Anda di halaman 1dari 96

Nabi Syu'aib a.s.

Nabi Syu'aib a.s. atau Shoaib >, (Bahasa Arab: ‫;شعيب‬


juga Shu‘ayb, Shu‘aib, Shuaib, Šuaib, Şuayb. "Siapa yang
menunjukkan jalan yang benar", ialah
seorang Nabi dan Rasul yang wajib diketahui
dalam Islam yang juga namanya turut disebut didalam al-
Qur'an[1]. Baginda Nabi Syu'aib dipercayai ialah berasal dari
keturunan Nabi Ibrahim a.s. [perlu rujukan]. Baginda Nabi Syu'aib
telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjadi Rasul
kepada kaum Midian, membimbing mereka kearah kebenaran
serta memberi peringatan, teguran, bencana dan berita
gembira kepada mereka. Namun kebanyakan kaumnya telah
ingkar, lalu Allah menurunkan azab sengsara kepada kaum
Madian dan memusnahkan mereka [2].
Kisah Nabi Syu'aib a.s

Kaum Madyan, kaumnya Nabi Syu'ib, adalah segolongan


bangsa Arab yang tinggal di sebuah daerah bernama "Ma'an" di
pinggir negeri Syam. Dikhabarkan juga Kaum Madyan ini diambil
sempena salah seorang anak kepada Nabi Allah Ibrahim. Mereka
terdiri dari orang-orang kafir yang tidak mengenal Tuhan Yang
Maha Esa (Allah). Mereka menyembah kepada "Aikah" iaitu
sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-
tanaman. Cara hidup dan istiadat mereka sudah sangat jauh dari
ajaran agama dan pengajaran nabi-nabi sebelum Nabi Syu'aib a.s.
Nabi Syuaib juga disebut Jethro berdasarkan versi Injil Kristian.
Selain sebagai seorang Nabi dan Rasulullah bagi kaum Madyan,
Nabi Syu'aib turut merupakan bapa mertua kepada Nabi Musa a.s.,
selepas baginda Nabi Syu'aib merestui Ṣaffūrah anak
perempuannya dinikahi Nabi Musa.
Kemungkaran, kemaksiatan dan tipu menipu dalam pergaulan
merupakan perbuatan dan perilaku yang lumrah dan rutin dalam
kehidupan sehari-harian kaum Madyan atau Midian ini.
Kecurangan dan perkhianatan dalam hubungan dagang seperti
pemalsuan barang, kecurian dalam takaran dan timbangan menjadi
ciri yang sudah sebati dengan diri mereka. Para pedagang dan
petani kecil selalu menjadi korban permainan para pedagang-
pedagang besar dan para pemilik modal, sehingga dengan demikian
yang kaya makin bertambah kekayaannya, sedangkan yang lemah
semakin merosot modalnya dan semakin melarat hidupnya.
Sesuai dengan sunnah Allah sejak Adam diturunkan ke bumi
bahawa dari waktu ke waktu bila manusia sudah lupakan kepada-
Nya dan sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran nabi-nabi-
Nya, dan bila Iblis serta syaitan sudah menguasai sesuatu
masyarakat dengan ajaran dan tuntutannya yang menyesatkan
maka Allah mengutuskan seorang rasul dan nabi untuk memberi
penerangan serta tuntutan kepada mereka agar kembali ke jalan
yang lurus dan benar, jalan iman dan tauhid yang bersih dari segala
rupa syirik dan persembahan yang bathil.
Kepada kaum Madyan diutuslah oleh Allah seorang Rasul iaitu
Nabi Syu'aib, seorang daripada mereka sendiri, sedarah dan
sedaging dengan mereka. Baginda mengajak mereka meninggalkan
persembahan kepada Aikah, sebuah benda mati yang tidak
bermanfaat atau bermudharat dan sebagai gantinya melakukan
persembahan dan sujud kepada Allah Yang Maha Esa, Pencipta
langit dan bumi termasuk sebidang tanah yang mereka puja sebagai
tuhan mereka. Nabi Syu'aib menyeru kepada mereka agar
meninggalkan perbuatan-perbuatan dan kelakukan-kelakuan yang
dilarang oleh Allah serta membawa kerugian bagi sesama manusia
serta mengakibat kerosakan dan kebinasaan masyarakat. Mereka
diajak agar berlaku adil dan jujur terhadap diri sendiri dan
terutama terhadap orang lain, meninggalkan perkhianat dan
kezaliman serta perbuatan curang dalam hubungan dagang,
perampasan hak milik seseorang dan penindasan terhadap orang-
orang yang lemah dan miskin.
Diingatkan oleh Nabi Syu'aib akan nikmat Allah dan kurniaan-Nya
yang telah memberi mereka tanah subur serta sarana-sarana
kemakmuran yang berlimpah-ruah dengan pertumbuhan jumlah
penduduk dan anak cucu yang pesat. Semuanya itu menurut seruan
Nabi Syu'aib, patut diimbangi dengan rasa bersyukur dan
bersembah kepada Allah Maha Pencipta yang akan melipat
gandakan nikmat dan kurnia-Nya kepada orang-orang yang
beriman dan bersyukur. Diingatkan pula Nabi Syu'aib bahawa
mereka tidak mahu sedar dan kembali kepada jalan yang benar
mengikuti ajaran dan perintah Allah yang dibawanya, nescaya
Allah akan mencabut nikmat dan kurnia-Nya kepada mereka,
bahkan akan menurunkan azabnya atas mereka di dunia selain
seksa dari azab yang menanti mereka kelak di akhirat bila di
bangkitkan kembali dari kubur.
Kepada mereka Nabi Syu'aib dikisahkan seksa dan azab yang
diturunkan oleh Allah terhadap kaum Nuh, kaum Hud, kaum Saleh
dan paling dekat kaum Luth yang kesemua telah menderita dan
menjadi binasa akibat kekafiran, keangkuhan dan keengganan
mereka mengikuti ajaran serta tuntutan nabi-nabi yang diutus
Allah kepada Mereka. Diingatkan oleh Nabi Syu'aib agar mereka
beriktibar dan ingat bahwa mereka akan mengalami nasib yang
telah dialami oleh kaum-kaum itu jika mereka tetap melakukan
persembahan yang bathil serta tetap melakukan perbuatan-
perbuatan yang buruk dan jahat.
Makam Nabi Syu'aib
Makam Nabi Syu'aib [3] dikatakan terletak di Jordan; kira-kira 2
km ke barat pekan Mahis didalam sebuah kawasan yang dikenali
sebagai Wadi Syu'aib [4]. Tempat lain yang diperakui oleh
golongan Duruzi sebagai Makam Nabi Syu'aib terletak
di Hattin di Galilee. Tapak ini merupakan tempat suci bagi
penganut Duruzi.
Nabi Ayub a.s.
Nabi Ayub a.s. menggambarkan manusia yang paling sabar,
bahkan boleh dikatakan bahawa baginda berada di puncak
kesabaran. Sering orang mengagumi kesabaran kepada Nabi Ayub.
Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi Ayub
menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan
kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap
budaya. 

Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:


"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah
sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)."
(Al-Quran Surah. Sod: 44)

Dalam pandangan/
perspektif Islam, ‫اي@@@وب‬ (Ayyub/Eyub/Ejub) (circa 1600 BC - 1500
BC?)[1] [2]. Nabi Ayub AS ialah salah seorang
25 Nabi dan Rasul yang wajib diketahui dalam Islam, juga baginda
merupakan salah seorang dari Nabi-Nabi Bani Israel dan salah
seorang manusia pilihan dari sejumlah manusia pilihan yang mulia.
Allah telah menceritakan dalam kitab-Nya dan memujinya dengan
berbagai sifat yang terpuji secara umum dan sifat sabar atas ujian
secara khusus. Allah telah mengujinya dengan anaknya,
keluarganya dan hartanya, kemudian dengan tubuhnya. Allah SWT
telah mengujinya dengan ujian yang tidak pernah ditimpakan
kepada siapa pun, tetapi ia tetap sabar dalam menunaikan perintah
Allah dan terus-menerus bertaubat kepada-Nya.

Setelah Nabi Ayub AS menderita penyakit kronik dalam jangka


masa yang cukup lama, dimana sahabat dan keluarganya telah
melupakannya, maka baginda telah menyeru kepada Rabbnya,
“(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan
Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua
penyayang.” (Surah Al-Anbiya’: 83). Dikatakan kepadanya,
“Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan
minum.” (Surah Sod: 42). Nabi Ayub AS telah menghentakkan
kakinya, maka memancarlah mata air yang dingin kerana hentakan
kakinya tersebut. Dikatakan kepadanya, “Minumlah darinya serta
mandilah.” Nabi Ayub AS melakukannya, maka Allah Ta’ala
menghilangkan penyakit yang menimpa batinnya dan zahirnya.

Kemudian Allah mengembalikan kepadanya; keluarganya,


hartanya, sejumlah nikmat serta kebaikan yang dikurniakan
kepadanya dalam jumlah yang banyak. Dengan kesabarannya itu
maka baginda merupakan suri teladan bagi orang-orang yang
sabar, penghibur bagi orang-orang yang mendapat ujian atau
ditimpa musibah serta pelajaran berharga bagi orang-orang yang
mahu mengambil pengajaran.*

Ketika Nabi Ayub AS sakit, maka baginda telah menemukan


kepingan wang milik isterinya yang diperoleh dari hasil
pekerjaannya melakukan sesuatu, sehingga baginda bersumpah
akan mencambuknya seratus kali cambukan. Kemudian Allah
meringankannya dari Nabi Ayub AS dan isterinya, seraya dikatakan
kepadanya: “Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput).”
Yakni seikat jerami, lalang, tangkai atau yang lainnya sebanyak
seratus biji, kemudian pukullah ia dengannya “… dan janganlah
kamu melanggar sumpah.” (Surah Sod: 44). Yakni melanggar
sumpahmu.

Dalam ayat di ‫ا‬atas terdapat dalil bahawa kifarat sumpah tidak


disyariatkan kepada seseorang sebelum syariat kita, serta
kedudukan sumpah di hadapan mereka adalah sama dengan nazar,
yang mesti dipenuhi.

Juga dalam ayat tersebut terdapat dalil, bahawa bagi orang yang
tidak mungkin dilaksanakan hukuman had ke atasnya kerana
kondisinya yang lemah atau alasan lainnya, hendaklah
diperlakukan kepadanya hukuman yang disebut dengan hukuman
tersebut, kerana tujuan dari perlakuan hukuman itu ialah
pemberian rasa jera, bukan merosakkan atau menghancurkan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik RA


dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Nabi Allah Ayub
AS diuji dengan musibah tersebut selama lapan belas tahun,
dimana keluarga dekat serta keluarga yang jauh telah menolaknya
dan mengusirnya kecuali dua orang lelaki dari saudara-saudaranya,
dimana keduanya telah memberinya makan dan mengunjunginya.
Kemudian pada suatu hari salah seorang dari kedua saudaranya itu
berkata kepada saudaranya yang satu, ‘Demi Allah, perlu
diketahui, bahawa Ayub telah melakukan suatu dosa yang belum
pernah dilakukan siapa pun di dunia ini.’ Sahabatnya itu bertanya,
‘Dosa apakah itu?.’ Saudaranya tadi berkata, ‘Selama lapan belas
tahun Allah tidak merahmatinya, sehingga menyembuhkannya dari
penyakit yang dideritanya.’ Ketika keduanya mengunjungi Ayub AS
maka salah seorang dari kedua saudaranya itu tidak dapat
menahan kesabarannya, sehingga ia menyampaikan pembicaraan
tersebut kepadanya. Ayub AS menjawab, ‘Aku tidak mengetahui
apa yang kamu berdua bicarakan, kecuali Allah Taala telah
memberitahukan; bahawa aku diperintah untuk mendatangi dua
orang lelaki yang berselisih supaya keduanya mengingati Allah.
Sedang aku akan kembali ke rumahku dan menutup diri dari
keduanya, kerana merasa benci dalam mengingati Allah, kecuali
dalam kebenaran.’”

Nabi SAW bersabda, “Ketika Ayub AS pergi menunaikan hajatnya


maka isterinya memegang tangannya hingga selesai. Suatu hari
isterinya terdatang lewat dan Ayub AS menerima wahyu,
‘Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan
minum.’ (Surah Sod: 42) Ketika isterinya datang dan bermaksud
menemuinya, maka ia melayangkan pandangannya dalam keadaan
tertegun, dan Ayub AS menyambutnya dalam rupa dimana Allah
telah menyembuhkan penyakit yang dideritanya, dan rupanya
sangat tampan seperti semula. Ketika isterinya melihatnya, seraya
bertanya, ‘Semoga Allah memberkatimu, apakah engkau melihat
nabi Allah yang sedang diuji? Demi Allah, bahawa aku melihatnya
mirip denganmu saat ia sihat.’ Ayub AS menjawab, ‘Sesungguhnya
aku ini adalah dia.’ Ketika itu di hadapannya terdapat dua buah
gundukan iaitu gundukan gandum dan jewawut. Kemudian Allah
mengirim dua gugusan awan, dimana ketika salah satunya
menaungi gundukan gandum, maka tercurah padanya emas hingga
penuh, sedangkan pada gundukan jewawut tercurah mata wang
hingga penuh.”
Nabi Zulkifli a.s.
Nabi Zulkifli, anak Nabi Ayub a.s. Nama sebenarnya
Basyar bin Ayub AS bin Amose bin Tarekh bin Rum bin Ish
bin Ish bin Ishaq AS bin Ibrahim AS, tetapi diberi gelaran
Zulkifli kerana beliau seorang saja yang tampil untuk
menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah raja di
negerinya itu.
Nama Zulkifli banyak diterjemahkan daripada kitab-kitab
agama lain dan sering dikaitkan dengan
Nabi Yehezkiel atau Ezekiel dalam terjemahan bahasa
Inggeris di dalam Alkitab Kristian serta Gautama
Buddha dalam kepercayaaan agama Buddha.
Sebagai raja dan nabi

Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut


cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan
diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai
anak.
Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:"Wahai rakyatku!
Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang
dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar
ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini
kepadanya."
Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja
berkata:"Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada
waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup
bersabar?"
Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan
kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar
melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.
Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah,
bermaksud: "Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan
Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka
bersabar."
Kemudian Zulkifli menggantikan raja yang sudah tua itu. Pada
waktu siang beliau berpuasa, tetapi tidak pernah melupakan urusan
pemerintahan, malah melayani rakyatnya dengan baik. Pada waktu
malam, beliau memanfaatkannya dengan beribadah kepada Allah.
Satu hari, syaitan yang menyerupai manusia datang kepadanya
ketika beliau tidur. Kedatangan tetamu (syaitan) itu kononnya
untuk menyelesaikan urusan dengan raja (Zulkifli), tetapi tujuan
sebenar mahu menggoda.
Kedatangannya disambut wakil Zulkifli kerana waktu itu beliau
mahu tidur. Tetapi tetamu itu tidak mahu disambut wakilnya, lalu
didesak supaya terus dapat berjumpa dengan beliau. Disebabkan
tetamu itu tidak mahu beredar, malah meminta urusannya
diselesaikan segera, Zulkifli keluar menemuinya. Selesai urusan itu,
tetamu berkenaan terus beredar. Zulkifli baru menyedari tetamu
itu adalah syaitan yang mahu menggodanya. Walaupun mengetahui
tetamu itu syaitan, beliau tidak marah, malah tetap bersabar.
Satu hari berlaku pula peperangan di negeri itu membabitkan
orang yang derhaka kepada Allah. Raja Zulkifli memerintahkan
rakyatnya supaya menghadapi tentangan orang derhaka itu, tetapi
dibantah.
Rakyatnya berkata: "Wahai raja, kami takut berperang kerana
kami masih mahu hidup. Jika kamu minta kepada Allah untuk
menjamin hidup kami, baru kami mahu berperang."
Mendengar perkataan rakyatnya itu, Zulkifli berdoa: "Ya Allah,
aku menyampaikan risalah Tuhan kepada mereka, menyuruh
mereka berperang, tetapi mereka mempunyai permintaan.
Sesungguhnya Allah mengetahui permintaan mereka."
Tidak lama selepas itu, Allah menurunkan wahyu: "Wahai Zulkifli,
Aku (Allah) telah mengetahui permintaan mereka dan Aku
mendengar doamu. Semuanya Aku akan kabulkan."
Nabi Zulkifli digolongkan dalam al-Quran sebagai orang yang
sabar dan soleh. Firman Allah bermaksud: "Dan ingatlah akan
Ismail, Nabi Ilyasa' a.s. dan Zulkifli. Semuanya orang yang paling
baik."
Kekeliruan dengan "Kifli"

Zulkifli yang dinyatakan melalui al-Quran itu bukannya Kifli


seperti dinyatakan dalam sebuah hadis (hasan) yang diriwayatkan
Imam Ahmad dan Tirmizi, iaitu: "Kifli yang berasal dari kalangan
Bani Israel tidak menjaga diri daripada dosa."
Ada seorang wanita muda datang kepadanya, lalu Kifli memberi
wang 60 dinar kepadanya dengan maksud wanita itu setuju
disetubuhi. Setelah Kifli siap melakukan persetubuhan itu selayak
seorang suami ke atas isteri, tiba-tiba wanita itu gementar dan
menangis.
Kifli bertanya kepada wanita itu: "Kenapa kamu menangis?
Apakah kamu tidak mahu?" Wanita itu menjawab: "Tidak, tetapi
perbuatan seperti itu aku belum pernah lakukan dan aku mahu
lakukannya kerana ada keperluan yang mendesak."
Kifli berkata: "Jadi, baru kali ini kamu melakukan perbuatan
seperti itu. Sebelum ini kamu belum pernah
melakukannya." Kemudian Kifli melepaskan wanita itu dan
berkata: "Pergilah kamu dan bawalah dinar yang telah aku berikan
kepadamu."
Kemudian Rasulullah bersabda: "Demi Allah, Kifli tidak
melakukan maksiat terhadap Allah selamanya. Selepas itu Kifli
meninggal dunia pada waktu malam dan dipintunya tertulis, Allah
memberikan keampunan kepada Kifli."
Mengikut teori pada sanad hadis itu, Kifli yang diceritakan dalam
hadis berkenaan bukan Zulkifli kerana ia menyebut perkataan Kifli
saja, dengan tidak mengaitkan perkataan lain yang merujuk pada
Zulkifli.
Nabi Zulkifli mempunyai rakyat yang ramai dan berusia lanjut
hingga negerinya padat dan menghadapi masalah bekalan
makanan. Selepas itu, rakyatnya yang panjang usia meminta Nabi
Zulkifli supaya ditentukan ajal.
Baginda wafat pada usia 75 tahun sebagai seorang nabi dan raja
terkenal dengan sikap sabar dan tidak marah. Beliau juga
mematuhi janji dan segala amanah yang diserahkan raja terdahulu
hingga dapat memimpin kaumnya dengan baik.
Nabi Musa a.s.
NabiMusaa.s. (Ibrani: ‫מֶֹׁש ה‬ Inggeris Mošé Tiberia Mōš
eh; Arab: ‫موسى‬, Mūsā; Ge'ez: ሙሴ Musse) merupakan
seorang Nabi dan Rasul yang telah menerima Kitab Taurat.

Kelahiran Nabi Musa


Nabi Musa diutuskan oleh Allah bagi memimpin Bani Israil ke jalan
benar. Beliau merupakan anak kepada Imran dan Yukabad binti
Qahat, (Musa bin Imran bin Qohath bin Lewi bin Yakqub bin Ishaq
bin Ibrahim), bersaudara (adik-beradik mengikut sesetengah
periwayatan) dengan Nabi Harun, dilahirkan di Mesir pada
pemerintahan Firaun.
Mukjizat Nabi Musa hadapi Firaun

i. Meleraikan pergaduhan

ii. Nabi Musa keluar dari Mesir dan berkahwin

iii. Berbicara dengan Allah

iv. Pulang ke Mesir dan berhadapan dengan ahli sihir firaun

v. Nabi Musa membelah laut dan menenggelamkan firaun


dan bala
vi. tenteranya
Nabi Musa bermunajat di Bukit Sina

Selepas keluar dari Mesir, Nabi Musa bersama sebahagian


pengikutnya dari kalangan Bani Israel menuju ke Bukit Sina untuk
mendapatkan kitab panduan daripada Allah. Namun, sebelum itu
Musa disyaratkan berpuasa selama 30 hari pada Zulkaedah. Ketika
mahu bermunajat, beliau beranggapan bau mulutnya kurang
menyenangkan. Beliau menggosok gigi dan mengunyah daun kayu,
lalu perbuatannya ditegur malaikat dan beliau diwajibkan
berpuasa 10 hari lagi.Dengan itu puasa Musa genap 40 hari.
Sewaktu bermunajat, Musa berkata: “Ya Tuhanku, nampakkanlah
zatMu kepadaku supaya aku dapat melihatMu.” Allah berfirman:
“Engkau tidak akan sanggup melihatKu, tetapi cuba lihat bukit itu.
Jika ia tetap berdiri tegak di tempatnya seperti sediakala, maka
nescaya engkau dapat melihatku.” Musa terus memandang ke arah
bukit yang dimaksudkan itu dan dengan tiba-tiba bukit itu hancur
hingga masuk ke perut bumi, tanpa meninggalkan bekasnya.Musa
terperanjat dan gementar seluruh tubuh lalu pengsan.
Maqam

Umat Islam percaya Maqam (tempat perkuburan) Nabi Musa


terletak di di suatu tempat yang dinamakan Maqam El-Nabi Musa,
berada di 11 km (6.8 bt) keselatan bandar Jericho dan 20 km (12 bt)
ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.[1] Maqamnya
terletak disebelah kanan jalan utama Jerusalem-Jericho, kira-kira
2 km (1.2 bt) melepasi papan tanda yang menunjukkan paras laut
terendah menghala ke tapak ini. Beberapa dominasi utama
empayar Islam seperti Fatimid, Taiyabi dan Dawoodi Bohra juga
mendakwa disinilah Nabi Musa dikebumikan.[2] Dalam Kitab
Ulangan atau Devarim ada menyebut akan kematian Nabi Musa
dan dikebumikan di suatu lembah yang terletak di Tanah Moab
berhadapan dengan Beth-peor" (ke timur Sungai Jordan) dan
menyatakan "sehingga hari ini tiada siapa pun mengetahui
dimanakah ia (Musa) dikebumikan".[3]
Nabi Harun a.s.
telah diminta oleh Nabi Musa a.s
Nabi Harun a.s
pada Allah S.W.T dalam membantu memperkembangkan
agama Allah.

Nabi Harun fasih berbicara

Harun bin Imran bin Qahits bin Lewi bin Yaakub bin Ishak bin
Ibrahim. Baginda ialah adik-beradik seibu Nabi Musa, diutuskan
untuk membantu Musa memimpin Bani Israel ke jalan yang benar.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami telah menganugerahkan
kepadanya sebahagian rahmat Kami, iaitu saudaranya, Harun
menjadi seorang nabi.”
Harun dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih
berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Musa
dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman dan
Qarun. Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara
dan berdebat, seperti diceritakan al-Quran: “Dan saudaraku
Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia
bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan)
ku, sesungguhnya aku khuatir mereka akan berdusta.” Sepanjang
peninggalan Nabi Musa untuk bermunajat di Thur Sina, Harun
juga diberikan amanah untuk mengawasi dan memimpin penduduk
Bani Israel daripada melakukan kemungkaran, apa lagi
menyekutukan Allah dengan benda lain. Musa berkata kepada
Harun: “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku dan
perbaikilah, jangan kamu mengikuti jalan orang yang melakukan
kerosakan.”
Bagaimanapun, sepanjang pemergian Musa ke Thur Sina, berlaku
ujian terhadap Bani Israel. Sebilangan mereka menyekutukan Allah
dengan menyembah anak lembu yang diperbuat daripada emas oleh
Samiri. Mereka menyembah patung lembu itu selepas terpedaya
dengan tipu helah Samiri yang menjadikannya sehingga boleh
bercakap. Harun sudah mengingatkan mereka kelakuan itu adalah
dosa besar, namun segala nasihat dan amaran berkenaan tidak
dipedulikan.
Selepas bermunajat selama 40 hari, Musa kembali kepada kaumnya
dan sungguh terkejut dengan perbuatan menyembah
patung lembu itu. Musa bukan saja marah kepada kaumnya, malah
Harun sendiri turut ditarik kepala dan janggutnya. Musa bertanya
kepada Harun: “Wahai Harun, apa yang menghalangi engkau
daripada mencegah mereka ketika engkau melihat mereka sesat?
Apakah engkau tidak mengikut aku atau engkau menderhakai
perintahku?”. Harun berkata: “Wahai anak ibuku, janganlah
engkau renggut janggutku dan janganlah engkau tarik kepalaku,
sesungguhnya aku takut engkau akan berkata, “engkau adakan
perpecahan dalam Bani Israel dan engkau tidak pelihara
perkataanku.” Kemudian Musa mendapatkan Samiri, lalu berkata:
“Pergilah kamu dari sini bersama pengikutmu. Patung sapi itu yang
menjadi tuhanmu akan aku bakar, kemudian aku akan hanyutkan
ke dalam laut. Kamu dan pengikutmu pasti mendapat seksa.”
Nabi Harun hidup selama 122 tahun. Baginda wafat 11 bulan
sebelum kematian Musa, di daerah al Tiih, iaitu sebelum Bani
Israel memasuki Palestin. Mengenai Bani Israel, mereka memang
degil, banyak soal dan sukar dipimpin, namun dengan kesabaran
Musa dan Harun, mereka dapat dipimpin supaya mengikuti syariat
Allah, seperti terkandung dalam Taurat ketika itu.
Selepas Harun dan Musa meninggal dunia, Bani Israel dipimpin
oleh Yusya’ bin Nun. Namun, selepas Yusya’ mati, lama-kelamaan
sebilangan besar mereka meninggalkan syariat yang terkandung
dalam Taurat. Malah, ada kalangan mereka yang mengubah
hukum di dalam kitab berkenaan, sehingga menimbulkan
perselisihan dan perbezaan pendapat, akhirnya menyebabkan
perpecahan Bani Israel.
Nabi Daud a.s.
NabiDauda.s (Ibrani:
‫ָּד וִד‬, Inggeris Davíd Tiberia Dāwíð;Arab: ‫داوود‬ or
‫داود‬, Dā'ūd; Ge'ez:ዳዊት, Dāwīt) merupakan seorang nabi dan
rasul dalam agama Islam. Baginda juga dikenali
sebagai David dalam agama Yahudi dan Kristian. Baginda
merupakan raja kedua dan yang paling terkenal dalam
kerajaan Israel. Nabi Daud menerima kitab Zabur.

Daud dalam Islam


Daud ialah nabi dan raja Bani Israel. Semenjak masih muda telah
menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan
pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Malahan
Nabi Daud yang membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai
pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Nabi Daud
menggantikannya sebagai raja. Allah SWT mengangkat Daud
sebagai nabi dan rasul-Nya. Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur.
Beliau memiliki sejumlah mukjizat, seperti suara yang merdu,
kecerdasan akal, mengerti bahasa burung, dan melembutkan besi.
Nabi Daud meninggal dalam usia 100 tahun dan dikebumikan
di Baitul Muqaddis. Beliau digantikan puteranya
Nabi Sulaiman yang kemudiannya menjadi nabi.
Nabi Sulaiman a.s.
Nabi Sulaiman a.s. (‫ليمان‬TT‫)س‬ merupakan anak Nabi
Daud a.s. Sulaiman ibn Dāwūd (Bahasa Arab: ‫ َل ْي َمان ْبن دَ ُاو ْود‬T ‫س‬,
ُ
Sulaiman anak Daud) ialah, menurut Al-Quran,
seorang Malik (‫ َملِك‬, Raja) dan Nabī (Nabi) dari Bani Israil.
Sejak kecil lagi baginda telah menunjukkan kecerdasan dan
ketajaman fikirannya.
Pernah memutuskan perkara 2 orang yang berselisih, iaitu
antara pemilik kebun dan pemilik kambing.

Raja segala makhluk


Allah SWT mengangkatnya sebagai nabi dan rasul. Setelah
Sulaiman cukup umur dan ayahandanya wafat, Sulaiman diangkat
menjadi raja di kerajaan bani Israel. Baginda berkuasa tak hanya
atas manusia, namun juga binatang dan makhluk halus
seperti jin dan lain-lain. Baginda dapat memahami bahasa semua
binatang.
Istana Nabi Sulaiman sangat indah. Dibangun dengan gotong
royong manusia, binatang, dan jin. Dindingnya terbuat dari batu
pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari
perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir
di taman ditaburi mutiara, dan sebagainya.
Kewafatan baginda

Kisah Sulaiman merangkumi tenteranya yang terdiri


daripada manusia, haiwan dan jin dalam menjalankan dakwah
Allah terhadap Ratu Balqis. Kematian baginda berlainan dengan
manusia biasa. Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di
kerusi, dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan
memerhatikan jin yang bekerja.
Firman Allah: "Tatkala Kami telah menetapkan kematian
Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah
kematiannya itu melainkan anai-anai yang memakan tongkatnya.
Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa
sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak
akan tetap dalam seksa yang menghinakan."
Nabi Ilyas a.s.
Nabi Ilyas a.s. (bahasa Arab: ‫اس‬TTTTTTT‫)إلي‬ adalah
seorang utusan Allah SWT. Telah terjadi pertentangan antara
beliau dan kaumnya tentang berhala yang bernama Ba'l. Nabi
Ilyas menyeru di jalan Allah SWT dan mengajak kaumnya
tetapi kaumnya mengabaikannya. Mereka cenderung kepada
Ba'l.
Selesailah halaman kehidupan dunia dan mereka dihadirkan
di hadapan Allah SWT pada hari kiamat. Allah SWT
menceritakan hal tersebut dalam firman-Nya:
"Dan sesungguhnya Ilyas termasuk salah seorang dari rasul-
rasul. (Ingatlah) ketika ia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa
kamu tidak bertakwa? Pantaskah kamu menyembah Ba'l dan
kamu tinggalkan sebaik-baik Pencipta, iaitu Allah Tuhanmu
dan Tuhan bapak-bapakmu yang terdahulu?' Maka mereka
mendustakannya, kerana itu mereka akan diseret (ke neraka),
kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa).
Dan Kami abadikan untuk Ilyas (pujian yang baik) di
halangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu)
kesejahteran dilimpahkan atas Ilyas? Sesungguhnya
demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang
yang berbuat baik. Sesungguhnya dia termasuk hamba-
hamba Kami yang beriman." (QS. ash-Shaffat: 123-132)
Hanya ayat-ayat yang pendek ini yang Allah SWT sebutkan
berkaitan dengan kisah Nabi Ilyas. Dan pendapat yang paling
kuat adalah pendapat yang menyatakan bahwa Ilyas adalah
seorang Nabi yang bernama Ilya dalam Taurat. Injil Barnabas
mengemukakan nasihat-nasihat Ilya. Tentu nasihat-nasihat
tersebut tidak begitu terkenal dalam Taurat. Kami akan
menyebutkan nasihat-nasihat tersebut karena di dalamnya
terdapat hikmah yang dalam dan ketulusan hati. Pesan
tersebut terdapat dalam injil Barnabas dari ayat 23 sampai
ayat 49. Disebutkan di dalamnya bahwa
"Ilya adalah hamba Allah. Hal ini ditulis bagi semua orang
yang menginginkan untuk berjalan bersama Allah Pencipta
mereka. Sesungguhnya orang yang suka untuk banyak
belajar maka ia akan sedikit takut kepada Allah. Kerana
orang yang takut kepada Allah maka ia akan merasa puas
untuk mengetahui apa-apa yang diinginkan Allah saja.
Hendaklah orang-orang yang menginginkan untuk
mengerjakan amal-amal yang soleh memperhatikan diri
mereka karena seseorang tidak akan memperoleh manfaat
ketika mendapati dunia mendapatkan keuntungan sementara
ia mendapati kerugian. Selanjutnya, hendaklah orang yang
mengajari orang lain berusaha untuk lebih baik daripada
orang lain karena tidak akan bermanfaat suatu nasihat yang
diberikan oleh orang yang tidak mengamalkan apa yang
dikatakannya. Sebab, bagaimana seorang yang salah dapat
memperbaiki kehidupannya sementara ia mendengar
seorang yang lebih buruk darinya berusaha untuk
mengajarinya. Kemudian hendaklah orang yang mencari
Allah berusaha lari dari percakapan dengan manusia karena
Musa ketika berada sendirian di atas gunung Saina' maka
beliau menemukan Allah dan berdialog dengan-Nya
sebagaimana seorang pecinta berdialog dengan kekasihnya.
Dan hendaklah orang-orang yang mencari Allah berusaha
keluar sekali setiap tiga puluh kali ke tempat yang biasa di
jadikan perkumpulan oleh masyarakat dunia. Karena boleh
jadi ia dapat melakukan suatu amal pada satu hari saja
namun dihitung amalnya itu selama dua tahun, khususnya
berkaitan dengan pekerjaan yang di situ ia mencari ridha
Allah. Hendaklah ketika ia berbicara tidak melihat ke arah
mana pun kecuali ke arah dua kakinya, dan ketika ia
berbicara hendaklah mengatakan hal yang penting saja.
Hendaklah ketika ia makan tidak berdiri dari meja makan
dalam keadaan kekenyangan. Dan hendaklah mereka berpikir
setiap hari karena boleh jadi mereka tidak akan menemui hari
berikutnya.Dan hendaklah mereka benar-benar
memanfaatkan waktu mereka sebagaimana mereka selalu
bernafas. Hendaklah satu baju dari kulit binatang cukup
untuk mereka. Hendaklah mereka setiap malam berusaha
untuk tidur tidak lebih dari dua jam. Hendaklah mereka
berusaha berdiri di tengah-tengah solat dengan rasa takut.
Kerjakanlah semua ini dalam rangka mengabdi kepada Allah
SWT dengan menjunjung tinggi syariat-Nya yang Allah SWT
kurniakan kepada kalian melalui Nabi Musa. Kerana dengan
cara seperti ini, kalian akan menemukan Allah SWT dan
kalian akan merasakan pada setiap zaman dan tempat bahwa
kalian berada di bawah naungan Allah SWT dan Dia akan
selalu bersama kalian."Demikianlah apa-apa yang disebutkan
dalam injil Barnabas melalui tulisan Ilyas.
Nabi Ilyasa' a.s.
Nabi Ilyasa adalah rasul dari kalangan Bani Israel dari
garis keturunan yang sama dengan Musa, Harun serta Ilyas.
Nama Ilyasa disebut dalam kisah Ilyas, saat rasul itu dikejar-
kejar kaumnya dan bersembunyi di rumah Ilyasa'. Maka
besar kemungkinan Ilyasa' juga tinggal di sekitar lembah
sungai Jordan.
Ketika Ilyas bersembunyi di rumahnya, Ilyasa' masih seorang
belia. Saat itu ia tengah menderita sakit. Ilyas membantu
menyembuhkan penyakitnya. Setelah sembuh, Ilyasa' pun
menjadi sahabat Ilyas yang selalu mendampingi untuk
menyeru ke jalan kebaikan. Ilyasa' melanjutkan tugas
tersebut begitu Ilyas meninggal.
Ilyasa' kemudian mendapati bahawa manusia ternyata begitu
mudah kembali ke jalan sesat. Itu terjadi tak lama setelah
Ilyas wafat. Padahal masyarakat lembah sungai Yordania itu
sempat mengikuti seruan Ilyas agar meninggalkan
pemujaannya pada berhala. Pada kalangan itulah Ilyasa tak
lelah menyeru ke jalan kebaikan. Dikisahkan bahwa mereka
tetap tidak mahu mendengar seruan Ilyasa', dan mereka
kembali menanggung bencana kemarau yang luar biasa.
Nabi Yunus a.s.
Nabi Yunus a.s. ialah salah seorang rasul dan nabi yang
diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk membimbing manusia ke
jalan yang benar.

Kisah Nabi Yunus a.s.


Tidak banyak yang dikisahkan oleh Al-Quran tentang Nabi Yunus
sebagaimana yang telah dikisahkan tentang nabi-nabi lain seperti
Musa, Yusuf dan lain-lain. Dan sepanjang yang dapat dicatat dan
diceritakan oleh para sejarawan dan ahli tafsir tentang Nabi Yunus
ialah beliau bernama Yunus bin Matta (Dalam Perjanjian Lama,
Yunus bin Amittai hanya disebutkan di luar kitab Yunus sendiri
yakni dalam II Raja-raja 14:25). Ia telah diutuskan oleh Allah
untuk berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat bernama
"Ninawa" yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah
dengan mereka. Ia merupakan seorang asing mendatang di tengah-
tengah penduduk Ninawa itu. Ia menemui mereka berada di dalam
kegelapan, kebodohan dan kekafiran, mereka menyembah berhala
menyekutukan kepada Allah.
Nabi Yunus a.s. ditelan ikan
Selagi Nabi Yunus berjuang melawan gelombang yang mengayun-
ayunkannya, Allah mewahyukan kepada seekor ikan paus untuk
menelannya bulat-bulat dan menyimpannya di dalam perut sebagai
amanat Tuhan yang harus dikembalikannya utuh tidak tercedera
kelak bila saatnya tiba. Nabi Yunus yang berada di dalam perut
ikan paus yang membawanya memecah gelombang timbul dan
tenggelam ke dasar laut merasa sesak dada dan bersedih hati seraya
memohon ampun kepada Allah atas dosa dan tindakan yang salah
yang dilakukannya tergesa-gesa. Ia berseru didalam kegelapan
perut ikan paus itu: "Ya Tuhanku, sesungguhnya tiada Tuhan
selain Engkau, Maha sucilah Engkau dan sesungguhnya aku telah
berdosa dan menjadi salah seorang dari mereka yang zalim."
Setelah selesai menjalani hukuman Allah , selama beberapa waktu
yang telah ditentukan, ditumpahkanlah Nabi Yunus oleh ikan paus
itu yang mengandungnya dan dilemparkannya ke darat . Ia
terlempar dari mulut ikan ke pantai dalam keadaan kurus lemah
dan sakit. Akan tetapi Allah dengan rahmat-Nya menumbuhkan di
tempat ia terdampar sebuah pohon labu yang dapat menaungi
Yunus dengan daun-daunnya dan menikmati buahnya. Nabi Yunus
setelah sembuh dan menjadi segar kembali diperintahkan oleh
Allah agar pergi kembali mengunjungi Ninawa di mana seratus
ribu lebih penduduknya mendamba-dambakan kedatangannya
untuk memimpin mereka dan memberi tuntunan lebih lanjut untuk
menyempurnakan iman dan aqidah mereka. Dan alangkah
terkejutnya Nabi Yunus tatkala masuk Ninawa dan tidak melihat
satu pun patung berhala berdiri. Sebaliknya ia menemui orang-
orang yang dahulunya berkeras kepala menentangnya dan menolak
ajarannya dan kini sudah menjadi orang-orang mukmin, soleh dan
beribadah memuja-muji Allah s.w.t.
Pokok cerita tentang Yunus terurai di atas dikisahkan oleh Al-
Quran dalam surah Yunus ayat 98, surah Al-Anbiaa' ayat 87, 88
dan surah Ash-Shaffaat ayat 139 sehingga ayat 148.
Pengajaran yang dapat dipetik dari
kisah Nabi Yunus
Bahawasannya seorang yang bertugas sebagai da'i - juru dakwah
harus memiliki kesabaran dan tidak boleh cepat-cepat marah dan
berputus asa bila dakwahnya tidak dapat sambutan yang
selayaknya atau tidak segera diterima oleh orang-orang yang
didakwahinya. Dalam keadaan demikian ia harus bersabar
mengawal emosinya serta tetap meneruskan dakwahnya dengan
bersikap bijaksana dan lemah lembut, sebagaimana firman Allah
dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud : "Serulah,
berdakwahlah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan
pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik
{ sopan dan lemah lembut } ."

Di dalam diri Nabi Yunus Allah telah memberi contoh betapa ia


telah disesalkan atas tindakannya yang tergesa-gesa kerana
kehilangan kesabaran, meninggalkan kaum Ninawa, padahal
mereka masih dapat disedarkan untuk menerima ajakannya
andaikan ia tidak terburu-buru marah dan meninggalkan mereka
tanpa berunding lebih dahulu dengan Allah yang telah
mengutusnya. Atas pelanggaran yang telah dilakukan tanpa sedar
Allah telah memberi hukuman kepada Nabi Yunus berupa
kurungan dalam perut ikan paus sebagai peringatan dan
pengajaran agar tidak terulang lagi setelah ia diberi ampun dan
disuruh kembali ke Ninawa melanjutkan dakwahnya.
Nabi Zakaria a.s.
Kisah Nabi Zakaria a.s
Nabi Zakaria, (nama penuh baginda: Zakaria ben
Yehoiada ben Yusahafat ben Asa ben Abia ben Rehabeam
ben Sulaiman (Nabi Sulaiman a.s) ben Daud (Nabi Daud a.s.))
Baginda Nabi Zakaria, adalah ayah kepada Nabi Yahya a.s.;
putera tunggalnya yang lahir setelah ia mencapai usia sangat
tua iaitu pada usia sembilan puluh tahun. Sejak beristeri
Hanna (Elisabeth), ibu saudaranya Maryam(Mary),Zakaria
mendambakan mendapat anak yang akan menjadi
pewarisnya. Siang dan malam tiada henti-hentinya ia
memanjatkan doanya dan permohonan kepada Allah agar
dikurniai seorang putera yang akan dapat meneruskan
tugasnya memimpin Bani Israil. Ia khuatir bahawa bila ia mati
tanpa meninggalkan seorang pengganti, kaumnya akan
kehilangan pemimpin dan akan kembali kepada cara-cara
hidup mereka yang penuh dengan mungkar dan kemaksiatan
dan bahkan mungkin mereka akan mengubah syariat Musa
dengan menambah atau mengurangi isi kitab Taurat
sekehendak hati mereka. Selain itu, ia sebagai manusia, ingin
pula agar keturunannya tidak terputus dan terus bersambung
dari generasi sepanjang Allah mengizinkannya dan
memperkenankan.
Nabi Zakaria tiap hari sebagai tugas rutin pergi ke mihrab
besar melakukan sembahyang serta menjenguk Maryam
anak iparnya yang diserahkan kepada mihrab oleh ibunya
sesuai dengan nadzarnya sewaktu ia masih dalam
kandungan. Dan memang Zakarialah yang ditugaskan oleh
para pengurus mihrab untuk mengawasi Maryam sejak ia
diserahkan oleh ibunya. Tugas pengawasan atas diri Maryam
diterima oleh Zakaria melalui undian yang dilakukan oleh
para pengurus mihrab di kala menerima bayi Maryam yang
diserahkan pengawasannya kepadanya itu adalah anak
saudara isterinya sendiri yang hingga saat itu belum
dikurniai seorang anak pun oleh Tuhan.
Suatu peristiwa yang sangat menakjubkan dan
menghairankan Zakaria telah terjadi pada suatu hari ketika ia
datang ke mihrab sebagaimana biasa. Ia melihat Maryam
disalah satu sudut mihrab sedang tenggelam dalam
sembahyangnya sehingga tidak menghiraukan bapa
saudaranya yang datang menjenguknya. Di depan Maryam
yang sedang asyik bersembahyang itu terlihat oleh Zakaria
berbagai jenis buah-buahan musim panas. Bertanya-tanya
Nabi Zakaria dalam hatinya, dari mana datangnya buah-
buahan musim panas ini, padahal mereka masih berada
dalam musim dingin. Ia tidak sabar menanti anak saudaranya
selesai sembahyang, ia lalu mendekatinya dan menegur
bertanya kepadanya: "Wahai Maryam, dari manakah engkau
dapat ini semua?"
Maryam menjawab: "Ini adalah pemberian Allah yang aku
dapat tanpa dicari dan diminta. Di waktu pagi
dikala matahari terbit aku mendapatkan rezekiku ini sudah
berada didepan mataku, demikian pula bila matahari
terbenam di waktu senja. Mengapa bapa saudaranya merasa
hairan dan takjub? Bukankah Allah berkuasa memberikan
rezekinya kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa
perhitungan.
Maryam binti Imran

Maryam yang disebut-sebut dalam kisah Zakaria adalah anak


tunggal dari Imran seorang daripada pemuka-pemuka dam ulama
Bani Isra'il. Ibunya saudara ipar kepada Nabi Zakaria adalah
seorang perempuan yang mandul yang sejak bersuamikan Imran
belum merasa berbahagia jika belum memperoleh anak. Ia merasa
hidup tanpa anak adalah sunyi dan membosankan. Ia sangat
mendambakan keturunan untuk menjadi pengikat yang kuat dalam
kehidupan bersuami-isteri, penglipur duka dan pembawa suka di
dalam kehidupan keluarga. Ia sangat dambakan keturunan
sehingga bila ia melihat seorang ibu menggandung bayinya atau
burung memberi makan kepada anaknya, ia merasa iri hati dan
terus menjadikan kenangan yang tak kunjung lepas dari
ingatannya.
Tahun demi tahun berlalu, usia makin hari makin lanjut, namun
keinginan tetap tinggal keinginan dan idam-idaman tetap tidak
menjelma menjadi kenyataan. Berbagai cara dicubanya dan
berbagai nasihat dan petunjuk orang diterapkannya, namun belum
juga membawa hasil. Dan setelah segala daya upaya yang
bersumber dari kepandaian dan kekuasaan manusia tidak
membawa buah yang diharapkan, sedarlah isteri Imran bahawa
hanya Allah tempat satu-satunya yang berkuasa memenuhi
keinginannya dan sanggup mengurniainya dengan seorang anak
yang didambakan walaupun rambutnya sudah beruban dan
usianya sudah lanjut. Maka ia bertekad membulatkan harapannya
hanya kepada Allah bersujud siang dan malam dengan penuh
khusyuk dan kerendahan hati bernazar dan berjanji kepada Allah
bila permohonannya dikalbulkan, akan menyerahkan dan
menghibahkan anaknya ke Baitul Maqdis untuk menjadi pelayan,
penjaga dan memelihara rumah suci itu dan sesekali tidak akan
mengambil manfaat dari anaknya untuk kepentingan dirinya atau
kepentingan keluarganya.
Harapan isteri Imran yang dibulatkan kepada Allah tidak tersia-
sia. Allah telah menerima permohonannya dan mempersembahkan
doanya sesuai dengan apa yang telah disuratkan dalam takdir-Nya
bahwa dari suami isteri Imran akan diturunkan seorang nabi besar.
Maka tanda-tanda permulaan kehamilan yang dirasakan oleh
setiap perempuan yang mengandung tampak pada isteri Imran
yang lama kelamaan merasa gerakan janin di dalam perutnya yang
makin membesar. Alangkah bahagia si isteri yang sedang hamil itu,
bahawa idam-idamannya itu akan menjadi kenyataan dan
kesunyian rumah tangganya akan terpecahlah bila bayi yang
dikandungkan itu lahir. Ia bersama suami mulai merancang apa
yang akan diberikan kepada bayi yang akan datang itu. Jika
mereka sedang duduk berduaan tidak ada yang diperbincangkan
selain soal bayi yang akan dilahirkan. Suasana suram sedih yang
selalu meliputi rumah tangga Imran berbalik menjadi riang
gembira, wajah sepasang suami isteri Imaran menjadi berseri-seri
tanda suka cita dan bahagia dan rasa putus asa yang mencekam
hati mereka berdua berbalik menjadi rasa penuh harapan akan
hari kemudian yang baik dan cemerlang.
Akan tetapi sangat benarlah kata mutiara yang berbunyi:
"Manusia merancang, Tuhan menentukan. Imran yang sangat
dicintai dan sayangi oleh isterinya dan diharapkan akan menerima
putera pertamanya serta mendampinginya dikala ia melahirkan ,
tiba-tiba direnggut nyawanya oleh Izra'il dan
meninggallah isterinya seorang diri dalam keadaan hamil tua, pada
saat mana biasanya rasa cinta kasih sayang antara suami isteri
menjadi makin mesra. Rasa sedih yang ditinggalkan oleh suami
yang disayangi bercampur dengan rasa sakit dan letih yang
didahului kelahiran si bayi, menimpa isteri Imran di saat-saat
dekatnya masa melahirkan. Maka setelah segala persiapan untuk
menyambut kedatangan bayi telah dilakukan dengan sempurna
lahirlah ia dari kandungan ibunya yang malang menghirup udara
bebas. Agak kecewalah si ibu janda Imran setelah mengetahui
bahawa bayi yang lahir itu adalah seorang puteri sedangkan ia
menanti seorang putera yang telah dijanjikan dan bernazar untuk
dihibahkan kepada Baitulmaqdis. Dengan nada kecewa dan sedih
berucaplah ia seraya menghadapkan wajahnya ke atas: "Wahai
Tuhanku, aku telah melahirkan seorang puteri, sedangkan aku
bernazar akan menyerahkan seorang putera yang lebih layak
menjadi pelayan dan pengurus Baitulmaqdis. Allah akan mendidik
puterinya itu dengan pendidikan yang baik dan akan menjadikan
Zakaria, iparnya dan bapa saudara Maryam sebagai pengawas dan
pemeliharanya.
Demikianlah maka tatkala Maryam diserahkan oleh ibunya kepada
pengurus Baitulmaqdis, para rahib berebutan masing-masing ingin
ditunjuk sebagai wali yang bertanggungjawab atas pengawasan dan
pemeliharaan Maryam. Dan kerana tidak ada yang mahu
mengalah, maka terpaksalah diundi diantara mereka yang akhirnya
undian jatuh kepada Zakaria sebagaimana dijanjikan oleh Allah
kepada ibunya. Tindakan pertama yang diambil oleh Zakaria
sebagai petugas yang diwajibkan menjaga keselamatan Maryam
ialah menjauhkannya dari keramaian sekeliling dan dari jangkauan
para pengunjung yang tiada henti-hentinya berdatangan ingin
melihat dan menjenguknya. Ia ditempatkan oleh Zakaria di sebuah
kamar diatas loteng Baitulmaqdis yang tinggi yang tidak dapat
dicapai melainkan dengan menggunakan sebuah tangga. Nabi
Zakaria merasa bangga dan bahagia beruntung memenangkan
undian memperolehi tugas mengawasi dan memelihara Maryam
secara sah adalah anak saudaranya sendiri. Ia mencurahkan cinta
dan kasih sayangnya sepenuhnya kepada Maryam untuk
menggantikan anak kandungnya yang tidak kunjung datang. Tiap
ada kesempatan ia datang menjenguknya, melihat keadaannya,
mengurus keperluannya dan menyediakan segala sesuatu yang
membawa ketenangan dan kegembiraan baginya. Tidak satu hari
pun Zakaria pernah meninggalkan tugasnya menjenguk Maryam.
Rasa cinta dan kasih sayang Zakaria terhadap Maryam sebagai
anak saudara isterinya yang ditinggalkan ayahnya meningkat
menjadi rasa hormat dan takzim tatkala terjadi suatu peristiwa
yang menandakan bahawa Maryam bukanlah gadis biasa
sebagaimana gadis-gadis yang lain, tetapi ia adalah wanita pilihan
Allah untuk suatu kedudukan dan peranan besar di kemudian hari.
Pada suatu hari tatkala Zakaria datang sebagaimana biasa,
mengunjungi Maryam, ia mendapatinya lagi berada di mihrabnya
tenggelam dalam ibadah berzikir dan bersujud kepada Allah. Ia
terperanjat ketika pandangan matanya menangkap hidangan
makanan berupa buah-buahan musim panas terletak di depan
Maryam yang lagi bersujud. Ia lalu bertanya dalam hatinya, dari
manakah gerangan buah-buahan itu datang, padahal mereka masih
lagi berada pada musim dingin dan setahu Zakaria tidak seorang
pun selain dari dirinya yang datang mengunjungi Maryam. Maka
ditegurlah Maryam tatkala setelah selesai ia bersujud dan
mengangkat kepala: "Wahai Maryam, dari manakah engkau
memperolehi rezeki ini, padahal tidak seorang pun mengunjungimu
dan tidak pula engkau pernah meninggalkan mihrabmu? Selain itu
buah-buahan ini adalah buah-buahan musim panas yang tidak
dapat dibeli di pasar dalam musim dingin ini."
Maryam menjawab: "Inilah peberian Allah kepadaku tanpa aku
berusaha atau minta. Dan mengapa engkau merasa hairan dan
takjub? Bukankah Allah Yang Maha Berkuasa memberikan
rezekinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dalam bilangan yang
tidak ternilai besarnya?" Demikianlah Allah telah memberikan
tanda pertamanya sebagai mukjizat bagi Maryam, gadis suci, yang
dipersiapkan oleh-Nya untuk melahirkan seorang nabi besar yang
bernama Isa a.s. Kisah lahirnya Maryam dan pemeliharaan
Zakaria kepadanya dapat dibaca dalam Al-Quran surah Ali Imran
ayat 35 hingga 37 dan 42 hingga 44.
Nabi Yahya a.s.
Nabi Yahya a.s. (‫)يحيى‬, (sekitar 1 SM - 31 M) merupakan
salah seorang nabi dan rasul dalam Islam.

Kisah Nabi Yahya a.s


Nabi Zakaria a.s., ayah kepada Nabi Yahya sedar dan mengetahui
bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya,
sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang
jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-
hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa
keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka,
sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam
lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba
dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat
melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa mereka akan
makin rosak dan makin berani melakukan kejahatan dan
kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan
perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-
gunakan hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa
sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia
sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan
seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya
memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa
sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan
mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak
kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya
yang kuat untuk memperolehi keturunan tergugah kembali ketika
ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya
Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang
mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi
rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya
dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia
kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah
penuh uban.
Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di
mihrabnya menghening cipta memusatkan fikiran kepada
kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk
dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut dia
berdoa: "Ya Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan
mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang
akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il.
Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota
keluargaku akan rosak kembali aqidah dan imannya bila aku
tinggalkan mati, tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan
aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku
telah dipenuhi uban, sedang isteriku adalah seorang perempuan
yang mandul. Namun kekuasaan-Mu adalah di atas segala
kekuasaan dan aku tidak jemu-jemu berdoa kepadamu memohon
rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau
redhai."
Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Wahai
Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan
memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang
membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang diikuti,
bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan
menjadi seorang nabi."Zakaria berkata "Ya Tuhanku, bagaimana
aku akan memperolehi anak sedangkan isteriku adalah seorang
perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usia."
Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu
hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau,
padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?"Zakaria
berkata "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri
aku telah mengandung." Allah berfirman: "Tandanya bagimu
bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama
tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-
Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan
pagi hari."
Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-
Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah semasa dia masih
kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada
kedua orang tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia
terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda,
sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga
berpengaruh kepada kesihatan badannya dan menjadikannya
kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal
keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat
bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki keberanian
dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan
tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya
menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan.Dia selalu
menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari
dosa mereka. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dimandikan
{ dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga kini
berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi Yahya
adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia
dijuluki "Yahya Pembaptis".
Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu
mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis
yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat ingin
mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh anggota
keluarga menyetujui rencana perkahwinan itu, namun Nabi Yahya
menentangnya dan mengeluarkan fatwa bahawa perkahwinan itu
tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa
yang mengharamkan seorang mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi
Yahya yang melarangnya tersiar di seluruh pelusuk kota dan
menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana orang
berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih
bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan
fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya
sendiri, yang telah membawa reaksi dan pendapat di kalangan
masyarakat yang luas. Dia khuatir bahawa bapa saudaranya, calon
suaminya, Herodus, dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu
dan terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti
dan diidam-idamkan, bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu
berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta
perkahwinan yang telah disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia
tidak tinggal diam. Ia berusaha dengan bersenjatakan kecantikan
dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa saudaranya
calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan. Dengan
merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi
mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda
mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon
isterinya yang nampak lebih cantik daripada biasa : "Hai manisku,
apakah yang dapat aku berbuat untukmu?. Katakanlah. Aku akan
patuhi segala permintaanmu. Kedatanganmu kemari pada saat ini
tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau
sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu,
hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan
keinginanmu."
Herodia menjawab: "Jika Tuanku berkenan, maka aku hanya
mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang
mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu
ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau
rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuanku dan namaku
sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal
kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku,
bila Tuanku memperkenankan permintaanku ini". Herodus yang
sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan
keelokan Herodia tidak berkutik menghadapi permintaan calon
isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada
kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan
panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama
dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan
diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang tersenyum
tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya
membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan
utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannya telah
disingkirkan, walaupun perbuatannya itu
menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani
Isra'il seluruhnya.
Nabi Isa a.s.
Isa (‫ )عيسى‬merupakan seorang nabi yang penting dalam
agama Islam. Dalam Kitab Suci Al Qur'an, ia digelar Isa ibni
Maryam atau Isa al-Masih. Kata ini diperkirakan berasal
dari bahasa Aram, Eesho atau Eesaa/ didalam teks asli yang
dibaca E( Ye ) dan menghasilkan pelbagai perubahan
bahasa/loghat sehingga sering disebut sebagai Yesus
di Indonesia dan Jesus di peringkat antarabangsa. Jesus
Christ atau Jesus Dari Nazareth ialah nama yang umumnya
diguna pakai oleh penganut Kristian untuk menyebutnya,
sedangkan orang Arab Kristian pula menyebutnya
dengan Yasu' al-Masih (‫)يسوع المسيح‬.
Mengikut Al-Quran, keturunan Isa bermula dari
kelahiran Maryam iaitu anak perempuan Imran, berlanjut
dengan tumbuh kembangnya didalam asuhan Zakaria, serta
kelahiran Yahya. Kemudian Qur'an menceritakan keajaiban
kelahiran Isa sebagai anak kepada Maryam tanpa ayah.
(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Wahai Maryam,
sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan
kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat
(yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera
Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat
dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada
Allah) (Al-Quran surah Ali Imran ayat 45)
Kepercayaan dasar Islam tentang Nabi
Isa
i. Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui
puteranya Ishak a.s.
ii. Isa ialah salah satu nabi yang tergolong dalam Ulul Azmi, yakni
Nabi dan Rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa
bersama dengan (Nabi Muhammad s.a.w., Nabi Ibrahim
a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Nuh a.s.).
iii. Isa ialah Al-Masih dan diutus untuk kaum bani Israel
iv. Isa bukanlah Tuhan mahupun anak Tuhan, melainkan salah
seorang manusia biasa yang diangkat menjadi Nabi dan Rasul
sebagaimana juga setiap para Nabi dan Rasul lain yang diutus
pada kaum masing-masing.
v. Kelahiran Isa terjadi dengan ajaib, tanpa perantaraan ayah
kandung yakni terus atas kekuasaan Tuhan.
Ibunya Maryam adalah daripada golongan mereka yang suci
serta masih perawan. Atas kekuasaan Allah apapun boleh terjadi
dan tiada yang mustahil bagi-Nya, seperti juga perihal akan Nabi
Adam a.s. yang tanpa bapa dan ibu mampu diciptakan atas
kehendak Allah Yang Maha Agung.
vi. Isa memiliki beberapa keajaiban (mukjizat) atas kekuasaan
Tuhan. Di samping kelahirannya yang ajaib, baginda mampu
bercakap-cakap sewaktu berusia hanya beberapa hari, Isa
bercakap dan membela Ibunya dari tuduhan penzinaan. Dalam
Al-Quran juga turut diceritakan tentang kisah baginda atas izin
Allah dapat menghidupkan orang yang sudah mati,
menyembuhkan orang yang buta sejak lahir dan mengubati
orang yang menghidapi sopak (kusta).
vii. Isa menerima wahyu dari Allah melalui kitab Injil (umum
merujuknya pada Perjanjian Baru agama Kristian), namun versi
yang dimiliki oleh umat Kristian pada waktu ini dipercayai telah
ditokok tambah dari versi asalnya yang merupakan koleksi
sabda-sabda Nabi Isa a.s yang dicatat oleh para sahabat baginda.
Beberapa pendapat dalam Islam menyebutkan bahawa Nabi Isa
a.s sebenarnya memiliki Injilnya yang tersendiri berdasarkan
dari keterangan dalam Al-Quran. Injil Barnabas atau Injil catatan
seorang dari sahabat baginda yang bernama Barnabas ialah versi
Injil paling berlainan dari Injil yang diperbaharui setiap masa
pada waktu ini.
viii. Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib, tetapi Allah
menyerupakan orang lain (Judas Iskariot) kepada muka baginda
setelah sahabat nabi Isa itu mengkhianatinya dengan menjual
baginda Isa Al-masih putera Maryam kepada tentera Rom. Nabi
Isa a.s telah difitnah oleh orang yahudi yang ingkar dengan
ajaran baginda yang meninginkan baginda dijatuhi hukuman
bunuh oleh penguasa Rom, sedangkan Isa sendiri diangkat terus
ke syurga dan sahabatnya yang diserupakan tadi yang akhirnya
ialah orang yang mati disalib.
ix. Isa masih hidup dan berada di syurga, suatu hari baginda akan
datang kembali ke bumi untuk
melawan Dajjal (atau Antichrist dalam agama kristian) dan
merupakan salah satu tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat.
x. Isa juga bukan merupakan penebus dosa bagi manusia, Islam
menolak konsep dosa keturunan dan menganut konsep bahawa
setiap manusia bertanggungjawab dan akan diadili keatas
perbuatannya sendiri.
Kelahiran
Berdasarkan Al-Quran, Nabi Isa Al-Masih telah dilahirkan di
bawah sebatang pokok tamar (kurma) di suatu tempat yang diberi
nama Bethlehem (Baitul lahm), Palestin (filistin). Kelahiran Isa
dianggap ajaib, diceritakan dalam beberapa ayat dalam Al-Quran.
Dalam cerita Islam disebutkan datangnya malaikat kepada Maryam
mengkhabarkan bahawa dia akan segera melahirkan seorang
putera (lihat kembali ayat 45 surah Ali Imran pada bahagian awal
artikel). Maryam kemudian terkejut dan menjawab kepada
Malaikat itu bahawa dia tidak pernah disentuh seorang lelaki pun.
Jibril kemudian menjawab:
Jibril berkata: "Demikianlah". Tuhanmu itu berfirman: "Hal itu
adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat Kami menjadikannya
suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal
itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan". (Al-Quran surah
Maryam ayat 21)
...Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka
Dia hanya akan berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah
ia. (Qur'an surah Maryam ayat 35)
Beberapa ayat lain berkaitan dengan kelahiran Isa antara lain:
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti
(penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah,
kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang
manusia), maka menjadilah dia. (Ali Imran 3:59)
Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara
kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya roh dari
Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya itu tanda (kekuasaan
Allah) yang besar bagi semesta alam (Surah Al Anbiyaa' ayat 21)
Sebagai seorang nabi

Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku


kitab suci (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi,dan Dia
menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada,
dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan
(menunaikan) zakat selama aku hidup; serta berbakti kepada
ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi
celaka. Dan kesejahteraan itu semoga dilimpahkan kepadaku, pada
hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan juga pada hari
aku dibangkitkan hidup kembali". Itulah Isa putera Maryam, yang
mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-
bantahan tentang kebenarannya. Tidak layak bagi Allah
mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan
sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka
jadilah ia. (Surah Maryam ayat 30-35)Dan tatkala Isa datang
membawa keterangan dia berkata: "Sesungguhnya aku datang
kepadamu dengan membawa hikmah dan untuk menjelaskan
kepadamu sebagian dari apa yang kamu berselisih tentangnya,
maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah (kepada) ku".
Sesungguhnya Allah Dialah Tuhanku dan juga Tuhan, kamu maka
sembahlah Dia, inilah jalan yang lurus. Maka berselisihlah
golongan-golongan (yang terdapat) di antara mereka, lalu
kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang zalim yakni
siksaan hari yang pedih (kiamat). (Surah Az Zukhruf 63-65)Al
Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang
sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya
ialah seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan
makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada
mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian
perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan
ayat-ayat Kami itu). (Surah Al Maa'idah ayat 75)Dan (ingatlah)
ketika Allah berfirman: "Wahai Isa putera Maryam, adakah kamu
mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua
orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau,
tidaklah patut bagiku untuk mengatakan apa yang bukan hakku
(mengatakannya). Jika aku pernah mengatakannya maka tentulah
Engkau (sedia) mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak
mengetahui (pula) apa yang ada pada diri Mu. Sesungguhnya
Engkau Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib". Aku tidak
pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau
perintahkan kepadaku (mengatakan)nya iaitu: "Sembahlah Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap
mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau
wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau

adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. 


Sahabat-sahabat Nabi Isa
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pakar-pakar
sejarawan seperti Ibnu Kathir, Imam Qurtubi, serta kitab-kitab
Qisasul Anbiya' telah dijelaskan bahawa Nabi Isa Al-Masih (Jesus
Christ) mempunyai 12 orang sahabat. Dalam Quran mereka digelar
sebagai Al-Hawariyun (‫)الحواري@@@@@ون‬. Masyarakat Kristian pula
menggelar mereka 12 diciples. kadangkala juga disebut appostle.
Menurut Kristian, anggota Al-Hawariyun dikatakan terdiri
daripada penama-penama berikut:

i. Peter@Petrus atau namanya yang sebenar ialah Simon (atau


dalam bahasa Aram beliau disebut Kef@Simon Bar Yokhanan)
ii. James (Yohannes {bukan Nabi Yahya} @ Yakobus) anak
Zabedee@Zabeedah@Zabedeus
iii. John atau Yahya atau Yohannes (bukan Nabi Yahya). Terdapat
segelintir pihak yang mempertikaikan tentang nama John atau
Yahya ini, kerana dikatakan pada masa itu sepatutnya tiada
orang lain yang telah dewasa bernama sedimikian melainkan
Nabi Yahya a.s sendiri sebagai orang pertama seumpamanya
dengan nama itu berdasarkan ayat ke7 dalam surah Maryam
iv. Andrew (Andreas) (diriwayatkan anak murid kepada Nabi
Yahya)
v. Philip (Filipus)
vi. Barthomew anak Talemai (Bar Talemai) (mempunyai nama
gelaran yang disebut Nathanael)
vii. Matthew atau Matius
viii. Thomas (dalam bahasa Aramik disebut Toma) @Didimus (dalam
bahasa Yunani)
ix. James anak Alphaeus@Yakobus bin Alphaeus
x. Thaddeus Lebbaeus (Yudas Thaddeus)
xi. Simon The Cananean (Simon orang Kanaan) @ Simon The Zi
Nabi Isa dan Mukjizat
Al-Quran juga menceritakan perihal Nabi Isa yang diberikan
mukjizat oleh Tuhan.

i. Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian (dari) mereka atas


sebahagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-
kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah
meninggikannya beberapa darjat. Dan Kami berikan kepada Isa
putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat dia
dengan Ruhul Qudus. Dan kalau Allah menghendaki, nescaya
tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah
rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa
macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di
antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka
yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka
berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang
dikehendaki-Nya. (Surah Al Baqarah ayat 253)
ii. (Ingatlah), ketika Allah mengatakan: "Hai Isa putra Maryam,
ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku
menguatkan kamu dengan ruhul qudus. Kamu dapat berbicara
dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah
dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis,
hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu
membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung
dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk
itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan
(ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak
dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak
dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan
orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan
(ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan
mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada
mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang
kafir diantara mereka berkata: "Ini tidak lain melainkan sihir
yang nyata". (Al Maa'idah ayat 110)
Isa tidak dibunuh ataupun disalib

Al-Quran menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa Nabi


Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir.
Adapun orang yang mereka salib ialah orang yang bentuk dan
rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.
(sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan ialah
muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Judas Iscariot)

i. dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah


membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal
mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya,
tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan
dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang
berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam
keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak
mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali
mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin
bahawa yang mereka bunuh itu ialah Isa. (An Nisaa' : 157)
Isa diselamatkan oleh Allah SWT
dengan diangkat ke langit
Nabi Isa a.s. diselamatkan oleh Allah SWT dengan cara diangkat ke
langit dan ditempatkan disuatu tempat yang hanya Allah SWT yang
tahu.
Al-Quran menjelaskan tentang peristiwa penyelamatan ini.

i. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-


Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. (Surah An-Nisaa':158)
Berdasarkan kepada ayat yang sama, sebahagian kecil umat Islam
pula yang berpendapat bahawa Nabi Isa a.s. diselamatkan dari
kematian di tiang salib, kemudian telah wafat sewajarnya bagi
manusia, dengan demikian darjat baginda telah ditinggikan oleh
Allah SWT dengan terhindar dari kematian di tiang salib.
Walaubagaimanapun, sebilangan besar umat Islam mempercayai
Nabi Allah Isa telah diangkat beserta dengan jasad-jasadnya sekali
ke Sisi-Allah. Hal ini berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku
ketika Nabi Allah Isa bersama kaum Hawariyyun (12 orang)
menjamah makanan moreh terakhir bersama dalam
peristiwa Santapan Terakhir (The Last Supper). Pada waktu itu
Nabi Isa ada menyebutkan yang salah seorang dari kaum
Hawariyyun akan mengkhianatinya .
Dan tatkala ketika Nabi Isa bersama dengan kaum Hawariyyun di
(Taman Gethsemane, Baitul Maqdis, Jerusalem) selepas makan
moreh (untuk bertahannuth, bertaqarrub, bertasbih, dan berdoa
kepada Allah) datang salah seorang dari kaum hawariyyun itu
kepada Nabi Allah Isa yang digelar Judas Iscariot cuba untuk
membisikkan sesuatu kepada nabi Allah Isa, sekumupulan kecil
dari tentera Rom turut hadir dan menunggu diluar Taman
Gethsemani bagi memastikan orang yang pertama yang keluar dari
taman itu ialah Isa Al-Masih yang dimaksudkan. Namun kuasa
Allah Yang Maha Tinggi dan Terpuji serta kasih kepada Rasul dan
hambanya, Allah telah menyelamatkan Nabi Isa ke langit dan serta
merta menukarkan paras rupa Judas supaya seiras dengan raut
wajah Nabi Isa. Apabila tentera Rom mendapati bahawa orang
yang keluar dari taman itu adalah berparas rupakan seseorang
yang mirip dengan Isa putera Maryam, mereka menangkap Judas
dan dibawa ke muka pengadilan supaya dapat disalibkan.
Namun begitu, para pembesar Israel, Kesatria Rom dan majlis
kehakiman benar-benar bertelagah dan berasa was-was adakah
orang yang dimaksudkan itu ialah Isa atau orang lain, hal ini
kerana walaupun mukanya mirip muka Isa, namun perwatakan
orang itu amat berbeza sekali dengan Nabi Isa. 11 orang kaum
Hawariyyun yang lain pada peristiwa itu telah pun berpisah dan
melarikan diri bagi mengelakkan diri mereka dikesan oleh para
pembesar Israel. Namun tidak berapa lama kemudian mereka
bertemu semula untuk memastikan diantara mereka sentiasa
mempraktikkan segala ilmu duniawi dan ukhrawi yang telah
diajarkan oleh Nabi Isa sebelumnya. Mereka juga mengharapkan
kedatangan pemimpin yang masyhur yang dijanjikan
kedatangannya oleh Allah iaitu Nabi Muhammad Rasullullah.
Nabi Isa akan diturunkan kembali ke
bumi
Nabi Isa as. sehingga kini masih hidup dan hanya Allah SWT saja
tahu dimana Nabi Isa ditempatkan. Dari keterangan hadis Nabi
Muhammad saw. diceritakan bahawa menjelang hari kiamat / akhir
zaman, Nabi Isa akan di turunkan oleh Allah SWT dari langit ke
bumi (The Second Coming dalam versi Kristian).
Peristiwa itu tergambar dari hadis berikut :

ii. “Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan
sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit), apabila
kamu telah melihatnya,maka ketahuilah;bahwa ia adalah
seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang,berkulit putih
kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis
pakaian yang dicelup dengan warna merah,kepalanya seakan-
akan meneteskan air walaupun ia tidak basah”. (HR Abu Dawud)
iii. “Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam
kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat,sehingga
turunlah Isa Ibn Maryam ,maka berkatalah pemimpin mereka
(Al Mahdi) : “ Kemarilah dan imamilah shalat kami”. Ia
menjawab;”Tidak, sesungguhnya sebagian kamu adalah sebagai
pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu
kemuliaan yang diberikan Allah kepada umat ini (umat Islam)”.
(HR Muslim & Ahmad)
iv. “Tiba-tiba Isa sudah berada diantara mereka dan
berkumandangkanlah solat,maka dikatakan kepadanya,
majulah kamu (menjadi imam solat) wahai roh Allah.” Ia
menjawab:”Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan
hendaklah dia yang mengimami solat kamu”. (HR Muslim &
Ahmad)
Hal pertama yang dilakukan Nabi Isa setelah turun dari langit
adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-
hadis di atas. Nabi Isa akan menjadi makmum dalam solat yang
diimamkan oleh Imam Mahdi.

Adapun lokasi turunnya Nabi Isa dijelaskan oleh Rasulullah saw.


dalam sebuah hadist berikut :

v. “Isa ibn Maryam akan turun di ‘Menara Putih’(Al Mannaratul


Baidha’) di Timur Damsyik”. (HR Thabrani dari Aus bin Aus)

Kedatangan Nabi Isa akan didahului oleh keadaan dunia yang


dipenuhi kezaliman, kesengsaraan & peperangan besar yang
melibatkan seluruh penduduk dunia, setelah itu kemunculan Imam
Mahdi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian
kemunculan dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi ,
setelah dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari , maka Nabi
Isa akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan dajjal.
Nabi Isa akan membunuh Dajjal

Turunnya Nabi Isa ke bumi mempunyai misi menyelamatkan


manusia dari fitnah Dajjal dan membersihkan segala
penyimpangan agama ,baginda akan bekerjasama dengan Imam
Mahdi membanteras semua musuh-musuh Allah.

i. Dikisahkan setelah Nabi Isa as. selesaikan menunaikan solat, ia


berkata : “Keluarlah kamu (pasukan kaum muslimin) semua
bersama kami untuk menghadapi musuh Allah, iaitu dajjal.” Lalu
mereka pun keluar, kemudian Ia (Isa) dilihat oleh dajjal (Raja
segala kejahatan) yang laknat yang baru saja mendakwa
kepada manusia, bahawa ia raja yang mendapat petunjuk dan
pemimpin yang arif serta bijaksana, bahkan mengaku sebagai
Tuhan Yang Maha Tinggi. Begitu ‘Isa dilihat oleh dajjal, dajjal
pun meleleh seperti garam yang meleleh di di air. Kemudian
dajjal melarikan diri, akan tetapi ia dihadang oleh Isa di pintu
kota Lud di Palestin. Sekiranya Isa membiarkan saja hal ini maka
dajjal akan hancur seperti garam dalam air, akan tetapi Isa
berkata kepadanya :”Sesungguhnya aku berhak untuk
menghajar kamu dengan satu pukulan.” Lalu Isa as. menombak
dan membunuhnya, maka Isa as. memperlihatkan kepada
semua orang .
Nabi Isa akan menyelamatkan manusia
dari fitnah Ya’juj dan Ma’juj
Salah satu tugas besar beliau setelah membunuh dajjal adalah
menyelamatkan ummat manusia dari fitnah Ya’juj dan Ma’juj
(Gog dan Magog dalam versi Kristian).

i. Dikisahkan, fitnah dan kejahatan mereka (Ya’juj dan Ma’juj)


sangat besar dan menyeluruh , tiada seorang manusiapun yang
dapat mengatasinya, jumlah mereka pun sangat banyak
sehingga kaum Muslimin akan menyalakan api selama 7 tahun
untuk berlindung dari penyerangan mereka, para pemanah dan
perisai mereka. (seperti yang diterangkan dalam hadist yang
diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Nawwas)
ii. Maka saat mereka telah keluar (dari dinding tembaga yang
mengurung mereka sejak zaman raja Zulkarnain) maka Allah
SWT berkata kepada Isa ibn Maryam: ”Sesungguhnya Aku telah
mengeluarkan hamba-hamba(Ya’juj dan Ma’juj)yang tidak
mampu diperangi oleh siapapun, maka hendaklah kamu
mengasingkan hamba-hambaKu ke Thur (Thursina) ”
iii. Dan di Thur terkepunglah Nabiyullah ‘Isa beserta para
sahabatnya, sehingga harga sebuah kepala sapi lebih mahal
dari 100 dinar kamu hari ini.Kemudian Nabiyullah ‘Isa dan para
sahabatnya ,menginginkan itu, maka mereka tidak menemukan
sejengkalpun dari tanah di bumi kecuali ia dipenuhi oleh bau
anyir dan busuk mereka.Kemudian Nabi Isa dan sahabatnya
meminta kelapangan kepada Allah SWT maka Allah mengutus
seekor burung yang akan membawa mereka kemudian
menurunkan mereka sesuai dengan kehendak Allah , kemudian
Allah menurunkan air hujan yang tidak meninggalkan satu
rumahpun dikota atau di kampung, maka Ia membasahi bumi
sehingga menjadi seperti sumur yang penuh.”
Nabi Isa akan menjadi pemimpin yang
adil di akhir zaman
Menurut suatu riwayat Nabi Isa ,setelah turun dari langit akan
menetap di bumi sampai wafatnya selama 40 tahun. Ia akan
memimpin dengan penuh keadilan , sebagaimana yang diceritakan
dalam hadist berikut :

i. “Demi yang diriku berada ditanganya,sesungguhnya Ibn


Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai
pemimpin yang adil,maka ia akan menghancurkan
salib,membunuh babi,menolak upeti,melimpahkan harta
sehingga tidak seorangpun yang mau menerima pemberian dan
sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya”
(HR. Bukhari,Muslim,Ahmad,Nasa’I,Ibn Majah dari Abi Hurairah)

Nabi Isa akan menunaikan Ibadah Haji


Diceritakan dalam sebuah hadist bahwa Nabi Isa akan
melaksanakan haji.

i. ”Demi Dzat yang diriku berada ditanganya,sesungguhnya Ibn


Maryam akan mengucapkan tahlil dengan berjalan kaki untuk
melaksanakan haji atau umrah atau kedua-duanya dengan
serentak”.(HR. Ahmad & Muslim dari Abu Hurairah)
Nabi Isa akan wafat
Janji Allah pasti berlaku pada semua hambanya, semua yang
bernyawa pasti akan mati, begitu juga Nabi Isa as. . Setelah menjadi
pemimpin yang adil di akhir zaman, Allah SWT. akan mewafatkan
Nabi Isa. Hanya Allah SWT saja yang tahu bila dan dimana Nabi
Isa akan diwafatkan. Setelah wafatnya Nabi Isa as. dunia kemudian
akan mengalami kiamat. Wallahu a’lamu bishowab.
Nabi Muhammad S.A.W
Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi: ‫ُم َح َّمد بِن َع ْب@@@@@د‬
‫;هللا‬ disebut [mʊħɑmmæd]  (  dengar)) (570 M-8 Jun 632 M)
[1] merupakan pemimpin agama, sosial, dan politik Arab serta
pengasas agama Islam.[2] Baginda merupakan nabi dan rasul yang
dipemat Islam.[3] Lebih dikenali sebagai Muhammad (Arab/Jawi:
‫ )محمد‬atau Nabi Muhammad (Arab/Jawi: ‫)نَبِي ُم َح َّمد‬, baginda juga
adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada
satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam.[4] Muhammad
dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih
keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa
oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.
[5][6][7][8]
Dilahirkan di Makkah, Semenanjung Arab,[9][10] baginda adalah
anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga
oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa
saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga
pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta
perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana
baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40
tahun). Keluarga baginda mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim AS.
Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah
menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat
Jibril (malaikat yang sama menyampaikan wahyu Allah kepada 5
orang Rasul Ulul Azmi) ketika sedang berada di Gua Hira. Tiga
tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka
kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa"
dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara
harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup
(‫الدين‬ ad-Din) yang diterima Allah sahaja.
Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya
yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh
baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk
Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu,
Muhammad telah menghantar beberapa orang pengikutnya
ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di
Makkah Hijrah#Hijrah ke ‫محم@@@د ك@@@ان آخ@@@ر ن@@@بي‬ ke Madinah (dahulu
dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M.
Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan
bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad
telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah.
Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun,
baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah
serta membukanya. Muhammad dan para pengikutnya telah
memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.[11] Pada
tahun 632 M, beberapa bulan selepas ‫ محمد كان آخر نبي‬Haji Wida atau
Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika
kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah
naungan Islam dan bersatu dengan utuhnya (6 Mei 570M atau
pun 20 April/26 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti
Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf
dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak
kepada Abdul Muthalib. Keturunannya dikatakan bersusur galur
dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam
keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara
ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun,
menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga
atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu
susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus
Sa'adiah ‫حلم@@@ة الس@@@عديه‬ di kampung halamannya di pergunungan
selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah
dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya
meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila
datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu
Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala
kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap
menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam
(Syria).

Kehidupan
Masa kanak-kanak dan kehidupan awal

Muhammad[13] dilahirkan di kota Mekah[14] kira-kira tahun


570[15] dan hari lahirnya dipercayai pada bulan Rabi' al-awwal.
[16] Baginda tergolong dalam puak Bani Hasyim, sebahagian
daripada suku Quraisy, yang merupakan salah satu keluarga
terkemuka Mekah.[17][18] Tahun kelahiran Muhammad adalah
bersamaan dengan Tahun Gajah, yang dinamakan sempena
percubaan pemusnahan kota Mekah yang gagal pada tahun itu
oleh Abrahah, raja Yaman, dimana tenteranya menggunakan gajah
sebagai senjata.[19][20][21] Beberapa sarjana abad ke-20 telah
mencadangkan tahun yang berbeza, seperti 568 atau 569.[22]
Bapa Muhammad, Abdullah, meninggal hampir enam bulan
sebelum Muhammad dilahirkan.[23] Sejurus selepas kelahiran,
baginda dihantar untuk tinggal bersama keluarga Badwi di padang
pasir, kerana kehidupan padang pasir dianggap lebih sihat untuk
bayi.[24] Muhammad tinggal bersama ibu angkatnya, Halimah
binti Abi Dhuayb, dan suaminya sehingga dia berumur dua tahun.
Pada usia enam tahun, Muhammad kehilangan ibu
kandungnya Amina kerana sakit dan menjadi yatim piatu.[24]
[25] Bagi dua tahun berikutnya sehingga dia berumur lapan tahun,
Muhammad berada di bawah jagaan datuk sebelah bapanya Abd
al-Muttalib, dari puak Bani Hasyim sehingga kematiannya. Dia
kemudian berada di bawah jagaan bapa saudaranya Abu Talib,
pemimpin baru Bani Hasyim.[26]

Pada masa remajanya, Muhammad menemani bapa saudaranya


dalam perjalanan perdagangan ke Syria untuk menimba
pengalaman dalam perdagangan komersial.[27] Ketika Muhammad
berusia sama ada 9 atau 12 tahun semasa mengiringi kafilah orang
Mekah ke Syria, mereka melewati seorang pendeta
bernama Buhaira (turut dikenali dengan nama Bahira), [28] yang
merupakan seorang ahli kitab Injil. Buhaira dikatakan telah
meramalkan kenabian Muhammad. [29] Dia melihat dan merenung
pada Muhammad lalu dia berkata kepada Abu Talib:
Kembalilah anak saudaramu ke negerimu dan waspadalah
terhadapnya terhadap orang-orang Yahudi, kerana demi Allah, jika
mereka melihatnya atau mengetahui orang yang Saya tahu, mereka
akan membuatnya menderita, kerana dia akan mempunyai hubungan
yang besar dengan anak saudaramu, yang kami dapati dalam buku
kami dan apa yang kami warisi daripada nenek moyang kami.

—Buhaira
Sedikit yang diketahui tentang Muhammad semasa zaman
mudanya kerana maklumat yang ada adalah berpecah-belah,
menjadikannya sukar untuk memisahkan sejarah daripada legenda.
[30] Adalah diketahui bahawa baginda menjadi seorang pedagang
dan "terlibat dalam perdagangan antara Lautan Hindi dan Laut
Mediterranean." [31] Disebabkan oleh akhlaknya, baginda
mendapat gelaran "al-Amin" (Bahasa Arab: ‫)االمين‬, yang
bermaksud "setia, amanah" dan "al-Sadiq" yang bermaksud
"jujur" [32] dan dicari sebagai penimbang tara yang tidak berat
sebelah.[33][34][35] Reputasinya menarik lamaran
daripada Khadijah, seorang ahli perniagaan yang berjaya, pada
tahun 595. Muhammad bersetuju untuk berkahwin dan
perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan yang
membahagiakan. [31] Khadijah adalah wanita pertama yang
dikahwini oleh Muhammad dan baginda tidak berkahwin dengan
wanita lain sehingga Khadijah meninggal dunia.[36]
Beberapa tahun kemudian, menurut riwayat yang dikumpul oleh
ahli sejarah Ibn Ishaq, Muhammad terlibat dengan kisah tentang
peletakkan Hajar Aswad di dinding Kaabah pada 605 masihi. Hajar
Aswad, objek suci, telah dikeluarkan semasa pengubahsuaian
Kaabah. Para pemimpin Mekah tidak dapat bersetuju dengan
golongan mana yang harus mengembalikan Hajar Aswad ke
tempatnya. Mereka memutuskan untuk meminta lelaki seterusnya
yang datang melalui pintu untuk membuat keputusan itu; lelaki itu
ialah Muhammad yang berusia 35 tahun. Peristiwa ini berlaku lima
tahun sebelum wahyu pertama oleh Jibril kepadanya. Baginda
meminta kain dan meletakkan Hajar Aswad di tengahnya.
Pemimpin-pemimpin puak memegang sudut kain dan bersama-
sama membawa Hajar Aswad ke tempat yang betul, kemudian
Muhammad meletakkan batu itu. Tindakan tersebut telah
memuaskan semua pihak.[37][38]
Berumahtangga

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda


menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan
perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama
Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab
terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda
mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang
dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya
yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini
baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka
adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4
perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan
Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan
baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-
Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah
Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda
adalah hasil perkahwinan baginda dengan Maria al-Qibtiyyah.
Putera baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga
meninggal semasa kecil. Menurut rekod Muhammad mempunyai 13
orang isteri. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummul
Mukminin" yang bermaksud "ibu orang-orang beriman".
Bapa dan ibu saudara Muhammad
i. Al-Harith bin Abdul Muttalib
ii. Muqaddam bin Abdul Muttalib
iii. Zubair bin Abdul Muttalib
iv. Hamzah bin Abdul Muttalib
v. Al-Abbas bin Abdul Muttalib
vi. Abu Thalib bin Abdul Muttalib
vii. Abu Lahab bin Abdul Muttalib
viii. Abdul Kaabah bin Abdul Muttalib
ix. Hijin bin Abdul Muttalib
x. Dhirar bin Abdul Muttalib
xi. Ghaidaq bin Abdul Muttalib
xii. Safiyah binti Abdul Muttalib
xiii. 'Atikah binti Abdul Muttalib
xiv. Arwa binti Abdul Muttalib
xv. Umaimah binti Abdul Muttalib
xvi. Barrah binti Abdul Muttalib
xvii. Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muttalib
xviii. Hashim bin Abdu'Manan
Kerasulan

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat


jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau
kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang
kemudian dikenali sebgai Jabal al-Nour untuk memikirkan cara
untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah
baginda sering bertapa serta berfikir dengan mendalam, memohon
kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian
berleluasa.
Pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan (bersamaan 10 Ogos
610),[39] ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat
Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan
menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta
membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril
mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi
jawapan baginda tetap sama.

Akhirnya, Jibril berkata:


"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan
manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang
Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan
(menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya."

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad.


Ketika itu baginda berusia 40 tahun setengah. Wahyu itu turun
kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23
tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang
diberikan Muhammad dan dikumpulkan dalam buku bernama Al
Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan
ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah
dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula
diterjemah oleh Muhammad sendiri melalui percakapannya,
tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-
Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi
panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada
Allah.
Cabaran-cabaran

Apabila Muhammad menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai


yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah
dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan,
Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zaid dan Bilal. Apabila baginda
memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara
terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang
mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai
cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang
merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama
untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan
kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama
Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair
bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin
Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian
orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda
terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya.
Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan
orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan
ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada
penguasa di Makkah.
Hijrah

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim


a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk
beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat
jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka
datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku
ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta
tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-
kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil
peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik
dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib.
Mereka menemui Muhammad dan beberapa orang Islam dari
Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi.
Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi
Islam, Muhammad dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib
datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Muhammad di tempat
yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul
Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam
pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang
Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan
melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan
masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan
pakcik Muhammad untuk memastikan mereka sesungguhnya
berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar
mereka. Muhammad akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-
ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan
Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka.
Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib.
Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan
memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan
agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali
Muhammad, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah
berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk
membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya.
Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Muhammad
akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian
dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
Madinah

Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan


Muhammad umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah.
Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya
melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi
kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu
perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak
Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh
mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada
ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk
menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah
dicabuli.

Pembukaan Kota Makkah

Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku,


Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai
10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut
akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk
menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Muhammad
kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-
patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Meneladani perbuatan Muhammad

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Muhammad dibagi menjadi


dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah,
iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula
perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan
jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain
sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan
tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Muhammad maupun bagi
umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk
dalam kategori mandub (sunat).
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi
termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Muhammad,
dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram);
atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang
diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah
ditetapkan khusus bagi Muhammad, seperti dibolehkannya beliau
melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau
dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain
sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak
diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut
telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau
berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan
meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai
penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan
dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan,
seperti sabda beliau:
‫لي‬ َ ‫@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ونِ ْ@ي ُأ‬
ِّ @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@‫ص‬ ْ ‫ص@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@لُّ ْوا َك َم@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ا َرَأ ْيتُ ُم‬
َ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”
ِ َ‫ُخ@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ ُذ ْوا َعنِّ ْي َمن‬
‫اس@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ َك ُك ْم‬
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang
telah aku kerjakan)"
Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan
penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga
berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan
bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai
penjelas firman Allah SWT:
‫فَا ْقطَ ُعوا َأ ْي ِديَ ُه َما‬
Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)
Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Muhammad, baik
berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk
perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan,
apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai
dengan arah penunjukan dalil.
Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di
dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan
penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam
hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud
untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak.
Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada
Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana
seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan
tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat
Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk
bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).
Pesanan terakhir Muhammad (Isi
khutbah terakhir Muhammad)
Ketika Muhammad mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka
pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit
Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan
kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Muhammad itu
ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak


kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu
lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah
dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada
orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan
kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang
Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak
menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di
atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh
itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai
sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama


kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri
kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya
mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka
mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam
suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan
baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali
tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam
rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku


ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di
bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan
kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun
yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan
beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu


hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang
telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali
kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan
datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu
wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-
kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-
Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,


menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus
mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah
aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Kronologi perkembangan Islam

 570M- Muhammad dilahirkan.


 610M- Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
 615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama
ke Habsyah.
 616M- Saidina Hamzah dan
Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.
 619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi)
meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
 621M- Baiat Aqabah 1
 622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah
Islamiyah dibina.
 624M- Perang Badar.
 625M- Perang Uhud.
 627M- Perang Ahzab.
 628M- Perjanjian Hudaibiyah.
 629M- Perang Khaibar dan dalam menentang
tentera Rom Byzantine, baginda menghantar tentera Islam
dalam Perang Mu'tah.
 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.
 631M- Perang Tabuk.
 632M- Kewafatan Muhammad, perlantikan Saidina Abu
Bakar sebagai khalifah.
Perkataan "‫ "محمد‬di dalam Al-Quran

 Surah Muhammad, ayat ke-2


 Surah Ali Imran, ayat ke-144
 Surah Al-Ahzab, ayat ke-40
 Surah Al-Fath, ayat ke-29
Dalam Surah Al-Saf ayat ke-6, disebut "‫ "احمد‬yang bermaksud
Yang Terpuji = "‫"محمد‬
Terlalu banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran berkaitan dengan
Muhammad, tetapi Allah menyebut dengan panggilan yang
lain seperti " ‫ ( " َيا َأ ُّي َها ال َّن ِب ُّي‬Wahai Nabi ), "‫ير‬ ً ِ‫ [ " َبش‬Pembawa
khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) ], " ‫شا ِه ًد‬ َ "(
Saksi ), "‫ [ " َنذِي ٌر‬Pemberi amaran ( kepada orang-orang yang
( ingkar ) ) ], "‫ذ ِّك ٌر‬Tَ T‫ ( " ُم‬Pemberi ingatan ), "‫و ٌر‬TT‫ [ " ُن‬Cahaya
( kebenaran ) ], " َ‫ ا َت َم ال َّن ِب ِّيين‬TTT‫"خ‬ َ ( Kesudahan Nabi-Nabi).
Muhammad kadang-kadang dipangil dengan sebutan yang
diperoleh dari keadaan/masa ketika Baginda ditujukan: maka
Baginda di panggil "ُ ‫"ا ْل ُم َّز ِّمل‬,"‫ ( "ا ْل ُمدَّ ِّث ُر‬Yang berselimut ), dll.

Anda mungkin juga menyukai