Anda di halaman 1dari 2

JURNAL

Bilangan Jurnal : KELAPAN MINGGU


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 8 OGOS 2023
8
Tajuk : SET INDUKSI, TANGGAPAN PERTAMA MURID

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Isu yang ingin di bangkitkan adalah berkenaan penggunaan set induksi mempengharuhi perhatian dan
tumpuan murid sepanjang sesi pdp di jalankan. Kawalan murid akan menjadi teruk apabila murid tidak
tertarik dengan tanggapan pertama bagi tajuk yang hendak di ajar pada hari tersebut. Murid akan bermain
sesama mereka dan tidak fokus dengan apa yang hendak di ajar oleh guru

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Punca murid tersebut menjadi sebegitu berkemungkinan murid tersebut tidak merasa tertarik dengan set
induksi yang telah di tunjukkan oleh guru, ataupun murid itu sudah sedia maklum tahu serta arif tentang isi
pelajaran yang hendak di sampaikan pada hari tersebut. Kesan terhadap isu yang berlaku ini terhadap guru
adalah guru tidak dapat mengawal kelas dengan baik, ia juga menjadikan masa pengajaran menjadi singkat
kerana guru hanya menghabiskan masa mengawal pergerakan murid di dalam kelas. Kesan terhadap murid
yang lain juga adalah, mereka terganggu dengan murid yang tidak fokus di dalam kelas.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN


LEPAS) :
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran
serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran
yang hendak disampaikan.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
i) Merangka set induksi yang lebih menarik
ii)Menggunakan set induksi yang berunsurkan KBAT
iii) Melihat kecerdasan pelbagai murid untuk menjadikan set induksi lebih berfungsi.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil tindakan susulan di mana perlu mencari ataupun membina set induksi yang menarik
dan juga mempunyai unsur-unsur KBAT yang boleh merangsang kecerdasan murid. Set induksi tersebut
perlulah bersifat lebih atau atas dari pengetahuan sedia ada murid, ia bagi menjadikan murid merasa teruja
dengan apa yang mereka lihat. Selain itu, saya juga akan meningkatkan kemahiran tentang kawalan kelas
serta cara bagaimana mahu mengawal kelas dengan baik.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


14 OGOS 2023

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan susulan yang telah di rancang berjaya, ini apabila murid sentiasa bertanya tentang apakah yang
mereka lihat semasa set induksi di jalankan. Setiap murid teruja dengan ingin meluahkan perasaan dan
pendapat mereka tentang set induksi tersebut. Kawalan murid juga dalam keadaan yang baik, ini kerana
semua murid dapat menumpukan perhatian terhadap isi pelajaran yang di sampaikan pada hari tersebut.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Kesimpulan yang dapat di buat adalah, set induksi yang baik perlulah berunsurkan KBAT, di mana murid
akan sentiasa ingin tahu dan timbul persoalan tentang apa yang mereka lihat. Perasaan ingin tahu serta inkuiri
mereka terhadap sesuatu isu. Ini dapat menjadikan murid lebih fokus dan faham apa yang hendak di ajar oleh
guru dalam menyelesaikan persoalan yang bermain di minda mereka.

RUJUKAN
Hasmizi Abdul Hamid ,KEMAHIRAN SET INDUKSI,
http://miji75tm.blogspot.my/2011/01/kemahiran-set-induksi.html

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan Tandatangan
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai