Anda di halaman 1dari 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih pengerusi majlis,

Yang Dihormati pengerusi PASTI AR-RAUDHAH Encik Zulkifli, ajk ajk pengelola ,
guru2 PASTI, ibubapa dan murid2 yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi
keizinan untuk berucap di hari TEMASYA SUKAN TAHUNAN PASTI AR-RAUDHAH
pada pagi ini.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Saya amat berbangga dengan kerjasama yang ditunjukkan di antara kita dalam
menjayakan temasya sukan pada tahun ini. Dengan adanya kerjasama yang
seumpama ini akan dapat memacukan PASTI ke arah kecemerlangan akademik
dan kokurikulum. Dan kita pasti kerjasama ini akan diteruskan untuk tahun yang
mendatang demi kebaikan anak didik kita. Dan kita berharap dengan penganjuran
temasya sukan seperti ini akan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara ibu
bapa dan guru-guru sekolah ini.

Kepada murid murid pasti yang akan bersukan hari ini, gunakanlah peluang ini
untuk menunjukkan kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang terbaik!.
Diharap acara sukan tahunan ini menjadi landasan kepada semua murid-murid
untuk meningkatkan keupayaan diri agar dapat terus maju di alam persekolahan.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan


Temasya Sukan Tahunan PASTI AR-RAUDHAH KUALA PENOR 2022.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai