Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL


MODUL PENDIDIKAN UMUM –
PENGAJIAN MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN

KURSUS/ COURSE MODUL PENDIDIKAN UMUM – PENGAJIAN MALAYSIA

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK MODUL/ 06 - PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN


MODULE NO. AND TITLE 6.4 - TOLERANSI AGAMA

Mengetahui tentang sejarah dan perkembangan agama-


KEBOLEHAN / ABILITIES
agama di Malaysia.

PELAJAR AKAN MENDAPAT:


6.3.1 Menerangkan pengertian toleransi agama.
OBJEKTIF MODUL / 6.3.2 Menyatakan kepentingan toleransi agama.
MODULE OBJECTIVE N6.4.3 Menghuraikan bentuk-bentuk toleransi agama dalam
masyarakat Malaysia.

NO. KOD/ CODE NO MPU 2162 Page :

PENGENALAN:
Salah satu asas yang menjadi dasar kepada wujudnya perpaduan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah sifat toleransi, iaitu toleransi dalam beragama.
Dari segi sejarah, toleransi antara pelbagai kaum telah tersemai sejak Tanah Melayu hendak
mencapai kemerdekaan. Hal ini dibuktikan dengan persetujuan bersama antara kaum Melayu
dan bukan Melayu iaitu Cina dan India mengenai agama Islam sebagai agama Persekutuan. 
CODE NO WPA 5012 Page : 2 of : 4

6.3.1 PENGERTIAN TOLERANSI AGAMA

Toleransi berasal dari perkataan “ Tolerare ” yang berasal dari Bahasa Latin yang
bermaksud : "dengan sabar membiarkan sesuatu". Kamus Dewan Edisi Ketiga
mendefiniskan toleransi sebagai bersikap toleran yang merujuk kepada sedia
menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza dengan
pendirian atau pendapat sendiri. Toleransi menjurus kepada sikap keterbukaan untuk
menerima sesuatu perkara atau agenda dengan baik untuk seseorang individu atau
kumpulan tanpa ada syak wasangka buruk. Dalam bahasa Arab ia bermaksud tasamuh.
Dalam Kamus Dwibahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada memberi erti
kesabaran; tasamuh.

Toleransi beragama membawa maksud kebebasan untuk mana-mana agama


mengamalkan ajaran masing-masing selagi ianya tidak mengganggu ketenterama
individu dan agama lain. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kebebasan beragama sedia
terjamin dalam Perlembagaan Negara. Kebebasan ini mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat Malaysia sejak kita memperoleh kemerdekaan. Kesefahaman kepada
pengaruh dan peranan nilai agama itu mewujudkan masyarakat yang mampu
bekerjasama dan berinteraksi. Dalam erti kata lain, masyarakat harmoni dalam
menangani masalah yang dihadapi.

6.3.2 KEPENTINGAN TOLERANSI AGAMA

(a) Mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Keharmonian kaum tidak dapat dicapai sepenuhnya tanpa sikap toleransi dan sentiasa
buruk sangka. Bagi melahirkan keharmonian yang berterusan memerlukan ``kejinakan
hati'' antara lapisan masyarakat. Sesuai dengan isi perlembagaan negara Malaysia yang
menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara ini, namun agama lain bebas
mengamalkan ajaran masing-masing selagi ianya tidak mengganggu ketenteraman
individu dan agama lain.

(b) Membina masyarakat yang bersatu-padu

Sikap bertolak ansur dalam beragama mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu yang
sanggup berjuang dan memajukan negara walaupun masyarakatnya terdiri daripada
berbilang kaum.Walau apa halangan dan masalah yang mendatang, dengan sikap tolak-
ansur dapat memarakkan nilai perpaduan yang penting untuk sesebuah negara.

(c) Menghindari Terjadinya Perpecahan

Perbezaan agama merupakan salah satu faktor penyebab utama adanya konflik antara
sesama manusia Bersikap toleransi merupakan solusi agar tidak terjadi perpecahan
dalam mengamalkan ajaran agama. Sikap bertoleransi harus menjadi suatu kesedaran
peribadi yang selalu diamalkan dalam masyarakat untuk menghindari terjadinya
perpecahan antara kita.
CODE NO WPA 5012 Page : 3 of : 4

6.3.3 BENTUK-BENTUK TOLERANSI AGAMA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA


 Sambutan rumah terbuka dan kunjung mengunjung semasa musim perayaan.
 Kegiatan gotong-royong di kawasan perumahan atau kejiranan yang pelbagai bangsa,
budaya dan keturunan.
 Setiap kaum menghormati agama lain.
 Semua kaum bebas mengamalkan agama masing-masing dengan aman.
 Kaum bukan Melayu menerima Islam sebagai agama rasmi negara.
 Kaum bukan Melayu menghormati laungan azan dan bacaan doa dalam sesuatu majlis.
 Majikan bukan Melayu membenarkan pekerjanya yang beragama Islam menunaikan solat
sewaktu bekerja dan solat Jumaat.
 Memberi cuti umum kepada semua kaum bersempena sambutan perayaan agama-
agama besar seperti Islam, Hindu, Buddha dan Kristian.
 Semua kaum mendapat hak yang sama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial tanpa
mengira bangsa dan agama walaupun wujud hak orang Melayu dan Bumiputera.
 Setiap kaum perlu memahami konsep makanan halal dan haram bagi orang Islam dan
umat Islam juga perlu mengetahui makanan yang halal dan haram bagi bangsa-bangsa
lain.

KESIMPULAN

Malaysia mempunyai rekod cemerlang sebagai negara berbilang kaum, agama dan budaya. Ia
tidak seperti banyak negara majmuk lain yang menghadapi masalah besar dalam mengimbangi
kebebasan pengaruh nilai dan beragama dalam masyarakat. Toleransi dalam beragama bukan
bererti kita harus hidup dalam ajaran agama lain. Namun toleransi dalam beragama yang
dimaksudkan disini adalah menghormati agama lain. Dalam bertoleransi janganlah kita berlebih-
lebihan sehingga sikap dan tingkah laku kita mengganggu hak-hak dan kepentingan orang lain.
Lebih baik toleransi itu kita terapkan dengan sewajarnya. Jangan sampai toleransi itu
menyinggung perasaan orang lain.

RUJUKAN / REFERENCE(S):

1. Mardiana Nordin, Hasnah Hussin (2014), Pengajian Malaysia (Edisi Kelima), Oxford Fajar
Sdn. Bhd., Shah Alam, 2014.
CODE NO WPA 5012 Page : 4 of : 4

SILA JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT:


1. Apakah maksud toleransi beragama?
A. _________________________________________________________
B. _________________________________________________________
C. _________________________________________________________
(3 markah)

2. Jelaskan kepentingan toleransi agama?

A. _________________________________________________________
B. _________________________________________________________
C. _________________________________________________________
D. _________________________________________________________
(4 markah)

3. Senaraikan bentuk-bentuk toleransi agama dalam masyarakat Malaysia?


A. _________________________________________________________
B. _________________________________________________________
C. _________________________________________________________
D. _________________________________________________________
E. _________________________________________________________
F. _________________________________________________________
G. _________________________________________________________
H. _________________________________________________________
(8 markah)

Anda mungkin juga menyukai