Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL

MODUL PENDIDIKAN UMUM


– PENGAJIAN MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN

KURSUS/ COURSE MODUL PENDIDIKAN UMUM – PENGAJIAN MALAYSIA

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK MODUL/ 06 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN


MODULE NO. AND TITLE 6.2 - ISLAM DALAM MALAYSIA

Mengetahui tentang perkembangan agama dalam pelembagaan


KEBOLEHAN / ABILITIES
Malaysia.

PELAJAR AKAN MENDAPAT:


6.2.1 Menyatakan peruntukan agama Islam dalam perlembagaan

OBJEKTIF MODUL / Malaysia


MODULE OBJECTIVE 6.2.2 Menghuraikan langkah-langkah toleransi agama dalam
masyarakat Malaysia

NO. KOD/ CODE NO MPU2162 Page : 1 of : 3

6.2.1 PERUNTUKAN AGAMA ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERKARA 3 – AGAMA BAGI PERSEKUTUAN

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap negeri selain negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja
sebagai Ketua Agama Islam di negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan
ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala
hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam,
tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang
berkenaan dengannya. Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau
upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya
sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan
Sarawak akan diwakili oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di negeri
tersebut.
CODE NO MPU2162 Page : 2 of : 4

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam
Perlembagaan ini.

(5) Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi ketua agama Islam bagi Wilaya-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Bagi maksud ini, Parlimen boleh
melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia perkara-
perkara mengenai agama Islam dengan menubuhkan satu Majlis untuk menasihati Yang di-
Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berkaitan agama.

Apabila membincangkan tentang Perkara 3, ia sangat berkait pula dengan Perkara 11


Perlembagaan. Dalam hal ini, walaupun agama Islam agama Persekutuan, namun agama-
agama lain tidak dilarang daripada diamalkan dalam Persekutuan

PERKARA 11 – KEBEBASAN AGAMA

(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada
Fasal (4), mengembangkan agamanya.

(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu
adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud
sesuatu ugama yang lain daripada agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak


(a) Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
(b) Menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau khairat;
(c) Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan
apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-
undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak. 

Perkara di atas menjelaskan kepada kita berkaitan agama dan kedudukan agama itu di dalam
perlembagaan negara. Kepercayaan keagamaan adalah satu perkara yang paling asas dalam
kehidupan. Kepentingan agama ialah dapat memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan rakyat
yang bertanggungjawab dan bermoral. Bagaimanapun pemupukan nilai keagamaan dikalangan
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia adalah satu yang amat mencabar. Peruntukan
Perlembagaan yang memberikan perhatian yang seimbang kepada semua agama serta
sokongan saksama yang diberikan oleh pihak berkuasa dapat menjamin keyakinan rakyat untuk
mengamalkan kepercayaan agama masing-masing dalam keadaan selamat. Hal ini sekaligus
mendorong peningkatan tolerasi dalam masyarakat Malaysia dan sekaligus berjaya memupuk
perpaduan yang lebih erat.
CODE NO MPU2162 Page : 3 of : 4

6.2.2 LANGKAH-LANGKAH TOLERANSI AGAMA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

1. Sambutan rumah terbuka dan kunjung mengunjung semasa musim perayaan.


2. Kegiatan gotong-royong di kawasan perumahan atau kejiranan yang pelbagai bangsa, budaya
dan keturunan.
3. Setiap kaum menghormati kaum lain.
4. Setiap kaum bebas mengamalkan agama masing-masing dengan aman.
5. Kaum bukan Melayu menerima agama Islam sebagai agama rasmi.
6. Majikan bukan Melayu membenarkan pekerjanya yang beragama Islam menunaikan solat
sewaktu bekerja dan solat Jumaat.
7. Kerajaan memberi cuti umum kepada semua kaum bersempena sambutan perayaan agama-
agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian.
8. Semua kaum perlu memahami konsep makanan halal dan haram bagi orang Islam dan umat
Islam juga perlu mengetahui makanan-makanan yang halal dan haram bagi bangsa-bangsa
lain.

RUJUKAN / REFERENCE(S):

1. Mardiana Nordin, Hasnah Hussin (2014), Pengajian Malaysia (Edisi Kelima), Oxford Fajar
Sdn. Bhd., Shah Alam, 2014.

SILA JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT:


1. Manakah perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang bersangkut paut dengan
perpaduan dan hubungan etnik?

 i. Agama Islam agama rasmi negara

 ii. Bahasa Melayu bahasa rasmi negara

 iii.  Hak istimewa orang Melayu

 iv.  Politik

 A.  i dan ii

 B.  i, ii dan iii

 C.  ii, iii dan iv

 D.  Semua di atas


CODE NO MPU2162 Page : 4 of : 4

2. Agama Islam agama rasmi negara. Walau bagaimanapun, agama-agama lain juga diberi
kebebasan untuk diamalkan dengan aman dan tenteram. Kenyataan ini merujuk kepada
________ Perlembagaan Persekutuan.

 A.    Perkara 9

 B.    Perkara 10

 C.    Perkara 11

 D.    Perkara 12

3. Apakan kedudukan Agama Islam dalam Pelembagaan Malaysia?

a. _________________________________________________________________

b. _________________________________________________________________

(2 markah)

4. Senaraikan langkah-langkah toleransi agama dalam masyarakat Malaysia.

a. ________________________________________________________________

b. ________________________________________________________________

c. ________________________________________________________________

d. ________________________________________________________________

e. ________________________________________________________________

f. ________________________________________________________________

g. ________________________________________________________________

h. ________________________________________________________________

(8 markah)

Anda mungkin juga menyukai