Anda di halaman 1dari 9

(Book Review: Risalah At Ta’alim Hassan Al Banna)

Buku yang dikarang oleh Hassan Al Banna ini wajar dianggap sebagai sebuah rujukan bagi

dai'e(pendidik) yang sufi(mendidik ikhlas kerana Allah).Maka,sesuai dengan ciri ciri dai’e yang
disebutkan dalam Risalah Ta'alim yang menampilkan pendekatan yang jujur dan relevan,secara

umumnya sesuai dengan tujuan terhadap pembentukan pendidikan yang berteras sistem islam

yang menyeluruh.

Buku ini mempunyai lima bab yang secara umumnya membincangkan tentang pentingnya

memurnikan kefahaman mengenai fikrah Islam,dimana Imam Hassan Al-Banna telah menulis

satu risalah yang sangat berharga agar ummat Islam dapat mencapai kesatuan fikrah.Dengan

kesatuan ini, ummat Islam dapat meninggalkan perpecahan, saling tuduh menuduh kafir antara

satu sama lain perdebatan yang tidak berkesudahan,perasaan saling membenci dan mampu

membangunkan semula kegemilangan ummat.melalui persembahan dan gaya bahasa yang cukup

mudah difahami dan menarik untuk dibaca.

Buku ini di mulakan dengan baik dimana dalam bab yang pertama secara umumnya

menceritakan konteks kepentingan faham yang sahih,keperluan amal,penyatuan umat

islam,penyatuan pemikiran dan pembatasan bid’ah.Al-Banna pada zamannya,ketika itu yang

kecewa terhadap sebarang penulisan Islam.Seterusnya menceritakan penyelewengan-

penyelewengan yang berlaku pada zaman itu.Ini melihat kepada faktor-faktor yang sering

dipandang sebagai elemen kontradik di dalam memahami pemikiran al-Banna yang inginkan

pembaharuan dalam memahami hakikat kesempurnaan islam.Kefahaman yang jelas akan

membuahkan amal yang semata-semata kerana Allah SWT.Seterusnya usaha mencapai satu

pemikiran satu amal digerakkan dengan jitu dan sistematik bagi menuju penyatuan umat islam

yang menghadapi penyakit perpecahan dan kafir mengkafir ketika itu.Penjelasan Imam Hasan

Al-Banna dalam isu takfir sangat jelas.Ianya merupakan satu prinsip yang paling tepat untuk
dipegang bagi setiap Muslim,ia kekal relevan sehingga hari ini,di mana pada zaman ini terlalu

banyak individu yang menggunakan takfir bagi mematikan hujjah atau pendapat yang

bertentangan dengan pendapat mereka.Ianya akan membawa kepada pemikiran statik dan tidak

menatijahkan perbincangan sihat serta ilmiah.Dalam pada yang sama,kita juga tidak seharusnya

bermudah-mudah dan mengabaikan individu yang secara jelas meninggalkan Islam.Pendekatan

ini adalah paling sesuai terutamanya di zaman ini.

Dalam bab yang kedua,buku ini membentangkan ulasan ringkas sekitar prinsip 20 yang terdapat

dalan rukun baiah yang pertama iaitu Al-fahmu(faham). Al-fahmu(faham merupakan rukun yang

pertama daripada 10 Arkanul Baiah(rukun baiah) yang lain).Hasan Al-Banna meletakkan rukun

al-fahmu sebagai rukun yang pertama kerana kepentingannya dan kerana terbukti bahawa rukun-

rukun yang lain tergantung kepada rukun pertama ini.Cacat dan kesalahan segala yang ada dalam

rukun bai’at yang satu ini akan memberi kesan terhadap rukun-rukun yang lain. Hasan Al-Banna

berkata: “Yang saya maksud dengan fahm (pemahaman) adalah engkau yakin bahawa fikrah kita

adalah “fikrah islamiyah yang bersih/jernih/murni”. Hendaknya engkau memahami Islam

sebagaimana kami memahaminya dalam batas-batas al-ushul al-‘isyrin (dua puluh prinsip).

Bagi menjelaskan lagi pemahaman terhadap pemikiran ini, rukun pertama iaitu 'Faham'

dihuraikan dengan lebih jelas dan mendalam melalui Usul 20, yang merupakan kerangka/asas

bagi membentuk aliran pemikiran Islam yang sama serta bertepatan dengan sunnah

Rasulullah.Disinilah sebenarnya kelihatan jelas niat utama penulisan risalah ini.Al-Imam Hassan

Al-Banna menceritakan dengan terperinci apakah kefahaman yang mahu dititik beratkan Al-

Banna.Pada usaha tersebut,Al-Banna tidak lupa memetik panjang lebar ayat-ayat daripada Quran
dan sunnah Nabi. Ditambah pula dengan contoh-contoh yang praktikal daripada sejarah Mesir

khususnya.

Dalam bab yang ketiga,penulis selanjutnya menghuraikan berkaitan 9 daripada 10 Arkanul Baiah

yang berbaki iatu ikhlas,amal,jihad,pengorbanan,ketaatan,thabat,tajarrud,thiqah dan

percaya.Kesembilan rukun ini adalah kesinambungan daripada rukun yang pertama iaitu

faham.Ikhlas menurut Hassan Al Banna seperti yang di nukilkan oleh Sa’id Hawwa,adalah

bahawa setiap muslim harus mengharapkan keredhaan Allah SWT dan pahala dari semua

ucapan,amal dan pekerjaan yang dilakukannya tanpa di dorong kepentingan

peribadi,kemewahan,pangkat,gelaran mahupun kedudukan.Dengan ini seseorang muslim itu

akan menjadi hamba beraqidahkan tuhan semata semata,bukan yang hanya mengejar

kepentingan peribadi.Seterusnya,penulis meyentuh berkaitan rukun yang selanjutnya iaitu

amal.Amal merupakan hasil daripada keimanan kepada Allah SWT.Iman harus dibuktikan

dengan amal dan amal harus dilandasi dengan iman.Amal yang sempurna adalah yang diikuti

dengan kefahaman yang jelas dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.Amal disini juga

bermaksud beramal dalam setiap aspek kehidupan sehingga menjadikan seluruh kehidupan

seorang muslim itu suatu ibadah.

Selanjutnya,penulis membawa pembaca dalam memahami konsep jihad dalam islam.Jihad

merupakan kewajiban setiap muslim sesuai dengan potensi yang dimilikinya masing-

masing.Oleh kerana itu Allah SWT memberikan akan imbalan pahala yang besar untuk mereka

yang berjihad dan mengancam dengan ancaman yang sangat berat bagi mereka yang tidak mahu

berjihad.Maka dengan itu boleh kita simpulkan bahawa ikhlas,amal dan jihad merupakan
rangkaian yang sangat terkait dalam dakwah dan pendidikan. Ikhlas merupakan motivasi dalam

beramal supaya amal tetap bernilai di sisi Allah dan segala bentuk amal yang soleh harus kita

aplikasikan dalam rangka jihad menegakkan nilai-nilai ajaran Islam di muka bumi ini.Dalam

kehidupan,perjuangan mahupun suatu pekerjaan memerlukan konsep At-tadhiyyah.At-tadhiyyah

ataupun pengorbanan merupakan suatu yang amat diperlukan dalam kehidupan.Perjuangan di

jalan yang bathil memerlukan pengorbanan,lebih lebih lagi perjuangan di jalan yang

benar.Sejarah telah menunjukkan kepada kita bertapa generasi terdahulu yang berjuang di jalan

Allah telah menunjukkan pengorbanan yang tiada terkira.Mulai dari pengorbanan waktu dan

dana mahupun pengorbanan nyawa sekalipun.

Dalam bab ini juga,Imam Hassan Al Banna menjelaskan kepada kita berkaitan konsep

taat.Ketaatan kepada Allah,Rasul-NYA dan pemimpin di antara kita merupakan perkara pokok

dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim dan mengembangkan islam secara

menyeluruh daripada setiap aspek kehidupan.Hassan Al Banna menyatakan “Yang saya

kehendaki dengan taat adalah menjalankan perintah dan merealisasikannya secepat mungkin,

baik dalam keadaan senang maupun susah, saat bersemangat maupun malas, bahkan terhadap

hal-hal yang disukai atau dibenci”.Kemudian Imam Hassan Al Banna menyedarkan kita semua

akan kepentingan rukun seterusnya iatu tsabat.Tsabat atau pendirian yang teguh dalam

memegang prinsip tanpa di pengaruhi unsur unsur luaran mahupun dalaman.keteguhan dapat di

aplikasikan dalam benyuk teguh mempertahankan nilai nilai kebenaran,teguh dalam memikul

beban mendidik,teguh dalam meningkatkan kekuatan dan kemampuan dan teguh dalam

keimanan.Untuk menghadapi tugas-tugas dakwah dan mendidik maka haruslah seseorang dai’e

itu mempunyai pendirian yang teguh dalam menghadapi pelabagai rintangan dan cabaran..
Seterusnya,Al Imam Hassan Al Banna membawa pembaca dalam menelusuri keutaman

Tajarrud.Tajarrud memberi makna kemurnian,Hassan Al Banna menyebut “yang saya maksud

tajarrud adalah hendaknya engkau memurnikan pola pemikiranmu dari pelbagai prinsip nilai lain

dan individu.Kerana islam inilah agama yang paling menyeluruh dan paling tinggi”.Dari maksud

yang disebutkan Al Banna,jelas menunjukkan dakwah dan pendidikan yang dilakukan hendaklah

dengan kefahaman yang suci dan murni tentang islam.Tanpa kemurnian,penyebaran risalah islam

tidak mungkin dapat dilakukan dan segala perancangan serta persediaan akan bercampur dengan

hal.. yang tidak islami.Kemurniaan menjadi suatu perkara dasar dalam dakwah dan

mendidik.Sekiranya ia tidak ada,maka boleh jadi kaum muslimin mencampur adukkan antara

islam dan konsep-konsep kekufuran.Lebih di takuti lagi tanpa disedari dia telah keluar dari jalan

islam.

Kemudian,Imam Hassan Al Banna menitik beratkan berkaitan ukhuwah.Tugas dakwah dan

mendidik merupakan tugas berat yang harus dipikul bersama dengan kerjasama yang baik semua

pihak.Untuk itu diperlukan adanya ukhuwah diantara sesama muslim.Kerana begitu penting

kedudukan ukhuwah dalam islam,maka yang pertama yang dilakukan Rasulullah SAW ketika

sampai di madinah dalam peristiwa hijrah baginda bersama para sahabat ialah melakukan apa

yang disebut dengan Al-mua’khoh (mempersaudarakan) antara kaum muhajirin dari Makkah

dengan kaum ansor dari Madinah.Bahkan persaudaraan ini merupakan satu kejayaan yang besar

bagi umat islam pada itu kerana nilai ukhuwah islamiah yang ditampilkan di dasari dengan

kekuatan iman terhadap Allah dan Rasul-NYA.


Pada akhir bab ini,Imam Hassan Al Banna menutup dengan rukun baiah yang terakhir iaitu

tsiqah,Tsiqah ialah saling percaya mempercayai antara pendidik dan penggerak dakwah.Seperti

antara guru dan murid,lebih lebih lagi antara orang yang dipimpin dengan pemimpinnya

sehingga orang yang dipimpin tidak terlalu curiga dan melontarkan terlalu banyak persoalan

yang menimbulkan syak wasangka.Menurut Hassan Al Banna,beliau memasukkan tsiqah ini

kedalam rukun baiah menunjukkan bahawa pentingnya dalam kehidupan muslim.Abdul Halim

Mahmud menyatakan “sekalipun seorang pemimpin telah memiliki sifat kepimpinan yang

unggul,serta perintah dan keputusannya sangat bagus,sangat bermanfaat dan sangat sesuai

dengan kemampuan seseorang individu,keputusan itu tidak akan bernilai jika tidak ada

kepercayaan pada diri individu yang menerima dan menjalankan keputusan tersebut”.

Dalam bab yang seterusnya bab ke empat,Al Imam Hassan Al Banna menulis berkaitan

Wajibatul Akh Al Mulim (kewajiban sebagai seorang islam).Disini kita dapat melihat tentang

kewajiban seorang muslim terhadap Tuhan dan Rasul-NYA,kewajiban terhadap badan,kewajiban

terhadap akal,kewajiban terhadap akhlaknya,kewajiban terhadap harta,kewajiban terhadap

dakwah dan pendidikan dan akhirnya kewajiban terhadap masyarakat umum.Seseorang muslim

hendaklah melaksanakan segala kewajiban ini dalam menuju pengamalan islam secara yang

menyeluruh.Ini jelas menunjukkan bahawa islam mengambil berat dalam kehidupan setiap

muslim itu pada setiap aspek kehidupan.Dimana islam melihat kepentingan dari setiap sudut

bukan hanya pada individu muslim itu sahaja,bahkan kepentingan terhadap sesama manusia.
Dalam bab yang terakhir iaitu bab yang ke lima,Al Imam Hassan Al Banna membahasaskan

seputar hukum yang menjadi antara faktor perpecahan umat pada ketika itu dalam majalah

terbitannya Al-Manar.Bab ini diketengahkan sebagai menjawab persoalan khilaf umat yang

hebat belaku sekitar zaman itu.Fatwa Al Manar menyentuh pelbagai isu khilafiah umat antara

nya sekitar kelompok mazhab salaf serta khalaf,persoalan sekitar tawassul,agama dan

politik,keluasan perundangan islam serta peringatan terhadap perkara bid’ah dan mereka-reka

perkara baru dalam agama.Penjelasan Imam Hassan Al Banna dalam fatwa Al-Manar dilihat

merupakan pandangan yang tetap relevan diguna pakai hingga hari ini dimana perpecahan umat

islam kini dalam perkara khilafiah amat membimbangkan sehinggakan membawa kepada kafir

mengkafir antara satu sama lain.

Hasil karya Imam Hassan Al Banna dalam Risalah At-Ta’lim mempunyai kekuatannya yang

tersendiri,dimana ia menyentuh mencakupi setiap aspek kehidupan seorang muslim dari pelbagai

sudut.Ianya juga menjadi suatu buah penulisan yang bermanfaat bersifat pratikal kekal relevan

hingga ke hari ini.Akan tetapi,penulisan ini juga terdapat sedikit kelemahan di mana ianya

membawa perbahasan yang agak berat dan keras bagi orang awam yang tidak mempunyai asas

dalam ilmu dan kaedah-kaedah penetapan hukum seperti dalam perbahasan sekitar kelompok

mazhab khalaf dan salaf,prinsip 20 dan lain nya yang memerlukan pemahaman yang tepat dalam

memahami apa yang penulis mahu sampaikan.

Menelusuri helaian demi helaian risalah ini,pembaca akan merasai Imam Al Banna ingin

menjelaskan dalam baris-baris kalimatnya skop amali dan praktikal untuk setiap muslim.beliau

juga telah diberi taufiq yang besar kerana keikhlasan yang ada dalam dirinya.Risalah Ta’lim ini
muncul sebagai model yang unik,menjelaskan dengan cermat,melakarkan garis panduan

kefahaman dengan tonggak pendidikan.

Kesimpulannya,keperluan terhadap Risalah Ta’lim karangan Imam Hassan Al Banna adalah

amat diperlukan kerana ianya banyak memberi manfaat kaum muslimin yang mencintakan

kedaulatan islam.Perbicaraan Risalah Ta’lim dan kandungannya memberikan penjelasan yang

jelas dan menerangi petunjuk-petunjuk yang bakal mendatang lalu meletakkan seorang muslim

diatas landasan yang sebenarnya.Sehingga menjadikan kalimah Allah SWT yang paling utama

dan tertinggi di atas muka bumi.

Anda mungkin juga menyukai