Anda di halaman 1dari 1

UTAMA LETUP MINDA  RINGAN MINDA 

TENTANG SOSCILI

SEARCH …

Kisah Konfrontasi Indonesia-


Malaysia: Pertembungan
antara Tunku dan Soekarno

 September 16, 2016  Azar Ishak

     

Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September


1963. Sebenarnya rancangan asal penubuhan Malaysia
adalah gabungan antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak,
Singapura dan Brunei. Tapi Brunei menolak untuk serta
dan Singapura pula disingkirkan pada 1965. Tunku
Abdul Rahman mula-mula kemukakan cadangan
penubuhan Malaysia pada 17 Mei 1961 di Adephi Hotel,
Singapura. Ada pelbagai reaksi dari negara jiran, ada
yang sokong dan ada yang bantah.

Tunku berikan ucapan di Persidangan Persatuan Wartawan


Luar Negeri Asia Tenggara di Adephi Hotel, Singapura. Imej
dari Arkib Negara Malaysia.

Soekarno selaku Presiden Indonesia adalah orang yang


paling lantang menentang penubuhan ni. Bagi Soekarno
penubuhan Malaysia adalah agenda imperialisme
(perluasan kara) Barat dan neokolonialisme (kawal
politik secara tidak langsung). Selain tu, Filipina jugak tak
terima penubuhan Malaysia sebab Filipina nak claim
Sabah yang ada sejarah dengan Kesultanan Sulu.

Akhirnya, Indonesia isytihar konfrontasi terhadap


Malaysia dan lepas tu Soekarno pula isytihar “Ganyang
Malaysia”. Kalau ikut Dewan Bahasa Pustaka (Pusat
Rujukan Persuratan Melayu) konfrontasi
bermaksud: Perbuatan memusuhi atau menentang
sesuatu pihak.

Sebenarnya ada beberapa perkara dan cerita menarik di


sebalik konfrontasi Indonesia-Malaysia. Antaranya
adalah:

1. Tunku dah rosakkan


rancangan Soekarno yang nak
tubuhkan Indonesia Raya

Presiden Soekarno isytihar “Ganyang Malaysia”. Imej dari


Pena Soekarno.

Sebenarnya, cita-cita Presiden Soekarno adalah nak


tubuhkan Indonesia Raya iaitu gabungan Indonesia,
Tanah Melayu dan Brunei. Jadi, bila Tunku Abdul Rahman
buat cadangan penubuhan Malaysia, tindakan Tunku
dah kira potong line rancangan Soekarno.

Makanya, pada 20 Januari 1963 – Menteri Luar


Indonesia, Dr. Subandrio mengisytiharkan konfrontasi
ke atas Malaysia. Soekarno yang terkenal dengan
kehebatan pidatonya pulak menyeru rakyat Indonesia
untuk “Ganyang Malaysia” pada 27 Julai 1963:

“Kalau kita lapar itu biasa. Kalau kita malu itu juga
biasa. Namun kalau kita lapar atau malu itu karena
Malaysia, kurang ajar!… Yoo…ayoo… kita… Ganjang…
Ganjang… Malaysia, Ganjang… Malaysia… – Ucap
Soekarno. Dipetik dari Inilah.com

“Ganyang Malaysia”. Imej dari Youtube

Pegangan dan cara kepimpinan dua tokoh ini sangat


berbeza. Soekarno lebih pada ideologi nasional sosialis
yang mirip. Tapi, Tunku pula lebih pro-barat, demokrasi
dan anti-komunis.

“Sejahat-jahat penjajah ialah komunis, komunis


adalah lebih dahsyat dan lebih merbahaya dari
bentuk-bentuk penjajah yang pernah didiami oleh
umat manusia dan kita mestilah berwaspada
dengan ancaman komunis” – Ucapan Tunku Abdul
Rahman, Utusan Melayu, 1962
1962.

Walaupun Soekarno menafikan yang Indonesia mirip


dengan komunisme tapi beliau tak dapat nafikan yang
beliau menggunakan tiga elemen utama dalam
pemerintahannya: nasionalis, agama dan komunis
(NASAKOM).

Apa tu NASAKOM? Sebenarnya masa tu ada beberapa


pihak yang bersaing dalam politik Indonesia:

Tentera Nasional Indonesia (TNI)


Parti Komunis Indonesia (PKI)
Parti-parti politik dari aliran agama dan nasionalis

Jadi, Soekarno gunakan falsafah NASAKOM dalam


pemerintahannya untuk mengimbangkan pengaruh
antara semua pihak ni. Dengan cara memasukkan
elemen agama dalam fahaman komunis dan dalam
waktu sama pentingkan nilai nasionalisme.

Presiden Soekarno dan pemimpin Parti Komunis Indonesia


(PKI) DN Aidit.
Imej dari Republik Merah.

2. Soekarno tuduh rakyat


Malaysia hidup dalam
sengsara
Selain mengancam Malaysia, Presiden Soekarno juga
dikatakan menyindir lagu Negaraku dengan
menyanyikan lagu Terang Bulan. Hal itu jadi semasa
beliau membuat ucapan kepada para wartawan
bersempena dengan Persidangan Wartawan Afro Asia di
Jakarta pada 24 April 1963. Akibatnya, rombangan
wartawan Tanah Melayu bertindak keluar dari majlis
itu.

“Rakyat Malaysia yang melalui zaman konfrontasi


mungkin masih ingat betapa Soekarno menghina
Tunku Abdul Rahman, pakaian Melayu dan lagu
Negaraku yang dinyanyikan dalam bentuk asal
bernama Terang Bulan.” – Dipetik dari Utusan
Malaysia

Sebenarnya melodi lagu Negaraku berasal dari lagu


‘Terang Bulan’. Lagu ni jugak jadi lagu rakyat di
Indonesia. Lagu ‘Terang Bulan’ digubah oleh seorang ahli
Muzik Perancis bernama Pierre Jean de Beranger.

Pierre Jean de Beranger dipercayai penggubah melodi lagu


Terang Bulan. Imej dari Britannica.

Selain tu, Soekarno juga pernah tuduh yang rakyat


Malaysia hidup dalam sengsara. Tapi dijawab oleh
Tunku:

“Kata Tunku, Soekarno mengatakan rakyat saya


sedang sengsara, makan jagung, tikus dan
sebagainya tetapi sebenarnya mereka sedang
menari, berjudi, minum-minum dan berpoya-poya.”
– Zainuddin Maidin, Mahathir bukan kawan saya
saya,
p128

Walaupun begitu, Soekarno sememangnya terkenal


sebagai seorang pemimpin yang hebat dalam sejarah
Indonesia.

“Tidak ada seorang pun Presiden Indonesia yang


mempunyai pengalaman sedemikian. Yang paling
penting sekali, beliau memiliki satu keberanian, sikap
serta pendirian politik yang luar biasa dan tidak
tertanding oleh enam orang presiden yang lain.” –
Dipetik dari Malaysian Digest

Che Guevara kawan baik Soekarno. Imej dari Merdeka.com

3. Dari perang mulut ke


konfrontasi bersenjata
Lepas je Indonesia isytihar konfrontasi terhadap
Malaysia. Pencerobohan dan serangan ke Tanah Melayu
mula dilakukan. Keadaan mula parah apabila Tunku
tetap isytiharkan penubuhan Malaysia pada 16
September 1963 walaupun Soekarno pulaukan
keputusan Suruhanjaya Cobbold (suruhanjaya yang
meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang
penubuhan Malaysia).

Antara ahli Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan pada 17


Jan 1962.
Imej dari Arkib Negara Malaysia.

Penubuhan Malaysia sepatutnya diisytihar pada 31 Ogos


1963, tapi ditangguhkan ke 16 September sebab tunggu
laporan setiausaha PBB yang lewat. Bila Malaysia
diterima sebagai anggota tidak tetap PBB, Indonesia
ambil keputusan keluar dari PBB pada 1965 sebagai
protes.

Perang mulut antara Tunku dan Soekarno juga dah


berubah ke konfrontasi bersenjata. Walaupun macam tu,
konfrontasi bersenjata antara Malaysia dan Indonesia
adalah perang yang tidak diisytiharkan. Berikut adalah
antara serangan yang dilancarkan Indonesia:

12 April 1963: Serangan di balai polis Tebedu,


Sarawak.
29 Disember 1963: Gerila perang Indonesia serang
Pos tentera di Kalabakan,Tawau, Sabah.
17 Ogos 1964: Pasukan payung terjun Indonesia
mendarat kat sebuah pantai di Johor.
2 Sept 1964: Pasukan payung terjun Indonesia
mendarat di Labis, Johor.
29 Oktober 1964: Tentera Indonesia mendarat di
Pontian, Johor.
28 Jun 1965: Pasukan Indonesia cuba lakukan
serangan dan sabotaj ke atas ke Rejimen Askar
Melayu Diraja di Tawau.

Walaupun macam tu, serangan-serangan tersebut dapat


dipatahkan Malaysia dengan bantuan ketenteraan dari
negara-negara Komanwel seperti Britain, Australia dan
New Zealand.

Tunku Abdul Rahman sedang periksa senjata yang dirampas.


Imej dari Zamkata.

4. Tunku dipaksa pijak


lambang negara Indonesia

Tunku Abdul Rahman isytihar penubuhan Malaysia di


Stadium Merdeka. Imej dari Malaysiancoin.

Pada 16 September 1963 Tunku dengan yakin isytiharkan


penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka di hadapan
lebih kurang 30 ribu rakyat. Pada hari yang sama,
Indonesia dan Filipina putuskan hubungan diplomatik
dengan Malaysia. Kedutaan Malaysia di Jakarta dan
Medan pun dibakar dalam satu protes.

Dekat Malaysia pula sehari lepas tu (17 September 1963),


berlaku demonstrasi rakyat Malaysia di kedutaan
Indonesia di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Dalam protes
itu, penunjuk perasaan bertindak menyerang kedutaan,
menurunkan Pancasila (lambang negara Indonesia) dan
menaikkan bendera Malaysia.

Demonstrasi di kedutaan Indonesia. Imej dari Hari Itu Sudah


Berlalu

Ketika inilah, Tunku dipaksa untuk pijak Pancasila


apabila simbol itu diturunkan dari bangunan Kedutaan
Indonesia dan diheret ke rumah Tunku di Jalan Dato’
Onn.

“Mereka telah memanggil Tunku keluar dan


kemudian mengusung Tunku dan menyuruh Tunku
pijak, ‘Pijak! Pijak! Pijak!’ simbol yang dibawa oleh
mereka itu tetapi apabila Tunku enggan
enggan, mereka
meletakkan Tunku di atasnya. Tunku berkata,
“Awatlah hampa buat aku macam ni.” – Dipetik
dari buku Hari Ini Sudah Berlalu (juga tersiar di
Utusan Malaysia
Malaysia).

Samy Vellu (sekarang bekas Presiden MIC) dan Khalid Yunus


(wartawan Utusan ketika itu) menaikkan bendera Malaysia di
kedutaan Indonesia. Imej dari Utusan Malaysia.

Menurut Zainuddin Maidin (tokoh wartawan), Tunku ada


sebab untuk tak nak pijak Pancasila:

“Tunku tentu mempunyai banyak sebab untuk tidak


mahu memijak simbol negara Indonesia. Antaranya
adalah kerana sikap beliau yang sederhana yang
selalu tergambar dalam pendekatan politiknya juga
dalam sikap hidupnya.” – Dipetik dari Utusan
Malaysia
Malaysia.

Selepas tu, banyak demontrasi anti-Soekarno


dilakukan diseluruh negara. Terutamanya masa Pilihan
Raya 1964.

“Pilihan Raya 1964 diadakan di tengah-tengah


konfrontasi Indonesia, penuh dengan drama dan
sandiwara, patung-patung Soekarno dan Subandrio
(Menteri Luar Indonesia) dibakar dan disebat di sana
sini.” – Zainuddin Maidin, Mahathir Bukan Kawan
Saya
Saya, p161.

5. Disuruh senyum dengan


Soekarno lepas rundingan
gagal, Tunku mencarut depan
wartawan

Cerita disebalik gambar. Imej dari Hari Itu Sudah Berlalu

Rundingan antara Malaysia dan Indonesia (1963-1964)


berlaku sebanyak empat kali.

Rundingan di Tokyo (Mei & Jun 1963)


Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963)
Persidangan di Bangkok (Februari 1964)
Persidangan di Tokyo (Jun 1964)

Ketika di Tokyo (1963) rundingan antara Tunku dan


Soekarno gagal. Lepas je rundingan tu, ada gambar
Tunku dan Soekarno tengah ketawa. Sebenarnya ada
cerita menarik di sebalik gambar tu. Zainuddin Maidin
ada menceritakan peristiwa ini di buku beliau.

Diceritakan yang ketika Tunku dan Soekarno keluar dari


persidangan, mereka dah diserbu oleh para wartawan
dan jurugambar asing. Masa inilah mereka diminta untuk
senyum oleh jurugambar sebab kedua-duanya muka
agak kelat je.

“Tunku dan Soekarno tidak menunjukkan wajah


gembira sekalipun diminta tersenyum beberapa kali
oleh jurugambar dengan perkataan cheese
cheese.
Apabila didesak berkali-kali, Tunku akhirnya
mencarut dengan perkataan Melayu yang terkenal
dengan empat huruf menyebabkan Soekarno
meletus ketawa dan Tunku sendiri ketawa.

___

Bukan lagi tersenyum. Ketawa semakin hebat


apabila seorang wartwan bertanya is that cheese,
Tunku? Tunku jawab, ya, ya, something smell
like cheese
cheese.”- Dipetik dari buku Hari Itu Sudah
berlalu, juga tersiar di Utusan Malaysia
Malaysia.

6. Ramai ditangkap kerana


dituduh bersubahat dengan
Indonesia
Ketika konfrontasi, kerajaan telah buat pelbagai tindakan
untuk halang sebarang usaha yang menyokong
Indonesia dan Soekarno. Jadi sesiapa yang disyaki ada
kaitan dengan gerakan konfrontasi dan menyokong
gagasan Melayu Raya akan ditahan di bawah ISA.

Antara yang ditangkap tu termasuklah pemimpin Front


Sosialis seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Hj
Muhammad (Pak Sako). Dipertua PAS, Dr Burhanuddin
al-Helmy pun ditahan kerana dituduh menyokong
Soekarno.

Dari kiri: Ishak Hj Muhammd, Dr Burhanuddin al-Helmy dan


Ahmad Boestamam. Imej dari Aliran

Pak Sako, Dr Burhanuddin dan Ahmad Boestamam


memang terkenal dengan cita-cita mereka yang nak
tubuhkan Melayu Raya sejak tertubuhnya Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh
mereka (rujuk file PDF).

Burhanuddin Helmi, Putera Melayu Raya yang


membawa gerakan progresif

Pada 25 Oktober tahun ini, telah genaplah 51


tahun pemergian Putera Melayu Raya, Dr
Burhanuddin al-Helmy yang telah mengabdikan
dirinya…
Baca cerita penuh

7. Lagu “Inilah Barisan Kita”,


sebenarnya dicipta oleh orang
Indonesia?
Walaupun Indonesia dah isytihar konfrontasi dan
“Ganyang Malaysia”, tapi masih ada rakyat Indonesia
yang tak sokong. Terutamanya dari mereka yang anti-
komunis dan anti-Soekarno. Mereka ni berlindung di
Malaysia ketika konfrontasi.

“Dalam konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia,


seorang pegawai tinggi tentera Indonesia Mejar
Benny Moerdani ditugaskan untuk menyusup ke
Malaysia dan melakukan kerja-kerja sabotaj. Tetapi
peranannnya telah bertukar kepada misi sulit
mencari perdamaian ketika Jeneral Suharto
sedang bangkit untuk melenyapkan kuasa Soekarno.

____

Seorang lagi tokoh anti-Soekarno dan anti-komunis,


Des Alwi. Des Alwi yang mendapatkan perlindungan
politik di Malaysia ialah kawan rapat Tun Razak
sejak belajar di London.” – Zainuddin Maidin, Buku:
Saya bukan menteri.

Des Alwi juga seorang sejarawan, diplomat dan filmmaker.


Imej dari The Jakarta Post.

Disebabkan Malaysia dan Indonesia adalah negara


serumpun ramai rakyat Malaysia dan Indonesia
sebenarnya bersaudara. Perkara itu juga jadi faktor
kegagalan konfrontasi.

“Satu kisah benar menyebut, ada antara tentera


Indonesia yang menyerah diri kepada orang
kampung akhirnya ditemukan dalam satu peristiwa
yang menyayat hati.

____

Tentera Indonesia itu dan orang kampung itu


mempunyai pertalian darah dan hubungan
persaudaraan dari tanah Jawa. Ia berakhir dengan
insiden berpeluk-pelukan dan tangisan.” – Dipetik
dari Utusan Malaysia
Malaysia.

Tentera Rejimen Diraja Australia yang terlibat di Sarawak


pada 1965. Imej dari Australian War Memorial

Tentang lagu “Inilah Barisan Kita”. Sebenarnya lagu ni


dicipta oleh penggubah musik terkenal Indonesia Saiful
Bahari, yang juga pelarian dari Indonesia. Lagu ni jadi
lagu patriotik rakyat Malaysia sampai sekarang.

“Penggubah lagu terkemuka Indonesia, Saiful Bahari


yang menjadi pelarian dari Indonesia, adalah
penggubah lagu patriotik Inilah Barisan Kita yang
membangkitkan perasaan rakyat Malaysia
dalam masa konfrontasi…

Saiful Bahari adalah rakyat Indonesia tetapi dengan


mencipta lagu itu bukanlah bererti bahawa beliau
telah mengkhianati bangsa Indonesia sebaliknya
membuktikan kepada kita bahawa baginya bangsa
Melayu Malaysia adalah juga bangsanya
bangsanya.” –
Zainuddin Maidin. Dari bukunya: Saya Bukan
Menteri.

Selain tu, Saiful Bahari (atau nama lain Surya Buana)


jugak pernah jadi pegawai khas kepada Menteri
Penerangan ketika itu Tan Sri Senu Abdul Rahman dan
Pengarah Musik di Filem Negara Malaysia (FNM).
1.1K J v a 6
SHARE
SEKARANG!

Anda mungkin juga menyukai