Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT AJK KANTIN

SMK BERA BANDAR 32


KALI KE-2

HARI : RABU

TARIKH : 15 JUN 2022

TEMPAT : KANTIN SEKOLAH

MASA : 11.00 PAGI

KEHADIRAN

1. EN. MOHD AZWAN BIN MUSA


2. PN. AMI ILYANA BINTI AZMI
3. EN. MUHAMMAD NAZRI BIN HAMID
4. SITI NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD SOHAIMAY

AGENDA

1.0 KATA ALU-ALUAN GPK HEM

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.


1.2 En. Mohd Azwan mengalu-alukan kedatangan semua ajk kantin dan pengusaha
kantin.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat kali pertama diterima sebulat suara tanpa pindaan.

3.0 PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

3.1 En. Azwan meminta pengusaha kantin meberi perhatian terhadap perkara-perkara

berikut:
i. Penyediaan makanan dilakukan di tempat yang bersih.
ii. Tempat penyimpanan bahan mentah mestilah bersih dan disimpan mengikut
kaedah yang betul.
iii. Mengamalkan kebersihan diri yang betul dengan berpakaian kemas, memakai
apron, penutup kepala dan memakai kasut yang bersesuaian.
iv. Menjalani pemeriksaan kesihatan, mendapat pelalian anti-tifoid dan mengikuti
kursus pengendalian makanan.
iv. Menggunakan sumber air yang dirawat dan tidak menggunakan sambungan
getah.
v. Bangunan kantin dijaga dengan baik. Lantai perlu sentiasa bersih dan tidak licin.
Dinding dan siling mestilah bebas daripada habuk dan sawang. Longkang dan tandas
berfungsi dengan baik dan sentiasa berkeadaan bersih.
vi. Bekalan elektrik berfungsi dengan sempurna. Lampu dan kipas berfungsi dengan
baik
vii. Sisa makanan mestilah dilupuskan dengan sempurna. Tong sampah mencukupi
dan diselenggara dengan sempurna.

Tindakan: Pengusaha kantin

4.0 ISU BERKAITAN PENGURUSAN KANTIN

4.1 Pn. Ami Ilyana memaklumkan isu-isu berkaitan pengurusan kantin yang perlu diberi
perhatian:

i. Harga jualan minuman lebih mahal berbanding harga di luar sekolah.

ii. Kantin tutup awal sebelum tamat waktu persekolahan.

iii. Makanan di kantin tidak mencukupi. Pada waktu tengah hari sudah tidak banyak
lauk yang ada.

Tindakan : Pengusahan kantin

5.0 MAKLUM BALAS DARIPADA PENGUSAHA KANTIN

5.1 Puan Siti Norhidayah mengucapkan terima kasih atas semua nasihat dan ingatan.

5.2 Beliau memaklumkan tindakan yang akan diambil oleh pihak kantin sekolah terhadap
isu yang diutarakan:
i. Harga jualan makanan dan minuman akan dipantau dan dikawal supaya lebih
berpatutan.

ii. Kantin sekolah akan beroperasi sehingga pukul 2.00 petang.

iii. Guru-guru boleh membuat tempahan masakan panas bermula pukul 11.00 pagi jika

makanan tengah hari tidak mencukupi.

Tindakan: Makluman

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 En. Mohd Azwan memaklumkan hal-hal lain akan dibincangkan mengikut keperluan

sekiranya ada.

7.0. Ucapan Penangguhan

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran guru-guru dan
pengusaha kantin dalam mesyuarat kali ini.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari dengan bacaan tasbih kifarah
dan surah Al-Asr .

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… …..…………………………

(AMI ILYANA BINTI AZMI ) (MOHD AZWAN BIN MUSA)

Penyelaras Kantin, GPK HEM,

SMK Bera Bandar 32. SMK Bera Bandar 32.

Anda mungkin juga menyukai