Anda di halaman 1dari 6

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK

DAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN


PENDIDIKAN MALAYSIA
KOD & KURSUS MPU23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

PENTAKSIRAN
E-FOLIO

SESI SESI 1 2023/2024


CLO 3A: Menghubungkaitkan minda ingin tahu dengan prinsip
CLO Syariah dalam bidang pelancongan dan hospitality menurut Islam
(A4, CLS 4)

Arahan soalan:

Kaedah Perlaksanaan: Tugasan E-folio adalah secara berkumpulan (4-5 orang)

Pemarkahan: Pemarkahan akan dinilai berdasarkan hasil kerja kumpulan. Pemarkahan


untuk E-folio adalah sebanyak 30% markah.

Setiap kumpulan bebas memilih sama ada untuk menghasilkan E-majalah, Blog, Facebook
Page, Prezi atau apa- apa bentuk portfolio yang bersesuaian.

Penggunaan Bahasa Melayu adalah diberi keutamaan, kecuali dalil dari Al Quran dan al-
hadis.

Hasil karya hendaklah memaparkan isu-isu keharmonian dan perpaduan kaum. Setiap
kumpulan tidak dibenarkan memaparkan isu-isu sesitif yang boleh mengganggu atau
menggugat keharmonian antara kaum, budaya, agama dan masyarakat Malaysia serta tidak
mengelirukan.

Karya yang diciplak atau bukan karya asli adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati yang
dihantar adalah bukan karya asli, maka penilaian e-folio akan dibatalkan. Jika ingin
menyelitkan pandangan pakar atau ilmuan; rujukan terhadap petikan hendaklah disertakan.

Kelewatan menghantar e-folio mengikut Tarikh yang ditetapkan TANPA SEBAB


MUNASABAH akan ditolak markah (mengikut pertimbangan pensyarah).

Cadangan Tajuk:
1. Prinsip Rabbaniyyah dalam pelancongan dan hospitaliti.
2. Prinsip wasatiyyah dalam pelancongan dan hospitaliti.
3. Prinsip tawazun dalam pelancongan dan hospitaliti.
4. Prinsip mizan dalam pelancongan dan hospitaliti.
5. Prinsip mutlak dan murunah dalam pelancongan dan hospitaliti.
6. Peranan kaedah fiqh dalam hospitaliti dan pelancongan
7. Segala amalan berdasarkan niat
8. Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan.
9. Kemudaratan hendaklah dihilangkan.
10. Kesulitan membawa kepada keringanan.
11. Adat sebagai sumber hukum.
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK
DAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
KOD & KURSUS MPU23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

PENTAKSIRAN
PEMBENTANGAN

SESI SESI 1 2023/2024


CLO 2A: Menerangkan etika dan profesionalisme pelancongan dan
CLO hospitaliti dalam Islam (A3, CLS 5)

Arahan soalan:

Kaedah Perlaksanaan: Tugasan pembentangan adalah secara berkumpulan (4-5 orang)

Pemarkahan: Pemarkahan akan dinilai berdasarkan hasil kerja kumpulan. Pemarkahan


untuk pembentangan adalah sebanyak 20% markah.

Setiap kumpulan bebas memilih bentuk pembentangan dalam bentuk slide power point,
slide canva, prezi atau mana-mana bahan elektronik yang bersesuaian.

Penggunaan Bahasa Melayu adalah diberi keutamaan, kecuali dalil dari Al Quran dan al-
hadis.

Karya yang diciplak atau bukan karya asli adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati yang
dihantar adalah bukan karya asli, maka penilaian pembentangan akan dibatalkan. Jika ingin
menyelitkan pandangan pakar atau ilmuan; rujukan terhadap petikan hendaklah disertakan.

Kelewatan menghantar slide pembentangan mengikut tarikh yang ditetapkan TANPA


SEBAB MUNASABAH akan ditolak markah (mengikut pertimbangan pensyarah).

Cadangan Tajuk:

1. Pelancongan adalah ibadah.


2. Etika dan tanggungjawab muslim semasa melancong.
3. Tanggungjawab menjaga alam sekitar.
4. Ibadah rukhsah semasa melancong.
5. Konsep rumah penginapan patuh syariah.
6. Adab menyambut tetamu dalam Islam.
(Serta mana-mana tajuk yang difikirkan bersesuaian oleh pensyarah)
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK
DAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
KOD & KURSUS MPU23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

PENTAKSIRAN
TUNJUK CARA

SESI SESI 1 2023/2024


CLO 1A: Melaksanakan dengan yakin amalan Islam dalam kehidupan
CLO seharian (CLS 4)

Arahan soalan:

Pelajar dikehendaki melaksanakan tunjuk cara solat bagi memenuhi keperluan


pemarkahan. Tunjuk cara solat ini mengandungi dua bahagian iaitu

1. Bahagian A: Bacaan dalam solat


2. Bahagian B: Permasalahan dan isu-isu dalam solat.

BAHAGIAN A - BACAAN DALAM SOLAT (10 MARKAH)

1. Para pelajar dikehendaki memperdengarkan hafazan bacaan dalam solat seperti


berikut:

BIL BACAAN DALAM SOLAT MARKAH

1 Niat dan Surah Al-Fatihah 2

2 Doa iftitah 2

3 Bacaan surah Pilihan 2

4 Doa Qunut 2

5 Tahiyat Akhir 2

JUMLAH 10

2. Penilaian bacaan dalam solat akan dinilai secara individu.


BAHAGIAN B: PERMASALAHAN DAN ISU-ISU DALAM SOLAT
(10 MARKAH)

1. Pelajar akan diberikan soalan oleh pensyarah berdasarkan isu-isu


semasa yang berkaitan dengan permasalahan solat. Antara topik
dan isu yang dicadangkan:
i. Solat berjamaah – contoh: kedudukan saf, masbuk, muafik, permasalahan
dalam solat berjamaah
ii. Solat jamak dan qasar
iii. Solat jenazah
iv. Solat ketika sakit
v. Solat ketika perang
vi. Solat dalam hutan
vii. Solat dalam kenderaan

2. Penilaian dilaksanakan secara berkumpulan.


3. Kaedah pelaksanaan: Amali atau penghasilan poster (ditentukan oleh pensyarah
kursus)
4. Pemarkahan akan dinilai berdasarkan rubrik yang disediakan
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK
DAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
KOD & KURSUS MPU23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

PENTAKSIRAN
TUGASAN BERASASKAN
MASALAH

SESI SESI 1 2023/2024


CLO 3A: Menghubungkaitkan minda ingin tahu dengan prinsip
CLO Syariah dalam bidang pelancongan dan hospitality menurut Islam
(A4, CLS 4)

Arahan soalan:

Kaedah Perlaksanaan: Tugasan Berasaskan Masalah (TBM) adalah secara berkumpulan


(4-5 orang)

Pemarkahan: Pemarkahan akan dinilai berdasarkan hasil kerja kumpulan. Pemarkahan


untuk TBM adalah sebanyak 30% markah.

Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu video berdurasi 4 minit dan dimuat naik ke
Youtube serta atau apa- apa bentuk portfolio yang bersesuaian.

Penggunaan Bahasa Melayu adalah diberi keutamaan, kecuali dalil dari Al Quran dan al-
hadis.

Pelajar diberikan tugasan berkenaan isu semasa yang berkaitan dengan topik 3.

Karya yang diciplak atau bukan karya asli adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati yang
dihantar adalah bukan karya asli, maka penilaian e-folio akan dibatalkan. Jika ingin
menyelitkan pandangan pakar atau ilmuan; rujukan terhadap petikan hendaklah disertakan.

Kelewatan menghantar e-folio mengikut Tarikh yang ditetapkan TANPA SEBAB


MUNASABAH akan ditolak markah (mengikut pertimbangan pensyarah).

Cadangan Tajuk:

1. Konsep kebersihan menurut Islam


2. Najis dan cara membersihkannya
3. Kebersihan terhadap diri sendiri, pemakanan, kediaman dan alam sekitar
4. Kebersihan dari aspek pengurusan diri
5. Kebersihan tempat dan kediaman
6. Kebersihan makanan dan minuman

Anda mungkin juga menyukai