Anda di halaman 1dari 5

ULASAN BUKU

“KONFLIK”
Muhammad Azri bin As'ari
Unit Pembangunan Modal Insan
ULASAN BUKU
“KONFLIK”
Penulis : Amran Hassan
Penerbit : Penerbit UTHM
Cetakan Pertama : 2011
Jumlah Halaman : 70
Tajuk : Konflik
No. ISBN : 978-967-5457-57-8
ULASAN BUKU “KONFLIK”
Buku terbitan tahun 2011 ini merupakan hasil nukilan Amran Hassan, terbitan penerbit UTHM. Ia
merupakan satu coretan pengalaman beliau yang diterjemahkan dalam sebuah buku bertajuk
“Konflik”. Pengalaman beliau yang lebih 15 tahun berkhidmat sebagai Kaunselor mendorong beliau
untuk berkongsi cabaran dalam mengendalikan konflik yang dihadapi seseorang.

Keseluruhan buku ini mengandungi 70 halaman dan terbahagi kepada enam bab. Setiap bab
digarapkan dengan baik apabila penulis cuba menginterpretasikan isu dan faktor berkaitan konflik
yang dihadapi seseorang melalui penceritaan yang membuatkan pembaca seolah-olah dekat dengan
situasi yang ditonjolkan. Ia memaparkan tentang konflik yang melanda masyarakat kita pada hari ini,
dan bagaimana untuk menanganinya pada masa sekarang dan juga akan datang.
SAMB. ULASAN BUKU “KONFLIK”
Walaupun buku ini mengangkat tema biasa iaitu konflik yang berlaku dalam seharian kita, namun
kisah yang digambarkan dalam buku ini adalah realiti yang memberi tamparan kepada masyarakat
tentang bahayanya konflik tercetus. Situasi yang ditonjolkan serta isu yang dikupas secara tidak
langsung berkait rapat dengan apa yang berlaku pada hari ini selepas COVID-19 menular. Banyak
kes seperti penceraian, bunuh diri dan masalah sosial yang dapat kita kaitkan dengan “konflik”
yang ditonjolkan oleh penulis melalui naskhah ini.

Penyampaian cerita menggunakan kaedah santai dan bahasa yang mudah difahami membuatkan
buku ini mudah untuk dihadam oleh setiap golongan tanpa mengira usia. Penulis berjaya
menyampaikan mesej mengenai konflik ini dengan berkesan melalui garapan yang berupaya
mencetuskan satu paradigma kepada pembaca mengenai kepentingan pengetahuan dalam
mengawal emosi. Kisah kehidupan dari pelbagai sudut manusia berbeza yang ditonjolkan di dalam
buku ini memberikan inspirasi kepada para pembaca untuk menghargai dan menikmati kehidupan
yang lebih baik.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai