Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST NIBONG TEBAL

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN TENDER KANTIN

SK METHODIST TAHUN 2022

TARIKH : 29 DISEMBER 2021

HARI : RABU

MASA : 9.15 PAGI

TEMPAT : GOLDEN LOUNGE SK METHODIST

KEHADIRAN : EN MOHD NIZAR (GURU BESAR)

: PUAN HALIMAH (PK I)

: EN SHUKRI (PK HEM)

: EN SLINDER (PK KOKO)

: PUAN ZAITUN (PENGERUSI KANTIN)

AGENDA MESYUARAT

AGENDA 1: Ucapan pengerusi

1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan kata alu-aluan

1.2. Menjelaskan masalah kantin tentang kecelaruan tender

1.3. Hanya satu tender yang diterima. Pengusaha lain tidak berani untuk menghantar tender kepada
pihak sekolah.

1.4. Perlu penjelasan yang lebih serius kepada pihak kantin tentang masalah:

1.4.1. Memberi makan kepada kucig oleh pelajar perempuan sekolah menengah,
menyebabkan lantai kantin kotor

1.5. Adakan surat perjanjian antara kantin dan sekolah rendah serta menengah

1.6. Cadangan sama ada perlu untuk dua perjanjian

AGENDA 2: Membuka tender sebut harga kantin

2.1. Guru besar membuka kotak nama dan Puan Halimah membuka sampul

2.2. Pengusaha kantin yang berjaya mendapat tender bagi tahun 2022

SK Methodist adalah Nadia Anggun Enterprise

2.3. Pengusaha kantin diminta menyiapkan semua dokumen dan sijil lengkap

AGENDA 3: Pemilihan sebut harga


3.1. Tawaran harga sebulan yang diminta pihak pengusaha adalah RM150 masing-masing bagi
sekolah rendah dan sekolah menengah

3.2. Harga yang dipersetujui adalah RM200 bagi sekolah rendah dan RM300 bagi sekolah
menengah

AGENDA 4: Tindakan susulan

4.1. Guru besar membacakan nilai harga makanan kantin

4.2. Dua perjanjian antara kantin dan sekolah bagi memudahkan bantuan

AGENDA 5: Hal-hal lain

5.1. Guru besar meminta jawatankuasa menyemak penggunaan MILO original sahaja di kantin
sekolah

5.2. Penjualan roti jenama Gardenia di kantin sekolah

5.3. Tindakan pihak sekolah kepada kantin tentang penjualan nugget

5.4. Cadangan mesyuarat jawatankuasa kantin Bersama pengusaha pada 5 Januari 2022 jam 9.15
pagi.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.15 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________ __________________

ZAITUN BINTI OTHMAN

SETIAUSAHA KANTIN

SK METHODIST

Anda mungkin juga menyukai