Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BAYAN LEPAS 2 Kod Sekolah: PBA3020

MOHANASUNDARI A/P SUNDRAGANESAN


1. Nama Guru
PANDUAN PENGURUSAN
MENANGANI BULI DI SEKOLAH

Panel Penulis :
ABDUL RAHIM BIN MOHIDIN,
ANUAR BIN ARIFFIN
SITI HASMAH BINTI AHMAD DAHLAN
DARUL IRWAN BIN DATO' HAJI DANGIRAN
AB RAHIM BIN OTHMAN
NORLIZA BINTI MOHD NOAH
HAJI MOHAMED YAMIN BIN MOHAMED
2. Judul YUSOF 3. Bidang: PROFESIONAL
MOHD PILUS BIN ABDULLAH
DATO' HAJI SUFA'AT BIN TUMIN
SAIFUL EFFENDI BIN MOHD ZAHARI
NURHAYATI BINTI HJ MD NOH
PENOLONG
DATO' SRI DR KHAIR BIN MOHAMAD
YUSOF

Bil.muka surat: 54

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-


Tempat
6.
Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah dihasilkan sebagai satu garis panduan
kepada pihak yang terlibat dalam mengendalikan isu buli. Penerbitan buku ini diharapkan dapat
membantu pihak sekolah terutamanya guru-guru dalam mengendalikan gejala buli dalam
kalangan murid dengan lebih berkesan.
Buku ini mengandungi empat bab yang membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan
buli.Bab pertama buku ini memaparkan pengenalan secara terperinci berkaitan buli termasuklah
takrifan buli, implikasi, jenis dan faktor-faktor buli.Bab ini ditulis dengan terperinci agar gejala buli
yang berlaku dalam kalangan murid difahami dengan jelas.
Seterusnya , bab kedua buku ini menghuraikan dengan terperinci pengurusan sekolah
berkaitan buli termasuklah menggariskan peranan pengurusan sekolah. Dalam bab ini juga
dijelaskan pemantapan pengurusan disiplin terutamanya pemilihan program mengatasi buli.
Permuafakatan pencegahan buli yang melibatkan peranan agensi-agensi kerajan dan badan
bukan kerajaan juga ditulis dalam bab ini.
Bab ketiga pula memaparkan dengan jelas berkaitan aktiviti-aktiviti menangani buli.
Cadangan aktiviti-aktiviti ini termasuklah aktiviti di sekolah rendah dan menengah. Pelbagai aktiviti
digariskan mengikut orientasi program yang dipilih untuk menangani buli. Peringkat-peringkat
perancangan dan penilaian menangani buli juga termasuk dalam bab ini.
Bab keempat merupakan carta aliran dan instrumen penilaian aktiviti menangani buli di
sekolah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku panduan ini telah memberi ilmu yang sangat meluas dan berguna dalam isu menangani
kes buli yang semakin berleluasa di dalam sekolah. Cara menangani dan jenis-jenis buli juga
diterangkan dengan jelas supaya dapat difahami dengan mudah oleh pembaca. Terdapat banyak
pengetahuan dan pengajaran seperti memperincikan dan sentiasa menambahbaik sistem disiplin
dan pengurusan murid di sekolah. Buku ini juga dapat memberi ingatan dan ilmu dimana kes buli
bukan sahaj melibatkan pihak sekolah, tetapi juga persekitaran dan pergaulan murid itu sendiri.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

 Buku ini amat sesuai diaplikasikan di sekolah lebih-lebih lagi di dalam kelas PPKI. Ini
kerana kes buli melibatkan murid PPKI sangatlah membimbangkan kerana murid
Pendidikan Khas mudah dibuli oleh murid aliran perdana.
 Buku ini juga menunjukkan cara menangani kes buli dengan lebih efektif dan berkesan
tanpa meninggalkan kesan buruk pada mental dan emosi murid terbabit.
 Ia amat berguna pada guru ,staf sokongan,orang sekeliling mahupun ibu bapa murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHANASUNDARI A/P SUNDRAGANESAN) ( )

Anda mungkin juga menyukai