Anda di halaman 1dari 14

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI


UTARA MALAYSIA

SEMESTER JULAI 2023 (JJ232)

KOD DAN NAMA KURSUS


SCCA 2083 – UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

TUGASAN INDIVIDU
KEDUDUKAN DAN CABARAN AKTA KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK :
EN. AHMAD ASRI’ BIN KHALBI

DISEDIAKAN OLEH:

NUR ZAHIRAH BINTI ABU BARKA (282846) 013-9729527


NO. KAD PENGENALAN 940826-01-5736

TARIKH HANTAR
22/09/2023
i
Nama Nur Zahirah binti Abu Barka No. Matrik 282846

Bulan dan Tahun Julai 2023 Pusat G


Pendaftaran

TUGASAN SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

1. Kedudukan dan Cabaran Akta Kebebasan Bersuara di Malaysia

Tarikh Akhir Pertemuan III Tarikh Penerimaan


Serahan

Nama Pensyarah AHMAD ASRI’ BIN KHALBI

No. Soalan Markah Asas Markah Diperoleh

2 20
Sila kepilkan helaian ini pada muka hadapan tugasan anda

ii
ISI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1-2
1.1 TAKRIFAN KEBEBASAN BERSUARA 2-3
2.0 STRUKTUR UNDANG-UNDANG KEBEBASAN 3-4
3.0 PELAKSANAAN AKTA HASUTAN 1948 4-5
3.1 TUJUAN UNDANG-UNDANG HASUTAN 5
4.0 ISU UNDANG-UNDANG HASUTAN DI MALAYSIA 5
4.1 PERISTIWA 13 MEI 6
4.2 KEMATIAN MUHAMMAD ADIB 6-7
5.0 CABARAN AKTA HASUTAN 7-8
6.0 KEBERKESANAN AKTA HASUTAN KEPADA NEGARA 8-9
7.0 IMPLIKASI TERHADAP MASYARAKAT 9-10
8.0 KESIMPULAN 10
RUJUKAN 11

iii
SCCA 2083 1
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

1.0 PENGENALAN

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidang dengan
pembangunan yang semakin pesat dipersada dunia ini telah menolak pelbagai
spekulasi tentang kemajuan teknologi. Namun begitu, acapkali kita disentak dengan
pelbagai onar yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Perkembangan dunia
teknologi ini telah membawa seribu perubahan dalam komunikasi walaupun ia
menjadi pegangan penting dalam kehidupan seharian. Menurut Sulaiman (2010)
berpendapat bahawa, proses komunikasi merupakan tunjang utama dan tidak dapat
dihindari dari kegunaan manusia dalam melakukan aktiviti harian. Ia beranggapan
bahawa era digital kini telah menjadikan kemampuan komunikasi merupakan aspek
yang penting dalam pembangunan masyarakat. Proses komunikasi ini mulai
berkembang dari telepon bimbit ke media sosial dan kini telah mendominasi dunia
komunikasi yang pada mulanya hanya digunakan untuk berhubung melalui suara
dan kemudian berkembang kepada chatting, muatnaik video, gambar dan kini
kepada info dan telah menjadi kebebasan dalam meletakkan komen yang kurang
sopan. Media sosial tidak hanya untuk terhubung satu sama lain tetapi juga untuk
mendapatkan berita dari portal berita online. Laman rasmi kerajaan yang diwujudkan
di media sosial sedikit sebanyak menbantu rakyat dalam memahami setiap kejadian
disekitar mereka. Contoh web rasmi yang dimaksudkan adalah Berita Harian Online,
Mymetro, The Star, Facebook, Instagram serta trend terkini iaitu Tiktok. Kaedah
menyampaikan infomasi melalui dalam talian ini dianggap memudahkan bagi
masyarakat untuk mendapatkan info serta menjimatkan kos sekaligus mendapatkan
tindakbalas dari netizen.

Berlanjutan dari perkara diatas, kecenderungan netizen untuk menyuarakan


pandangan atau bertindak terhadap sesuatu isu yang kadang-kala berbaur negatif
seperti hasutan, hinaan dan lain-lain lagi. Keberanian rakyat dalan bertindak dalam
media sosial adalah satu bukti bahawa amalan demokratik dalam masyarakat telah
dilaksanakan dengan baik memandangan Malaysia merupakan sebuah negara yang
bebas untuk menyuarakan pandangan seperti yang termaktub dalam perkara 10(2)
yang mengatakan bahawa Parlimen mempunyai hak untuk menggubal semula
undang-undang bagi menghadkan isu kebebasan bersuara ini atas sebab-sebab
tertentu seperti untuk melindungi keselamatan negara dan ketenteraman orang

KEDUDUKAN DAN CABARAN AKTA KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA


282846 – TI – NUR ZAHIRAH BINTI ABU BARKA
SCCA 2083 2
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

awam, Nathan (2003). Dalam pada itu juga, beberapa kes berkaitan
penyalahgunaan kebebasan bersuara telah diberikan hukuman dari segi undang-
undang serta Yahya Abdul Rahman (2017), pernah menyuarakan tentang
penyekatan terhadap kebebasan dimedia sosial perlu dilakukan agar dapat
menjamin keharmonian dan kemajmukkan negara. Seperti yang dapat dikaitkan
dalam isu diatas adalah ‘tragedy 13 Mei’ dimana beberapa isu sensitif yang telah
diuar-uarkan pada ketika itu sehingga menjadi penyebab isu pepecahan pendapat
antara kaum-kaum di Malaysia.

1.1 Takrifan Kebebasan Bersuara

Kebebasan bersuara adalah konsep fundamental yang melindungi hak individu atau
kelompok untuk menyatakan pendapat, gagasan, dan pandangan tanpa takut
dihukum atau dibatasi oleh pihak otoritas. Kebebasan bersuara adalah salah satu
dari hak asasi manusia yang diakui secara internasional dan termaktub dalam
berbagai perjanjian dan deklarasi hak asasi manusia, termasuk dalam Pasal 19
Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM). Kebebasan bersuara memainkan
peran krusial dalam mendorong pertukaran ide, diskusi terbuka, dan masyarakat
yang demokratis. Tanpa kebebasan bersuara, masyarakat dapat menjadi rentan
terhadap dominasi penguasa, ketidakadilan, dan penindasan. Dengan adanya
kebebasan bersuara, setiap individu memiliki kesempatan untuk berpartisipasi dalam
proses pengambilan keputusan dan memberikan kritik yang konstruktif kepada
pemerintah atau institusi lainnya. Namun, penting untuk dicatat bahwa kebebasan
bersuara bukanlah hak tanpa batas. Ada beberapa batasan terhadap kebebasan
bersuara yang dapat bervariasi dari negara ke negara, seperti pembatasan untuk
mencegah penyebaran kebencian, diskriminasi, atau provokasi kekerasan.

Selain itu, kebebasan bersuara juga membawa tanggung jawab untuk


menggunakan hak tersebut dengan bijaksana dan bertanggung jawab. Dalam
beberapa tahun terakhir, dengan berkembangnya teknologi informasi dan media
sosial, kebebasan bersuara menjadi semakin kompleks. Konflik dan kontroversi
muncul mengenai bagaimana mengatur dan membatasi informasi yang tersebar di
platform online, termasuk isu-isu seperti hoaks, disinformasi, dan ujaran kebencian.
Dalam upaya untuk menghormati kebebasan bersuara, sambil menjaga keamanan
dan stabilitas masyarakat, diperlukan pendekatan yang seimbang dan berwawasan

KEDUDUKAN DAN CABARAN AKTA KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA


282846 – TI – NUR ZAHIRAH BINTI ABU BARKA
SCCA 2083 3
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

ke depan. Pemerintah, lembaga swadaya masyarakat, dan masyarakat luas perlu


berkolaborasi untuk mencari solusi yang menghormati hak asasi manusia dan
mempromosikan lingkungan di mana kebebasan bersuara boleh berkembang
dengan baik.

2.0 STRUKTUR UNDANG-UNDANG KEBEBASAN BERSUARA

Awalnya, masyarakat antarabangsa mempunyai kebebasan bersuara sepenuhnya,


tetapi selepas kerajaan mendapati bahawa kebebasan bersuara menyebabkan
orang ramai mengkritik kerajaan, kebebasan ini telah disekat. Keadaan ini tidak
dapat diterima oleh kerajaan terdahulu. Namun, bagi sebuah negara yang
bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, kebebasan bersuara perlu digunakan
dengan berhati-hati supaya tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berulang lagi.
Bak kata pepatah, lidah lebih tajam daripada pedang. Oleh itu, walaupun hak
kebebasan bersuara dijamin oleh Perlembagaan, kebebasan bersuara di Malaysia
dikawal dan disekat oleh pelbagai undang-undang. Menurut Faridah (2002), secara
amnya, undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara terbahagi kepada tiga
kategori, berkaitan dengan kehormatan (termasuk fitnah dan penghinaan
mahkamah), keselamatan negara (ucapan dan penerbitan yang melibatkan unsur-
unsur menghasut atau sangat menghina), dan ilmu moral yang melibatkan akhbar.
Antara akta yang diterbitkan berdasarkan kebebasan bersuara adalah:-

i. Akta Hasutan (1948)


ii. Akta Fitnah (1957)
iii. Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960)
iv. Akta Rahsia Rasmi (1972)
v. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984)

Pemilikan media di Malaysia boleh dikatakan kebanyakkan darinya adalah dimiliki


oleh kerajaan secara langsung atau tidak langsung. Pemilikan langsung memberi
maksud apabila kerajaan menguasai sepenuhnya kuasa media dasi agensi swasta,
seperti stesen radio dan televisyen rasmi kerajaan. TV3 atau Radio Televisyen
Malaysia (RTM) adalah minik mutlak pihak kerajaan dan ia merupakan pemilikan
langsung manakala pemilikan tidak langsung adalah melalui pembelian saham
dalam sesebuah syarikat iaitu perlu melalui Government-link Company. Dalam

KEDUDUKAN DAN CABARAN AKTA KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA


282846 – TI – NUR ZAHIRAH BINTI ABU BARKA
SCCA 2083 4
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

industri pencetakkan terdapat beberapa pemilikan kerajaan seperti surat khabar


Utusan Malaysia adalah milik kerajaan UMNO, The Star adalah milik kerajaan MCA
dan Tamil Nesan adalah milik MIC. Melalui usaha ini, jelas menunjukkan bahawa
kerajaan mempunyai hak mutlak terhadap operasi syarikat ini serta dapat
menghadkan kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat.

3.0 PELAKSANAAN AKTA HASUTAN (1948)

Akta Hasutan adalah undang-undang yang wujud di beberapa negara untuk


menangani isu berkaitan hasutan. Hasutan secara amnya merujuk kepada kelakuan
atau ucapan yang menghasut orang untuk memberontak atau mengkritik kerajaan,
mengganggu ketenteraman, atau menggalakkan kekacauan awam. Adalah penting
untuk ambil perhatian bahawa undang-undang boleh berbeza dari satu negara ke
negara lain, jadi butiran dan peruntukan khusus Akta Hasutan boleh berbeza
bergantung pada negara yang dipersoalkan. Sesetengah negara telah
memansuhkan atau memperbaharui undang-undang hasutan mereka kerana
kebimbangan mengenai kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Dalam bidang
kuasa di mana Akta Hasutan masih berkuat kuasa, penguatkuasaan dan tafsirannya
kadangkala boleh menjadi kontroversi, kerana ia mungkin digunakan untuk
menyekat perbezaan pendapat atau menyekat kebebasan bersuara. Pengkritik
berpendapat bahawa undang-undang sedemikian boleh disalahgunakan untuk
menyekat pembangkang politik dan menyekat perbincangan yang sah tentang dasar
kerajaan.

Dalam akta ini ‘kerajaan’ membawa maksud kesemua negeri yang berada
dibawah naungan kerajaan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Akta ini
mulanya digunakan oleh pihak kolonial British Malaya pada tahun 1948 bagi
membendung pemberontakan kumpulan yang dilakukan oleh komunis tempatan
pada ketika itu. perbuatan itu dilakukan dengan menghasut yang boleh membawa
kebencian kepada kerajaan British pada era penjajahan itu. ‘Menghasut’ yang
dimaksudkan adalah berkaitan dengan apa-apa jenis perbuatan, ucapan, atau
mengeluarkan perkataan, penerbitan atau apa-apa perkataan serta perkara lain
yang mempunyai kecenderungan untuk menghasut atau mengubah kepercayaan
pihak lain. ‘Penerbitan’ pula bermaksud semua perkara bertulis atau bercetak yang

KEDUDUKAN DAN CABARAN AKTA KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA


282846 – TI – NUR ZAHIRAH BINTI ABU BARKA
SCCA 2083 5
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

mengandungi sebarang gambaran yang berupa nasihat atau hasutan yang


umumnya dikeluarkan untuk orang awam.

3.1 Tujuan Undang-Undang Hasutan

Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang sistematik telah
diatur oleh pihak kerajaan bagi memastikan masalah ini dapat dibendung dan boleh
dibasmi hingga ke akar umbi. Undang-undang hasutan ini tidak diambil serius
semasa peperangan negara sebelum kemerdekaan, namun setelah negara
Malaysia mengumumkan kemerdekaan pada tahun 1957 dan menerima baik semua
kaum yang berada di negara ini pada ketika itu telah mengundang beberapa isu
sensitif yang mengaitkan beberapa bangsa terbesar di negara ini sehingga
terjadinya beberapa insiden yang tidak di ingini. Perkara ini perlu dibendung dengan
lebih ketat oleh pihak kerajaan dek kerana risau akan jadi perpecahan masyarakat.
Menurut akta 15, pada 1 Januari 2006, akta hasutan ini telah di pinda dengan
memperbetulkan kesilapan dahulunya dengan mewujudkan perkara yang berkaitan
dengan hak istimewa orang melayu, kedaulatan, kedudukan atau mana-mana yang
berhubung dengannya. Undang-undang ini juga adalah bagi mengelakkan
berlakunya pepecahan bangsa dan agama seperti yang pernah terjadi semasa kes
kematian Muhamad Adib iaitu pegawai bomba yang menjadi mangsa rusuhan dalam
upacara hindu di kawasan Kuil Sri Maha Mariamman.

4.0 ISU UNDANG-UNDANG HASUTAN DI MALAYSIA

Hari makin hari, isu perpecahan kaum semakin kerap kedengaran di cuping telinga.
Bagai hilang sifat kemanusiaan dan kasih sayang sesama masyarakat yang duduk
dibawah naungan yang sama. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat. Begitulah yang diharapkan dalam setiap kalangan masyarakat yang
mempunyai ilmu yang tinggi supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.
Isu perkauman ini telah biasa menjadi perbualan rakyat sejak dari kemerdekaan lagi
dan perkara mula apabila terjadinya rusuhan kaum yang mencetus “Tragedy 13 Mei”
dan isu pembunuhan Almarhum Muhammad Adib. Kebanyakkan dari isu ini telah
membuka semula pindaan akta hssutan 1948. Oleh kerana itu, bagi mengupas
dengan lebih lanjut tentang perkara diatas, satu per satu peristiwa akan diringkaskan
dalam sorotan di bawah.

KEDUDUKAN DAN CABARAN AKTA KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA


282846 – TI – NUR ZAHIRAH BINTI ABU BARKA
SCCA 2083 6
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

4.1 Peristiwa 13 Mei

Mei 13, 1969 merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah penubuhan negara
Malaysia. Peristiwa itu telah meragut nyawa 86 orang Melayu, 342 orang Cina dan 3
orang bangsa lain. Hal ini demikian kerana semasa kempen Pilihan Raya 1969,
calon politin pembangkang telah mengkritik dan membengkitkan soal hak istimewa
dan kedudukan orang melayu serta hak bumiputera dan hak-hak kerakyatan orang
bukan Melayu. Dan semasa pemilih dilakukan sebahagian besar pembangkang
telah memenangi beberapa kerusi dengan mengalahkan parti kerajaan pada ketika
itu dan membuat perarakan yang berbaur isu perkauman dan slogan-slogan bersifat
sensitif telah dibawa tanpa motif disekitar bandaar Kuala Lumpur. Slogan hasutan itu
ditulis dalam Bahasa cina dengan kata-kata makian kepada kaum melayu dan
terjadinya isu pembunuhan yang ngeri dengan menyembelih penonton dalam
panggung Odeon.

Selepas peristiwa ini kerajaan telah menggubal kembali akta hasutan dengan
menaik taraf kepada setiap slogan atau apa-apa berita yang dikeluarkan hendaklah
disemak dahulu. Kawalan media merupakan satu keutamaan dalam kalangan rakyat
terutamanya berkaitan isu perkauman, ketegangan isu ini juga dikatakan dapat
menggoyangkan kesejahteraan dan keselamatan negara. Justeru, segelintir pihak
yang kurang bertanggungjawab sengaja menggunakan media sosial bagi meluahkan
perasaan dan rasa ketidakpuasan hati terhadap mana-mana pihak dengan begitu
mudah tanpa kawalan yang ketat dari kerajaan. Bagi pendapat saya, akta dan
perundangan tentang hasutan ini merupakan elemen yang wajib diadakan dalam
sesebuah kerajaan dengan tujuan bagi memantau dan mengawal perlakuan rakyat
dengan kawalan internet yang kuat. Penambah baikan dari segi komentar juga perlu
diperketatkan supaya dapat menghormati kerajaan kerana, pada masa kini segala
rahsia negara dapat diketahui dengan hujung jari sahaja.

4.2 Kematian Ahli Bomba Muhammad Adib

Romlah Ramli (2016) menjelaskan dalam kajiannya bahawa perkembangan


teknologi khususnya kehadiran Internet dan media sosial telah membawa banyak
perubahan sosial dalam masyarakat, mereka mempunyai kebebasan bersuara dan
boleh bercakap tanpa menitikberatkan nilai moral Nyatakan pendapat anda.

KEDUDUKAN DAN CABARAN AKTA KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA


282846 – TI – NUR ZAHIRAH BINTI ABU BARKA
SCCA 2083 7
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

Terutamanya di media sosial, orang ramai meluahkan rungutan atau menyuarakan


pendapat mereka dengan menggunakan perkataan yang kurang beretika. Penulisan
bebas di media sosial telah mencetuskan huru-hara dalam negara, maka artikel ini
membincangkan komen netizen Berita Harian mengenai isu Muhammad Adib.
Selain itu, artikel itu meneroka bagaimana netizen memanfaatkan kebebasan
bersuara apabila ia melibatkan isu sensasi seperti isu Muhammad Adib. Cadangan
penambahbaikan turut dibincangkan bagi mengawal kebebasan bersuara Berita
Harian Online.

Melalui kes ini, bentuk komentar yang dilemparkan oleh netizen juga mampu
memberikan kepahitan dengan mengandungi kata-kata yang kesat dan sindiran
kepada golongan yang terlibat pada ketika itu dan sekali gus menyakitkan hati orang
awam dengan kata-kata negatif. Antara hasutan atau komentar sindiran yang kurang
beradab adalah “Klu kuil tu kekal,makin eksyen la moorthy dan geng hindraf
nant..kes moorthy hina negara diam sampai sdh..mmg geram btol” dan “Terpaksa
Buat Lakonan Semula Sebab Kalau Bercakap Tak Keluar Suara.. Cuma
Keluardeyyyyyy..” perkara sebegini telah mendatangkan kesan kepada masyarakat
melayu kerana isu agama telah dimainkan. Pada ketika itu, isu Muhammad Adib ini
merupakan isu yang gempar kerana is memberi impak yang kuat terhadap
keharmonian negara. Alasan mengatakan demikian karena masalah Adib adalah
masalah yang melibatkan dua suku bangsa yang berbeza, sehingga komentar
negatif tersebut bertentangan dengan prinsip kesusilaan dan norma masyarakat
multietnik di negeri ini. Dengan meremehkan satu sisi, ia mampu menabur
perpecahan, mempermainkan emosi, dan menyebabkan konflik.

5.0 CABARAN AKTA HASUTAN

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang negara
maju dengan peningkatan jumlah masyarakat dan ekonomi yang stabil dan kukuh
tetapi ia hanya sebagai angin yang singgah sebentar dan berlalu begitu sahaja.
Keadaan ini menandakan titik permulaan selepas negara mengumumkan
kemerdekaan. Pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat negara
perlu kita hadapai. Peningkatan ketara ini kelihatan pada sekitar tahun 1969 apabila
berlakunya satu pergaduhan dan perpecahan masyarakat yang datangnya dari
agensi pengsurat khabaran iaitu Utusan Malaysia dan Nanyang Siang Pau yang

KEDUDUKAN DAN CABARAN AKTA KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA


282846 – TI – NUR ZAHIRAH BINTI ABU BARKA
SCCA 2083 8
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

menyebarkan informasi yang tidak bermoral. Hal ini telah menimbulkan ketegangan
kaum Melayu dan Cina serta ahli politik yang pada ketika itu kurang senang dengan
pemberian hak keistimewaan kepada orang Melayu.

Namun pada awal tahun 2023, dek kerana hasutan dari golongan masyarakat
yang tidak bertanggungjawab dan agensi pencetakkan yang kurang nilai moral telah
memaksa kerajaan agar bertindak untuk memansuhkan hukuman jenayah juga
merupakan salah satu cabaran dalam perundangan Malaysia. Namun dapat difikir
dari akal yang dalam, adakah masyarakat akan lebih menghormati atau lebih
bertindak zalim dengan kata-kata makian dalam media sosial? Seperti yang kita
dapat lihat baru-baru ini berkaitan institusi Diraja telah dicemuh dengan pelbagai
kata makian dan hinaan. Adakah sifat sebegitu akan membawa negara kita ke
persada dunia? Justeru itu, pemansuhan akta hasutan 1948 adalah sangat tidak
mendatangkan manfaat malah mendatangkan keburukan. Sebahagian masyarakat
mengesyorkan untuk penambahbaikan akta itu dalam mencapai pendekatan yang
berkesan dan seimbang dalam kalangan rakyat tanpa perlu mewujudkan akta baru.
Hal ini sekali gus dapat menangani isu hasutan dan cabaran berkaitan dengan 3R
Raja, Keagamaan dan Perkauman.

6.0 KEBERKESANAN AKTA HASUTAN KEPADA NEGARA

Dalam menghadapi cabaran dalam alaf baru ini, pelbagai alternatif telah dilakukan
bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti dan disegani. Dengan menjayakan akta
hasutan, pelbagai efektif telah kita nampak iaitu agensi pengsuratkhabaran telah
diberi satu amaran supaya tidak menguar-uarkan perkara yang boleh mengancam
keharmonian negara. dalam pada itu juga, nbanyak yang kita dapat lihat beberapa
ahli parlimen telah menyaman agensi surat khabar kerana menyebarkan fitnah yang
beruntuk perkauman seperti kes saman Lim Guan Eng kepada NSTP yang berkaitan
dengan campur tangan dalam pelantikan mufti. Dan setelah itu, pihak NSTP telah
memohon maaf dan sedar akan kesalahan yang dilakukan. Begitu juga halnya
dengan masyarakat, walaupun mereka diberi kebebasan dalam bersuara, namun
menurut akta hasutan, tidak ada mana-mana pihak yang boleh menyuarakan
tentang isu 3R dan jika ia berlaku, ia boleh dianggap sebagai satu jenayah. Hal ini
berkait dengan isu penghinaan Agung, Sharil Mohd Sarif iaitu seorang penjual

KEDUDUKAN DAN CABARAN AKTA KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA


282846 – TI – NUR ZAHIRAH BINTI ABU BARKA
SCCA 2083 9
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

daging telah dipenjarakan sebanyak tiga (3) kali kerana menghina Raja dan
Permaisuri Agung dan mengaku bersalah dengan perbuatan jelik itu.

Dengan adanya perundangan sebegini, sedikit sebanyak dapat menjaga


keharmonian negara dengan memartabatkan isu dan hak keistimewaan orang
Melayu sekali gus membuka mata masyarakat untuk saling hormat-menghormati
terhadap agama dan bangsa masing-masing memandangan negara Malaysia
merupakan negara yang memiliki masyarakat majmuk. Saya berpendapat bahawa,
kerajaan perlu mengetatkan lagi akta perundangan kebebasan bersuara ini agar
dapat memastikan ahli politik dan masyarakat mendapat pembelaan terhadap
kekejaman yang berlaku seperti kes Muhammad Adib, ahli bomba. Walaupun isu
yang berlaku dianggap remeh kepada si pembuat, tetapi menegakkan keadilan
merupakan hal yang ditunggu oleh keluarga si mangsa. Oleh itu, bolehlah dikatakan
bahawa terdapat banyak keberkesanan yang positif berbanding negatif tentang
pewujudan akta hasutan 1948 ini. Usaha pasti akan membuahkan hasil jikalau
pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera bagi mengatasi masalah
perpaduan yang sudah lama bersarang dalam dada masyarakat di negara ini.

7.0 IMPLIKASI TERHADAP MASYARAKAT

Daripada perundangan yang ditubuhkan oleh British pada satu masa dahulu, dapat
disimpulkan bahawa ia sangat berguna pada masa kini terutamanya demi untuk
menegakkan keadilan dan memastikan hak keistimewaan orang Melayu terbela.
Impak yang jelas kelihatan berkaitan dengan Peristiwa 13 Mei adalah banyak barang
awam yang rosak dan NGO serta gabungan kerajaan telah bertungkus lumus dalam
menyalurkan bantuan “Tabung Bantuan Negara” bagi membantu mangsa-mangsa di
Ibu Kota yang mengalami kekacauan akibat menberontakan tersebut. Bantuan
seperti pembinaan rumah murah, membina semula rumah yang terbakar memberi
bantuan seperti pakaian, buku sekolah, dan bantuan kepada penjaja di emporium.
Tambahan lagi, kesan kepada negeri perak juga turut ketara sehinggakan Sultan
Perak pada ketika itu telah mengeluarkan amaran perintah berkurung berterusan di
kawasan Sungai Siput kerana penduduknya pada ketika itu enggan memberi
kerjasama dengan pasukan keselamatan. Beberapa negeri pada ketika itu juga turut
mengalami situasi yang sama seperti di Bentung, Batu Pahat dan lain-lain. Kesan

KEDUDUKAN DAN CABARAN AKTA KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA


282846 – TI – NUR ZAHIRAH BINTI ABU BARKA
SCCA 2083 10
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

yang begitu mendalam sehinggakan ekonomi kerajaan juga turut goyang kerana
beberapa industri terpaksa ditutup akibat kerosakan.

Impak terbesar adalah kepada maysarakat sehinggakan masih menanam


matlamat kebangkitan kepada golongan muda dalam mengelakkan hak
keistimewaan Orang Melayu dicabuli. Hal ini bermula apabila wujudnya ‘Suqiu’
Persatuan Cina Malaysia pada Ogos 1999 yang merangka manifesto dengan
mempersoalkan tentang perbezaan Bumiputera dan bukan Bumiputera, akta ISA
dan banyak lagi. Namun bersyukur kerana ia mendapat tentangan dari golongan
muda UMNO dan Gerakan Pelajar yang membela hak Orang Melayu sebagai
penduduk asal negara tersebut. Golongan muda ini berusaha sehabis baik bagi
mengelakkan terjadinya peristiwa hitam itu dan terus menentang Suqiu sehinggakan
Suqiu terus lenyap dari pandangan. Dengan adanya akta hasutan, akta fitnah, akta
keselamatan dalam negegi telah memberi impak yang kuat kepada kesemua
golongan termasuk NGO, pelajar dan mana-mana kerajaan yang mentadbir pada
masa akan datang. Akhirnya dapat disimpulkan disini, kebebasan bersuara bukanlah
satu tanda bahawa kita bebas untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, tetapi ia
memberi makna bahawa kebebasan adalah satu kebolehan yang bijak dalam
tindakan tanpa paksaan dan hasutan.

8.0 KESIMPULAN

Kebebasan bercakap dan bersuara adalah hak setiap masyarakat, namun kerajaan
perlu mempunyai undang-undang yang boleh mengawal kebebasan ini. Seperti yang
kita dapat lihat sekanrang, isu penghinaan masih lagi berlaku dan masih berlarutan.
Kerajaan mengambil tindakan dengan menggubal semula semua akta tersebut
memandangkan akta tersebut telah wujud sebelom kemerdekaan lagi, ia sudah
cukup lapuk dan memerlukan pembaharuan. Pada pendapat saya, pesalah perlu
diberi hukuman yang lebih berat termasuk penjara, dikenakan hukuman mandatory
agar ia dapat menjadi teladan kepada masyarakat yang lain. Sebagai negara yang
mengamalkan sistem raja berperlembagaan, isu menghina raja adalah satu
kesalahan yang tidak boleh dipandang remeh. Penguatkuasaan kerajaan perlu
diperketatkan agar memastikan kesemua akta berkesan. Jika semua masyarakat
berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, saya yakin
nescaya kita dapat membendung isu buli siber ini dalam kalangan negara kita.

KEDUDUKAN DAN CABARAN AKTA KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA


282846 – TI – NUR ZAHIRAH BINTI ABU BARKA
SCCA 2083 11
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

RUJUKAN

Manoharan, P., & Pitchan, M. A. (2020). Kebebasan Bersuara dan Komentar


Netizen Terhadap Isu Muhammad Adib di Berita Harian Online. Jurnal
Wacana Sarjana, 4(3), 1-9.

Rosyidin, I. Tinjauan hukum Islam terhadap hak politik dalam akta hasutan 1948 di
Malaysia.

Mohd Sani, M. A. (2003). Perlembagaan Malaysia dan hak kebebasan


bersuara. Kenegaraan Malaysia isu-isu dalam pembinaan negara, 163-183.

Yusof, F., & Hassan, M. S. (2020). Kes Penghinaan Raja-Raja/Yang Di-Pertuan


Agong Di Media Sosial: Tindakan Dan Penguatkuasaan Undang-Undang
Dalam Kebebasan Bersuara. Journal of Law and Governance, 3(1), 127-142.

Amir, J., & Adnan, H. M. (2013). Harakah pada zaman pemerintahan Mahathir:
Peranan dan cabaran. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 15(1), 129-141.

Choong, S. F., & Thock, K. P. (2013). Kekangan dalam Artikulasi Kepentingan oleh
NGO Etnik di Malaysia: Kes Suqiu dan Implikasinya. Journal of Chinese
Literature And Culture 馬大華人文學與文化學刊, 1(2), 133-164.

Ismail, A., Ahmad, M. K., & Mustaffa, C. S. TRANSFORMASI KEWARTAWANAN


PENYIASATAN DI MALAYSIA DALAM KONTEKS MEDIA BAHARU DARI
PERSPEKTIF PENGAMAL MEDIA. In e-PROSIDING Seminar Teknologi
Multimedia dan Komunikasi 2017 [SMTCom’17] (p. 88).

KEDUDUKAN DAN CABARAN AKTA KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA


282846 – TI – NUR ZAHIRAH BINTI ABU BARKA

Anda mungkin juga menyukai