

kerana banyak terdapat di mana-mana market yang berjualan bahan daging. Namun

demikian, walaupun peniaga dapat berjualan dengan lebih cepat, terdapat masa di mana

pelanggan tidak dapat pergi ke gerai untuk membelinya. Ini boleh terjadi jika pelanggan sakit

atau terlalu sibuk untuk ke gerai membelinya. Namun dengan keadaan zaman yang moden

dan berteknologi tinggi ini, terdapat kemudahan bagi pelanggan membeli sate tanpa pergi ke

kedai, iaitu dengan membelinya secara dalam talian. Pada masa kini, viii
terdapat banyak

aplikasi yang tercipta bagi memudahkan masyarakat seperti Foodpanda dan Grabfood yang

berkemudahan untuk menghantar makanan yang diingini. Dengan aplikasi tersebut,

pelanggan dapat membeli sate pada bila-bila masa dan dimana jua tanpa pergi ke kedai

padahal pada masa lalu, pelanggan yang ingin membeli sate perlu pergi ke gerai dan tunggu

untuk mendapatkan hidangan.

Selain itu, perkembangan sate yang seterusnya adalah dari segi pembungkusan. Pada

masa lalu, sate hanya dibungkuskan dengan menggunakan plastik biasa. Pada masa kini,

peniaga mulai membungkus sate dengan cara yang berbeza dari sebelumnya iaitu dengan

menggunakan kotak tapau. Antara sebab peniaga menggunakan kaedah pembungkusan yang

berbeza adalah untuk mengekalkan kehangatan sate yang dibeli jauh lebih lama berbanding

kaedah pembungkusan dengan menggunakan plastik biasa, dengan ini pelanggan dapat

membawa sate yang dibeli ke rumah atau tempat-tempat yang ingin dituju tanpa merisaukan

hidangannya hilang kehangatan, maka pelanggan dapat menikmati rasa sate yang lebih enak

dan lezat walaupun mengambil masa yang sedikit lama sebelum makan. Sebab lainnya adalah

kerana kebersihan. Ini demikian kerana dengan menggunakan kotak tapau, sate dapat ditutup

dan terlindung daripada kotoran dari luar seperti habuk dan serangga. Seterusnya ia juga lebih

selamat jika menggunakan kotak tapau kerana dengan keadaan tertutup berbandingkan plastik

10
biasa yang terbuka, kuah dan jus-jus sate akan sentiasa terjaga dan susah untuk tumpah.

Tambahan lagi, peniaga lebih memilih untuk menggunakan kotak tapau berbanding plastik

biasa kerana plastik mempunyai banyak keburukan seperti tidak mesra alam. Diikuti lagi

dengan keadaan dunia yang memilih untuk ke arah kebersihan, maka plastik yang bericiri-ciri

susah untuk dilupuskan serta mengandungi unsur karsinogen yang boleh membahayakan

kesihatan manusia seperti boleh menyebabkan kanser. Maka plastik tidak lagi di rekomendasi

untuk digunakan dan bagi sesiapa yang menggunakan plastik akan di caj bayaran sebanyak

rm0.20.

Akhir sekali, cara pemakanan sate juga merupakan salah satu

perkembangannya. Dahulu, sate hanya dijadikan hidangan sampingan bagi masyarakat.

Namun kini, sate menjadi hidangan yang disediakan dan dimakan di pelbagai tempat atau

masa. Salah satunya ialah apabila terdapat majlis-majlis tertentu, sate sentiasa ada untuk

dihidangkan kerana sate merupakan makanan yang ringkas namun sangat sedap. Bukan di

majlis sahaja, sate juga selalu dihidang di hari-hari perayaan terutamanya perayaan bagi

orang melayu iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sate selalu terhidangkan pada perayaan tersebut

kerana sate pada asal nya memang makanan yang disukai oleh kaum melayu. Namun bukan

kaum melayu sahaja yang menyediakannya pada hari perayaan, kini kaum cina dan india juga

mulai menyediakan sate pada hari perayaan mereka kerana cara hidangannya yang ringkas

dan disukai oleh ramai orang. Sate selalu dimakan dengan nasi kerana rasa sate dan jus nya

yang pekat sangat cocok jika dimakan dengan nasi. Maka dengan itu, kaum melayu selalu

hidang sate bersama-sama dengan ketupat nasi ataupun nasi himpit di perayaan mereka. Pada

awalnya, para peniaga sate hanya berkaum Melayu. Orang melayu pada masa itu menjual

sate dengan resipi mereka iaitu sate ayam berserta kuah kacang. Orang melayu menjadikan

sate sebagai hidangan sampingan ataupun lauk yang dimakan bersama nasi sebagai makanan

utama. Disebabkan ramai penduduk di Daerah Sandakan yang gemar dengan sate maka hal

11
ini mempengaruhi pelbagai jenis kaum dari pelbagai peniaga lain yang berketurunan bangsa

lain seperti bangsa cina, india dan lain-lain. Bangsa lain menyediakan sate dengan mengikut

resipi masin-masing yang berbeza. Sebagai contoh, ixbagi kaum cina, mereka lebih gemar

memakan makanan yang berstandard tinggi dan unik sepeti makanan laut. Maka dengan itu,

terdapat kaum cina yang merubah resipi sate dari segi daging. Terdapat peniaga sate

berbangsa cina yang menjual sate menggunakan daging sotong dan kerang yang menjadikan

sate lebih unik. Selain itu orang berbangsa cina juga memilih untuk menggunakan sos

berbanding kuah kacang yang digunakan oleh kaum melayu. Pada masa kini, orang cina juga

selalu menyediakan sate sebagai hidangan sampingan mereka juga di hari perayaan mereka

seperti perayaan Tahun Baru Cina dan pesta tanglung. Bagi orang berbangsa india pula,

mereka juga mempunyai resipi mereka sendiri. Mereka lebih suka akan daging yang lebih

liat, maka mereka memilih untuk menggunakan daging kambing atau sapi ketika

menyediakan hidangan sate ini. Orang berbangsa india juga terkenal dengan tabiat mereka

yang suka dengan kari. Hampir setiap hidangan mereka mempunyai kari. Maka dengan itu,

sate yang dihidangkan selalu dimakan dengan kuah kari ciptaan mereka sendiri. Lebih

uniknya lagi, akibat zaman yang semakin berkembang, sate bukan saja menjadi hidangan

yang dicucuk dengan lidi dan dibakar malah dijadikan perisa kepada beberapa produk.

Sebagai contoh, mi segera pada tahun 2020 telah mempunyai perisa sate yang dicampurkan.

Mi segera berperisa sate dicipta berdasarkan dari rasa sate aslinya. Cara menyediakan

hidangannya tidak lagi perlu dibakar namun direbus mi segera nya kemudian dicampurkan

perisa satenya ke dalam mi, kemudian hidangan siap untuk dimakan. Lebih uniknya lagi, para

peniaga yang semakin kreatif mencipta sate yang diubah menjadi sate maggi iaitu mee yang

dililitkan pada batang lidi kemudian digoreng.

12
3.0 Faktor yang mempengaruhi perkembangan Sate di Daerah Sandakan dari tahun

2005 hingga 2020.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sate di Daerah Sandakan.

Teknologi yang semakin moden dan negara yang semakin maju menjadi salah satu faktor

yang mempengaruhi perkembangan sate. Negara Malaysia menjadi semakin berkembang

maju dari tahun ke tahun. Dengan itu, teknologi yang semakin moden menyebabkan rakyat

mulai lupa akan cara tradisional kerana mereka menganggap bahawa teknologi moden lebih

mudah diguna dan berstandard. Maka dengan itu, para peniaga sate yang berniaga di Daerah

Sandakan juga terkesan bagi mendapat pelanggan yang lebih ramai. Oleh itu, para sate lebih

13
memilih untuk menggunakan pekakas eletronik yang lebih maju walaupun memakan modal

yang agak besar bagi peniaga biasa. Dengan itu, pelanggan yang datang untuk membelinya

berasa bahawa jika sate mereka dibakar menggunakan pekakas eletronik, makanan akan lebih

bersih dan bebas dari kotoran habuk dan asap tebal kerana bagi peniaga sate yang

menggunakan cara tradisional, asap tebal dan bekas panggangan yang kotor bole melekat

pada sate yang dimasak.

Faktor perkembangan sate yang seterusnya adalah melalui kaum yang berbilang di

Daerah Sandakan. Negara Malaysia terkenal dengan rakyat yang berbilang bangsa dan kaum

yang bersatu padu dan saling bergantungan antara satu sama lain. Pada awalnya, para peniaga

sate hanya berkaum Melayu. Namun akibat bangsa lain juga ingin berniaga, banyak yang

memilih untuk menjual sate kerana cara penghidangan sate yang amat mudah dan ringkas

serta tidak memerlukan modal yang tinggi untuk menyediakan bahan-bahan nya. Dengan itu,

kaum lain yang berbangsa cina dan india juga mulai berniaga sate. Mereka berniaga sate

menggunakan resipi mereka sendiri yang menjadikan sate jualan mereka lebih unik dan

berbeza daripada perniagaan sate kaum lain. Harga yang ditawarkan kepada pelanggan juga

berbeza apabila bahan-bahan yang digunakan berbeza.

Kesimpulan

Melalui kajian ini, pengkaji dapat melihat bagaimana semangat perpaduan kaum

antara masyarakat di Daerah Sandakan walaupun berbilangan kaum dan saling mempunyai

kebudayaan masing-masing. Ini juga menjadi salah satu faktor dalam perkembangan sate.

Pada asalnya, nasi lemak hanya dijual di Daerah Sandakan yang berketurunan melayu sahaja,

namun pada hari ini, sate kini sudah terkenal dan masyarakat yang berbangsa lain juga

mampu membuat dan mengetahui cara penyediaan sate ini. Di samping dengan itu, banyak

14
lagi perubahan sate khususnya dari segi penghidangan lauk, pembungkusannya dan banyak

lagi. Selain itu, pengkaji juga dapat melihat perubahan sate dari segi tempat menjual sate

yang pada asalnya peniaga sate hanya menjual pada gerai-gerai sehingga pembukaan

restoran. Tuntasnya, kajian ini sedikit sebanyak mampu menyumbang kepada kesedaran

penduduk setempat bahawa makanan sate mampu meningkatkan ekonomi masyarakat di

Daerah Sandakan. Dalam masa yang sama juga, ia mampu mengekalkan nilai tradisi

masyarakat Sandakan yang berbilang kaum.

Nota Hujung

15
i
Latar Belakang Industri Satay, https://niagatani04.wixsite.com/group7satay/single-post/2016-1-9-
latar-belakang-industri-satay, diakses pada 18 Mac 2023

ii
Sate, https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sate, diakses pada 18 Mac 2023

iii
Pengenalan Satay, https://caphryandhanny.wordpress.com/satay/, diakses pada 4 April 2023

iv
Perancangan Kemasan Inovatif Sate Ayam Lisidu Surabaya, https://docplayer.info/35659916-
Perancangan-kemasan-inovatif-sate-ayam-lisidu-surabaya.html, diakses pada 10 April 2023

v
Sate ayam Lisidu, Sate Khas Ponorogo di Surabaya, https://www.firmankasan.com/2021/05/sate-
ayam-lisidu-sate-khas-ponorogo-di-surabaya.html, diakses pada 10 April 2023

vi
Anim Agro Technology, http://animhosnan.blogspot.com/2012/11/sate.html, diakses pada 10 April
2023

vii
Malay Heritage Cooking, Rita Zahara foreword by MDM ZURAIDAH ABDULLAH, Halaman
162

viii
Masammanis, https://norazlitaaziz.blogspot.com/2014/09/satay-satay-mari-makan-satay.html,
diakses pada 6 Julai 2023

ix
100 Resep Sate Nusantara, Pengarang : Dapur Alma, Penerbit : Gramedia Pustaka Utama, 160
halaman

Anda mungkin juga menyukai