Anda di halaman 1dari 11

KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN :
MENGGUNAKAN LANGKAH 1234 UNTUK MURID
TINGKATAN 4 WAGNER SUPAYA DAPAT
MENYELESAIKAN SOALAN MELIBATKAN TOPIK
PENYELESAIAN MASALAH BAGI HUKUM
KEGRAVITIAN ALAM SEMESTA NEWTON.

NAMA PENYELIDIK :
SITI ZARIFAH BINTI ZAKARIAH

SEKOLAH :
SMK ST JOSEPH PAPAR
ISI KANDUNGAN

ABSTRAK KAJIAN

1.0. ISU KAJIAN


2.0. PEMERHATIAN
3.0. REFLEKSI
4.0. MERANCANG
5.0. MELAKSANA
6.0. REFLEKSI DAN PEMERHATIAN
SEMULA
7.0. RUMUSAN DAN KAJIAN AKAN
DATANG
Abstrak Kajian Tindakan
Langkah 1234
Oleh
Puan Siti Zarifah Binti Zakariah

Sikap dan tingkahlaku 10orang murid Tingkatan 4 Wagner semasa pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Fizik ,bab 3 iaitu Hukum kegravitian alam semesta
menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan mata pelajaran dan bab tersebut. Punca
masalah yang utama ialah kerana mereka tidak boleh memahami dan mengaplikasikan soalan
pengiraan yang terdapat di dalam bab 3 dan matapelajaran fzik keseluruhannya. Maka fokus
kajian ini adalah untuk menangani masalah tersebut dengan menggunakan teknik yang boleh
membantu murid meningkatkan kemahiran mereka menyelesaikan soalan pengiraan dengan
Langkah 1234 yang sistematik.Tinjauan awal menunjukkan 10 orang murid tersebut gagal
dalam peperiksaan semester pertama matapelajaran fizik. Sesi temubual secara peribadi
dlakukan untuk mengetahui punca mengapa mereka tidak minat dan gagal mendapat 10 orang
murid ini tidak yakin atau tidak menyelesaikan masalah pengiraan yang ada di dalam soalan
tersebut. Intervensi dijalankan untuk membimbing mereka menyelesaikan masalah pengiraan
terutama di dalam bab3.Selepas Langkah 1234 di perkenalkan, didapati 10 orang murid
tersebut dapat menyelesaikan masalah pengiraan dan meningkatkan keyakinan mereka
terhadap matapelajaran fizik. Peperiksaan akhir yang dijalankan menunjukkan 100% murid
meningkat dalam markah peperiksaan mereka. Berdasarkan dapatan kajian, dapat
dirumuskan, kemahiran murid dalam masalah pengiraan dan matapelajaran fizik telah dapat
ditingkatkan setelah menggunakan Langkah 1234. Selain itu, dapat dirumuskan kajian
tindakan bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap
kreativiti dan inovasi guru.
1.0 ISU KAJIAN

MURID TINGKATAN 4 WAGNER TAHUN 2020 MENGALAMI MASALAH TIDAK DAPAT


MENYELESAIKAN SOALAN MELIBATKAN TOPIK PENYELESAIAN MASALAH BAGI HUKUM
KEGRAVITIAN ALAM SEMESTA NEWTON.

2.0 PEMERHATIAN

2.1 Murid menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan melibatkan topik


penyelesaian masalah bagi Hukum Kegravitian Alam Semesta Newton.

2.2Murid menghadapi masalah menyelesaikan pergiraaan melibatkan nilai yang


besar atau nilai yang mempunyai nilai eksponen yang besar.

2.3Murid tidak melibatkan diri secara aktif ketika proses PDPR berlangsung

2.4Murid menunjukkan kurang minat semasa berlangsungnya PDPR sewaktu PKP,


murid tidak memberi perhatian atau fokus pada PDPR kerana berharap ianya akan
berakhir dan balik ke keadaan sebelumnya, walaupun topik ini mudah.

2.5 Murid tidak menjawab atau salah jawapan soalan peperiksaan pertengahan
tahun berkaitan topik ini

2.6 Murid kurang rujukan berkaitan topik ini.


3.0 REFLEKSI

PEMERHATIAN INKUIRI KENDIRI REFLEKSI


1. Murid menghadapi 1. Apakah tahap 1.Tahap penguasaan yang
masalah untuk penguasaan murid terhadap rendah kerana tidak fokus
menyelesaikan soalan topik ini? dan minat topik ini.
melibatkan topik 2. Mengapakah murid
penyelesaian masalah bagi kurang mahir dan tidak 2.Soalan panjang dan
Hukum Kegravitian Alam dapat selesaikan soalan melibatkan pengiraan.
Semesta Newton berkaitan topik? Terdapat rumus terbitan
yang melibatkan beberapa
3. Apakah murid membuat pembolehubah.
latihan yang mencukupi?
3. Latihan tidak mencukupi
4. Mengapakah kaedah bergantung pada. buku teks
yang digunakan sebelum ini sahaja.Disebabkan topik
di dalam kelas tidak berjaya baharu di dalam fizik kssm.
meningkatkan tahap
penguasaan murid? 4.Mengejar silibus dan tidak
cukup masa untuk fokus
pada topik ini sahaja.

2. Murid menghadapi 1. Apakah latar belakang 1. Tahap pencapaian


masalah menyelesaikan murid? sekurang-kurangnya gred C
pergiraaan melibatkan nilai di dalam PT3.
yang besar atau nilai yang 2. Apakah tahap
mempunyai nilai eksponen penguasaan murid terhadap 2. Tahap penguasaan
yang besar. topik matematik bentuk sekurang-kurangnya gred C
nombor? dalam subjek matematik.

3. Apakah tahap kemahiran 3. Tahap kemahiran adalah


penggunaan kalkulator terhad pada penggunaan
murid? fungsi asas sahaja.

3. Murid tidak melibatkan 1.Adakah murid faham 1. Situasi pembelajaran


diri secara aktif ketika tentang topik dipelajari? norma baharu murid masih
proses PDPR berlangsung tidak tahu kesan tidak hadir
2. Apakah kaedah pdpr yang PDPR.
digunakan tidak menarik?
2. kesan ketidak hadiran
murid tidak memahami
topik berkenaan.

3. Murid tidak bersedia


dengan peranti yang sesuai
untuk PDPR
4.Penggunaan data yang
besar murid tidak mampu.

5. Saya masih mencari


kaedah dan aplikasi pdpr
yang menarik, efektif dan
penggunaan data kecil
ketika pkp pertama.

4. Murid menunjukkan 1 Mengapakah murid 1. Masih berharap semua


kurang minat semasa kurang berminat? topik pada PDPR akan
berlangsungnya PDPR diulang semula ketika PDPC.
sewaktu PKP, murid tidak 2.Mengapakah murid tidak
memberi perhatian atau memberi perhatian ketika 2. Saya memikirkan pdpr
fokus pada PDPR kerana PDPR? hanya untuk sementara
berharap ianya akan waktu.
berakhir dan balik ke
keadaan sebelumnya, 3. Saya tidak tegas dan
walaupun topik ini mudah. kurang memberi perhatian
kepada motivasi murid
tumpuan lebih kepada
silibus

Murid tidak menjawab atau 1. Mengapa murid tidak Masalah persepsi topik ini
salah jawapan soalan menjawab soalan sukar kerana murid belum
peperiksaan pertengahan peperiksaan? menguasai topik ini.
tahun berkaitan topik ini

Murid kurang rujukan 1. Mengapakah murid kerana ia topik baru untuk


berkaitan topik ini kurang bahan rujukan silibus fizik tingkatan 4
berkaitan topik ini? KSSM. Murid adalah
kumpulan pertama./tahun
pertama.

murid cuai mengganti nilai ke dalam rumus


murid tidak menyatakan rumus yang digunakan

murid tidak menjawab soalan

4.0 MERANCANG
4,1. SASARAN- 10 orang murid tingkatan 4 Wagner dapat menyelesaikan soalan
melibatkan penyelesaian masalah Hukum Kegravitian Semesta Newton.

4.2 Objektif Umum


Mrid dapat menyelesaikan soalan penyelesaian masalah Hukum Kegravitian Alam
Semesta Newton.

4.3 Objektif Khusus


1. Murid dapat mengaplikasikan langkah 1234 setiap kali menyelesaikan soalan
penyelesaian masalah Hukum Kegravitian Semesta Newton.
2.Murid dapat menggunakan fungsi EXP pada kalkulator dengan betul.
3. Murid dapat meningkatkan tahap penguasaan pada topik ini.
4. Murid akan lebih minat dan fokus pada pdpr topik ini.

4.4 Intervensi
1. Langkah 1234: Membiasakan murid menyelesaikan masaalah pergiraaan dalam
fizik menggunakan urutan yang betul dan lebih sistematik.Mengelakkan murid
melakukan kecuaian atau kelalaian ketika menyelesaikan masalah.

4.5 Indikator kejayaan intervensi


Penilaian prestaasi melalui latihan,kerja rumah,dan ujian topikal. Peningkatan
markah peperiksaan.

5.0MELAKSANA

5.1 PERLAKSANAAN TINDAKAN


Masa dilaksanakan sewaktu ulangkaji topik dan kelas tambahan online hari Sabtu.
Langkah 1234 adalah intervensi yang cuba digunakan selepas menonton didik tv KPM video.
Langkah 1234 merujuk kepada:

Langkah 1 - NILAi
- mengenalpasti nilai yang diberi dalam soalan.
-menentukan simbol untuk setiap nilai tersebut.

Langkah 2 - RUMUS
-mengenalpasti rumus yang sesuai dengan
soalan ,melalui simbol yang telah dikenalpasti
dalam langkah 1.

Langkah 3 - GANTI
-menggantikan nilai yang dikenalpasti dalam
langkah 1 ke dalam rumus langkah 2.

Langkah 4 - SEMAK
-Semak penggantian supaya tidak tersalah atau
ada tertinggal simbol yang belum diganti, dan
paastikan apa soalan mahu. Jika sudah okay
boleh tekan kalkulator untuk mendapat
jawapan.
6.0PEMERHATIAN DAN REFLEKSI SEMULA

PEMERHATIAN INKUIRI KENDIRI REFLEKSI


1. Murid dapat 1.Apakah murid 1.Murid menggunakan
mengaplikasikan langkah menggunakan langkah 1234 langkah 1234 dan berjaya
1234 setiap kali ini untuk menyelesaikan menyelesaikan masalah
menyelesaikan soalan masalah? dengan sistematik.
penyelesaian masalah
Hukum Kegravitian Semesta 2. Mengapakah murid perlu
Newton. menggunakan langkah 1234 2.Cara kerja penyelesaian
untuk menyelesaikan jadi kemas dan keyakinan
masalah? murid meningkat untuk
menjawab soalan lain.

3. Mengurangkan kesalahan
murid sebab salah ganti nilai
dan kecuaian teknikal
seperti lupa kuasa dua atau
pembahagi.

2.Murid dapat 1. Apakah murid menguasai 1. murid mula cekap


menggunakan fungsi EXP penggunaan kalkulator menyelesaikan masalah
pada kalkulator dengan dalam menyelesaikan menggunakan kalkulator.
betul masalah melibatkan
eksponen? 2. Murid lebih yakin
menjawab soalan dan tidak
meninggalkan ruangan
jawapan kosong.

3. Murid dapat 1. Apakah tahap 1. Murid menguasai topik


meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap dan di dalam peperiksaaan
penguasaan pada topik ini. topik ini meningkat? yang dijalankan hampir
kesemua murid mendapat
markah penuh.

4. Murid akan lebih minat 1. Apakah murid akan lebih Sewaktu ulangan topik ini
dan fokus pada pdpr topik minat dan fokus pada pdpr saya menggunakan video
ini. topik ini? aplikasi canva dan link
youtube digunakan dalam
PDPR yang menggunakan
pendekatan "flipped
classroom" semua. murid
sasaran aktif di dalam kelas
PDPR dan yakin
menggunakan langkah 1234
untuk penyelesaian
masalah.

penggunaan langkah 1234 diterangkan dalam eduweb tv video di kongsi dengan murid

murid mengggunakan langkah 1234 dan mendapat jawapan serta guru mengingatkan murid
lain.

komen pengetua
murid mulai aktif dalam sesi pdpr

MURID SASARAN MARKAH PEP.1 MARKAH PEP. 2 PRESTASI


1.TESSA 24 43 +19
2.ROXANE 36 61 +25
3.NURUL 36 40 +4
4.BART 42 62 +20
5.MARISA 28 45 +17
6.MARYSIA 40 48 +8
7.ALEXA 30 40 +10
8.MELVIEL 37 43 +6
9.ALVIONNE 42 51 +9
10.NURALYA 15 56 +41

Impak pada keputusan peperiksaan

7.0 RUMUSAN DAN KAJIAN AKAN DATANG

1. Membuat template khusus untuk Langkah 1234 di aplikasikan di dalam PDP tajuk ini
2. Menggunakan Langkah ini untuk semua tajuk yang ada pengiraan
3. Teknik ini memang berkesan untuk murid yang cuai dan kurang Latihan untuk
menjadikan mereka lebih sistematik ketika menyelesaikan masalah pengiraan.

Anda mungkin juga menyukai