Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

Kelas : Intelligent
Tarikh :
Hari :
Masa : 09.40 – 10.10 pagi
Bil. Murid : 14 Orang
Umur : 5 Tahun
Tajuk/Tema : Haiwan liar
Tunjang Utama : Komunikasi
Standard kandungan:

BM 1.2 Mendengar, memahami dan memberi respons secara gerak laku dan lisan
SA 3.3 Membuat penerokaan ke atas haiwan

Standard Pembelajaran:

BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar


SA 3.3.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan
SA 3.3.6 Membanding dan membeza haiwan mengikut makanan utamanya:
(i) Haiwan yang makan daging
(ii) Haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan
(iii) Haiwan yang makan daging dan tumbuhan
Kesepaduan Tunjang:
1) Perkembangan Fizikal dan Estetika
2) Pendidikan Moral

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-

1) Murid boleh mengenali haiwan liar


Pengetahuan Sedia ada:

1) Mengetahui haiwan di hutan

Kemahiran Berfikir (KB):

1) Mengelaskan haiwan

Penerapan Nilai (PN):

1) Berkerjasama
2) Hormat menghormati

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

1) Papan putih
2) Buku cerita

Fokus Kecerdasan Pelbagai:

1) Interpersonal
2) Linguistik

Kosa Kata:

1) Zoo
2) Haiwan
3) Liar
4) jinak

LANGKAH / ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN


MASA

Set Induksi Mendengar dengan teliti - Guru mengucap salam dan ABM :
(2 minit) bertanyakan khabar
-
- Guru mengrefleksi apa yang
telah dipelajari pada minggu
lepas
- Guru berteka teki berkaitan
tema minggu ini

Langkah 1 Mengenali kancil - Guru menunjukkan gambar ABM :


(2 minit) kancil
- Kad
- Guru bersoal jawab berkaitan bergambar
habitat kancil

- Guru bersoal jawab bersama


murid mengenai cerita sang
kancil dan sang buaya

Langkah 2 Mengelaskan haiwan - Guru mengeluarkan buku ABM :


(18 minit) liar dan haiwan jinak cerita dan bercerita kisah sang
kancil dan sang buaya. - Buku
cerita
- Murid mendengar dengan
penuh perhatian

- Guru bersoal jawab berkaitan


cerita setelah habis bercerita
kepada murid

- Guru menerangkan nilai murni


yang terdapat di dalam cerita
tersebut

Langkah3 Mengisi tempat kosong - Guru menunjukkan cara untuk -Lembaran Kerja
(5 minit) membuat lembaran kerja
kepada murid.

- Guru mengedarkan lembaran


kerja kepada murid untuk
diselesaikan di tepat masing-
masing

- Guru mengarahkan murid


untuk duduk di tempat
masing-masing.
- Murid mengambil lembaran
kerja dan duduk di tempat
masing-masing.

Penutup - Mengulang apa


(2 minit) yang - Guru bertanyakan murid apa
dipelajarinya yang dipelajari pada hari
tersebut.

- Guru mengulangi apa yang


telah diajar kepada murid.
REFLEKSI – ALAM HIDUPAN (HAIWAN LIAR)

Satu sesi pembelajaran telah dilaksanakan dan pengajaran dan pembelajaran ini mengambil masa selama
30 minit mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dirancang sebelum ini. Sesi
pengajaran dan pembelajaran ini memfokus kepada matapelajaran Bahasa Melayu. Manakala bagi proses
pembelajaran ini mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar, mengenal pasti tempat
tinggal haiwan, membanding dan membeza haiwan mengikut makanan utamanya seperti (i) haiwan yang
makan daging, (ii) haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan, (iii) haiwan yang makan daging dan
tumbuhan. Kandungan kemahiran yang dimasukkan kemahiran linguistik. Berdasarkan tajuk ini, hasil
pembelajaran yang akan dicapai ialah murid dapat mengenali haiwan jinak. Bagi memastikan proses
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, saya telah membina dan menggunakan bahan bantu mengajar
(bbm) iaitu buku cerita dan papan putih.

Kekuatan yang diperlihatkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pada kali ini adalah
penggunaan buku cerita. Buku cerita haiwan liar bersaiz besar yang digunakan semasa sesi pembelajaran
ini menggunakan gambar yang menarik, tulisan yang besar serta warna yang terang. Kepelbagaian
penggunaan bahan bantu belajar dapat meningkatkan keseronokan dan tumpuan mereka. Ini kerana,
warna dan gambar yang sesuai memainkan peranan yang penting bagi menarik minat murid untuk terus
mengikuti proses pembelajaran. Selain itu, peneguhan positif yang diaplikasikan oleh guru kepada murid-
murid contohnya pujian seperti “baik”, “tahniah” dan perlakuan seperti menepuk tangan. Peneguhan
positif sesuai diaplikasikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di mana murid akan
merasa diri mereka dihargai dan secara tidak langsung keyakinan murid dapat ditingkatkan. Apabila sesi
bersoaljawab, Adam menjawab dengan betul dan guru memuji Adam dengan mengatakan “tahniah
Adam, jawapan awak adalah betul !”. Adam menjawab “terima kasih cikgu”. Sebagai guru boleh melihat
tindakbalas kanak-kanak menjadi positif dengan ransangan yang baik.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti oleh guru iaitu kelemahan
pertama ialah penglibatan murid pasif. Semasa proses pengajaran dan pemebelajaran dilaksanakan, murid hanya
duduk di tempat masing-masing dan kurang bergerak. Oleh itu, untuk sesi pengajaran dan pembelajaran akan
datang, guru akan cuba merancang sesuatu aktiviti yang dapat menggalakkan pergerakan murid seterusnya
meningkatkan penglibatan murid secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh guru.
Kelemahan kedua ialah pengurusan masa semasa pengajaran dan pembelajaran.  Masa yang diambil oleh guru
untuk proses penyampaian maklumat adalah terhad. Walaupun mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH),
masa yang diperlukan adalah selama 30 minit, namun semasa melaksanakan proses bercerita adalah selama 10
minit sahaja. Selebihnya guru membiarkan murid membuat aktiviti dengan bimbingan kepada murid yang
memerlukan sahaja.

Oleh itu, pada masa akan datang guru akan mempelbagaikan lagi aktiviti seperti bermain dalam satu sesi
pembelajaran. Secara keseluruhannya, sebahagian besar orang murid telah dapat mencapai objektif pembelajaran
dan pengajaran pada hari ini iaitu tentang haiwan liar. Cara pengajaran penggunaan alat bantu mengajar (bbm),
adalah penting untuk murid-murid, misalnya penggunaan bahan maujud supaya murid akan lebih faham tentang
pengajaran dan pembelajaran selain daripada membuat latihan. Oleh itu, guru perlu meningkatkan kepelbagaian
teknik dan kaedah pengajaran agar murid-murid lebih faham tentang apa yang diajar oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai