Anda di halaman 1dari 35

a

b
TUGASAN :

RINGKASAN TAMADUN ISLAM

OLEH:
ABD RAHMAN BIN ISNIN
680924015109
(NO.MATRIK: )

SEMESTER 3:
TAMADUN ISLAM
(WK008)

c
KANDUNGAN
1 PENGENALAN TAMADUN ISLAM ........................................................................... 1
1.1 Pendahuluan ...................................................................................................... 1
1.2 Etimologi perkataan tamadun............................................................................. 1
1.3 Makna tamadun ................................................................................................. 1
1.4 Ciri-ciri tamadun ................................................................................................. 1
1.5 Sifat tamadun ..................................................................................................... 1
1.6 Tamadun zaman pertengahan? ......................................................................... 2
1.7 Zaman gemilang ................................................................................................ 2
1.8 Perbezaan tamadun Islam dan Barat ................................................................. 2
1.9 Pengaruh agama terhadap tamadun .................................................................. 2
1.10 Agen penting ...................................................................................................... 3
1.11 Kecepatan pembangunan .................................................................................. 3
1.12 Ketahanan tamadun Islam ................................................................................. 3
2 AL-QURAN SEBAGAI SUMBER UTAMA & INSPIRASI TAMADUN ISLAM ............ 4
3 TAMADUN AWAL ISLAM ......................................................................................... 7
4 NEGARA BANI UMAIYAH ...................................................................................... 10
5 MUAWIYAH BIN ABU SUFIAN............................................................................... 10
6 ABDUL MALIK BIN MARWAN ................................................................................ 12
7 AL-WALID BIN ABDUL MALIK ............................................................................... 14
8 KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ ...................................................................... 16
9 KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH ............................................................ 17
10 MUSA BIN NUSAIR DAN TARIQ BIN ZIAD ........................................................ 18
11 ABDUL RAHMAN AD-DAKHILI ........................................................................... 19
12 SEJARAH PEMERINTAHAN KERAJAAN ABBASIAH ......... Error! Bookmark not
defined.
13 ABU AL-ABBAS AS-SAFFAH ............................................................................. 22
14 ABU JAAFAR AL-MANSUR ................................................................................ 22
15 HARUN AMIN AL-RASYYID ............................................................................... 24
16 KHALIFAH AL-MAAMUN BIN HARUN AL-RASYID ............................................ 25
17 AL-MUKTASIM BIN HARUN AL-RASYID DAN AL-WASIK ................................. 26

i
ii
1 PENGENALAN TAMADUN ISLAM
1.1 Pendahuluan
Kajian khusus pertama kali dilakukan pada kurun ke 14M oleh Ibn
Khaldun
1.2 Etimologi perkataan tamadun
‘Tamadun’ berasal dari perkataan Arab tamaddun yang berakar umbi
dari perkataan maddana yang bererti:
1) ‘membangunkan atau memajukan (Bandar)’
2) ‘menjadikan atau mengubah kepada berkelakuan ‘kebandaran’
Tamaddun berpunca dari perkataan madana:
1) Menduduki sesuatu tempat
2) Berkelakuan seperti orang Bandar atau halus budi pekertinya
Ini dilihat dalam konteks masyarakat Arab lama, di mana orang
kampong(badwi) biasanya kasar dan orang Bandar bersopan santun
1.3 Makna tamadun
 Kemajuan jasmani(benda) dan rohani(abstract)
 Penyebaran teknologi pertanian dan berakhirnya cara hidup nomad
 Penternakan dan pengkhususan fungsi untuk kumpulan tertentu
 Revolusi perbandaran, yang berkaitan dengan timbulnya Bandar dan
Negara, dengan stratifikasi masyarakat dalam kelas social, dengan
pertanian, perairan dan teknologi mengerjakan tembaga dan gangsa,
tulisan, bilangan, kalender dan lain-lain
 Revolusi pengairan
 Revolusi teknologi logam
 Revolusi desa
 Revolusi perdagangan
 Revolusi teknologi
 Revolusi industri
1.4 Ciri-ciri tamadun
 Bentuk agama yang tinggi
 Negara yang tersusun rapi
 Sistem undang-undang
 Kehidupan Bandar
 Sistem tulisan yang maju
 Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa
1.5 Sifat tamadun
Mengikut prinsip Islam semua perkara adalah halal kecuali yang
diharamkan oleh nas. Tamadun Islam adalah segala kemajuan
1
kebendaan dan kerohanian yang tidak bercanggah dengan prinsip Islam.
Budaya dan ajaran-ajaran yang mengasaskan budaya itu, tamadun
sesuatu umat selalunya digunakan dengan merujuk kepada budaya yang
dominan dalam dunia untuk sesuatu zaman
1.6 Tamadun zaman pertengahan?
Pengelasan Islam sebagai Zaman Pertengahan akan memberi
tanggapan bahawa tiada lagi tamadun Islam selepas zaman ini. Tuduhan
itu semata-mata berdasarkan sejarah di Timur-Tengah, Tamadun Islam
berkemuncak pada Zaman Pertengahan, kemudian merosot selepas
zaman ini. Sedangkan masyarakat Islam di kawasan lain menempa
kemajuan selepas zaman ini. Tamadun Islam boleh muncul dan
berkembang bila-bila masa saja apabila umat Islam mengamalkan ajaran
al-Quran
1.7 Zaman gemilang
Kemuncak tamadun Islam ialah pada zaman Rasulullah. Sedangkan
orientelis barat mendakwa bahawa zaman keemasan Islam berlaku pada
zaman Abbasiyah. Ini kerana mereka lebih melihat sudut kebendaan dan
kemajuan keduniaan, sains dan falsafah, yang gemilang pada zaman ini
1.8 Perbezaan tamadun Islam dan Barat
 Kedudukan agama dalam tamadun
Mengikut pandangan sekular, budaya manusia mencipta agamanya.
Islam pula menegaskan bahawa pembaharuan dalam Islam adalah
mengikut Din Islam
 Konsep kesepaduan dan pengawalan
Tamadun Islam adalah tamadun terpimpin. Tamadun secular
mempunya pengawalan longgar terhadap perkara keduniaan kerana
tidak berkaitan dengan agama
 Konsep kemajuan
Menurut konsep barat adalah berdasarkan jumlah keuntungan atau
pembaharuan yang dicipta dan seumpamanya. Islam juga begitu tetapi
juga mengambil kira apakah pembaharuan itu, bagaimana ia dicapai
dan apakah matlamatnya
 Penekanan sudut kemajuan
Barat mengutamakan aspek kebendaan dan mengenepikan
kerohanian. Islam menekankan kedua-dua aspek ini
1.9 Pengaruh agama terhadap tamadun
Ditinjau dari sudut sejarah, banyak bangunan didirikan atas dorongan agama
dan diperkaya dengan seni bina ukiran yang berunsur keagamaan.

2
Sebaliknya berlaku di pihak lain. Masyarakat Eropah mencapai tamadun
kebendaan yang tinggi selepas melalui proses Renaisssance, iaitu selepas
melepaskan diri dari kongkongan agama pada Zaman Kegelapan
Semasa Zaman Gelap di Eropah, dunia Islam di timurnya sedang berada dalam
kegemilangan. Sedangkan di Timur sedang berada di bawah pengaruh agama
yang kuat juga
Dunia Timur pernah mengalami zaman kegelapan, disebut zaman jahiliyyah,
bilamana masyarakay kucar-kacir, mundur rohaninya dan perkembangan
kemajuan kebendaan mereka lembap. Keadaan berubah setelah kedatangan
Islam yang membawa mereka ke kemuncak tamadun. Mereka maju setelah
berpegang kepada agama manakala Barat maju setelah melepaskan diri dari
ikatan agama

1.10 Agen penting tamadun Islam


 Al-Quran dan al-Sunnah
 Tauhid
 Shari’ah
 Akhlak
 Kepimpinan tokoh-tokoh Islam
 Ijtihad
 Ilmu dan pendidikan Islam
 Masjid
 Kerajaan dan Bandar Islam
1.11 Kecepatan pembangunan
Bergantung kepada sejauhmana keberkesanan peranan yang dimainkan oleh
agen-agen tersebut.
1.12 Ketahanan tamadun Islam
Bergantung kepada ketahanan agen tersebut. Tamadun Islam akan cacat kalau
hanya sebahagian sahaja ajaran Quran diikuti, dan akan mati andainya Quran
diketepikan sama sekali, tetapi boleh dihidupkan kembali dalam kehidupan
manusia pada bila-bila masa saja bila timbul golongan yang kembali kepada
Quran.
Keruntuhan akhlak meruntuhkan tamadun. Tanpa Negara Islam umat Islam
masih boleh mempunyai kebudayaan, tetapi sukar untuk mencapai ke peringkat
tamadun Islam. Memandangkan betapa pentingnya agen tersebut kepada Islam,
ia dijadikan sasaran serangan

3
2 AL-QURAN SEBAGAI SUMBER UTAMA & INSPIRASI TAMADUN ISLAM
2.1 Pengenalan
Al-Quran, kalam Allah ialah kitab suci umat Islam yang diturunkan kepada nabi
Muhammad untuk manusia seluruhnya. Ia menyentuh semua sudut kehidupan di
dunia dan akhirat serta menjadi sumber utama dan ilham bagi Muslim dalam
bentuk tamadun
2.2 Nama Quran
 Al-Quran
 Al-Dzikr
 Al-Kitab
 Al-Furqaan
Ini antara 51 gelaran yang terdapat dalam kitab ini, tetapi yang paling popular
ialah al-Quran
2.3 Quran di sisi Muslim
 Kitab standard, pedoman dan falsafah hidup bagi orang yang beriman
 Penyelesai pertikaian
 Petunjuk jalan yang terang, tiada keraguan dan memimpin ke pintu bahagia
 Diturunkan bagi alam semesta
 Tidak ada yang salah di dalamnya
 Ruh yang memberikan erti hidup dan makna kehidupan hakiki
 Penawar
 Sinar cahaya yang terang bagi mereka yang masih meraba-raba dalam
kegelapan
 Bukti kebenaran dari Tuhan
 Nikmat dan pemisah antara yang benar dengan yang salah
 Peringatan dan pengawal
 Mukjizat paling besar Nabi Muhammad
 Kalam Allah
2.4 Cara-cara Quran diturunkan
Quran diturunkan secara beransur-ansur, mengikut kesesuaian peristiwa
Hikmah penurunan secara beransur-ansur:
1. Lebih mudah difahami dan dilaksanakan
2. Lebih mudah dihafal
3. Sebahagian ayatnya ialah jawapan dan penyelesaian kepada pertanyaan
yang timbul dari semasa ke semasa, sesuai dengan kepentingan umat
dan perundangan Islam yang dibentuk secara beransur-ansur dalam
budaya jahiliyyah yang menebal

4
2.5 Penyampaian Wahyu
 Allah menyampaikan wahyuNya secara langsung kepada baginda melalui ‘mimpi
benar’
 Allah mengilhamkan firmannya ke dalam hati baginda
 Baginda mendengar wahyu seperti gemerincing bunyi loceng
 Baginda mendengar wahyu seperti suara lebah
 Malaikat Jibrail datang membawa wahyu samada dalam bentuknya yang asli
atau dengan menyamar seorang lelaki
2.6 Pembukuan Quran
Rasulullah menghafal dan mengajar ayat-ayat yang diturunkan. Baginda tidak
pernah menulisnya kerana buta huruf. Di samping menghafal ada sahabat yang
menulis wahyu di pelepah kurma, belulang, kulit binatang dan lain-lain. Pada
zaman Khalifah Abu Bakar ayat-ayat ini dikumpulkan dan ditulis semula menjadi
bentuk buku oleh Zaid bin Tsabit. Inisiatif ini dilakukan setelah didapati ramai
penghafal Quran meninggal dunia terutama terbunuh dalam peperangan
Yamamah. Salinan Quran ini disimpan oleh Hafsah binti Umar AL-Khattab, isteri
Rasulullah, diperkemaskan lagi pada zaman Khalifah ‘Usman “Affan berdasarkan
dailek suku Quraisy demi mengelakkan perbezaan penyebutannya oleh pelbagai
bangsa Muslim. Dengan pemusnahan salinan lain oleh khalifah, versi Rasam
‘Utsmani yang merangkumi 7 cara bacaan ini sahaja yang diterima pakai hingga
sekarang.
2.7 Susunan fizikal Quran
Quran terdiri daripada 114 surah yang berupa bab-bab. Nama surah diambil
daripada persoalan yang terkandung di dalamnya atau daripada perkataan yang
letaknya di permulaan surah. Satu surah mengandungi beberapa ayat . lebih
kurang 6,236 ayat terdapat dalam sebuah Quran. Ayat mengandungi satu atau
lebih kalimah. Lebih kurang 74,437 kalimah dalam Quran. Kalimah terdiri daripada
satu atau banyak huruf. Lebih kurang 325,345 huruf terdapat dalam Quran
Quran juga dibahagikan kepada 30 juz iaitu 30 bahagian yang lebih kurang sama
banyak antara satu sama lain. Tujuannya ialah untuk dihabiskan bacaannya
dengan kadar satu bahagian dalam masa satu hari, 30 bahagian sebulan
Menurut fasa penurunannya, ayat Quran boleh dibahagikan kepada Makkiyah
dan Madaniyyah. Penyusunan ayat dan surah telah ditentukan oleh Rasulullah.
Ayat-ayat dalam sesuatu surah tidak semestinya diturunkan di satu tempat pada
masa yang sama. Ayat-ayat juga tidak disusun mengikut kronologi
2.8 Mukjizat Quran
Mukjizat adalah kelebihan luarbiasa kurniaan Tuhan kepada rasulnya sebagai
bukti kerasulan mereka. Ia dikelaskan kepada mukjizat hissi iaitu yang boleh
dicapai oleh pancaindera zahir dan mukjizat ma’nawi, iaitu yang tidak tercapai
pancaindera zahir kecuali digunakan akal

5
Quran ialah mukjizat ma’nawi Nabi Muhammad hingga akhir zaman. Bagi ahli
bahasa Arab, ketepatan susunan dan penggunaan huruf, ayat dan gaya bahasa
Quran sangat indah, tiada tandingan. Para pengkaji ilmu mendapati banyak
maklumat terkini menepati apa yang telah dinyatakan dalam kitab ini
2.9 Kandungan Quran
Secara umumnya Quran menyentuh semua sudut
Antara perkara yang sering dibicarakan oleh Quran:
 Tauhid
 Quran sebagai pedoman manusia
 Rasul
 Makhluk ghaib
 Manusia
Dari segi disiplin ilmu, Quran mencakupi ilmu-ilmu keagamaan, sains social dan
sains tabii. Quran merupakan sumber utama ilmu keagamaan. Ia mengandungi
tauhid, syariah dan prinsip akhlak.
Quran juga menyentuh sejarah semenjak permulaan kewujudan makhluk utama
– manusia, malaikat dan jin – dengan memberi tumpuan kepada sejarah makhluk
terpenting iaitu manusia
Quran juga menyatakan banyak fenomena alam. Ia tidak diperincikan oleh al-
Hadith supaya manusia menerokanya. Tidak seperti ilmu keagamaan, ilmu sains
tabii diizinkan tukar-menukar maklumat dengan non-Muslim
2.10 Quran sebagai pencetus inspirasi
Quran menerangkan fenomena siang-malam dan peredaran cakerawala yang
menyebabkan perubahan masa berlaku. Semua ini mendorong mereka meneroka
bidang astronomi
Quran juga menyebut tentang manusia, tumbuhan, binatang, tanah-tanih, batu-
batan, sungai, lautan dan segala macam makhluk. Quran juga menjadi sumber
utama perkembangan dunia kesusasteraan Islam sama ada dari segi isi atau
teknik
2.11 Matlamat dan fungsi Quran
Ialah mencari kebenaran dan kebahagiaan di dunia dan akhirat
2.12 Index isi Quran
Ini sebahagian ringkasan isi kandungan Quran, dan sekadar gambaran secara
umum
 Perniagaan
 Pertanian
 Penternakan

6
 Perikanan dan perkapalan
 Ilmu pengetahuan
 Ilmu alam dan kimia
 Ilmu bumi dan falak
 Ilmu haiwan, manusia, tumbuhan dan geologi
 Ilmu kesihatan
 Sejarah
 Belajar membaca, menulis dan mengira
 Berakhlak mulia
 Keluarga dan wanita
 Pertahanan
 Beberapa hukuman
 Pembahagian pusaka
 Beberapa suruhan yang sunat
 Beberapa larangan yang haram
 Beberapa larangan yang makruh
 Beberapa perkara yang harus

3 TAMADUN AWAL ISLAM


3.1 Pendahuluan
Zaman Rasulullah dan Khulafa’ al-Rasyidin adalah zaman model tamadun Islam.
Tamadun Islam telah mencapai kemuncaknya pada zaman awal Islam tersebut.
Segenap aspek tamadun telah ditempa
3.2 Latar belakang
Muhammad diputerakan pada 12 Rabi’ al-awwal tahun Gajah di kalangan
bangsa Quraisy yang merupakan suku arab yang paling mulia pada masa itu.
Semasa kecilnya baginda hidup sebagai seorang yatim piatu. Di kalangan
masyarakatnya Muhammad digelar al-Amin disebabkan kejujuran baginda.
Pada 17 Ramadhan sewaktu memencilkan diri di gua Hira’, turunlah wahyu
pertama. Tiga tahun pertama kerasulan, dakwah disebarkan secara sembunyi.
Selepas mendapat perintah Allah, dakwah disampaikan secara terang-terangan
Dakwah pada zaman Makkah bertemakan Tauhid. Penyebaran secara terang-
terangan mendapat tentangan yang hebat, lalu 13 tahun selepas kerasulan orang
Islam diperintahkan berhijrah ke Yathrib. Selepas itu Yathrib dikenali sebagai
Madinat al-Nabiy
Di Madinah Rasulullah berusaha untuk:
 Membina masyarakat dan Negara Islam
 Memelihara dan mempertahankan masyarakat dan Negara Islam

7
Pada tahun ke 8H orang Islam menguasai Makkah. Setelah Rasulullah wafat,
Khulafa’ al-Rasyiddin manjadi ketua Negara Islam, kemudian Kerajaan Bani
Umayyah, Bani Abbasiyah dan akhirnya Bani ‘Uthmaniyyah
3.3 Penyusunan masyarakat dan negara Islam Madinah
Penyusunan baginda berdasarkan petunjuk Allah. Langkah awal Rasulullah di
Madinah ialah:
 Membina Masjid Nabi
 Orang Muhajirin dipersaudarakan dengan orang Ansar
 Piagam Madinah
3.4 Piagam Madinah
Piagam Madinah menyentuh perkara berikut:
 Al-Quran dan al-sunnah sebagai sumber undang-undang Negara
 Kesatuan ummah dan Negara
 Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
 Hak dan tanggungjawab dalam pertahanan Negara
 Hubungan kebajikan antara warganegara
 Tanggungjawab menegak keadilan social
 Undang-undang keselamatan
 Kebebasan beragama
 Tanggungjawab Negara terhadap warganegara bukan Islam
 Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian
Piagam ini menunjukkan konsep kesatuan yang diamalkan pada zaman itu:
 Kesatuan perlembagaan yang berdasarkan kepada satu sumber asas iaitu
al-Quran yang dijelaskan oleh Hadith
 Kesatuan kepimpinan
 Kesatuan Negara
 Kesatuan sikap dan suara
 Kesatuan matlamat
 Kesatuan hak dan tanggungjawab
Piagam ini merupakan model utama sistem zimmah dalam pemerintahan Islam,
iaitu golongan bukan Islam mendapat hak sama rata dengan orang Islam selagi
patuh kepada Negara dan dikenakan hukuman mengikut kesalahan dengan adil

3.5 Dasar utama pentadbiran


Berlandaskan Quran dan Sunnah

8
3.6 Ketua Negara
Ketua Negara ialah Rasulullah atau khalifah pada zaman Khulafa’ al-Rasyiddin.
Tugasnya ialah mendirikan agama Islam dan mentadbir dunia berlandaskan
agama ini. Tugas ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
 Ketua agama
 Ketua negara
3.7 Majlis Syura
Ketua Negara dibantu oleh penasihatnya. Rasulullah sering bermesyuarat
dengan sahabat terdekat untuk meminta pandangan, tetapi baginda belum
membentuk satu majlis tetap yang bertanggungjawab terhadap majlis itu.
Ia berbentuk lebih rasmi pada zaman Khulafa’ al-Rasyiddin bilamana ditubuhkan
Dewan Senat yang dianggotai oleh ketua-ketua kabilah, tokoh dari pelbagai kota
dan sebahagian sahabat terutama yang sering berdamping dengan Rasulullah
3.8 Kementerian dan Jabatan
Sistem wizarah dan jawatan wazir belum wujud dalam kerajaan Islam secara
rasmi sebelum zaman Abbasiyah. Walaupun begitu, pada zaman Rasulullah lagi
telah diadakan pembahagian tugas
3.9 Pentadbiran Kawasan dan Wilayah
Pada zaman Rasulullah kota Madinah telah dibahagikan kepada dua puluh
jajahan. Setiap jajahan mempunyai seorang ketua, beberapa orang timbalan ketua
dan sebuah tempat perjumpaan
3.10 Kehakiman
Pada zaman Rasulullah, baginda adalah hakim tertinggi dalam Negara Islam,
tetapi ketua suku di Madinah juga memainkan peranan ini dalam kelompoknya.
Jika masalah tidak dapat diselesaikan barulah dirujuk kepada Rasulullah.
Kadang-kadang Rasulullah melantik sahabatnya bagi menggantikan baginda
bagi menyelesaikan masalah yang timbul di wilayah Islam
Sebelum zaman Umar b. Khattab, penjara belum diperkenalkan. Pesalah pada
zaman Rasulullah dan Abu Bakar ditahan di dalam masjid dan dikawal oleh orang
yang mendakwanya. Tujuannya adalah untuk menghalang pesalah dari
bercampur dengan orang lain.
Berikutan perkembangan daerah Islam pada zaman Umar b. Khattab, jawatan
pentadbiran dan kehakiman diasingkan. Hakim mempunyai kuasa otonomi sendiri
yang tidak boleh diganggu oleh khalifah
3.11 Masjid
Masjid Nabi merupakan ibu pejabat kerajaan Islam pada zaman Rasulullah

9
4 NEGARA BANI UMAIYAH
4.1 Keluarga Bani Umaiyah
Keluarga keturunan Umaiyah bin Abdu Syamsin bin Abdu Manaf, seorang
pemimpin dan bangsawan kaum Quraisy yang terkemuka di zaman Jahiliyah.
Kemuliaannya menyamai bapa saudaranya Hasyim bin Abdu Manaf yang
melahirkan keluarga Rasulullah. Kedua-dua keturunan itu selalu berebut pengaruh
di kalangan bangsa Arab dan sering berperang, tetapi dengan persatuan yang
dianjurkan oleh Rasulullah, mereka hidup bersatu
Selepas pembunuhan Usman bin Affan, perasaan kesukuan itu hidup kembali,
apalagi yang menggantikan jawatan khalifah ialah Ali bin Abi Talib dari golongan
Bani Hasyim. Muawiyah bin Abi Sufian tidak berpuas hati dengan tindakan Ali bin
Abi Talib terhadap pembunuh Usman bin Affan lalu menentang Khalifah Ali
4.2 Terdirinya Kerajaan Bani Umaiyah
Penentangan Muawiyah akhirnya mencetuskan peperangan. Bila mana
Muawiyah hampir kalah, Muawiyah membuat helah dengan berdamai. Sementara
Majlis Tahkim menyelesaikan perselisihan itu, Muawiyah meliaskan pengaruhnya
sehingga terjadilah dua orang berkuasa dalam Negara Islam pada masa itu.
Sayyidina Ali kemudian dibunuh oleh kaum Khawarij. Sayyidina Hasan,
puteranya tidak suka dengan perselisihan yang sedang berlaku dan menyerahkan
kuasanya kepada Muawiyah dengan beberapa syarat:
1. Meminta jaminan atas keselamatan keluarga ayahandanya dan
pengikutnya
2. Meminta supaya menyerahkan perkara memilih khalifah kepada kaum
Muslimin untuk menentukan semula bila ia meninggal
4.3 Keagungan Kerajaan Bani Umaiyah
Semenjak itu, teraju pemerintahan it uterus dikuasai oleh kaum Bani Umaiyah.
Negara Islam Bani Umaiyah terkenal sebagai sebuah kerajaan yang besar dan kuat
serta digeruni oleh musuh di dunia. Kota Damsyik dijadikan pusat
pemerintahannya. Ibu kota diperluas dan diperindah. Khalifah mereka tinggal
dengan gaya hidup mewah.
Kerajaan Bani Umaiyah kuat memusuhi kaum Syiah dan Khawarij. Kerajaan
Umaiyah telah menubuhkan beberapa jabatan untuk memudahkan kerja. Mereka
juga telah membuka beberapa buah Bandar dan kemudahan awam

5 MUAWIYAH BIN ABU SUFIAN


5.1 Pengenalan
Beliau ialah anak kepada Abu Sufian bin Harb dan pengasas kerajaan Bani
Umaiyah, lahir di Makah lima belas tahun sebelum Hijrah dan memeluk Islam dalam
usia 23 tahun, beliau adalah antara sahabat Nabi yang terpilih dan pernah menjadi
penulis wahyu Rasulullah, kemudian menjadi ketua angkatan perang kerana

10
menyerang negeri Syam di masa Sayyidina Abu Bakar dan Umar, lalu diangkat
menjadi pesuruhjaya di Syam selama 21 tahun
Muawiyah adalah terkenal sebagai seorang ahli politik yang bijak dan tetap
pendiriannya serta cekal hati dalam menempuh ujian dan menghadapi kesulitan.
Beliau sanggup menanggung kesusahan dan menerima segala cabaran kerana
menjayakan cita-cita politiknya.
5.2 Cara Muawiyah dilantik menjadi khalifah
Oleh sebab tadbirannya yang licin dan siasatnya yang halus, beliau mendapat
sokongan sebahagian besar dari penduduk di Syam dan Mesir
5.3 Perkembangan Islam di zamannya
Di sebelah Timur beliau menghantar tenteranya mara sampai ke negeri Sind di
India juga menakluki Samarkand, di sebelah Barat Berjaya menawan beberapa
daerah di Maghribi dan mendirikan kota Qairawan di Tunisia. Kota itu menjadi
markas tentera di situ
5.4 Tentera Islam mengepung Kota Constantinople
Pada tahun 48H, Muawiyah melengkapkan suatu pasukan tentera besar untuk
mengepung kota Constantinople kerana membalas pencerobohan mereka ke atas
sempadan empayar Islam di Arminia, tetapi tidak berjaya
Pada tahun 58H, kota Constantinople sekali lagi diserang tetapi ketika kejayaan
sedang terbayang, Muawiyah meninggal dunia dan tenteranya dipanggil balik ke
Syam
5.5 Muawiyah melantik putera mahkota
Setelah Muawiyah memandang jauh, beliau mahu kuasa pemerintahan it uterus
dipegang oleh keluarganya. Pada tahun 56H beliau mengangkat puteranya Yazid
sebagai Putera Mahkota yang bakal menggantinya. Perbuatan ini ditentang oleh
sahabat-sahabat besar kerana:
 Mengubah dasar pemerintahan Khulafa’ al-Rasyiddin
 Melanggar perjanjian yang dipersetujui dengan Sayyidina Hasan
 Menghapuskan dasar “Permesyuaratan”
 Melahirkan kerajaan bercorak monarki
5.6 Jasa Muawiyah
 Memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Madinah ke Damsyik
 Mengadakan bendera rasmi kerajaan
 Mengadakan jabatan dalam pentadbiran
 Melengkapkan armada untuk tentera laut
 Mengaturkan perkhidmatan pos antara wilayah
Muawiyah meninggal dunia [ada tahun 60H pada usia 75 tahun

11
5.7 Yazid Bin Muawiyah
Ibunya seorang perempuan daratan dan ia dibesarkan dalam penghidupan
Badwi di padang pasir, terdidik dengan keberanian, petah bercakap dan pandai
bersyair. Ia juga seorang yang bengis dan kasar, selalu mengutamakan hawa
nafsu.
Pemerintahannya tidak disetujui rakyatnya, kerana ia melakukan beberapa
perkara yang bertentangan dengan hokum Islam, beberapa peristiwa telah berlaku
dalam masa pemerintahannya:
 Pembunuhan Sayyidina Husin di Kurbala
 Pemberontakan di Hijjaz
 Pencerobohan Kaabah
Yazid meninggal dunia di daerah Harran dan dimakamkan di Damsyik tahun 64H

6 ABDUL MALIK BIN MARWAN


6.1 Muawiyah kedua dan Marwan Bin Al-Hakam
Pengganti Yazid ialah puteranya bernama Muawiyah, beliau dilantik menjadi
khalifah dengan wasiat daripada ayahandanya sendiri, semasa umurnya 21 tahun.
Beliau adalah seorang yang baik dan tidak gemar mencampuri diri dalam hal
politik, lalu beliau meletak jawatan khalifah setelah memegangnya selama 40 hari.
Lalu beliau terus mengasingkan diri di dalam rumahnya kemudian meninggal
dunia selepas tiga bulan daripada tarikh beliau dilantik menjadi khalifah
6.2 Keretakan dalam keluarga Bani Umaiyah
Dengan itu, timbullah pertelingkahan di kalangan keluarga Bani Umaiyah untuk
menentukan khalifah seterusnya. Akhirnya mereka bersetuju mengangkat Marwan
bin al-Hakam sebagai khalifah.
Sementara itu Abdullah bin az-Zubair makin luas pengaruhnya. Maka Marwan
dan Abdullah berlumba-lumba merebut kuasa.
Ketika itu, negara Islam penuh dengan huru-hara dan beliau berusaha untuk
menguatkan kedudukannya, beliau Berjaya mengambil Mesir dari tangan
gabenornya yang diangkat oleh Abdullah tetapi tidak dapat menghapuskan
pengaruh Abdullah kerana masa pemerintahannya pendek, 9 bulan sahaja.
Sebelum meninggal, beliau melantik puteranya menjadi putera mahkota iaitu
Abdul Malik dan Abdul Aziz. Beliau meninggal pada bulan Ramadan tahun 65H
pada usia 64 tahun dan tempatnya diganti oleh Abdul Malik
6.3 Pengenalan Abdul Malik Bin Marwan
Beliau adalah antara khalifah Bani Umaiyah yang terkemuka. Semasa beliau
mula-mula memegang teraju khalifah, suasana dalam keadaan huru-hara yang
ditimbulkan oleh puak Syiah, Khawarij dan golongan yang menyokong Abdullah
bin az-Zubair.

12
Beliau menumpukan usahanya untuk menghapuskan golongan pemberontak
yang membuat rusuhan di sana sini. Maka segala pemberontakan itu dapat
dihapuskan dan Negara pulih dan aman semula
6.4 Tindakan Abdul Malik terhadap musuh Negara
6.4.1 Kaum Syiah
Beliau mengarahkan tenteranya bertempur dengan golongan Syiah dan Berjaya
menghancurkan golongan itu
6.4.2 Abdullah Bin az-Zubair
Beliau menghantar satu angkatan tentera besar untuk mengepung kota
Mekah. Setelah dikepung sekian lama, penduduk di situ terpaksa menyerah
kecuali beberapa orang yang masih menyokong Abdullah. Abdullah mati
terbunuh setelah mempertahankan dirinya dalam Kaabah
6.4.3 Kaum Khawarij
Beliau menghantar panglimanya Hajjaj untuk memberitahu bahawa sesiapa yang
menentang akan diambil tindakan dengan sekeras-kerasnya lalu penduduk di
situ takut dan berhenti melakukan kekacauan. Kawasan itu kembali aman
6.4.4 Amru bin Said
Amru ialah keluarag Abdul Malik sendiri dan bangun memberontak dengan
kekuatan tentera. Beliau melakukan helah dengan mengisytiharkan Amru sebagai
Raja Muda dan dijemput ke istana, kemudian ia dipecat dan dibunuh
menyebabkan pengikutnya ketakutan dana melarikan diri dan berhenti dari
melakukan pemberontakan
6.5 Jasa dan kemajuan
 Menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan bahasa perantaraan
 Mengadakan mata wang sendiri yang bercap mohor khalifah
 Mendirikan sebuah limbungan kapal di Tunisia untuk membina kekuatan
tentera
 Mengadakan mahkamah khas untuk pegawai kerajaan yang melakukan
kesalahan
 Memperbaiki perjalanan perkhidmatan pos
 Mengadakan bangunan yang besar dan indah dalam negeri
Setelah memerintah selama 21 tahun, maka beliau meninggal semasa kerajaan
sedang dalam kemajuan. Sebelum meninggal, beliau melantik puteranya al-
Walid sebagai Putera Mahkota.

13
7 AL-WALID BIN ABDUL MALIK
7.1 Pengenalan
Beliau ialah khalifah keenam dan yang paling terkemuka sekali. Pada masa
pemerintahannya Negara Islam menjadi amat luas dan terkenal sebagai zaman
gemilang bagi kerajaan Bani Umaiyah
Al-Walid terkenal sebagai khalifah yang sangat mengambil berat tentang hal
rakyat jelata. Beliau berusaha meringankan penderitaan mereka.
7.2 Perkembangan Islam di zaman al-Walid
Beberapa tokoh telah lahir dan memberikan jasa yang besar terhadap kemajuan
Islam antaranya:
7.2.1 Di sebelah Timur
 Muhammad bin al-Qasim
Beliau menyerang berjaya menawan Bandar Debal, ibu negeri Sind
kerana raja Hindu bersubahat dengan lanun India untuk merampas kapal
perdagangan Islam yang lalu di Lautan India. Selepas itu beliau
meneruskan perjuangannya hingga seluruh kawasan di selatan lembahan
Sungai Indus jatuh ke tangan Islam
 Qutaibah bin Muslim
Beliau berjaya menawan Bukhara di Timur dan daerah Khawarazmi.
Hingga tiba di sempadan negeri Cina, beliau menghantar utusan kepada
Maharaja Cina agar memilih antara tiga perkara:
 Memeluk Islam
 Berdamai
 Berperang
Maharaja Cina setuju berdamai. Maka ramai saudagar Arab dan Islam
berkunjung ke sana untuk berniaga dan menyiarkan agama Islam
7.2.2 Di sebelah Barat
Panglima Musa bin Nusair Berjaya membuka negeri Moroko
7.3 Membuka negeri Sepanyol
Tariq bin Ziyad Berjaya menguasai seluruh negeri Sepanyol
7.4 Jasa dan kemajuan al-Walid
 Membaharui bangunan masjid Quba di Madinah, masjid Mesir, masjid
Baitul-Maqdis serta meluaskan lagi bangunan masjid Madinah
 Memperbaiki jalan raya dan mengadakan perigi untuk kesenangan
penduduk
 Meletakkan tanda jarak jauh perjalanan antara satu tempat ke satu tempat
lain
 Memperbaharui bangunan sebuah university di Damsyik
 Mendirikan rumah sakit dan pusat perubatan percuma

14
 Mengadakan juru pimpin kepada orang buta dan orang lemah
 Memberi bantuan dan tempat khas bagi orang berpenyakit kusta
 Mengadakan rumah tumpangan dan jamuan percuma kepada orang
musafir dan anak yatim
 Mengadakan hadiah pelajaran kepada orang yang hafaz al-Quran dan
penuntut ilmu
 Memilih pegawai dari orang bijak dan adil serta bertimbangrasa kepada
rakyat
7.5 Kemangkatan al-Walid
Beliau mangkat dalam usia 46 tahun pada bulan Jamadil-Akhir tahun 96H
setelah berkhidmat selama 9 tahun lebih
7.6 Sulaiman bin Abdul Malik
Beliau dilantik setelah mangkat al-Walid.dalam masa pemerintahannya Negara
Islam tidak begitu maju. Beliau amat gemar berfoya-foya dalam kesengan hidup
7.7 Berlainan sikap
Sulaiman sangat benci Hajjaj dan keluarganya, juga panglima Qutaibah kerana
keduanya dikatakan terlibat dalam usaha hendak melucutkan haknya sebagai
putera mahkota di masa al-Walid dahulu, tetapi Hajjaj telah meninggal setahun
sebelum Sulaiman menjadi khalifah
Langkah pertama beliau ialah memecat pegawai yang telah berjasa dalam
kerajaan al-Walid. Beliau juga membebaskan orang yang dipenjarakan oleh Hajjaj
Musa bin Nusair dipecat kerana tindakannya tidak mengendahkan larangan
Sulaiman untuk membawa harta dari Sepanyol ke Damsyik sebelum al-Walid
mangkat. Musa telah dipenjarakan seumur hidup
7.8 Pembukaan di zaman Sulaiman
 Yazid bin Abi Mahlab, pegawai tinggi Khurasan membuka kawasan di
sebelah Laut Kaspian, termasuk daerah Jirjan dan Tabristan
 Maslamah bin Abdul Malik ditugaskan menyerang Constantinople. Ketika
tentera sedang menguatkan kepungannya, Sulaiman mangkat dan tentere
itu terpaksa balik ke Damsyik
Khalifah Sulaiman mangkat dalam bulan Safar tahun 99H, pada usia 45 tahun,
setelah beliau memerintah selama 2 tahun 8 bulan. Sebelum mangkat, beliau
membuat pesanan secara bertulis supaya teraju pemerintahannya diserahkan
kepada sepupunya, Umar bin Abdul Aziz

15
8 KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ
8.1 Pengenalan
Beliau ialah saudara sepupu kepada Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.
Keturunannya dari sebelah ibu ialah cicit kepada Umae bin al-Khattab, lahir pada
tahun 62H dan dibesarkan di Madinah bersama dengan ulama dan orang soleh.
Sebelum dilantik menjadi khalifah beliau telah diangkat menjadi pesuruhjaya
Hijaz. Beliau seorang yang adil bijaksana menyamai Khalifah Umar bin al-
Khattab. Beliau berusaha menghidupkan ajaran al-Quran dan sunnah Rasul
Beliau benci akan adanya perselisihan antara umat Islam. Oleh itu, beliau
menghapuskan segala ungkapan mencela Sayyidina Ali dan pengikutnya dalam
khutbah yang selalu dilakukan semenjak Muawiyah lagi dan digantikan dengan
ayat al-Quran
Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah memberhentikan penaklukan atas negeri luar.
Sebaliknya beliau menumpukan usahanya memperluaskan penyiaran Islam
dengan menghantar mubaligh Islam ke daerah luar Islam di Timur dan Barat
8.2 Jasa
 Menukar pegawai yang diangkat oleh Sulaiman yang didapati lemah dan
digantikan dengan orang yang lebih cekap dan layak
 Berusaha memperbaiki perhubungan antara keluarga Umaiyah dengan
keluarga Sayyidina Ali dari puak Syiah dan memberhentikan celaan dalam
khutbah Jumaat
 Menghantar mubaligh mengadap Raja Hindu di India, Raja Turki dan ketua-
ketua bangsa Barbar di Afrika untuk menyeru mereka memeluk Islam
 Hukuman bunuh tidak boleh dijalankan kecuali mendapat persetujuan
khalifah setelah diteliti dahulu
 Pembayaran cukai dihapuskan ke atas sesetengah negeri takluk. Ini
menyebabkan ramai kafir zimmi memeluk Islam, kerana tertarik hati dengan
kebaikan Khalifah Umar
 Menghantar balik harta yang dirampas dengan tidak benar
 Memerintahkan Muhammad bin Abu Bakar al-Hazmi supaya mengetuai
satu jawatankuasa mengumpul dan membukukan hadis Rasulullah
8.3 Perkumpulan sulit Bani Abbasiyah tahun 100H
Sikap Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang lemah-lembut dan sukakan
perdamaian telah menyebabkan lahirnya satu kumpulan sulit untuk menjalankan
seruan Bani Abbasiyah yang dianjurkan oleh Muhammad bin Ali untuk
menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah. Perkumpulan itu tidak Berjaya pada
mulanya kecuali di masa akhir dari kerajaan Bani Umaiyah

16
Khalifah Umar mangkat pada tahun 101H kerana termakan racun dalam usia 39
tahun, setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan dan pemerintahannya
dianggap seadil-adil pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah
8.4 Khalifah Yazid yang kedua
Beliau adalah anak kepada Abdul Malik bin Marwan, lahir tahun 65H dan dilantik
menggantikan Khalifah Umar dengan pesanan daripada Khalifah Sulaiman,
saudaranya. Pada masa pemerintahannya Negara Islam menjadi mundur dan
lemah disebabkan tabiatnya yang mementingkan diri dan suka melakukan perkara
yang bertentangan dengan ajaran agama. Beberapa kekacauan telah berlaku
Khalifah Yazid mangkat tahun 105H dalam usia 40 tahun, setelah memerintah
selama 4 tahun lebih yang penuh dengan kekacauan dan kezaliman
8.5 Hisyam bin Abdul Malik
Hisyam adalah khalifah yang bijaksana, budiman dan gagah perkasa, ahli
pentadbir yang cekap dan terbilang dalam keluarga Bani Umaiyah
8.6 Penaklukan di zaman Hisyam
Hisyam telah berusaha meluaskan empayarnya. Agama Islam telah berkembang
di kepulauan Laut Mediterranian kerana beliau Berjaya menawan Pulau Sicily
Tentera Islam di Sepanyol diperintahkan menyerbu masuk ke tanah besar
Perancis, tetapi tidak Berjaya. Ahli sejarah berpendapat jika kaum Muslimin
Berjaya dalam peperangan itu maka sejarah dunia seluruhnya akan berubah dan
penduduk benua Eropah akan menjadi umat Islam
8.7 Perubahan di zaman Hisyam
 Mengadakan saluran air di sepanjang jalan ke Mekah
 Mengadakan perusahaaan kerajinan tangan, perusahaaan membuat kain
sutera, perusahaan membuat senjata dan pakaian tentera
 Menyediakan gelanggang tempat menunggang kuda untuk latihan berperang
Beliau mangkat dalam bulan Rabiul-Akhir tahun 743M dalam usia 55 tahun
setelah memerintah selama 19 tahun lebih dan pemerintah selepasnya
menyebabkan Negara kembali mundur

9 KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH


9.1 Marwan Bin Muhammad
Beliau adalah Khalifah Umaiyah yang terakhir, kuasa khalifahnya diambil dengan
kekerasan. Ia diangkat setelah mendapat kemenangan melawan Ibrahim bin al-
Walid. Beliau adalh seorang yang bijak dan pahlawan yang gagah tetapi Negara
yang dipegangnya itu sudah hampir dengan saat kejatuhannya. Kaum Khawarij
telah bangun membuat kekacauan
Pergerakan Abbasiah di Khurasan berjalan dengan pesat dan mendapat
sokongan kuat dari penduduk di sana. Khalifah Marwan Berjaya menghapuskan

17
pemberontakan kaum Khawarij, tetapi tidak dapat memadamkan pergerakan
Abbasiah yang telah kuat bertapak di Khurasan. Abu Muslim al-Khusarani, orang
kuat Abbasiah telah Berjaya merampas kuasa dari tangan gabenor yang diangkat
oleh Marwan. Lau ia bergerak dengan tenteranya ke Kufah lalu menawan Bandar
itu dan Berjaya melantik Abdullah bin Muhammad yang bergelar as-Saffah
menjadi Khalifah Abbasiah yang pertama
9.2 Saat Akhir Bagi Kerajaan Umaiyah
Abdullah as-Saffah telah memerintahkan bapa saudaranya Abdullah bin Ali
supaya memerangi Marwan bin Muhammad. Marwan ditewaskan dan dibunuh
ketika melarikan diri di Mesir.
9.3 Sebab Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah
 Kerana kecaman dan tekanan ke atas keturunan Sayyidina Ali dan partinya serta
tekanan ke atas kaum Khawarij
 Muawiyah melanggar janjinya dengan Sayyidina Hasan
 Khalifah Bani Umaiyah banyak melakukan perkara yang di luar batasan agama
 Kaum Bani Umaiyah telah menghidupkan faham perkauman yang telah
dihapuskan oleh Rasulullah
 Perebutan kuasa antara keluarga Umaiyah
 Serangan tentera Abbasiah

10 MUSA BIN NUSAIR DAN TARIQ BIN ZIAD


10.1 Pembukaan Negeri Sepanyol
Di masa pemerintahan Khalifah al-Walid seluruh Afrika Utara telah ditakluk oleh
panglima Musa bin Nusair kecuali kota Ceuta yang diperintah oleh seorang
bangsawan Sepanyol bernama Julian
Dalam tahun 710M Witiza Raja Sepanyol mangkat dan kuasa negeri itu
dirampas oleh seorang panglimanya bernama Rodrick, tetapi tidak disukai oleh
rakyat. Putera-putera Witiza berusaha menjatuhkannya dan berpakat dengan
Julian
Julian meminta bantuan Musa bin Nusair dan diterima oleh Musa dan khalifah di
Damsyik
10.2 Angkatan Tariq Bin Ziad
Musa bin Nusair memerintahkan seorang panglima Islam dari bangsa Barbar,
Tariq bin Ziad supaya bergerak ke Sepanyol bersama tenteranya dan mendarat di
sebuah bukit(Jabal Tariq)
Sebaik sahaja mendarat ia terus membakar kapal-kapalnya dan segera
mengobarkan semangat keberanian kepada tenteranya.lalu Tariq terus mara
dengan tenteranya ke dalam negeri itu. Pada waktu itu Rodrick sedang sibuk
berperang dengan pemberontak di Utara, tetapi segera mengumpul tenteranya

18
menuju ke selatan menentang tentera Islam. tentera Islam berjumlah 7,000 dan
tentera Rodrick berjumlah 100,000
Oleh itu, Tariq meminta bantuan tentera dari Musa, lalu segera dikirim 5,000
tentera tambahan. Dengan semangat keberanian yang sukar ditandingi, tentera
muslimin Berjaya mengalahkan tentera musuh dan Rodrick terbunuh
Lalu Tariq meneruskan kemaraannya hingga ke Toledo, ibu negeri Sepanyol.
Tariq memerintahkan supaya jangan mengganggu gereja mereka dan
mengumumkan bahawa mereka bebas menjalankan urusan agama mereka
10.3 Musa Turut Menakluki Sepanyol
Berikutan kejayaan Tariq maka timbul rasa iri hati Musa. Ia memerintahkan Tariq
memberhentikan kemaraannya untuk menunggu hingga ia dan tenteranya sampai.
Tetapi Tariq tetap meneruskan kerana setelah bermesyuarat bersama panglima
lain bahawa memberhentikan tentera mereka akan memberi peluang agar musuh
membuat serang balas.
Setelah tiba, Musa menakluk beberapa Bandar yang belum ditawan Tariq
sebelum memenjarakan Tariq kerana mendakwa Tariq telah melanggar perintah.
Setelah Khalifah al-Walid mendengarkan ini, beliau memerintahkan Tariq
dilepaskan dan supaya mereka bekerjasama menakluk negeri itu
10.4 Musa Dan Tariq Dipanggil Pulang
Cita-cita Musa hendak mara hingga ke Constantinople tetapi tidak disetujui oleh
Khalifah kerana bimbang pengaruh Musa akan merebak, lalu mereka dipanggil
pulang
Ketika Musa dalam perjalanan pulang, Khalifah al-Walid jatuh sakit dan Sulaiman
bin Abdul Malik, bakal khalifah memerintahkan angkatan Musa itu jangan masuk
sehingga kekandanya mangkat, tetapi Musa tidak mengendahkan larangan itu.
Apabila Sulaiman dilantik menjadi khalifah, diperintahkan Musa ditangkap laul
dibuang ke Madinah dan segala hartanya dirampas

11 ABDUL RAHMAN AD-DAKHILI


11.1 Pengenalannya
Beliau ialah Abdul Rahman bin Muawiyah, pengasas kerajaan Umaiyah di
Sepanyol setelah Negara itu berpisah dari kerajaan Abbasiah di Baghdad. Beliau
ialah cucu Khalifah Hisyam bin Abdul Malik
11.2 Perjuangannya
Ketika mula terdirinya kerajaan Abbasiah, seluruh kaum Bani Umaiyah ditindas,
tetapi Abdul Rahman sempat melarikan diri ke Moroko
Di sana beliau menghantar Badar, utusannya untuk meninjau keadaan di
Sepanyol. Untung ia disambut baik oleh penduduk. Lalu beliau memasuki negeri
itu dan mendapat pengikut yang ramai juga. Ad-Dakhili beerti yang baru masuk

19
11.3 Sifat Dan Peribadinya
Beliau terkenal sebagai seorang bijaksana, panglima gagah dan berilmu tinggi,
luas pandangan dan berkesopanan
Beliau bergelar “Amir” dan berusaha mengukuhkan kerajaannya, hingga
akhirnya beliau Berjaya menguasai seluruh Sepanyol
11.4 Pemerintahan Dan Jasanya
Keadaan Sepanyol semasa Abdul Rahman memerintah adalah terkenal maju.
Kota Cordova dipilih sebagai ibu Negara. Kota itu diperelokkan dan diperluas
hingga menjadi Bandar raya indah dan teratur di dunia. Jamek Qurtubah telah
didirikan. Masjid itu menjadi lambing keagungan dan kebesaran Islam, juga kesan
pertama dalam sejarah bangsa Arab di Sepanyol.
Beliau mangkat tahun 172H semasa Sepanyol dalam kebesaran dan
kemakmuran. Keturunan Umaiyah seterusnya terus berusaha memajukan negeri itu
Kebanyakan asas kemajuan orang Barat sekarang diambil daripada kemajuan
orang Islam, terutamanya di Sepanyol. Tetapi keran perselisihan dalam kalangan
orang Islam di sana, Sepanyol direbut kembali oleh kaum Kristian sedikit demi
sedikit hingga akhirnya negeri itu terlepas dari tangan orang Islam

12 NEGARA ISLAM BANI ABBASIAH


12.1 Keluarga Abbasiah
Nama Abbasiah diambil dari nama bapa saudara Nabi. Beliau pembesar Bani
Hasyim dan sangat setia kepada junjungan Nabi
Keturunan al-Abbas ini mulanya tidak berhasrat menduduki takhta kerajaan.
Dalam suasana perselisihan politik antara keluarga Umaiyah dengan keluarga
Sayyidina Ali mereka hanya memihak dan bersikap menolong sahaja keluarga
Alawiyeen(keturunan Sayyidina Ali)
12.2 Gerakan Untuk Berkuasa
Apabila seorang pemimpin Alawiyeen bernama Abu Hasyim telah jatuh sakit
kerana termakan racun lalu menyerahkan pimpinan kepada Muhammad bin Ali,
pemimpin keluarga Abbasiah yang terkenal pada masa itu. Awalnya mereka
berselindung di sebalik nama Bani Hasyim supaya pengikut Abbasiah tidak
berpecah dengan pengikut Alawiyeen, kerana keduanya dari keturunan Bani
Hasyim
Pusat gerakan terpenting mereka ialah di Kurasan dan Kufah kerana dua tempat
tersebut jauh dari pusat pemerintahan kerajaan Umaiyah di Damsyik. Kedua
tempat itu pula dipenuhi dengan rakyat yang benci dengan kezaliman para
pemerintah kerajaan Umaiyah.
Selepas Muhammad bin Ali meninggal, kuasa pimpinan diambil oleh anaknya
Ibrahim. Pada masa ini gerakan bersenjata menentang kaum Umaiyah mula

20
berlaku dan berakhir dengan jatuhnya kerajaan Umaiyah dan terdirinya kerajaan
Abbasiah
12.3 Terdirinya Kerajaan Abbasiah
Semenjak pimpinan kaum Bani Hasyim dipegang oleh Muhammad bin Ali,
perjuangan mereka untuk merebut kuasa dari kaum Bani Umaiyah mendapat
sokongan hebat dari orang ramai, terutamanya bangsa Farsi.
Dengan tertawannya kota Damsyik dan terbunuhnya Khalifah Maruan bin
Muhammad maka tamatlah riwayat kerajaan Umaiyah dan terdirilah kerajaan
Abbasiah dengan as-Saffah sebagai khalifahnya yang pertama

13 PEMERINTAHAN KERAJAAN ABBASIAH


13.1 Keagungannya
Kerajaan Abbasiah atau “Daulah Abbasiah” ialah sebuah kerajaan besar dan
maju serta luas empayarnya. Kekuasaannya berkekalan selama 500 tahun
Mereka memilih Negara Irak sebagai pusat pemerintahannya kerana di Damsyik
tidak ramai pengikutnya dan Damsyik amat hampir dengan sempadan Rome yang
mungkin mengancam keselamatan negara
13.2 Corak Pemerintahannya
Kerajaan Abbasiah mengambil bangsa Farsi dan Turki sebagai pembantu.
Sedikit demi sedikit bangsa Arab semakin terasing
13.3 Pengaruh Farsi
Oleh kerana kerajaan ini memilih negeri Farsi sebagai pusat pemerintahan dan
orang Farsi banyak diserahkan jawatan penting, maka corak pemerintahan,
pergaulan hidup dan lain-lain berubah dari corak Arab kepada corak Farsi
13.4 Sikap Terhadap Kaum Lain
Kaum Abbasiah dan kerajaannya bersikap keras terhadap kaum lain khususnya
kaum Umaiyah. Kaum Syiah Alawiyeen yang bekerjasama dengan mereka juga
disingkir dan ditindas
13.5 Kegiatan Kerajaan Abbasiah
Khalifah Abbasiah pada umumnya bergiat dalam memajukan Negara terutamanya
dalam bidang ilmu pengetahuan dan kebudayaan.
Sejarah pemerintahan Abbasiah terbahagi dua:
 Peringkat kebesaran dan kecemerlangan
 Peringkat kelemahan dan keruntuhan

21
14 ABU AL-ABBAS AS-SAFFAH
14.1 Pengenalan Dan Peribadinya
Beliau ialah Abdullah bin Muhammad, lahir di wilayah al-Hamimah tahun 104H.
beliau adalah seorang gagah berani, kuat ingatan dan bersikap keras terhadap
kaum Umaiyah, sangat suka berperang hingga digelar as-Saffah(penumpah
darah)
Beliau menjalankan tindakan keras terhadap musuhnya terutama Bani Umaiyah,
malah juga kepada orang yang berjasa mendirikan kerajaan Abbasiah kerana
bimbang kuasa pemerintahan dipindahkan kepada keluarga Sayyidina Ali dari
kaum Syiah
Kebanyakan pegawai tingginya terdiri daripada bapa saudara dan sepupunya
sahaja
14.2 Kemajuan Negeri Di Zamannya
 Mengadakan rumah api di tempat tertentu sebagai pedoman kepada orang
musafir dan yang sesat
 Memperbaiki peraturan jalanraya
 Membuka Bandar baru di Irak bernama al-Hasyimiah
 Memperkuatkan angkatan tentera untuk mempertahankan negara
14.3 Kemangkatannya
Setelah memerintah selama 4 tahun lebih, beliau mangkat pada tahun 136H
dalam usia 33 tahun

15 ABU JAAFAR AL-MANSUR


15.1 Pengenalan dan peribadinya
Namanya Abdullah bin Muhammad, terkenal dengan nama Abu Jaafar. Ibunya
bekas hamba bernama Salamah
Beliau Khalifah Abbasiah kedua dan saudara tua kepada as-Saffah, lahir di
wilayah al-Hamimah tahun 101H. beliau turut sama berjuang bersama as-Saffah
Abu Jaafar seorang pemerintah bijaksana, cekap memerintah Negara. Sukakan
ilmu pengetahuan dan sentiasa mengambil berat terhadap rakyat. Beliau
membahagikan masa kerjanya seperti berikut:
 Pagi, untuk mengatur urusan pemerintahan Negara
 Petang, mengatur urusan rumahtangga dan kehidupannya
 Malam, menyemak urusan ketenteraan dan keselamatan negara
15.2 Pemerintahannya
pada awal pemerintahannya, kedudukannya tidak kuat dan kerajaannya tidak
teguh, kerana banyak ancaman dari musuh. Antaranya:
 Pemberontakan Abdullah bin Ali bapa saudaranya

22
 Pemberontakan kaum Alawiyeen
 Penentangan Abu Muslim al-Khurasani
Oleh kerana kejayaannya menghapuskan ancaman tersebut maka beliau digelar
“al-Mansur” beerti beroleh kejayaan
15.3 Peristiwa pemberontakan Abdullah bin Ali
Abdullah mendakwa jawatan khalifah itu haknya kerana semua tentera di
Khurasan, Mosul dan Syam terletak di bawah kekuasaanya. Dengan jasa Abu
Muslim pemberontakan ini dapat dihapuskan
15.4 Penentangan Abu Muslim Al-Khurasani
Abu Muslim mempunyai pengaruh yang besar. Oleh itu, al-Mansur membuat tipu
helah untuk menghapuskan Abu Muslim
15.5 Pemberontakan kaum Alawiyeen
Seorang kaum Alawiyeen mengangkat dirinya menjadi khalifah di Hijaz. Al-
Mansur menghantar tenteranya ke sana dan Berjaya melenyapkan musuhnya
15.6 Pemisahan Sepanyol
Abdul Rahman ad-Dakhili mendirikan kerajaan Umaiyah kedua di Sepanyol. Al-
Mansur tidak berbuat apa-apa kerana terlampau jauh dari pusat pemerintahannya
15.7 Pengaruh Farsi dalam pemerintahan
Pengaruh Arab semakin lenyap hingga pemerintahan Islam dipegang
sepenuhnya oleh orang Farsi
15.8 Jasa al-Mansur
 Mendirikan kota Baghdad
 Menggiatkan penterjemahan karya asing ke bahasa Arab
 Mendirikan Baitul-Hikmah
 Membina pelabuhan besar
 Menjadikan Negara penuh kekayaan
 Memajukan cara pertanian
15.9 Kemangkatan al-Mansur
Beliau mangkat sewaktu dalam perjalanan ke Mekah untuk melakukan Haji
15.10 Khalifah al-Mahadi bin al-Mansur
Pengganti al-Mansur ialah puteranya Muhammad al-Mahadi. Beliau seorang yang
lemah-lembut dan zamannya terkenal sebagai zaman peralihan dari zaman
kekerasan ke zaman lemah-lembut
Tidak banyak kemajuan yang perlu dilakukan beliau selain dari mengekalkan
keadaan yang sedia ada. Beberapa serangan keluar negeri telah dilakukan:
 Serangan balas ke atas tentera Rome yang melanggar sempadan Islam di
Syria

23
 Menyerang timur dengan memasuki tanag Hindustan
Sebelum mangkat, beliau berpesan menyerahkan pangkat khalifah kepada dua
orang puteranya, al-Hadi dan Harun al-Rasyid

16 HARUN AMIN AL-RASYID


16.1 Pengenalan dan peribadinya
Beliau ialah khalifah Abbasiah kelima dan termasyhur. Beliau terkenal sebagai
seorang yang bijak politik, cekap mentadbir Negara. Sangat teguh dengan
suruhan agama, rajin beribadat dan mengerjakan solat 100 rakaat sehari semalam
kecuali ada keuzuran, suka mendengar nasihat orang alim dan selalu
menunjukkan kasih saying.
Di medan perang beliau selalu berada di barisan hadapan. Hanya al-Rasyid dari
kalangan khalifah Abbasiah pernah pergi ke Mekah dengan berjalan kaki bersama
isteri dan rakyat.
16.2 Pemerintahannya
Kota Baghdad menjadi terkemuka di dunia
16.3 Kemajuan ilmu pengetahuan
Sekolah didirikan untuk menyebarkan ilmu kepada rakyat secara percuma.
Baghdad menjadi pusat penyebaran ilmu
16.4 Sikapnya terhadap kaum Alawiyeen
Beliau berusaha memperbaiki hubungan antara keluarga Abbasiah dengan
keluarga Sayyidina Ali tetapi kaum Alawiyeen tetap tidak mahu mengubah sikap
mereka. Kebaikannya dibalas dengan pemberontakan
Beliau tidak membalas dengan kekerasan sebaliknya menjalankan siasahnya
secara halus dan licin:
 Beliau menghantar satu angkatan tentera untuk memajukan tawaran perdamaian
kepada Yahya yang memberontak di Dylam. Tawaran itu diterima oleh Yahya
setelah membuat beberapa syarat. Yahya dijemput ke Baghdad dan ditahan di
sana
 Beliau menghantar pembesarnya untuk meracun Idris bin Abdullah yang
memberontak di Maghribi. Tetapi kerajaannya tetap hidup dengan putera Idris
dilantik mengganti ayahandanya
16.5 Perhubungan dengan Negara asing
Kerajaan asing yang besar semasa dengan al-Rasyid ialah:
 Kerajaan Rome
 Kerajaan Umaiyah
 Kerajaan Chaelemagne

24
Pada mulanya hubungan antara Negara Islam dan Rome amat baik kerana
kekalahan Rome dalam peperangan dengan tentera Islam. tetapi setelah kuasa
pemerintahan Rome bertukar, ia menunjukkan sikap angkuh dan menuntut
kerajaan Islam membayar balik cukai yang diambilnya malah mengugut kerajaan
Islam
Oleh itu al-Rasyid menyerang kerajaan Rome hingga akhirnya Maharaja Rome
itu gentar dan membayar ufti semula dengan ditambah beberapa bayaran lain
16.6 Persahabatan dengan Negara asing
Al-Rasyid mengadakan persahabatan dengan Charlemagne. Beliau juga
mengadakan perjanjian damai dengan Maharaja Tiongkok. Beliau pernah cuba
menguasai kerajaan Bani Umaiyah tetapi tidak berjaya
16.7 Jasanya
 Mengadakan tempat meneropong bintang
 Mengadakan kilang untuk mengisar tepung gandum
 Mendirikan sekolah dan pelajaran percuma kepada rakyat
 Menjemput para ulama dan para pujangga dating ke Baghdad untuk
menyebarkan ilmu
 Menjadikan Baghdad Bandar maju dan pusat pengetahuan terbesar di dunia
 Mengadakan biasiswa untuk pelajaran tinggi
16.8 Kemangkatannya
Beliau mangakat kerana sakit biasa ketika sedang memimpin satu angkatan
tentera untuk menghapuskan pemberontakan

17 KHALIFAH AL-MAAMUN BIN HARUN AL-RASYID


17.1 Al-Rasyid mengatur kedudukan puteranya
Al-Rasyid mempunyai beberapa putera tetapi yang paling masyhur ialah yang
dilantik menjadi khalifah iaitu:
- Al-Amin
- Al-Maamun
- Al-Muktasim
Beliau menentukan al-Amin menjadi pesuruhjaya negeri Syam dan
menggantikannya selepas beliau mangkat. Kuasa pemerintahan di Khurasan
diberi kepada al-Maamun dan beliau akan menggantikan al-Amin
Al-Amin tidak begitu mengambil berat dengan urusan pentadbiran sebaliknya
leka dengan hiburan. Urusan Negara diserahkan kepada menterinya bernama
Fadlu bin Rabik
Menteri Fadlu bukan seorang yang jujur. Ia menghasut al-Amin untuk
melucutkan hak saudaranya dari menjadi putera mahkota dan merampas harta

25
peninggalan ayahnya di Khurasan. Ini mengundang kemarahan al-Maamun dan
penduduk Khurasan yang saying akan keelokan budi al-Maamun
17.2 Peperangan dua saudara meletus
Al-Amin ditewaskan dan beliau mati terbunuh. Al-Maamun dilantik menjadi
khalifah
17.3 Pengenalan dan peribadi al-Maamun
Beliau seorang yang bijaksana dan berbudi pekerti mulia. Perhatiannya yang
utama ialah ilmu pengetahuan agama dan dunia
17.4 Kemajuan ilmu pengetahuan di zamannya
Buku pengetahuan dari bahasa asing disalin dan diterjemah dalam bahasa Arab.
Lahir tokoh terkemuka semasa pemerintahannya. Mazhab Muktazilah maju dan
terkenal pada zaman itu kerana al-Maamun lebih bersetuju dengan fahaman ini
17.5 Al-Maamun berpindah ke Baghdad
Mulanya beliau tinggal di Khurasan kerana Baghdad tidak selamat baginya.
setelah pemberontakan dihapuskan beliau berpindah ke Baghdad dan Khurasan
dihantar panglimanya untuk menjadi pesuruhjaya di sana
17.6 Sikap al-Maamun terhadap kaum Alawiyeen
Al-Maamun menaruh kasih saying kepada keluarga Sayyidina Ali. Seorang
pemimpin mereka bernama Ali Rida diangkat menjadi putera mahkota. Setelah Ali
Rida meninggal, beliau mengubah semula sikapnya
17.7 Perhubungan dengan Negara luar
Pihak musuh tidak berani menceroboh kerajaan Islam. kerajaan al-Maamun
bekerjasama dengan Negara Bani Umaiyah dengan usaha pertukaran buku dan
pegawai untuk memajukan negara
17.8 Jasa al-Maamun
 Menggiatkan usaha penterjemahan dan penyalinan buku bahasa asing kepada
bahasa Arab
 Mendirikan beberapa buah pusat pengajian Sains dan Falsafah
 Mendirikan menara tempat meneropong bintang
 Menjemput ramai bijak pandai untuk bekerja di lapangan ilmiah
17.9 Kemangkatannya
Beliau diserang sakit demam ketika berada di wilayah dalam negeri Rome dan
dimakamkan di Tarsus dalm Asia Kecil

18 AL-MUKTASIM BIN HARUN AL-RASYID DAN AL-WASIK


18.1 Al-Muktasim
Beliau seorang pahlawan terkemuka dan panglima yang gagah berani. Beliau
menghabiskan sebahagian besar hidupnya berjuang dan memusnahkan
musuhnya

26
18.2 Pemerintahannya
Beliau meletakkan kepercayaannya kepada bekas hamba dari bangsa Turki.
Keutamaan mereka melebihi bangsa Arab dan Farsi. Ini menimbulkan kemarahan
rakyat da nada gerakan menurunkan beliau tetapi gagal
Bangsa Turki sedar yang mereka menjadi anak emas khalifah lalu melakukan
perampasan dan penganiayaan dengan bermaharajalela. Tidak dapat mengawal
keadaan, beliau mendirikan Bandar Sumarra dan dijadikan pusat pemerintahan
18.3 Peperangan di zaman al-Muktasim
Seorang Raja Rome melakukan serangan keatas Negara Islam dan melakukan
keganasan. Al-Muktasim menghantar tentera yang terdiri dari pahlawan muda
bangsa Turki dan akhirnya Berjaya menghalau tentera Rome
18.4 Al-Muktasim mangkat
Beliau mangkat di istananya bernama al-Khaqani setelah memerintah selama 8
tahun
18.5 Khalifah al-Wasik
Beliau mewarisi sifat ayahandanya al-Muktasim tentang memberi layanan
istimewa kepada bangsa Turki hingga mereka berleluasa di dalam istana.
Pemberontakan timbul akibat rasa benci bangsa Arab terhadap beliau.
Pemberontakan itu dapat dihapuskan tetapi zaman keemasan Abbasiah mulai
menurun
Beliau mangkat dalam usia 36 tahun setelah memerintah selama 5 tahun lebih.
Walaupun terdapat khalifah yang berkuasa selepasnya, kebesaran Abbasiah telah
semakin hilang
18.6 Keruntuhan Negara Abbasiah
Datang bangsa Moghul Tartar menyerang Negara Islam. kota Baghdad telah
dibakar hangus dan segalakitab ilmu dibuang ke dalam Sungai Dajlah.
Mangkatnya khalifah al-Mustakim-Billah menandakan tamatnya Negara
Abbasiah
18.7 Sebab kejatuhan Negara Abbasiah
 Faham kebangsaan yang memuncak dari bangsa bukan Arab
 Timbul kekacauan dan pemberontakan
 Timbul bermacam mazhab dalam agama menyebabkan perpecahan
 Kelemahan semangat khalifah yang terkemudian
 Serangan bangsa Moghul

27
28
Rujukan :

Modul Semestar 3. TAMADUN ISLAM. Kolej Pengajian Tinggi Islam Al-Insaniah Malaysia
(KPTI).

29
30

Anda mungkin juga menyukai