Anda di halaman 1dari 4

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MAAHAD AHMADI GEMENCHEH


73200 GEMENCHEH
NEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGAN
BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR SANTAI..IMPAK
MAKSIMA
BERSAMA CIKGU ESA ABD SAMAD

TARIKH : 22 JANUARI 2023


MASA : 8.00 PAGI - 4.00 PETANG
KERTAS CADANGAN
BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR SANTAI IMPAK MAKSIMA
BERSAMA CIKGU ESA ABD SAMAD, GURU KAUNSELING SBPI RAWANG

1.0 TUJUAN
Kertas kerja program ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan bagi Unit Kaunseling
untuk melaksanakan SESI BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR SANTAI IMPAK MAKSIMA.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Kemahiran belajar adalah antara perkara yang perlu dikuasai oleh setiap murid untuk
berjaya. Setiap orang murid memiliki potensi gaya belajar tersendiri dan perlu mengeksploitasi
gaya belajar untuk berjaya.

2.2 Terdapat 3 jenis gaya belajar iaitu gaya belajar visual, auditori dan kinestatik
sebagaimana diperkenalkan psikologis sejak 1920an lagi.Gaya belajar ini adalah kekunci bagi
murid menguasai ilmu.
..

3.0 OBJEKTIF

Program di atas dilrancang berasaskan objektif berikut :


3.1 Mengenal pasti dan memahami gaya belajar kendiri.
3.2 Mengoptimumkan gaya belajar untuk menguasai pembelajaran
3.3 Mempelajari dan mengaplikasi teknik belajar yang bersesuaian untuk
menguasai pembelajaran.
.

4.0 SASARAN

Sasaran adalah murid-murid Tingkatan 5 tahun 2023 yang akan menghadapi SPM pada
2023.

5.0 CADANGAN PROGRAM

Program di atas akan dilaksanakan seperti berikut:

4.1 Tarikh : 22 Januari 2023.


4.2 Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
4.3 Medium : Pembelajaran bersemuka
4.4 Peserta : Murid Tingkatan 5

1
Tentatif

8.00 – 10.00 pagi - Motivasi Jaya Diri (Membina Vision Board dan Membina Big
Why)
10.00 – 10.30 pagi Rehat
10.30 – 1.00 petang Mengenali dan memahami Konsep 5 M dalam Pembelajaran
Gaya Belajar dan Teknik Belajar Santai dan 5 Domain
2.00- 3.00 petang Aplikasi Teknik Belajar Auditori: Mencipta kunci gila-gila,
Teknik cerita dan lagu.
3.00 – 4.00 petang Aplikasi Teknik Belajar Visual dan Kinestatik dan 5 Domain
Teknik Peta Minda, Gambar dan Imaginasi, Teknik bersepadu
Lima Domain

6.0 PERBELANJAAN

Perbelanjaan

Bayaran penceramah (RM 200 x 8 jam) RM 1600.00

JUMLAH RM 1600.00

Sumber kewangan

PCG Kaunseling/PIBG RM 1600.00

7.0 IMPLIKASI

Impak yang dijangkakan daipada pogram ini elemen sekolahku sejahtera


Iaitu membina rasa seronok dalam kalangan murid untuk belajar..

8.0 PENUTUP

Program ini dirancang selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan melahirkan


pelajar cemerlang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. ………………………..

Guru Kaunseling Penolong Kanan HEM


SBP Integrasi Rawang SBPI Rawang

Diluluskan oleh,

…………………………………..

2
3

Anda mungkin juga menyukai