Anda di halaman 1dari 3

TAJUK: HIKAYAT SANG KANCIL DAN MONYET

Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada barisan hakim yang adil
lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.
Salam perkenalan dari yang petah bercerita ini. Hikayat Sang Kancil dan
Monyet menjadi tajuk cerita saya pada pagi yang indah ini. Hadirin mesti pernah
dengar pepatah, orang tamak selalu rugikan? Oleh itu, besarlah harapan saya agar
semua yang ada di sini pasang telinga dan mengambil iktibar daripada cerita ini

Pada zaman dahulu, di sebuah rimba terdapat seekor kancil yang sangat
bijaksana diberi nama Sang Kancil. Kisahnya bermula ketika Sang Kancil sedang
keluar mencari makanan di pinggir sungai. Sang kancil sudah beberapa hari tidak
makan kerana hutan yang dihuninya itu sudah kehabisan sumber makanan.

Nasib menyebelahi sang kancil apabila ia menemukan beberapa pohon


pisang yang tengah masak ranum. Namun malangnya pohon pisang tersebut agak
tinggi dari jangkauan sang kancil. Ia mencuba mengigit pisang yang
terjuntai cantik itu namun gagal. Setelah puas mencuba ia akhirnya
pergi untuk mencari bantuan.

Belum lama Sang Kancil berjalan, ia terserempak dengan Sang Monyet yang
sedang terbaring kelaparan. ''Wahai Sang Monyet, aku ingin meminta
pertolongan darimu,” kata Sang Kancil dengan penuh harapan oleh kerana
Sang Monyet pandai memanjat. Jadi, ia sangat sesuai untuk menolongnya
memetik pisang itu.

''Aku tak larat kancil. Sudah empat hari aku tak makan,” balas
Sang Monyet dengan lemah. ''Tidak mengapa wahai Sang Monyet kerana aku baru
sahaja menemukan beberapa pohon pisang yang tengah masak
ranum di pinggir sungai ini. Kau petikkanlah untuk kita berdua,'' balas
Sang Kancil pula. Ia sangat berharap sang monyet sudi menolongnya
kali ini.
Mendengar kata-kata Sang Kancil, Sang Monyet terus bersemangat.
''Baiklah, kancil. Kau tunjukkanlah tempat itu kepadaku,'' katanya gembira. Sang
Kancil pun membawa sang monyet ke pinggir sungai tempat letaknya pisang-pisang
tadi.

Sebaik sahaja sampai, Sang Monyet menjerit keriangan, “Wah, banyaknya


pisang sedap yang masak!”. Kemudian, ia segera memanjat pohon pisang tadi
dengan pantas tanpa memperdulikan Sang Kancil yang kelaparan dibawah. Sang
Monyet memakan pisang-pisang tersebut dengan gelojoh.
''Lemparkanlah aku sedikit pisang wahai Sang Monyet. Aku pun sudah
beberapa hari tidak makan,'' teriak Sang kancil dari bawah. Namun Sang Monyet
tidak memperdulikannya. Malah ia turut melemparkan kulit pisang ke arah sang
kancil lalu tertawa girang.

Sang Kancil berasa sangat kesal dan kecewa dengan kelakuan Sang Monyet
kerana ketamakan Sang Monyet yang langsung tidak memberinya
walau sebiji pisang. ''Terima kasihlah kancil tunjukkan aku makanan
ini tetapi makanan di hutan ini sudah sangat berkurangan. Jadi aku
tidak mahu berkongsi pisang ini denganmu. Kau carilah makanan
ditempat lain pula,'' kata Sang Monyet lalu menjelirkan lidahnya
ke arah Sang Kancil. Dia kemudian melemparkan kulit pisang
ke arah Sang Kancil sambil bernyanyi riang.

Sang Kancil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia kemudian


beredar dengan perasaan hampa. Namun belum jauh ia berjalan, ia
ternampak duri~duri kayu yang panjang dan tajam di atas tanah. .
Tanpa membuang masa ia mengumpul duri-duri tersebut lalu dibawa
ke tempat Sang Monyet yang sedang asyik memakan buah pisang
itu. “Oleh kerana ketamakanmu, aku terpaksa berbuat
bergini,” bisik sang kancil perlahan lalu meletakkan duri di sekeliling pohon-pohon
pisang tersebut dan kawasan disekitarnya.

Sang monyet tidak menyedari perbuatan sang kancil kerana


lalai menikmati kelezatan pisang yang sedang masak ranum itu.
Setelah selesai meletakan duri diseluruh kawasan persekitaran
sang monyet,sang kancil pun beredar.dia harus pergi mencari
makanan ditempat lain pula kerana sang monyet tidak mahu
berkongsi makanan Dengannya.

Apabila Sang Monyet sudah menghabiskan kesemua buah pisang


tersebut ia melompat ke tanah lalu tercucuk duri yang telah ditabur
Sang Kancil. Sang Monyet akhirnya mati kerana ketamakannya.

Hah, kawan-kawan pengajaran daripada cerita saya ini ialah, pertama jangan kita
bersikap tamak kerana orang yang tamak selalu berakhir dengan kerugian. Kedua,
kita haruslah sentiasa bersikap jujur.

Anda mungkin juga menyukai