Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi dan selamat sejahtera

Saudara/saudari Pengacara Majlis

Yang Dihormati,…….

Yang Berusaha……………………………..

Penolong-penolong kanan….

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kerana dapat kita bersama-sama pada pagi ini. Saya selaku
_____PIBG ingin mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar Tingkatan 1 ke SMK Seri Puteri. Tahniah
dan Syabas! Guru-guru di sekolah ini sangat berwibawa, penyayang dan berdedikasi. Murid-murid akan
diberikan tunjuk ajar dengan penuh kasih sayang. Murid-murid sekalian, gunakan lah peluang ini untuk
berjaya dalam akademik dan kokurikulum. Saya berharap kedatangan murid-murid ke sekolah ini
sebagai suntikan menjana perkembangan Pendidikan yang hakiki untuk membentuk modal insan
cemerlang.

Anda sebagai pelajar seharusnya meletakkan keazaman tinggi untuk meningkatkan lagi usaha ke arah
kecemerlangan dan semoga cita-cita anda tercapai.

Pihak sekolah sentiasa mengambil usaha untuk memberikan pengalaman dan pengetahuan yang terbaik
kepada para pelajar. Dalam usaha ini, pihak PIBG akan turut bergerak seiring dengan perkembangan
sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan para pelajar.

“Teachers can open the door, but you must enter it yourself.”

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai