Anda di halaman 1dari 3

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2

UNIT 1: PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN


SOSIAL (PEERS)

Orientasi Seksual
Definisi orientasi seksual

Setiap individu mempunyai orientasi seksual masing- masing. Biasanya kita akan mengalami
perasaan romantis dan tertarik secara seksual terhadap pasangan berlainan seks (heteroseksual).
Remaja menaruh perasaan terhadap seseorang dan mungkin bertindak mengikut perasaan tersebut.
Terdapat pelbagai jenis orientasi seksual iaitu:

 Heteroseksual – Tarikan romantik dan seksual terhadap pasangan yang berlainan seks
 Biseksual – Tarikan romantik dan seksual terhadap kedua-dua jantina
 Homoseksualiti – Tarikan romantik dan seksual terhadap jantina yang sama
 Gay(MSM) – Suatu label yang diberikan kepada lelaki yang mempunyai tarikan seksual
kepada lelaki lain
 Lesbian – Suatu label yang diberikan kepada kaum wanita yang mempunyai tarikan seksual
kepada wanita yang lain
 Transvestisme – Lelaki yang suka memakai pakaian wanita dan mempamerkan diri dikenali
sebagai pondan atau maknyah
 Transeksual – Perempuan atau lelaki yang merasai diri mereka sepatutnya tergolong pada
seks yang berlainan. Mereka merasakan bahawa mereka mempunyai organ seksual yang
salah. Justeru itu, mereka menjalani pembedahan pertukaran seks

Soalan yang kerap ditanya tentang homoseksualiti

1. Adakah saya seorang homoseksual?


 Anda mungkin tertarik terhadap mereka yang sejenis dengan anda, tetapi itu tidak
bermakna anda seorang homoseksual

 Sekiranya anda mempunyai hubungan romantik yang berpanjangan sesama jantina, anda
akan menjurus ke arah homoseksual

 Jika anda menurut kehendak nafsu untuk melakukan aktiviti seksual dengan jantina yang
sama, kemungkinan besar anda seorang homoseksual

 Anda tidak semestinya seorang yang aktif dalam seksual untuk menjadi seorang
homoseksual
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2

2. Apakah akibat homoseksualiti?


 Menderita dalam diam. Mereka hanya berpura-pura sebagai heteroseksual, berkahwin dan
mempunyai keluarga hanya untuk memenuhi kehendak masyarakat

 Berisiko tinggi untuk mendapat

o Penyakit mental (kemurungan/membunuh diri)

o Penyalahgunaan dadah

o Masalah tingkah laku

Yang paling penting, mereka berisiko tinggi untuk mendapat Jangkitan seksual (STI’s) jika mereka
melakukan hubungan seks tanpa perlindungan

3. Mengapa homoseksualiti tidak diterima oleh agama dan negara?


 Homoseksualiti dianggap bertentangan dengan lumrah kehidupan

 Ianya bercanggah dengan fungsi reproduktif yang semula jadi

 Di Malaysia, semua agama utama melarang perlakuan gay dan lesbian. Homoseksualiti
adalah salah di sisi undang-undang

4. Bagaimana anda membantu mereka yang homoseksual?


 Anda perlu peka mungkin ada rakan sebaya anda sedang menghadapi konflik dengan
orientasi seksual mereka. Sentiasa sensitif terhadap perasaan mereka

 Mereka juga mempunyai perasaan seperti orang lain. Oleh itu, mereka berhak diberi
layanan yang sama seperti orang lain

 Jangan mendiskriminasikan rakan sebaya anda berasaskan orientasi seksual mereka.


Elakkan diri atau rakan sebaya anda melabelkan mereka dengan panggilan seperti
“pondan”, “bapok” atau “lembut”

5. Bagaimana homoseksualiti disabitkan dengan AIDS?


 AIDS mula sekali dikesan di kalangan lelaki homoseksual

 Perbuatan liwat boleh mencederakan dubur dengan mudah

 Oleh itu, virus HIV mudah menjangkiti lapisan permukaan dubur

6. Adakah homoseksualiti satu penyakit?


 Tidak, homoseksual bukan satu penyakit

 Ia tidak dijangkiti atau berjangkit


 Homoseksualiti juga TIDAK dianggap sebagai masalah kesihatan mental oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia dan Persatuan Psikiatri Amerika
 Hubungan seks yang tidak selamat mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2

7. Apa yang boleh dibuat sekiranya saya seorang homoseksual?


 Dapatkan bantuan dari pusat atau institusi yang menyediakan khidmat sokongan

 Anda mungkin boleh berubah sekiranya anda mahu


 Sila dapatkan nasihat sama ada dari anggota kesihatan, kaunselor di sekolah, pakar psikologi
atau menghubungi badan-badan bukan kerajaan seperti BEFRIENDERS

Akibat

 Jika anda memilih heteroseksual anda tergolong dalam kumpulan kebanyakan.


 Jika anda memilih homoseksualiti atau biseksual anda patut sedar yang anda memilih untuk
kurang diterima oleh masyarakat.

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD FAHDIL BIN ABU


Guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan SUMBER:
Maktab Mahmud Pendang http://www.myhealth.gov.my/orientasi-seksual/

Anda mungkin juga menyukai