Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI : IKRAR KAMI (MURID)

MATLAMAT : Memupuk rasa cinta dan sayang terhadap sekolah, guru-guru dan ibu bapa

TUJUAN : Meningkatkan motivasi murid untuk mencapai kecemerlangan dari sudut


akademik, sahsiah dan kokurikulum sesuai dengan misi dan visi sekolah.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat ;


1. Menetapkan matlamat sebagai murid sekolah yang cemerlang
2. Menyedari tanggungjawab mereka terhadap sekolah, guru-guru dan
ibu bapa
3. Menyedari bahawa mereka perlu mematuhi peraturan sekolah
4. Sentiasa bersedia untuk menjadi murid yang cemerlang dari sudut
akademik, kokurikulum dan sahsiah
5. Mempunyai hubungan yang baik serta rapat dengan guru-guru, ibu
bapa/ penjaga dan rakan-rakan
6. Menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah.

BAHAN : Kertas A4, Buku PMD

MASA : 30 minit + 30 minit + 30 minit (90 minit)

PESERTA : Semua peserta

TEMPAT : Dewan/ Bilik Darjah

KAEDAH PELAKSANAAN

30 Minit Pertama

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan seramai 6-8 orang.


2. Guru memberi penerangan kepada murid tentang ikrar murid yang mesti
dibincangkan bersama ahli kumpulan mereka.
3. Guru meminta murid berbincang bersama ahli kumpulan untuk mencipta ikrar murid
bagi kumpulan masing-masing.
4. Murid dibekalkan kertas A4 untuk tujuan perbincangan.
5. Setelah selesai, murid menulis ikrar tersebut di dalam buku PMD masing-masing.
6. Kemudian, guru meminta setiap kumpulan melantik seorang ketua untuk mengetuai
bacaan ikrar semasa sesi pembentangan.

30 Minit Kedua

1. Guru meminta murid membaca ikrar kumpulan masing-masing dengan diketuai oleh
ketua kumpulan yang telah dipilih oleh mereka.
2. Guru menggalakkan murid bersungguh-sungguh ketika membaca ikrar dan berani
berhadapan dengan rakan-rakan yang lain.
3. Murid menurunkan tandatangan di bawah ikrar yang telah ditulis di dalam buku PMD.
30 Minit Ketiga

1. Setelah selesai semua kumpulan membaca ikrar mereka, guru memberi rumusan dan
menerangkan falsafah yang terkandung dalam ikrar.
2. Guru meminta murid menyalin semula ikrar murid di dalam buku program masing-
masing.

FALSAFAH

1. Sedia menerima perubahan demi kebaikan diri sendiri.


2. MATLAMAT - USAHA = ANGAN-ANGAN
USAHA - MATLAMAT = SIA-SIA
MATLAMAT + USAHA = BERJAYA
3. Murid Yang Cemerlang Adalah Murid Yang Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam

CONTOH IKRAR:

(1)
Kami Murid
Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1
Dengan Ini
Mengaku dan Berikrar
Bahawasanya
Kami Akan Berusaha Dengan Tekun
Dan Berkeyakinan Tinggi
Dalam Bidang Akademik
Dan Ko-Kurikulum
Dengan Penuh Rasa Tanggungjawab
Serta Menjaga Disiplin
Dan
Nama Baik Sekolah

(2)

Bahawasanya kami
Murid-murid SK Taman Keramat 1
Berikrar dan berjanji
Akan memikul tanggungjawab dan amanah
Yang diberikan kepada kami
Dan menjadi murid yang taat kepada
Allah dan Rasul
Serta hormat kepada guru dan ibu bapa
Kami juga berikrar
Akan bergerak aktif
Dalam aktiviti akadamik dan kurikulum
Serta berdisiplin pada diri sendiri
Agama, bangsa dan tanah air

Anda mungkin juga menyukai