Anda di halaman 1dari 3

Contoh 1

Kedai Buku Wawasan mula beroperasi pada 1 Januari 2006 dengan modal tunai di
bank RM 25 000.Maklumat perancangan perniagaannya bagi 3 bulan berakhir 31
Mac 2006 adalah seperti berikut:

i) Anggaran jualan tunai:

RM
Januari 10 500
Februari 14 000
Mac 18 000

ii) Anggaran belian tunai:

RM
Januari 6 000
Februari 8 000
Mac 7 500

iii) Pada bulan Februari perniagaan akan membeli lengkapan kedai


bernilai RM 2 500.
iv) Perniagaan menerima komisen jualan buku sebanyak RM 1 200 pada
bulan Mac.
v) Sewa kedai untuk 6 bulan pertama berjumlah RM 2 400 akan dibayar
pada awal bulan Januari.
vi) Belanja bulanan yang tidak berubah:

RM
Kadar bayaran 150
Gaji 450
Belanja am 100

vii) Pada awal bulan Februari perniagaan memperoleh pinjaman bank


sebanyak RM 8 000.Pinjaman dibayar balik mulai bulan Mac dengan
ansuran RM 400 sebulan.

Sediakan Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2006.


Soalan 2

Koperasi SMK Taman Jati telah menyediakan anggaran kewangan bagi tiga bulan
berakhir 31 Ogos 2006.Anggaran tersebut adalah seperti berikut:

i) Baki tunai pada 1 Jun 2006 adalah RM 3 600.


ii) Jualan tunai bagi bulan Jun berjumlah RM 10 000 dan dijangka akan
bertambah pada tiap-tiap bulan sebanyak 10% daripada jualan bulan
sebelumnya.
iii) Belian kredit bulan Julai berjumlah RM 6 500 dan akan dibayar pada
bulan Ogos.
iv) Koperasi menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Pembangunan
Koperasi sebanyak RM 5 000 pada bulan Julai.
v) Pada bulan Jun koperasi menerima 150 orang ahli baru.Bayaran masuk
dikenakan RM 5 seorang.
vi) Belanja bulanan yang tidak berubah:

RM
Sewa 250
Kadar bayaran 120
Pelbagai belanja 180

vii) Pada akhir bulan Ogos koperasi dijangka akan membeli sebuah mesin
fotostat berharga RM 4 000.
Sediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2006.

Anda mungkin juga menyukai