Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari: Isnin
Tarikh: 17/1/2022
Masa: 30 minit
Bilangan Murid-Murid : 8 orang
Tema : Alam kehidupan
Subtema: Serangga
Tajuk: Mari mengenal serangga
Aktiviti: Kraf serangga lebah
Tunjang Utama: Sains Dan Teknologi
Tunjang Disepadukan: Estetika
Fokus Utama: SA 3.0 Menyiasat alam hidupan
Fokus Utama Disepadukan: KE 3.0 Seni Visual
Standard Kandungan Utama: SA 3.3 Membuat penerokaan ke atas haiwan
Standard Kandungan Disepadukan: KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan
karya seni ( Ekspresi Kreatif)
Standard Pembelajaran Utama: SA 3.3.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan
Standard Pembelajaran Disepadukan: KE 3.3.3 Membuat corak dan rekaan mengikut
kreativiti sendiri.
Objektif: Di akhir pembelajaran,murid-murid akan dapat :
1. Mempelajari jenis-jenis serangga
2. Membuat kraf serangga mengikut kreativiti sendiri
Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melihat serangga
Alatan dan bahan mengajar: Lembaran kerja (gambar lebah),straw,selotape,pensil
warna,lagu
Nilai: Yakin diri, tekun dan mendengar arahan dengan baik
Langkah/Masa Strategi dan Aktiviti Pembelajaran Catatan

Set Induksi - Guru memberi salam kepada murid-murid. Nilai


(5 minit) - Guru bertanyakan khabar murid-murid. - Yakin diri
- Guru meminta murid-murid meneka aktiviti yang
akan dilakukan.
Langkah 1 - Guru mengajar mengenai serangga pada murid- Nilai
(10 minit) murid. - Yakin diri
- Guru membuka lagu mengenai serangga dan - Tekun
menyanyi bersama murid. BBM
- Guru mengulang kaji balik mengenai serangga - Lagu
pada murid-murid. Objektif pembelajaran
- Guru meminta murid-murid meneka serangga - Murid dapat
yang dilukis di papan putih oleh guru. mempelajari jenis-jenis
serangga.
Langkah 2 - Guru memberi arahan kepada murid-murid Nilai
(10 minit) sebelum membuat kraf serangga - Mendengar arahan
- Guru menunjukkan contoh kraf serangga yang dengan baik
dibuat oleh guru. BBM
- Guru memerhatikan murid-murid ketika murid- - Lembaran kerja
murid melakukan kraf serangga. Objektif pembelajaran
-Guru membimbing murid-murid sehingga murid - Murid dapat membuat
menyiapkan kraf serangga. kraf serangga mengikut
kreativiti sendiri.
Penutup - Guru memberi pujian kepada murid-murid. Nilai
(5 minit) - Guru membuat soal jawab kepada murid-murid. - Yakin diri
- Guru menanyakan perasaan murid-murid pada
hari tersebut.
- Guru mengucapkan terima kasih kepada murid-
murid kerana memberi kerjasama yang baik.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kekuatan yang dapat dikesan ketika pengajaran dan pembelajaran ialah murid
merasa seronok ketika belajar mengenai serangga kerana mereka ingin mengetahui
anggota badan yang ada. Belajar mengenai serangga membuatkan murid-murid
merasa teruja untuk mengenali pelbagai serangga yang ada.Kelemahan yang dapat
dikesan ketika pengajaran dan pembelajaran ialah sesetengah murid tidak memberi
perhatian sepenuhnya disebabkan pengaruh kawan-kawan yang suka membuat
kacau di dalam kelas.Selain itu, suasana kelas terlampau bising kerana kelas
berdekatan dengan ruang murid darjah 1 belajar di ruang tersebut.Setiap kelemahan
yang dikesan perlulah ada penambahbaikan pada pengajaran dan pembelajaran
bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
Penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah saya hendaklah mencari jalan untuk
mengambil perhatian semua murid termasuk murid yang degil dan malas untuk
belajar kerana jika salah sorang murid degil dan membuat kecoh dalam kelas semua
murid akan terganggu ketika pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

Anda mungkin juga menyukai