Anda di halaman 1dari 26

SINOPSIS

Dunia moden masa kini telah mendorong sesetengah pihak melakukan perubahan ke atas dunia
khususnya dalam konteks agama bagi kepentingan tertentu melalui aliran pemikiran ataupun
fahaman yang bersandarkan kebaikan pada dasarnya seperti Fundamentalisme yang mengajak
masyarakat dunia kembali kepada asas-asas agama semula berikutan keadaan dunia yang kian
meruncing. Namun begitu, fahaman ini telah menimbulkan banyak kekeliruan dikalangan
masyarakat dunia khususnya masyarakat Islam. Ajaran Islam tidak perlu ditokok tambah atau
diganggu dengan fahaman yang timbul ini kerana Islam itu sendiri telah lengkap dan syumul
sesuai untuk semua umat manusia. Masalah yang timbul seperti pelampau, kekejaman dan
kezaliman pada masa kini adalah tidak lain kerana ceteknya dan dangkalnya ilmu terhadap
agama masing-masing. Bagi golongan yang telah berada pada jambatan yang lurus juga boleh
menimbulkan permasalahan dimana mereka ini terlalu fanatik terhadap agama dan menekankan
aspek-aspek tertentu sehingga bertindak dan menghukum sesuatu secara terlampau atau lebih
dikenali dengan istilah Ekstremisme. Apa yang jelas pada masa kini, kewujudan istilah-istilah
seperti fundamentalis, ekstremis, fanatik, ortodoks, jumud dan taksub ini telah memudahkan
pihak tertentu melabel sesama umat Islam dengan tujuan menyisihkan atau menjatuhkan pihak
lawan bahkan dunia barat tidak putus-putus melabel Islam itu sebagai terrorisme hanya kerana
segelintir pejuang yang menentang dengan cara kekerasan kerana tidak tahan ditindas seperti
yang berlaku di negara Palestin. Maka amat penting bagi kita mengupas dan mendalami istilah-
istilah ini terutamanya Fundamentalisme dan Ekstremisme supaya kita dan generasi akan datang
tidak akan keliru dan sesat.Tajuk ini akan membincangkan definisi, ciri-ciri, faktor penyebab,
pandangan beberapa tokoh terkenal dan penyelesaian mengenai isu fudamentalisme dan
ekstremisme. Selain itu kita juga akan membincangkan peristiwa 11 september 2001 yang sering
mengaitkannya dengan Islam dengan melabel Islam itu adalah sesuatu yang ekstrem.
PENDAHULUAN
Pengetahuan yang mendalam lagi jelas bagi seseorang individu mahupun masyarakat mengenai
agama masing-masing amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia apatah lagi
agama yang menunjukkan bagaimana cara hidup yang sempurna dan menjamin ketenangan yang
hakiki. Pemahaman yang cetek mengenai agama akan menimbulkan pelbagai masalah dalam
kehidupan dan menyebabkan kekeliruan dari masa ke semasa khususnya pada generasi yang
akan datang. Ini telah dapat diperlihat dengan lahirnya fahaman ataupun aliran pemikiran yang
menjadi perhatian dunia seperti Fundamentalisme dan Ekstremisme.

Fahaman ini digunakan oleh masyarakat tertentu bertujuan mewujudkan atau mempertahankan
keyakinan keagamaan mereka berikutan kejahilan mereka sendiri yang sering menafsirkan teks-
teks keagamaan mereka secara luaran dan literalis. Antara prinsip yang terdapat dalam fahaman
ataupun pemikiran fundamental yang digunakan oleh masyarakat Kristian Protestan di Amerika
Syarikat ialah menerima makna zahir Bible dan yakin akan kebenarannya, kelahiran Nabi Isa
dari Siti Mariam yang suci, penebusan dosa untuk manusia, kebangkitan Nabi Isa secara
jasmaniah yang turun ke bumi dan ketuhanan Nabi Isa. Jika diperlihat diantara lima doktrin yang
terkandung dalam aliran fundamental ini, doktrin yang menyatakan Nabi Isa tuhan mereka
adalah tidak benar malah Nabi Isa sendiri tidak pernah mengaku dirinya adalah tuhan mereka. Ini
berlaku kerana kekeliruan mereka sendiri lantaran pengetahuan yang dangkal mengenai agama
mereka.

Penggunaan aliran fundamentalisme ini dapat dilihat tidak dapat menyempurnakan agama
mereka kerana ia telah menimbulkan pandangan yang negatif dari sebahagian golongan
masyarakat yang melabel mereka seperti ekstremisme, fanatisme bahkan terrorisme. Secara
logiknya, fahaman ini mesti mempunyai kecacatan seperti doktrin ketuhanan Nabi Isa yang
dibincangkan tadi. Selain daripada itu, pengikut fundamental ini juga sering dikatan bersikap
radikal, berfikiran sempit dan agresif. Fundamentalisme jika dilihat mempunyai muslihat
disebaliknya dimana fahaman ini dicipta oleh dunia Barat. Selepas ia wujud dunia Barat
mengajak Islam kepada prinsip Islam yang fundamental. Akhirnya, media-media Barat akan
melabelkan gerakan Islam yang berhaluan keras menentang keganasan sebagai golongan
Fundamentalisme Islam yang jelas bererti Islam yang kejam. Istilah Fundamentalisme
mempunyai maksud yang tersirat yang ingin mengelirukan dunia mengenai Islam dan
berselindung kononnya ia adalah satu reformasi keagamaan. Namun, fundamentalisme bukanlah
bermaksud negatif semata-mata,ia bergantung kepada individu itu sendiri untuk mentafsirkan
serta mengaitkan istilah fundamentalisme dengan agama mereka dan jika mereka komited
terhadap asas-asas yang benar, tidak bertidak berlebih-lebihan serta tidak mengsalahertikan
maksud fundamentalisme dengan agama mereka, aliran pemikiran fundamenmtalisme boleh
menjadi sesuatu yang positif.

DEFINISI FUNDAMENTALISME DAN EKSTREMISME

FUNDAMENTALISME

Secara amnya fundamentalisme bermaksud pergerakan, penekanan dan kembali kepada idea asal
ataupun prinsip asal sepertimana yang dinyatakan dalam Webster Dictionary fundamentalisme
ialah “Movement or attitude stressing strict and literal adherence to a set of basic principle”.
Manakala, Muhammad Heikal, seorang wartawan Mesir mendefinisikan Fundamentalisme
sebagai, “a movement which aims at a return to the basic ideas and practices which
characterized Islam in its earliest day”.

Sebenarnya, masyarakat Islam memang komited dan masih berpegang teguh kepada prinsip-
prinsip asas ajaran Islam. Jadi tidak perlu timbul perbalahan mengenai fundamentalisme yang
juga bermaksud kembali kepada prinsip asas. Selain dari itu, prinsip asas Islam sudah tentu
mempunyai persamaan dengan prinsip asas agama Kristian. Maka kebanyakan sarjana Islam
tidak dapat menggunakan istilah fundamentalisme untuk mana-mana aliran atau gerakan Islam.
Selain dari itu, ia dikatakan tidak menguntungkan untuk diaplikasikan kepada gerakan Islam
malahan ia dapat menimbulkan kekeliruan sepertimana yang dikatakan oleh Sidahmed dalam
‘Islamic Fundamentalisme’.

“Thus the word ‘fundamentalisme’ with its original Christian implications, should not be
brought into an Islamic context for reasons associated both with the particularity of Islam itself
and with the discourse of the contemporary Islamist movements.”
EKSTREMISME

Secara dasarnya ekstremisme yang mudah difahami ialah melampau dari kadar biasa. Istilah ini
diambil dari bahasa Latin dalam bentuk superlatif iaitu extremus, dari kata exter, exterus yang
bererti pada tingkat atau kadar yang paling maksimum dan keadaan yang berlebih-lebihan.
Secara terminologis, ekstremisme dapat diertikan sebagai suatu sikap fikiran atau tindakan yang
berlebih-lebihan dan melampui had wajar yang terkeluar dari kebenaran agama dan akal yang
sihat.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Jauhilah sikap melampaui batas dalam agama, sesungguhnya
orang-orang sebelum kamu telah binasa kerananya”.

BEBERAPA PANDANGAN SEKITAR FUNDAMENTALISME

Secara amnya terdapat beberapa pandangan sekitar isu fundamentalisme. Namun secara
keseluruhannya, pandangan-pandangan ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu
pandangan dari konteks sarjana barat dan juga pandangan dari konteks sarjana Islam.

Dalam konteks barat, fundamentalisme Islam adalah beerti Islam adalah kejam, terkebelakang
atau ketinggalan dan pelbagai lagi erti yang seumpamanya. Namun, sebahagian sarjana Islam
enggan menggunakan istilah fundamentalisme kerana istilah tersebut lebih kepada nada negatif
jauh dari maksud asal iaitu gerakan sosial dan keagamaan yang mengajak umat Islam kembali
kepada prinsip Islam yang fundamental iaitu kembali kepada kemurnian etika dengan cara
mengintegrasikannya secara positif dan keseimbangan hubungan antara manusia dengan tuhan,
manusia dengan masyarakat dan manusia dengan keperibadiannya sendiri.

Pada pandangan sarjana barat, Allan Taylor di dalam bukunya “The Islamic Question in Middle
East”, golongan fundamentalis ialah kelompok yang melakukan reformasi keagamaan, bercorak
literalis, dan menekankan kepada pemurnian doktrin. Bagi Patrick Bannerman pula, di dalam “
Islam and Perspective: A Guide to Islamic society, Politics and Law, kaum fundamentalis adalah
kelompok ortodoks yang bercorak rigid dan taksub yang bercita-cita untuk menegakkan konsep-
konsep keagamaan iaitu doktrin Islam dari zaman klasik. Berbeza dengan pandangan-pandangan
di atas, Karen Armstrong yang juga merupakan sarjana barat di dalam bukunya “The Battle for
God”, beliau mengungkap secara positif tentang bagaimana dan mengapa kelompok-kelompok
fundamentalis muncul dan tujuan mereka. Armstrong melihat kelompok fundamentalis sebagai
gerakan yang kompleks, inovatif, dan moden berbanding sekadar sebuah fenomena yang ingin
kembali ke zaman silam. Menurut Armstrong, gejala modenisme dan sekularisme telah banyak
merosakkan ajaran agama. Oleh itu lahirlah kelompok fundamentalis untuk mempertahankan
ajaran “pemurnian” agama. Bagi Armstrong, tidak semua kelompok fundamentalis bercorak
radikal, bagi beliau masih ada yang sangat akomodatif dan realistic dengan perkembangan yang
berlaku sama ada politik, sosial mahupun ekonomi. Masalah akan timbul apabila kedua-dua
pihak yang bertentangan tidak cuba untuk memahami antara satu sama lain kerana bagi mereka
kepentingan kelompok mengatasi segalanya. Armstrong percaya ajaran-ajaran fundamental
dalam semua agama termasuk Islam amat menghargai sikap toleran, terbuka, dan plural. Namun,
apabila fundamentalisme disalahertikan sebagai milik ekslusif ketika itulah fundamentalisme
akan menjadi negatif dan terorisme, radikalisme, dan militanlisme menjadi sinonim dengan
agama.

Berbeza dengan konteks barat, sarjana-sarjana Islam, mereka tidak percaya dan menyangkal
aliran pemikiran fundamentalisme yang telah disalahertikan oleh pihak barat terhadap Islam.
Menurut Fazlur Rahman di dalam “ Islam and Modernity”, kelompok fundamentalis suka kepada
slogan-slogan yang bercorak distinktif iaitu penentu tetapi hakikatnya mereka adalah golongan
anti-intelektual. Fazlur Rahman menyangkal bahawa pemikiran fundamentalisme berakar dari al-
Quran dan budaya intelektual Islam. Fouad Ajami menyatakan bahawa kelompok fundamentalis
memandang persoalan masyarakat sebagai asal ataupun asas dan mempunyai kecenderungan
menafikan pluralisme atau dengan kata lainnya perubahan. Misalnya, bagi Sayyid Qutb iaitu
pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, di dunia ini hanya ada dua jenis masyarakat
iaitu masyarakat Islam dan juga masyarakat jahiliah. Antara kedua-dua jenis masyarakat ini tidak
akan mempunyai persamaan kerana yang satu adalah benar sedang yang lain adalah batil ataupun
sesat.

Hrair Dekmejian seorang sarjana Turki di dalam buku beliau “ Islam and Revolution :
Fundamentalist in the Arab World” menyatakan jihad dan menegakkan hukum Allah adalah
salah satu slogan utama kelompok fundamentalis. Mereka cenderung membakar emosi dengan
slogan-slogan mempertahankan dan syahid dalam membela Islam, dibandingkan dengan
penggunaan pemikiran yang rasional dan intelektual.
Berbeza dengan Bassam Tibi dalam “ The Challenge of Fundamentalisme: Political Islam and
The New World Disorder, fundamentalisme Islam yang wujud dalam konteks zaman
kontemporari bukan lagi wujud sebagai kepercayaan spiritual tetapi sebagai ideology politik
yang didasarkan kepada politisasi agama untuk tujuan-tujuan sosiopolitik dalam rangka
menegakkan hukum Tuhan.

Menurut Yusuf al-Qaradawi, istilah Islam yang tepat dengan aliran pemikiran fundamentalisme
untuk menamakan semua upaya gerakan Islam masa kini adalah apa yang disebut beliau, al-
Sahwah al-Islamiyyah atau maksudnya Kebangkitan Islam.

Pada dasarnya penggunaan istilah Fundamentalisme dalam ajaran Islam harus dirujuk kepada
tiga asas sumber agama Islam iaitu yang pertama ialah al-Quran, kedua ialah al-Sunnah dan yang
ketiga ialah Ijma’ atau kesepakatan umat. Apabila kita melihat dari segi asas, dasar dan prinsip
Islam terdapat empat hal yang asas di dalam Islam iaitu rukun iman yang enam yang merupakan
akidah-akidah asas ajaran Islam, rukun Islam , ketetapan-ketetapan syariat yang sudah putus dan
pasti yang merangkumi perkara-perkara halal-haram dalam hubungan antara manusia, keuarga,
masyarakat dan Negara yang berkaitan dengan jenayah, keadilan, keamanan, kemaslahatan dan
fitrah, dan yang kempatnya ialah asas-asas akhlak yang mengandungi nilai-nilai kebenaran,
kebaikan, keindahan dan kemakmuran.

Fundamentalis yang baik ialah yang komited terhadap semua asas-asas ini, samaada dalam
pemahaman akidah, kehidupan, pendekatan amalan dan kerja dakwah kepada Islam.
KELOMPOK & CIRI-CIRI FUNDAMENTALISME

1. Kelompok Takfir (Pelampau)


Mereka yang lahir pertama kali di Mesir.Menganggap masyarakat sebagai kafir kecuali
orang-orang yang percaya kepada prinsip-prinsip mereka dan bergabung dalam jama’ah
mereka.Mereka sahaja layak dipanggil Jamaah Muslimin.Mempunyai pandangan
berbahaya sehingga menyeret mereka menghalalkan darah dan harta orang lain. Penasihat
kedua al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Hudaibi menyanggah pandangan mereka dalam
bukunya “Du’at La Qudhat”. Terdapat pendapat lain yang menyalahkan pihak Mesir
dalam melahirkan kelompok itu membabat jamaah-jamaah Islam yang lain.

2. Kelompok Garis Keras (Hard Liner)


Penggunaan kekerasan dan senjata untuk menhadapi kebatilan dan merubah
kemungkaran yang mereka lihat.Mereka akan mengisytiharkan jihad terhadap siapa
sahaja yang menhalangi kewajipan-kewajipan Islam.Menurut Yusuf al- Qaradawi, reaksi
terhadap sesetengah pemimpim Islam yang tidak acuh kepada meningkatnya
kemungkaran , lebih suka menggunakan undang-undang yang menghalalkan apa yang
diharamkan Allah.Satu-satunya Islam yang diterima Islam khurafat, yang berlandaskan
berbagai corak syirik.

3. Kelompok Literalis (Tekstualis)


Kelompok jumud dalam pemikiran, literal dalam fikah, suka kepada fatwa yang sulit dan
keras dan kaku dalam dakwah.Mereka menolak usaha pembaharuan dalam agama dan
ijtihad dalam fikah.Mereka lebih zahiriah dari Ahli Zahir yang terdahulu sedangkan
mereka tidak mempunyai keluasan ilmu seperti Ahli Zahir.Memperhatikan soal-soal
furu’iyyah dalam agama dan mengabaikan hal-hal yang sudah disepakati.Tidak
menggunakan kekerasan yang membawa kepada pertumpahan darah.
4. Kelompok al-Wasatiyyah (Sederhana)
Majoriti golongan fundamentalisme Islam.Menurut Yusuf al-Qardhawi kelompok inilah
mencerminkan amalan Islam yang sebenar.Mengutamakan hal-hal yang memudahkan
dalam agama dan menghindari jalan-jalan yang menyulitkan.Mereka membebaskan diri
dari fanatisme mazhab dan fleksibel terhadap perubahan zaman, tempat, tradisi dan
keadaan.Membawa perubahan dalam pemikiran agama.Bentuk pemikiran bernuansakan
kesederhanaan, kemoderatan, dan sikap mengambil jalan tengah dalam masalah
umat.Mereka berada di tengah-tengah antara penggunaan nas dan akal.Mempunyai ciri-
ciri berprinsipkan Islam yang bernuansakan rabbaniyah, syumul, anjal, universal,
seimbang, praktis, insaniyah dan waqi’iyah.Tidak terpengaruh dengan amalan negative
seperti fanatisme, kemujudan dan bermusuhan.Ciri pemikiran mengambil jalan tengah
iaitu suatu pemikiran yang mengetengahkan pandangan yang moderat dan berimbang.

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN FUNDAMENTALISME

1. Sebagai senjata melawan kezaliman pihak berkuasa yang menyimpang dari ajaran Islam
sebenarnya, pemerintahan Sekular, dan Liberalisme yang memporakperandakan nilai-
nilai tradisi umat.

2. Modernisme, Amerikanisasi atau Pembaratan yang merusak sendi-sendi budaya


masyarakat ikut andil.

3. Persepsi yang keliru terhadap Islam kearna kedangkalaan pengetahuan keagamaan dan
mampu atau tidak cukup alat untuk memahami teks-teks agama yang benar, ditambah
lagi dengan arus kuat kemajuan sains dan teknologiyang bebas nilai.

4. Sikap masyarakat yang terlalu jauh dari agama dan tidak acuh terhadap ajaran-ajaran
Nabi s.a.w.

5. Faktor modernisasi yang dilakukan di sebahagian negara-negara Islam dengan


berorientasikan ke Barat, telah menimbulkan pelbagai impak psikologis.
6. Kesenjangan sosial antara yang kaya dan miskin begitu jelas dan seiring dengan itu,
muncul pula berbagai masalah sosial seperti pengangguran dan kadar jenayah yang
tinggi.

PENYELESAIAN

1. Melalui reformasi pendidikan dan reorientasi akidah, dakwah yang menyeluruh dan
kegiatan-kegiatan social yang merata yang benar-benar berlandaskan Syariah.
2. Sokongan padu dari masyarakat Islam baik individunya ataupun organisasi
masyarakatnya dengan memberikan iklim yang kondusif nyaman, bebas dan aman tanpa
dibayangi rasa takut.
3. Pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu konsisten dan selalu memantau pemahaman-
pemahaman yang salah tentang Islam baik yang timbul dari dalam atau yang dimasukkan
oleh musuh-musuh Islam.
4. Badan-badan dakwah dan cendikiawan Islam diharapkan dapat mempelbagaikan
pendekatan ketika berhadapan dengan generasi muda terutamanya dengan membuka
dialog untuk penyelesaian sesuatu masalah tidak dengan menggunakan cara yang kaku,
keras dan menyakitkan.
DEFINISI EKSTREMISME

Ekstremisme dan ekstrem berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud diluar; pada
tingkat atau kadar yang paling maksimum; terletak di tempat yang paling jauh dari sentral; melampaui
kadar biasa; dan keadaan yang berlebih- lebihan. Pendek kata, ektremisme merujuk kepada suatu
sikap fikiran atau tindakan yang berlebih-lebihan yang berlebih-lebihan dan melampaui had wajar
yang terkeluar dari kebenaran agama dan akal sihat.

Ibnu Taimiyyah berpendapat bahawa ekstremisme bererti melampaui batas dengan menambah kepada
sesuatu sama ada memuji ataupun mengeji lebih daripada berhak diterima dan sebagainya. Ibnu Hajar
mentakrifkan ekstremisme sebagai berlebih-lebihan dalam sesuatu dan memperketat dengan melewati
batas. Pada keseluruhannya, ektremisme membawa erti sesuatu yang melewati batas-batas yang
dihalalkan dengan menokok tambah.

APA ITU EKSTREMISME DALAM AGAMA?


Walaupun begitu, apabila ektremisme ini dikaitkan dengan agama ia bukan bererti agama Islam itu
yang melampau. Tetapi maksudnya ialah sikap melampau dalam beragama Islam. Ini bererti
ekstremisme tidak bersangkut paut dengan agama Islam yang bersifat luhur, sederhana dan adil. Allah
sendiri memberi ingatan dengan firmannya dalam surah al-Maidah ayat-77, bermaksud, “Janganlah
kamu melampau dalam agama kamu.” Dengan kata lain, ektremisme dalam agama bermaksud sikap
yang berlebih-lebihan dalam beragama sehingga keluar dari batas-batas kebenaran Islam dan
merosakkan keseimbangan sistem-sistem ajarannya baik dalam pegangan akidah, peribadatan, dan
akhlaknya.

TANDA- TANDA GEJALA EKSTREMISME


Antara tanda-tanda gejala ekstrem ialah:
1. Fanatik kepada satu pendapat dan tidak mengakui pendapat orang lain. Ia tidak melihat kepada
maslahah (kepentingan) manusia, tujuan-tujuan syarak dan realiti semasa. Ia tidak berlapang dada
untuk mengadakan perbincangan dengan orang lain untuk mencari dan mengambil pendapat yang
lebih kuat dalil dan alasannya.
2. Mewajibkan orang lain dengan sesuatu yang tidak diwajibkan dalam agama atau oleh Allah dan
mengambil sikap keras dengan menolak sifat kelapangan dan keringanan.

3. Bersikap kasar pada bukan tempat dan masanya seperti bersikap keras pada masalah-masalah
cabangan (furu’) dan perkara yang diperselisihkan (khilafiyah) dan melupai perkara teras iaitu
membetulkan akidah.

4. Kasar dalam pergaulan, kesat dalam tutur kata dan keras dalam penyampaian dakwah. Islam
membenarkan kekerasan itu hanya pada dua tempat iaitu di medan peperangan ketika menghadapi
musuh dan ketika melaksanakan hukuman syarak ke atas orang yang berhak menerimanya.

5. Prasangka buruk pada orang lain dengan membuat tuduhan tidak berasas, menyembunyikan
kebaikan-kebaikannya dan pada waktu yang sama membesar-besarkan kesalahan-kesalahanya.

6. Mengkufurkan orang lain dengan cara sewenang-wenangnya, menghalalkan darah dan harta
bendanya. Mereka mengkafirkan setiap orang yang melakukan dosa besar, mengkafirkan orang yang
tidak menerima fikiran mereka dan mengkafirkan orang yang tidak berbaiah dalam jemaah mereka.

7. Terlalu mudah mengkafirkan sesama orang Islam

8. Membebani diri dengan suatu amalan yang tidak pada tempatnya.

9. Mempunyai pendekatan dikotomis hitam atau putih

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GEJALA


EKTREMISME
Beberapa faktor yang menyebabkan timbul gejala ekstremisme ini adalah:

1. Kelemahan memahami hakikat agama yang sebenar


Ia berlaku apabila seseorang yang mempunyai sedikit ilmu mengganggap dirinya sebagai orang alim
dan boleh berijtihad. Dengan kata lain, seseorang itu mempunyai pengetahuan agama yang tidak
sempurna. Hal ini menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat keputusan yang tepat yang
mengambil kira seluruh aspek ajaran agamanya. Akibatnya, segala keputusan dan tindakan yang
diambil olehnya hanya berdasarkan ”anggapan” itu sering bersifat ekstrem. Sebagai contohnya,
mereka yang berpegang secara harfiah (literal) kepada nas-nas tanpa bersedia memahami yang tersirat
dan mengetahui tujuan-tujuan syarak. Di samping itu, berlebih-lebihan apabila mengharamkan sesuatu
yang tidak ada nas yang qat’iyy.

2. Akibat mengikut mutasyabihat dan meninggalkan muhkamat

Perkara mustasyabihat adalah perkara yang tidak jelas hukumnya ataupun kemungkinan mempunyai
beberapa makna sementara perkara muhkamat ialah yang nyata maknanya dan jelas hukumnya.

3. Memahami Nas-nas agama secara literal, Harfiah dan makna zahir

Sikap ekstrem juga lahir dari kecenderungan berpegang pada zahir nas secara partial tanpa
memperhatikan latar belakang, motivasi, konteks dan kaitannya dengan nas-nas yang lain dalam suatu
masalah.

4. Berlebih-lebihan dalam mengharamkan sesuatu

Sikap berlebih-lebih atau mengada-adakan sesuatu yang bukan haram hukumnya menjadi haram,
seperti minum berdiri, memanjangkan kain melebihi buku lali dan lali.

5. Pemahaman keliru tentang beberapa istilah agama Islam

Kelompok ektremis sering gagal memahami maksud istilah-istilah penting berkaitan dengan kata-kata
Islam, Iman, Kufur, munafiq atau syirik. Hal ini menyebabkan masing –masing mempunyai
pemahaman yang berbeza mengenai istilah-istilah Islam. Mereka-mereka yang berbeza pandangan
dengan golongan ektremis di label sebagai kafir. Hal ini mengugurkan hak kehormatan saudara
seagamanya. Rasullulah s.a.w. melarang menggunakan atau melabel sesama umat Islam dengan
perkataan seumpama ’kafir’ sebagaimana hadisnya; ” Barangsiapa berkata kepda saudaranya: Hai,
kafir maka berlakulah perkataan itu kepada salah seorang dari keduannya.”
6. Sibuk mempersoalkan hal-hal sekunder dan melupakan persoalan prinsip yang lebih utama

Golongan ekstrem sering menumpukan kepada perkara-perkara kecil yang kurang penting yang
akhirnya menimbulkan masalah yang besar dan parah. Adalah lebih baik jika mereka tumpukan
tenaga dan waktu kepada perkara-perkara yang lebih penting dan ”urgent” seperti bagaimana
memelihara Akidah, menunaikan yang wajib, dan menghindarkan diri dari berbuat dosa-dosa besar.

7. Tidak merujuk kepada sejarah dan jahil terhadap Sunnatullah serta hukum Allah dalam
kehidupan manusia

Mereka yang bersifat ekstrem itu kurang memperhatikan tentang sejarah masa lampau dan sunnatullah
atau hukum-hukum Tuhan yang berlaku pada kehidupan makhluk-Nya. Antara sunnatullah yang
penting adalah:-

a) Sunnah Tadarruj ( Hukum Alam Berperingkat-peringkat)

Sunnah Tadarruj adalah sunnah mengenai kejadian alam dan sunnah penetapan hukum syariat.

b) Sunnah Ajal Musamma (Hukum segala sesuatu mempunyai jangka waktu)

Sunnah kedua ini merupakan pelengkap bagi sunnah tadarruj dimana ia membawa maksud setiap
sesuatu memiliki jangka waktu tertentu untuk mencapai kematangan dan kesempurnaannya. Tindakan
mempercepatkan sesuatu proses merupakan satu penyebab ekstremisme.

8. Reaksi terhadap pengaruh tekanan eksternal

Tekanan yang dikenakan terhadap usaha dakwah Islam dan semakin menyempitknya ruang gerak
untuk melaksanakan ajaran Islam yang sebenarnya merupakan salah satu pendorong yang
memyebabkan gejala ekstremisme. Esktremisme dalam agama merupakan salah satu reaksi terhadap
sikap ekstrem menentang iaitu ekstrem dalam sikapnya untuk membebaskan diri dari ikatan nilai-nilai
agama, malah menghina danmempersendakannya.
KEBURUKAN GEJALA EKSTREMISME DALAM AGAMA

Larangan ke atas yang ekstrem ini adalah disebabkan ia mengandungi beberapa keburukan iaitu:

1. Ia dibenci kerana tidak dapat diterima oleh tabiat manusia yang normal dan kebanyakan manusia
tidak mampu bersabar dengannya.

2. Sikap ekstrem ini tidak panjang usianya dan mengikut adatnya tidak dapat berterusan kerana
manusia mempunyai tenaga yang terhad. Akhirnya, ia menjadi letih dan merasa bosan. Perkara yang
lebih malang lagi, ia bertukar sikap melampau kepada lalai dan alpa.

3. Ekstrem ini melanggar hak-hak orang lain yang wajib dipelihara dan kewajipan yang mesti
ditunaikan seperti kata hukama’,”tidakku” lihat ‘berlebihan’ melainkan di sampingnya ada hak yang
diabaikan.”
PERISTIWA 11 SEPTEMBER 2001
Peristiwa 11 September 2001 merupakan satu contoh gejala ekstremisme yang dapat kita dilihat.

Pada tarikh 11 September 2001 yang lalu, pandangan seluruh dunia terpusat kepada peristiwa yang
sangat mengejutkan, dua pesawat berpenumpang yang dibajak menabrak Menara Kembar World
Trade Center di New York. Berita selanjutnya mengatakan bahawa satu pesawat lagi menghantam
gedung Pentagon (gedung yang selama ini dikenal sebagai pusat pertahanan Amerika Syarikat) dan
satu lagi jatuh di perdesaan Pennsylvania (yang sebenarnya menuju ke Gedung Putih). Berkat
kecanggihan dunia teknologi komunikasi sekarang ini kita semua dapat menyaksikan bagaimana
pesawat satu lagi menabrak menara kedua WTC. Peristiwa ini secara langsung atau tidak langsung
mempengaruhi dunia. Dunia tidak akan pernah menjadi sama lagi setelah peristiwa tersebut.

Tidak lama selepas kejadian itu, nama Osama bin Laden menjadi tekenal. Dia dan rangkaian Al-
Qaedanya dituduh kerajaan Amerika Syarikat sebagai dalang sejak peristiwa ini. Tanpa bukti yang
jelas (pada tarikh 13 Disember 2001 kerajaan Amerika Syarikat menyebarluaskan bukti mereka atas
rakaman video yang memperlihatkan Osama bin Laden berbincang dalam jamuan makan dengan
beberapa pembantunya dan seorang Syeikh Yahudi yang tidak dikenali), kerajaan Amerika Syarikat
dengan lantang mengatakan Osama bin Laden berada di belakang semua peristiwa tersebut dan
kemudian mengultimatum kerajaan Afghanistan yang selama ini melindungi Osama agar
menyerahkannya dan pengikut-pengikutnya yang berlindung di sana. Akhirnya pada hari Minggu
malam, tanggal 7 Oktober 2001, Amerika Syarikat memulakan serangannya dengan menjatuhkan bom
di atas Afghanistan. Hal ini jelas memperlihatkan gejala ekstremisme yang ditunjukkan oleh Amerika
Syarikat sebagai reaksi terhadap peristiwa 11 September itu.

Peristiwa ini telah banyak menimbulkan pro dan kontra, bahkan cenderung menjadi sentimen Muslim
dan non-Muslim. Sebahagian besar warga Muslim menganggap ini sebagai jihad, dan kemudian
menganggap Osama bin Laden sebagai seorang pahlawan yang mampu menentang kemapanan
Amerika Syarikat. Pada pandangan pihak lain, sentimen terhadap orang Muslim juga meningkat.
Komunitas Arab-Amerika mendapat ancaman dari orang-orang yang tidak dikenali. Pandangan
curiga dialamatkan kepada mereka (masyarakat Muslim). Ternyata peristiwa 11 September memiliki
dampak global terhadap hubungan Islam dan non-Islam, terutamanya Kristian.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa yang mengejutkan dunia ini adalah sebuah "tragedi
nasional bagi Amerika Syarikat." Tidak kurang dari 5000 orang meninggal dunia, dan gedung-gedung
utama di Amerika Syarikat runtuh. Serangan ini telah menimbulkan kepanikan, bahkan Badan
Penerbangan Federal (FAA) Amerika Syarikat menutup wilayah udara Amerika dan menyatakannya
sebagai zon larangan terbang. Hari Jumaat, 14 September 2001, Amerika Syarikat mengadakan
upacara Misa berkabung di Gereja Katedral Washington DC untuk memperingati dan mendoakan
korban tragedi nasional 11 September 2001. Secara khusus di dalam kebaktian tersebut, Presiden
Bush memberikan pidatonya dan menyampaikan rasa berdukanya. Menarik untuk dicatat bahawa
setiap kali Bush menyampaikan pidatonya, Bush selalu mengakhirinya dengan "God Bless ..." Bahkan
dalam Misa tersebut, dalam menguatkan para keluarga korban, Bush memuat Mazmur 23 sebagai nas
penghibur dan penguat bagi mereka yang sedang berduka.

Pada hari yang sama di Masjid Islamic Cultural Centre, New York, solat Jumaat di tempat itu
dilengkapi dengan sakat jenazah untuk para korban. Sang imam mengajak berbelasungkawa dan
mendoakan para korban WTC. "Siapa pun saya pikir tidak akan bersetuju dengan tindakan kejam
seperti itu. Saya pikir pelakunya bukanlah muslim sejati, "kata Yunus, seorang pengurus masjid
megah di New York itu kepada wartawan TEMPO.

Sehari selepas serangan tersebut Presiden Bush menyatakan Perang Terhadap Teroris. Bahkan dengan
cepat mereka mengatakan "dari semua kemungkinan yang ada, jutawan Osama bin Laden merupakan
satu-satunya yang mendekati. Dengan alasan dia mempunyai cukup dana, organisasi, serta kenekadan
dalam melakukan serangan di beberapa institusi perisikan AS, termasuk letupan kedutaan AS di
Afrika Timur. Bahkan pada saat itu juga dikemukakan bahawa perisikan AS menangkap perbualan di
antara orang-orang yang terlibat dengan Osama dan menyinggung serangan di WTC dan Pentagon.
Yang membuatnya lebih menarik lagi ialah kenyataan Presiden Bush yang keseleo dengan
menyatakan Amerika Syarikat akan melakukan Crusades (Perang Salib) melawan Teroris

REAKSI DUNIA TERHADAP PERISTIWA SEPTEMBER 11 2001

Dunia luar mengutuk serangan ini. NATO juga dengan menyepakati kesepakatan untuk melawan
pengganas pada tarikh 12 September 2001. Kongres Amerika menyetujui proposal anggaran perang
untuk menghancurkan pengganas yang diajukan oleh kerajaan dan menyediakan dana US $ 40 bilion,
serta menyediakan 50 ribu tentera sandaran untuk pergi berperang. Presiden Bush dalam pidatonya di
depan Kongres, Selasa, 20 September 2001, mendesak dunia untuk menyokongnya menghadapi
pengganas dunia, "anda bersama kami atau bersama pengganas." Bush juga mendesak Taliban untuk
menyerahkan Osama serta seluruh rangkaian pemimpin Al-Qaeda ke Amerika Syarikat.

Taliban kemudiannya menjadi tersepit ketika negara-negara jirannya berpihak kepada Amerika
Syarikat. Pakistan, yang adalah lebih daripada sekadar sahabat bagi Taliban menyatakan secara rasmi
sokongannya terhadap AS. Hal ini menyulut demonstrasi di dalam negeri. China secara umum
menyokong seruan AS untuk beraksi menentang keganasan. Tajikistan juga menjadi pangkalan
penting bagi tentera AS. Uzbekistan telah menjadi pangkalan bagi pembangkang Taliban yang
berpusat di utara. Turkmenistan tidak ingin terlalu terlibat. Iran menjadi salah satu kunci perikatan
anti-Taliban kerana dendam masa lalunya terhadap Taliban. Negara-negara Arab juga menyatakan
sokongannya terhadap Amerika Syarikat. OIC (Pertubuhan Negara Islam) menyatakan bahawa
mereka menolak dengan tegas serangan pengganas yang menimpa AS, namun aksi balasan tidak boleh
mengenai sasaran awam yang tidak berkaitan dan tidak boleh pula meluas ke objek lain yang tidak ada
sangkut pautnya dengan serangan pengganas di AS itu. Alasan ini dibuat AS semakin berani
meneruskan rancangan serangan mereka ke Afghanistan dengan menggunakan peralatan perang
mereka dengan teknologi tercanggih yang menggunakan sistem satelit sehingga rudal dan bom jarak
jauh boleh dikawal melalui satelit. Hal ini telah dibuat Taliban terjepit. Para ulama Afghanistan pun
mengeluarkan fatwa bagi kerajaan Taliban untuk meminta Osama bin Laden meninggalkan negara itu
secara sukarela, permintaan ini kemudian ditolak oleh Taliban.

Namun demonstrasi menentang serangan kepada Taliban juga tidak kalah gencarnya. Warga Pakistan
cukup banyak yang menentang dasar pemerintahnya yang menyokong AS, dan akhirnya ikut
mengangkat senjata melawan AS. Indonesia sendiri diramaikan dengan aksi demonstrasi menentang
pencerobohan Amerika ke Afghanistan. Ribuan demonstran turun ke jalan di pelbagai kota di
Inggeris (Sabtu, 22 / 9) untuk memprotes ancaman AS untuk melakukan serangan tentera ke
Afghanistan. Tindakan ini hanya satu daripada gelombang aksi protes anti-peperangan di sejumlah
negara di Eropah.

Pada tarikh 7 Oktober 2001 Amerika memulakan penyerangannya ke Afghanistan. Para juruterbang
yang melaksanakan serangan itu mengatakan bahawa mereka bangga menjadi sebahagian daripada
sebuah misi yang merupakan sebuah pertempuran bagi kebebasan, dan mengatakan bahawa mereka
mempunyai kemahiran dan berperlengkapan dengan baik untuk pertempuran itu. Sejak itu telah
banyak rakyat Afghanistan yang menjadi mangsa serangan yang "tidak mengenai sasaran". Dan
Osama bin Laden juga menyerukan jihad melawan AS serta bersumpah bahawa AS tidak akan
menikmati keamanan sebelum umat Islam menikmati keamanan dan hengkangnya tentera asing
daripada Semenanjung Al Arab.

KESAN TERHADAP HUBUNGAN ISLAM DAN KRISTIAN DI


DUNIA

Benturan diskrimiatif terhadap warga negara keturunan Arab di Amerika meningkat selepas kejadian
tersebut. Tercatat ada ratusan insiden, mulai dari penghinaan sampai pembunuhan, yang dilakukan
terhadap orang-orang yang warna kulit dan rambutnya tampak seperti orang-orang yang ada di Timur
Tengah. Bahkan seorang ahli Parlimen tempatan di sana sudah menganjurkan dilancarkannya
semacam sweeping terhadap "orang-orang bersorban" di jalan-jalan bebas hambatan. Adalah Presiden
Bush sendiri yang mengobarkan semangat anti-Islam, apabila dia memakai Perkataan Crusade
(perang
mengejutkan adalah ucapan AM Itali Silvio Berlusconi, yang mengatakan bahawa tamadun Barat
lebih unggul daripada tamadun Islam. "Kelantan harus yakin akan superioritas budaya kita", dan
menyimpulkan bahawa "kebudayaan kita (Sarawak) lebih unggul daripada kebudayaan Islam."
Meskipun Berlusconi dengan cepat meralat ucapannya, namun hal ini telah menunjukkan bahawa
adanya perasaan lebih unggul atas umat Islam.

Pope John Paul II hari Minggu (23 / 9) mengeluarkan imbauan bagi kaum Kristian dan Muslim untuk
bekerja sama mengelakkan perpecahan dan pertumpahan darah lebih lanjut menyusul serangan
pengganas di AS pada tarikh 11 September 2001. Beliau menyatakan, "Saya mohon pada Tuhan
untuk menjaga dunia dalam perdamaian." Kemudian baginda secara khusus mendoakan AS dan
mendesak semua pihak yang terkena dampak serangan teror tersebut untuk tetap bertahan dan
meningkatkan komitmen tentang perdamaian.

Ketika serangan AS terus berlanjutan di bulan suci Ramadhan, reaksi umat Islam dengan keras
menentang hal ini. Dalam perang AS-Afghanistan, Bush mau tidak mau, dihadapkan pada persoalan
iman, kerana masyarakat yang dihantamnya adalah pemeluk agama Islam yang taat. Jauh sebelum
memulakan serangannya, Bush yang kemudian ditegaskan oleh konconya, PM Blair, sudah
menegaskan bahawa serangan yang dilakukannya ke Afghanistan bukan peperangan menentang Islam,
melainkan peperangan menentang keganasan. Sebahagian masyarakat Islam menolak pernyataan
Bush dan Blair dan mengesyaki pernyataan perang melawan terorisme yang dilontarkan kedua
pemimpin bangsa itu dianggap sebagai pembungkus serangan ideologi. Hal ini dikaitkan dengan
persoalan Barat yang dituduh anti-Islam, kerana Afghanistan adalah negara yang berpenduduk
majoriti Islam dan Taliban yang berkuasa melaksanakan hukum syariat Islam. Belum lagi kecurigaan
umat Islam terhadap orang-orang Yahudi yang dipercayai mendikte AS untuk mensukseskan
tujuannya, menghancurkan Islam.

Pro dan kontra terhadap serangan AS merupakan realiti yang tidak boleh dinafikan. Orang-orang
yang anti-AS berupaya keras menonjol-nonjolkan sesuatu yang dibenci AS. Osama bin Laden yang
dibenci AS mendadak dijadikan idola kumpulan Islam anti-AS. Gambarnya ditampalkan di mana-
mana, ditampalkan di kaus dan dibingkai.

KESAN TERHADAP HUBUNGAN ISLAM DAN KRISTIAN DI


INDONESIA

Indonesia, melalui kunjungan Presiden Megawati ke AS, telah bersetuju dalam mempererat kerjasama
dalam usaha global memerangi keganasan antarabangsa. Namun, dasar ini mendapat tentangan dari
kelompok Islam garis keras di Indonesia. Aksi-aksi menentang dasar AS yang merancang aksi tentera
ke Afghanistan berlangsung dengan keras di sejumlah kota di Indonesia. Sebutkanlah kumpulan-
kumpulan seperti FPI (Front Pembela Islam), Hizbuthahrir, HMI (Himpunan Mahasiswa Islam),
Hammas (Himpunan Mahasiswa Muslim Antar Kampus), KISDI (Komite Indonesia untuk Solidaritas
Dunia Islam), dan gerakan ormas Islam lainnya berdemonstrasi di sejumlah bandar. Di Solo, Laskar
Jundulah mengancam akan melakukan razia terhadap warga AS di bandar itu. Mereka menilai bahawa
AS sedang menguruskan isu untuk menjatuhkan umat Islam. Jika tetap dilakukan, maka AS akan
mendapat perlawanan bersama daripada umat Islam. Selain mengingatkan AS, mereka juga mendesak
kerajaan Megawati untuk tidak terjebak kepada kepentingan AS yang selalu mengesyaki umat Islam.
Aksi-aksi kumpulan ini bahkan sudah menjurus kepada keganasan. Aksi (atau masih dikatakan isu)
sweeping yang marak mengakibatkan pulangnya warga negara AS dan sejumlah warga negara asing
lainnya ke negara masing-masing.

Boikot terhadap produk Amerika juga sempat dilancarkan oleh kumpulan-kumpulan ini. Aksi boikot,
bahkan kalau boleh dikatakan penutupan secara paksa, dilakukan terhadap beberapa Restoran 'berbau'
Amerika seperti McDonald's.

Dalam sejumlah acara-acara di radio dan di televisyen banyak warga Indonesia yang terus terang
mensyukuri serangan pengganas tersebut dengan mengatakan itu adalah hukuman daripada Allah
terhadap kesombongan Amerika. Osama bin Laden kemudian menjadi pahlawan. Kaus-kaus yang
bergambarkan Osama, dan juga posternya menjadi sangat laris dijual di Indonesia pada saat itu.
Meskipun demikian, banyak juga pihak Islam yang lebih moderat yang mengutuk orang yang
mensyukuri kejadian tersebut dan menyatakan turut berdukacita atas kes WTC tersebut, dan sekaligus
menghimbau AS untuk tidak menyerang orang awam.

JALAN PENYELESAIAN BAGI MENANGANI GEJALA


EKSTREMISME

Ramai yang tertanya-tanya apakah jalan yang terbaik untuk menangani permasalahan ekstremis
yang telah memburukkan nama agama Islam dan menyebarkan kebimbangan serta keganasan
dan pertumpahan darah di merata negara di dunia?

Jawapanya ialah, kita perlu menyedari bahawa golongan ektremis ini berselindung di

sebalik nama Islam. Mereka sentiasa mengemukakan idea yang jauh tersimpang daripada ajaran
Islam yang sebenar. Dari sinilah langkah utama untuk menghadapi golongan ini adalah dengan
menyingkap penyamaran dan mendedahkan identiti sebenar mereka, serta membuktikan bahawa
fahaman yang mereka dokongi adalah batil dan sesat. Memerangai golongan pelampau ini adalah
satu peperangan yang berbentuk ilmiyah, dan harus disertakan dengan langkah berjaga-jaga, iaitu
menghalang mereka daripada menerajui jawatan yang membolehkan mereka bergerak bebas dan
bercakap kononnya atas nama Islam. Mereka ini perlu dihalang daripada menaiki mimbar-
mimbar yang disediakan untuk menyebar kebenaran Islam dan ajarannya yang jauh daripada
unsur-unsur ekstremis.
Oleh yang demikian, maka jelaslah peranan yang perlu dimainkan oleh para ulama dan
pendakwah. Mereka inilah yang menjadi barisan hadapan dan benteng pertahanan. Sekiranya
mereka tumbang, maka jalan untuk golongan pelampau terbuka luas untuk mencapai matlamat
mereka. Oleh itu, penguasaan ilmu pengetahuan sebagai persediaan pendakwah amat ditekankan
di sini. Pendakwah harus dilengkapi dengan hujah-hujah yang bernas dan dokumen yang lengkap
untuk menyatakan hakikat golongan pelampau kepada masyarakat umum. Sebagai contoh,
penerangan yang jelas perlu diberikan kepada pendakwah dan orang awam tentang tafsir sebenar
ayat al-Quran. Contohnya:

Barangsiapa yang tidal; menjalankan hukurn yang telah diturunkan Allah, nescaya mereka
adalah orang-orang kafir.

Pentafsiran ini telah dibuat oleh ahli tafsir yang muktabar. Ahli tafsir îersebut cenderung
mentafsirkan ayat di atas berdasarkan dua pendapat. Pertamanya pendapat Ibn Abbas (Pakar
tafsir al-Quran) yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitabnya al-Musladrak, dan dipersetujui
olah al-Zahabi, kemudian diriwayatkan pula oleh Imam Ahmad dalam kitab Akham an-Nisa',
yang menggalakan faahawa kekafiran yang disebut di dalam ayat ini bukanlah bermakna
kekafiran yang mengeluarkan seseorang itu daripada akidah Islam, tetapi kekafiran di bawah
kekafiran, bererti Ikuiur kecil. Sebagaimana perbuatan riyak, yang merupakan satu dosa, telah
dikategorikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai syirik kecil dalam sabda Baginda yang
bermaksud:

"Jauhilah riyak. Sesungguhnya riyak itu adalah syirik kecil, dan ia bukanlah satu kekufuran
yang menyebabkan seseorang itu keluar daripada agama Islam".

Begitu jugalah dengan pelaksanaan undang-undang manusia. la bukanlah kekufuran yang


mengeluarkan daripada Islam, kecuali dalam hal-hal yang jelas bercanggah dengan al-Quran.
Manakala pendapat kedua pula dalam mentafsirkan ayat ini adalah tafsir al-Bara' bin Azib, yang
dinwatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahib beliau, bahawa ketiga-tiga ayat yang disebut
dalam surah al-Ma'idah itu telah diturunkan kepada golongan Yahudi. Mereka telah menokok
tambah agama dan menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai pembohong apabila baginda menerangkan
bahawa disebut di dalam kitab Taurat akibat berzina bagi orang yang telah faerkahwin
hukumannya rejam sampai mati, lalu mereka berdegil dan mengatakan bahawa tiada hukuman
rejam diturunkan di dalam kitab Taurat, dan menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai pembohong. Ini
adalah satu penofakan yang jelas terhadap hukum agama, dan ianya merupakan kekufuran nyata
yang mengeluarkan daripada agama Islam. Tidak dinafikan juga peranan pihak-pihak berkuasa
tempatan dalam memerangi puak ektremis ini, iaitu dengan menghalang mereka daripada
menguasai pemikiran orang ramai. Mereka tidak harus diberikan ruang untuk bersuara atas nama
kebebasan. Hal ini kerana mereka yang mengacam kepentingan awarn dan menggugat kestabilan
ummah atas nama kebebasan merupakan bahaya besar dan selalunya ajaran mereka sukar untuk
disekat. Golongan ektremis ini bergerak mengikut perancangan yang teliti. Mereka mempunyai
misi yang jelas, serta dibiayai oleh kuasa luar demi untuk menggugat kestabilan dan keamanan di
negara-negara Arab dan Islam. Mereka juga bertujuan melekakan umat Islam dengan perbalahan
dan pertelingkahan dalaman serta keganasan, sehingga mang terbuka luas kepada musuh Islam
yang sentiasa menunggu masa dan peluang untuk campur tangan dalam hal-ehwal dalaman
negara serta memainkan peranannya mengikut muslihat mereka.

Justeru, peranan yang dimainkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk membanteras gejala
ektrem ini hanya tertumpu kepada pembanterasan kelakuan jahat yang lahir daripada fahaman
rnelampau ini tanpa menghapuskan punca-puncanya. Langkah yang diambil ini hanya
rnemerangi tindak balas fizikal daripada pemikiran rnelampau termasuk pembunuhan dan
kemusnahan serta kegiatan keganasan lain yang membahayakan masyarakat, dan bukannya
membanteras aliran pemikiran itu sendiri.

Ini berlaku kerana tanggungjawab rnemerangi golongan ekstremis hanya dipikul oleh

pihak berkuasa tempatan, dan kadangkala ia mendorong puak pelarnpau untuk mengapi- apikan
lagi pertelingkahan yang berlaku dengan menggunakan taktik tindak balas, serta memindahkan
pertelingkahan ini kepada generasi akan datang.

Rasionalnya ialah apabila sesuatu pihak menghadapi tekanan daripada pihak berkuasa, mereka
akan bangkit dan bersedia untuk mengharungi perjuangan mereka untuk jangka masa panjang.
Perjuangan mereka ini bertujuan melemahkan negara dengan sokongan pihak-pihak yang akan
mendapat manfaat daripada kesan pertelingkahan ini. Mereka akan berjuang habis-habisan,
memberontak dan membalas dendam. Oleh itu, mana-mana pertelingkahan yang berlaku di
mana-mana negara dengan golongan pelarnpau ini tidak harus dihapuskan dengan kuasa senjata
semata-mata. Sebagai contoh, menggunakan perkhidmatan polis semata-mata untuk menangani
golongan ekstremis ini tidak memberi sebarang kesan, melainkan mereka mungkin akan meraih
simpati daripada orang yang tidak faham dengan keadaan sebenar.

Oleh yang demikian, kita harus menyebarkan fahaman sebenar tentang Islam di kalangan orang
awam dengan menggunakan sernua saluran yang ada, termasuklah melalui televisyen, radio,
masjid-masjid, forum, ceramah dan sebagainya, supaya masyarakat dapat melengkapkan diri
dengan ilmu agama yang betul, seterusnya dapat membezakan antara kesederhanaan dengan
ekstremisme. Dengan itu, maka tugas dan tanggungjawab untuk rnemerangi fi krah ekstrem serta
menyebarkan kafahaman tentang kesederhanaan Islam di kalangan masyarakat merupakan antara
langkah yang berkesan terutamanya jika dilakukan secara konsísten.

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk memerangi ektremisrne, usaha ini harus diiringi dengan
menyampaikan penerangan secara berterusan dan berlipat ganda demi untuk menyedarkan orang
awam tentang hakikat sebenar fahaman puak pelampau serta menjelaskan bahayanya terhadap
umat Islam, di samping menyebarkan fahaman kesederhanaan, serta menekankan tentang:

1. Kepentingan berpegang teguh kepada agama dan fahaman yang sederhana dan betul.

2. Kepentingan memerangi fahaman pelampau yang mula menyusur masuk ke rumah-rumah,


institusi swasta dan juga awam.

Demi untuk memastikan kejayaan usaha ini, maka kita harus mendedahkan dalang di

sebalik golongan ektremis ini, dan mendedahkan fikrah melampau mereka yang hanya
berasaskan kepada beberapa tafsir yang salah, di samping mengharamkan buku-buku hasil
tulisan mereka daripada dijual dan digunakan di masjid-masjid, sekolah, universiti dan
perpustakaan. Dengan itu, maka strategi mendekati rakyat semasa berhadapan dengan puak
ekstremis dapat mambantu ke arah kemenangan. Hal ini kerana rakyat akan mengutuk segala
aktiviti golongan pelampau dan akhirnya mereka akan dilabelkan sebagai puak yang tidak
diterima oleh masyarakat. Justeru, harus ditonjolkan bahawa pertembungan yang berlaku adalah
di antara golongan ekstremis dengan rakyat dan bukannya dengan sistem pemerintahan,
memandangkan strategi mereka adalah untuk mengambil kesempatan atas apa sahaja bentuk
perselisihan yang mungkin wujud antara rakyat dengan kerajaan. Dan apa yang menguntungkan
adalah mereka ini tidak akan melibatkan rakyat dalam aktiviti keganasan mereka, sebaliknya
rakyat dijadikan alat untuk mendapat sokongan dan memaksa kerajaan supaya menerima mereka
untuk turut serta.dalam pentadbiran kerajaan. Kewujudan puak ekstremis bukan berpunca
daripada satu faktor, malah terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Antaranya faktor
psikologi, sosial, sejarah, dan juga politik. Adakalanya kesemua faktor ini bercampur-aduk dan
melahirkan puak ekstremis. Maka tidak wajar jika fenomena ini ditangani dari satu sudut sahaja
tanpa mengambil kira faktor penyumbang yang lain. Sebaliknya kita harus berani dan berhikmah
dalam menangani isu ini dari pelbagai sudut, dengan berbekalkan keyakinan bahawa kejahilan,
sikap ekstremis dan kebatilan hanya dapat kita hapuskan dengan ilmu, kesederhanaan dan
kebenaran. Alangkah bergunanya jika manusia kembali ke sumber asal agama Islam, dan
berpegang teguh dengannya dengan tulus. Sesungguhnya ilmu agama yang betul dapat
memelihara manusia daripada pelbagai ancaman ekstremisme. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud,

"Wahai manusia, belajarlah. Sesungguhnya ilmu ¡tu akan diperoleh hanya dengan
pembelajaran, dan penguasaan iImu itu diperolehi hanya dengan mendalaminya."

(Diriwayaikan oleh Attabarani dalam kitab al-Mu'jam al-Kabir dengan sanad Hasan)

Kita mahukan istiqamah dalam agama sebagai jalan penyelesaian kepada Asabiyah negatif atau
sikap melampau yang semakin berleluasa. la menyokong kezaliman dan bukannya menyekat
kezaliman itu daripada berlaku. Sikap ekstremis ini makin mekar dengan unsur-unsur kebencian.
Sikap negatif ini hanya dapat diperangi dengan beristiqamah dengan agama Islam yang suci, dan
kita pasti dapat menumpaskan musuh-musuh, dan mengembalikan kesatuan ummah.
Bersegeralah kembali ke jalan para Anbiya'. Di sana pasti kita akan menemui kebahagiaan dan
keamanan.
KESIMPULAN
Label-label hodoh seperti terrorist, eksterimis, fanatic, militan adalah perkataan paling popular
sejak tragedi 11 September 2001. Malangnya, kalimah tersebut kerap diberikan padanan yang
tidak tepat terhadap gerakan Islam dan tokoh-tokohnya. Pandangan yang prejudis terhadap
Islam, selalu sahaja mewarnai layar-layar media. Tetapi kebenaran yang ada pada Islam,
percuma sahaja dianggap sebagai analisis kolot. Senang-senang sahaja dikaitkan sebagai salah
tafsir agama, pemahaman sempit, ekstremis dan sebagainya. Kenyataan seperti ini adalah tidak
adil dan bersifat pukul rata, sedangkan golongan reformis Islam yang sejati tidak sepatutnya
dilabelkan dengan istilah-istilah buruk di atas. Hal ini kerana Islam adalah agama yang suci dan
Islam hanya mengajar manusia untuk berdamai antara satu sama lain dan bukannya mengajar
umatnya untuk melakukan gejala ekstrem seperti yang di tuduh oleh golongan yang tidak
memahami kesucian dan kesejahteraan serta kesyumulan Islam sepenuhnya.

Akhir kata, kita sebagai manusia dengan sifat dan ajaran yang murni harus menghindarkan diri
daripada segala gejala ekstrem dan berusaha untuk mendamaikan serta memakmurkan dunia
tanpa sebarang rasa prejudis terhadap mana-mana pihak. ”Katakan Tidak Kepada Gejala
Ekstremisme”
RUJUKAN
1. http://74.125.153.132/search?q=cache:IHP6oYN6JYAJ:www.gemaislam.net/artikel/
Perkembangan_ideologi_pelampau_dan_kesannya_keatas_tamadun.pdf+penyelesaian+bagi+g
ejala+ekstremisme&cd=15&hl=ms&ct=clnk&gl=my
2. Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin & Zulkiflee Haron.(2007). Islam dan Isu-isu
Semasa.Malaysia. Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial UTM Skudai.

Anda mungkin juga menyukai