Anda di halaman 1dari 2

Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku

Oleh : Siti Nur Syahidatul Fatihah (2023822332)

“Abang, abang memang kena pergi ke?”


“Kalau bukan abang, siapa lagi?”
“Tapi bukan abang seorang je askar. Abang, abang fikirlah betul-betul, bang. Abang tak sayang
Ani ke? Abang tak sayang anak abang ke?”
Itulah perbualan antara aku dan isteriku, Ani pada pagi hari tadi. Wanita, makhluk tuhan yang
penuh dengan emosi. Oleh sebab itulah mereka tidak digalakkan menjadi pemimpin
berdasarkan Islam. Manakala aku pula sebagai lelaki dan juga suaminya, serta bapa kepada
anaknya, perlulah tetap pada pendirian dan laksanakan tanggungjawab sehabis baik.
“dahlia, pujuklah abah kau tu sikit.” Kata Ani sebaik sahaja Dahlia, anak perempuan tunggal
kami meluru ke arahku dan terus mendakapku dengan erat. Dapat aku rasakan titisan air jatuh
ke lenganku.
Sambil menangis, Dahlia berkata, “abah, janganlah pergi abah. Siapa nak jaga Dahlia dengan ibu
kalau abah pergi?” Aku faham sungguh apa yang dahlia rasakan. Dia hanyalah budak
perempuan kecil berumur 9 tahun. Aku faham. Tapi ini bukan masanya untuk aku tunjukan belas
empati. Aku perlu tegas.
“Dahlia kan dah besar, Dahlialah jaga ibu. Bukan Dahlia kata dahlia nak jadi macam abah ke dah
besar nanti?” senyap sahaja keadaan dalam ruang rumah itu. Hanya esakan Dahlia sahaja yang
didengari.
“Abah pergi dulu ya, Dahlia. Jaga ibu, jaga rumah, jaga perangai, jaga solat. Dengar kata ibu. Ibu
tu tak kuat kalau kamu tak kuat. Nak jadi askar kena kuat mental tau.” Kataku sambil mengucup
dahi anak perempuan kesayanganku.
“Assalamualaikum Ani, Dahlia.” Aku beredar keluar dari rumah. Mungkin buat kali terakhir. Siapa
tahu?
Sejujurnya, langsung tiada terselit rasa berat hati dalam diriku. Sebab ini sememangnya apa
yang aku mahu lakukan sejak kecil lagi. Berada di tengah medan perang, mempertahankan
bukan hanya nyawa sendiri malah yang tersayang, juga nyawa yang tidak dikenali. Kerana itulah
tanggungjawabku kepada negara ini. Besar sungguh rasa cintaku terhadap negara ini. Memang
impian aku untuk mati dalam keadaan mempertahankan negara. Setiap titisan darah akan
kupulangkan semula. Negaraku, tanah tumpahnya darahku.
(BERBERAPA HARI KEMUDIAN)
Teringat aku akan arwah atuk. Beliau merupakan salah seorang pejuang negara pada zaman
Jepun menduduki Tanah Melayu dahulu. Banyak kisah beliau pernah kongsikan dan perlahan-
lahan menjadi alasan utama kenapa aku ingin menyertai sekolah tentera. Beliaulah idolaku.
“Kau termenung apa mat? Cepatlah! Jeneral dah panggil tu.” Aku tersentak bangun dari
lamunan. Tidak perlu lagi berangan, aku sememangnya sudah menjadi seperti idolaku.

(DI TENGAH PERPERANGAN)


Ramai sudah jumlah pejuang yang terkorban. Walau bagaimanapun, angkatan kami tetap
mendahului. Ternyata pihak lawan hanya memandang dari aspek kuantiti berbanding kualiti.
“Tangan kau dah patah dah tu serius ke kau nak teruskan ni?”
“Selagi perang ni belum tamat, aku takkan berundur.” Aku tekad. Aku akan berjuang sehingga
aku tidak lagi mampu.
*BOOMMMM*
Bom mendarat betul-betul di hadapan aku. Sakit. Itu sahaja yang aku rasa. Mataku berpinar-
pinar perlahan-lahan ruang pemandangan mula menjadi gelap seolah-olah malam yang tidak
diterangi cahaya bulan. Telingaku berdesing, tidak dapat mendengar. Reda dengan nasib yang
bakal dihadapi, itu sahaja yang aku fikirkan. Senyum, kerana ini yang aku mahukan. Berbakti
kepada negara sehingga ke akhir hayatku.

Anda mungkin juga menyukai