Anda di halaman 1dari 14

Jadual pembacaan Khutbah Jumaat

Siri 11/ 2023 (Novomber Tahun 2023)

‫تاري خ‬ ‫تاجوق‬ ‫ب‬

3 November 2023M/
Integriti Pendokong Kekuatan
1.
19 Rabi’ul Akhir 1445H Ummah

10 November 2023M/ CHIKADUN 2.


26 Rabi’ul Akhir 1445H

17 November 2023M/ Menggali Semangat Al-Jazari 3.


3 Jamadil Awwal 1445H

24 November 2023M/ Surat Cinta Dari Ilahi 4.


10 Jamadil Awwal 1445H

Khutbah Kedua

:‫دبياياءي‬ :‫دتربيتكن‬

‫زكاة ڤوالو ڤينڠ‬ ‫ن‬


‫جابت حال إحوال اڬام اسالم ڤوالو ڤينڠ‬

2023 ‫خطبة بولن نوۏيمب‬


1|P a g e
Jawatankuasa Panel Semakan Teks Khutbah
Negeri Pulau Pinang

1. SS Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor
(Pengerusi)
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

2. Y.Bhg Dato’ Rosli bin Othman


Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang

3. Prof. Madya Dr. Atikullah bin Abdullah


Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia

4. Ustaz Ahmad bin Hashim


Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran,
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB)

5. Ustazah Rohayati binti Daud


Mantan Penyelaras Program Intervensi Kaunseling,
Universiti Sains Malaysia

6. Ustaz Mohd Salmi bin Shaimi


Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang

7. Ustaz Subki bin Mohamed


Mantan Pensyarah, IPG Kampus Tuanku Bainun

8. Ustaz Mohd Hanif bin Omar @ Wahab


(Setiausaha)
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)

2023 ‫خطبة بولن نوۏيمب‬


2|P a g e
Menggali Semangat Al Jazari
17 November 2023M/ 3 Jamadilawwal 1445H

ُ ْ َ َ ُ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ‫ّ ْ َ ْ َ ه‬
‫ّلِل ن ح َم د ه َون ْس ت ِع ْي ن ه َون ْس ت غ ِف ُره‬ ِ ِ ‫ِإ ن ال ح م د‬
َ َ ْ َ َ ّ َ َ َ ُ ْ َ ْ ُ ُُ ْ ‫ََ ُ ْ ُ ه‬
‫ات أ ع م ِال ن ا‬ ِ ‫ئ‬ ‫ي‬ ‫س‬ ‫و‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫س‬ ِ ‫ف‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ‫ر‬ ِ ‫و‬ ‫ش‬ ‫ن‬ ‫م‬ِ ِ ‫ون ع وذ ِب‬
‫اّلِل‬
َ َ َ َ ْ ْ ُ ْ َ َ ُ َ ّ ُ َ َ ُ‫ه‬
. ‫اد َي ل ُه‬ ِ ‫م ن ي ه ِد ِه اّلِل ف ال م ِض ل ل ه وم ن ي ض ِل ل ف ال ه‬
َْ ْ َ
ُ ْ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ً ّ َ ُ ّ َ ُ َ ْ َ َ ُ َ َ ْ َُ َ ُ َ ْ َ ُ ‫َ ْ َ ُ َ ْ َ َ ّ ه‬
.‫شي ك ل ه وأ ش ه د أ ن م ح م د ا ع ب د ه ورس ول ه‬ ِ ‫أ ش ه د أ ن ال ِإ له ِإ ال اّلِل وح د ه َل‬
َ ْ ْ ُ َ َ ْ َ َ َ ْ ََ َ َ ّ َ ُ ّ ‫لله ّم َص ّل َو َس ّل ْم َع ىل‬ ُ َ
‫ان‬
ٍ ‫س‬ ‫ح‬ ‫إ‬ ‫ب‬
ِِ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ع‬ ‫ب‬
ِ ‫ت‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫و‬ ‫ه‬ ‫اب‬
ِِ ‫ح‬ ‫ص‬ ‫أ‬ ‫و‬ ‫ه‬ ‫آل‬
ِ ِ ‫ىل‬ ‫ع‬ ‫و‬ ‫د‬ٍ ‫م‬ ‫ح‬ ‫م‬ ‫دنا‬ ‫سي‬ ‫ا‬
ْ ّ َ َ
. ‫ِإ َل ي ْو ِم الد ي ن‬
ُ ْ ْ ْ َ َ ََ
.‫هللا فق ْد فاز ال ُمؤ ِم ُن ْو َن ال ُم َّتق ْو َن‬ ‫ى‬ ‫و‬َ ‫اي ب َت ْق‬ َ ‫ ُأ ْوص ْي ُك ْم َوإ َّي‬،‫اّلل‬ َ َ َ ََ
ِ ِ ِ ِ ِ ‫فيا ِعباد‬

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Tidak ada nasihat yang paling agung yang ingin diseru daripada atas
mimbar yang mulia ini, melainkan untuk mengajak semua muslimin untuk
meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan mentaati segala perintah-
Nya dan meninggalkan segala larangan oleh Allah. Semoga kita beroleh

ketakwaan yang sebenar di sisi Allah.

2023 ‫خطبة بولن نوۏيمب‬


3|P a g e
Di samping itu, khatib ingin mengingatkan sidang Jumaat sekalian
agar memberikan fokus dan mendengar serta menghayati khutbah Jumaat
ini, tidak leka bermain gajet, melayan mesej Whatsapp, Facebook, Tiktok
dan sebagainya kerana ia boleh mencacatkan pahala Jumaat. Bersempena
Hari Profesion Teknikal Negara, marilah kita bersama-sama menghayati
khutbah yang bertajuk: “Menggali Semangat Al Jazari.”

MUSLIMIN YANG DIKASIHI SEKALIAN,

Kemajuan teknologi yang dikecapi pada masa kini membawa banyak


kebaikan kepada kita semua. Kehidupan menjadi mudah dan senang,
sejahtera dan aman serta selesa dan tenang. Pencapaian teknologi yang
telah kita perolehi ini adalah sebahagian daripada hasil usaha dan komitmen
tanpa berbelah bahagi oleh warga profesion teknikal. Mereka ini adalah
warga yang bekerja di bidang teknikal sama ada bidang kejuruteraan,
perubatan, perbandaran dan sebagainya. Merekalah yang menjadi tulang
belakang kepada pembangunan negara dengan mengaplikasikan ilmu untuk

kemaslahatan masyarakat. Ia adalah selari dengan saranan Allah 

untuk menggalakkan kita sentiasa berfikir dan berinovasi untuk kebaikan


Masyarakat, seperti firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 190-191 yang
bermaksud:

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi serta pertukaran malam


dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.
(Iaitu) orang yang menyebut dan menghayati Allah ketika berdiri, duduk
atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan
langit dan bumi (lalu berkata), “Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau
2023 ‫خطبة بولن نوۏيمب‬
4|P a g e
menciptakan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci engkau, maka
peliharalah kami daripada azab api neraka.”

Bahkan, Baginda Rasulullah juga memberi galakan agar umat Islam


menghasilkan sesuatu yang bermanfaat buat manusia kepada manusia

melalui sabda Baginda yang bermaksud:

Daripada Ibn Umar, Nabi  bersabda: “Manusia yang paling

dicintai oleh Allah adalah yang paling memberi manfaat bagi manusia.
Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang
lain bahagia, meringankan kesusasahan orang lain, membiarkan hutangnya
atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama
saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai
daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu Masjid Nabawi di Madinah selama
sebulan penuh.”

﴾Hadis Riwayat At-Tabarani﴿

Walau bagaimanapun, teknologi yang dihasilkan hendaklah

berasaskan ketaatan kepada Allah  dan akal fikiran yang dipandu

oleh wahyu Ilahi iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Jika tidak, bencana
kerosakan akan berlaku seperti yang diingatkan Allah dalam surah Ar-Rum
ayat 41:

2023 ‫خطبة بولن نوۏيمب‬


5|P a g e
ۡ‫يق ُهم َب ۡع َض َّٱَّليي َع يملُوا ْ لَ َع َّل ُهم‬
َ ُ َّ ۡ َ ۡ َ َ َ َ ۡ ۡ َ ‫َۡ ر‬ ُ َ َۡ َ َ َ
‫ب وٱۡلَح ير بيما كسبت أي يدي ٱنل ي‬
‫اس يِل يذ‬ ‫ي‬ ‫ٱل‬ ‫ِف‬
‫ي‬ ‫اد‬‫ظهر ٱلفس‬

َ
٤١ ‫ج ُعون‬ َۡ
‫ير ي‬

Maksudnya: “Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh


perbuatan tangan manusia (berlaku sedemikian) kerana Allah menghendaki
agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan buruk
mereka, agar mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Jika kita mengkaji, Al-Quran telah merakam pelbagai peristiwa


kehancuran dan kemusnahan tamadun yang terdahulu walaupun teknologi
yang dihasilkan sangat hebat. Contohnya tamadun kaum ‘Aad yang
bangunan pencakar langit dan sistem pertanian yang efisyen. Begitu juga
tamadun kaum Tsamud yang menghasilkan teknologi ukiran bukit dan
gaung yang cantik serta tamadun di zaman Firaun yang menghasilkan
bangunan yang sangat hebat iaitu pyramid.

Namun begitu, tamadun-tamadun ini dibinasakan Allah kerana dosa


yang dilakukan iaitu mendustakan ayat-ayat Allah, melakukan kezaliman
dan penindasan, tidak mensyukuri nikmat Allah dan sebagainya. Firman
Allah dalam surah Al- Hajj ayat 45 yang bermaksud:

“Betapa banyak negeri yang telah Kami binasakan yang penduduknya


dalam keadaan zalim. Maka runtuh ranaplah bangunan-bangunannya.
Berapa banyak pula telaga yang telah ditinggalkan dan istana yang
tersergam (telah kosong ditinggalkan).”

2023 ‫خطبة بولن نوۏيمب‬


6|P a g e
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

Khatib ingin mengajak sidang hadirin, marilah kita sama-sama


mendengar, memerhati dan menghayati sumbangan besar seorang tokoh
ahli jurutera zaman keemasan Islam yang bergelar Badiuzzaman Abu Al Izz
َ َ ْ َْ َُ
Al Jazari (‫الزمان أبو ال ِعز الجزري‬
َ َّ ‫) َبد ْي ُع‬. Gelaran Badiuzzaman adalah gelaran
ِ
kehormat yang menunjukkan kedudukan beliau yang amat istimewa dan
amat disanjungi. Beliau dilahirkan di sebuah wilayah di sebelah utara
Turkiye. Beliau sangat meminati ilmu mekanikal sejak daripada usia kecil
lagi.

Selain itu, beliau juga telah menghafaz Al-Quran, hadis, mendalami


Bahasa Arab dan ilmu agama. Al Jazari merupakan seorang ilmuan Islam
yang tersohor dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan robotik. Hasil
daripada penguasaan beliau dalam bidang kejuruteraan mekanikal, Al Jazari
diangkat sebagai bapa kejuruteraan moden.

Gelaran Bapa Robotik diberikan kepada beliau kerana telah


memperkenalkan dan mencipta cara menghasilkan robot. Lebih 50 reka
bentuk beliau telah direkodkan dalam buku “Al Jami’ Bainal Ilmi Wal Amalin

Nafi’ Fi Sina’atil Hiyali” (‫ال ِح َي ِل‬


َ ‫النافع نف ص َن‬
َّ َ ‫ت الع ْلم وا َلع‬َْ ُ َ
‫اع ِة‬ ِ ‫ِ ي‬ ‫ل‬
ِ ‫م‬ ِ ِ ‫)الج ِامع ب ن‬.
Kehebatan Al Jazari dikesan oleh datuknya sendiri apabila beliau sering
membantu datuknya di ladang kurma. Datuk al Jazari berkata kepada
ayahnya: “Kamu tidak perlu melarang anakmu mempelajari ilmu mekanikal
itu, kerana dia akan menjadi ilmuan yang berjasa kepada masyarakat di
masa akan datang.”

2023 ‫خطبة بولن نوۏيمب‬


7|P a g e
Beginilah muslimin sekalian, contoh tokoh Islam yang menguasai ilmu
Al-Quran terlebih dahulu sebelum menceburi bidang sains dan teknikal. Kita
mahu melahirkan generasi sebegitu yang bukan sahaja memiliki kepakaran
dalam bidang teknikal tetapi juga menguasai ilmu agama.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Sesuatu yang amat menyedihkan apabila umat Islam kini semakin


tidak berminat dengan aliran sains dan teknologi. Menurut portal Utusan
Malaysia bertarikh 9 Oktober 2021, laporan Kementerian Pendidikan pada
2020 menunjukkan jumlah pelajar yang mengambil bidang sains dan
teknologi di peringkat menengah atas hanyalah 47% berbanding sasaran
60%. Manakala di peringkat IPT, hanya 37% yang berminat meneruskan
pengajian dalam aliran sains dan teknologi. Statistik Kementerian
Pendidikan juga menunjukkan pelajar mengambil STEM menurun setiap
tahun. Jika keadaan ini berterusan, negara akan ketandusan tenaga mahir
tempatan dan terpaksa bergantung kepada tenaga asing.

Oleh yang demikian, ibu bapa berperanan untuk memberi galakan


kepada anak-anak menceburi bidang sains dan teknologi dan mengikis
persepsi bahawa bidang ini susah untuk dipelajari. Begitu juga, komuniti
masyarakat yang boleh menyediakan pusat tuisyen masyarakat yang
memberi fokus kepada subjek berkaitan sains dan teknologi secara percuma
kepada anak tempatan. Pada masa yang sama, tanpa ketepikan
pembelajaran Al-Quran yang sangat penting.

SIDANG JUMAAT SEKALIAN,

2023 ‫خطبة بولن نوۏيمب‬


8|P a g e
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, khatib ingin menyampaikan
beberapa saranan seperti berikut:

1. Kemajuan sains dan teknologi yang ingin diterokai mestilah


berasaskan tauhid kepada Allah dan berpandukan Al-Quran dan
sunnah.
2. Warga yang bekerja di bidang teknikal hendaklah meningkatkan ilmu
dan kepakaran masing-masing agar dapat terus menyumbang kepada
kemajuan masyarakat dan negara.
3. Pembelajaran Al-Quran perlu diberikan penekanan selain daripada
ilmu sains dan teknologi.
4. Ibu bapa dan masyarakat perlu berganding bahu menggalakkan anak-
anak mengambil aliran sains dan teknologi agar lahir generasi yang
dapat membangunkan negara yang maju, kuat dan berdaulat.

َ ‫َأعُو ُذ اِب َ اّلل ام َن‬


‫الش ْي َط اان َالر اج اي‬

َ َ‫ط َوأ‬
َ‫نز ۡنلا‬ ۡ ۡ ُ َّ َ ُ َ َ َ ۡ َ َ َ ۡ ُ ُ َ َ َ ۡ َ َ َ
ِۖ ‫ت وأنزنلا معهم ٱلكيتَٰب وٱل يمزيان يِلقوم ٱنلاس بيٱل يقس ي‬ َ ‫ر‬ َ ۡ ََ ُ ُ َۡ َ َۡ ۡ ََ
‫لقد أرسلنا رسلنا بيٱۡليينَٰ ي‬

َّ َّ
َ‫ٱَّلل‬ ۡ َ ۡ ُ َ ُ ُ َ ُ ُ ُ َ َ ُ َّ َ َ ۡ َ َ َّ َ َ ٞ َ ٞ َۡ ۡ
َ ‫ٱۡل يد‬
‫ب إين‬ ‫ي‬ ‫غ‬ ‫ٱل‬ ‫ب‬ ‫ۥ‬‫ه‬ ‫ل‬ ‫س‬‫ر‬ ‫و‬ ‫ۥ‬‫ه‬‫نُص‬‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ٱَّلل‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ِل‬
‫ي‬ ‫و‬ ‫ي‬
‫اس‬ ‫يلن‬ ‫ل‬ ُ
‫ع‬ ‫ف‬
‫ي‬ َٰ ‫ن‬ ‫م‬ َ
‫و‬ ‫يد‬ ‫د‬
‫ي‬ ‫ش‬ ‫س‬ ‫أ‬ ‫ب‬ ‫ي‬ ‫ه‬ ‫يي‬ ‫ف‬ ‫يد‬ َ
ِۚ ‫ي‬ ‫ي‬

ٞ ‫قَو ٌّي َعز‬


٢٥ ‫يز‬‫ي‬ ‫ي‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah mengutus para rasul Kami dengan


bukti-bukti yang nyata dan Kami turunkan bersama-sama mereka kitab suci

2023 ‫خطبة بولن نوۏيمب‬


9|P a g e
dan keterangan yang menjadi neraca keadilan agar manusia dapat berlaku
adil. Kami menjadikan besi mempunyai kekuatan yang hebat dan banyak
manfaat bagi manusia. (Dijadikan besi sebegitu supaya manusia
menggunakan faedahnya itu dalam kehidupan seharian mereka) dan agar
Allah mengetahui orang yang (menggunakan kekuatan dan kehandalannya
itu untuk) menegakkan dan mempertahankan agama Allah dan para
rasulnya walaupun (Allah) tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat
lagi Maha Perkasa.”

﴾Surah al-Hadid: 25﴿

ُ‫ َأ ُقول‬،‫ي‬َِ ‫ َو َن َف َع ِن َو َّاي ُاك ْم ب َه ْدي َس ِّيد ْال ُم ْر َسل‬،‫اّلِل َل َو َل ُك ْم ِف ْال ُق ْرءان ْال َعظيم‬ُ ‫َب َار َك ه‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ُ َْ ْ َ
،‫استغ ِف ُروه‬
ْ َ ُ ْ َِ
‫ ف‬،‫ي ِمن ك ِّل ذن ٍب‬
ْ ُ َ َ ‫ َو َأ ْس َت ْغف ُر ه‬،‫َما َسم ْع ُت ْم‬
‫ َو ِل َس ِائ ِر ال ُم ْس ِل ِم‬،‫اّلِل ِ يَل َولك ْم‬ ِ ِ
ُ ‫الرح‬
.‫يم‬ َّ ‫ور‬ ُ ‫إ َّن ُه ُه َو ْال َغ ُف‬
ِ ِ

2023 ‫خطبة بولن نوۏيمب‬


10 | P a g e
‫‪Khutbah Kedua Bulan November‬‬
‫‪2023M/ 1445H‬‬
‫َ‬ ‫َ ُّ ْ ُ َ َ َ َ‬ ‫ىل ٰا اَلئه َوإ ْح َ‬ ‫َ ْ ُ ه ََ‬
‫يقه َو ْام ِتن ِانه‪،‬‬ ‫وف‬ ‫ت‬ ‫ىل‬ ‫ع‬ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫ر‬ ‫ك‬‫الش‬ ‫و‬ ‫‪،‬‬ ‫ه‬ ‫ان‬‫س‬ ‫ى‬ ‫الحمد ّلِل ع‬
‫َ َ ْ َ ُ ِ َ ْ ِ ٰ َ ِ َّ ه ِ َ ْ َ ِ َ َُ ْ َ َ َ ْ ْ ً ِ َِ ْ‬
‫شيك له تع ِظيما ِلشأ ِنه‪،‬‬ ‫وأشهد أن آل ِإله إال اّلِل وحده ال ِ‬
‫َ َ ْ َ ُ َّ ُ َ َّ ً َ ْ ُ َ َ ُ ْ ُ َ ً َ ْ‬
‫وانه‪.‬‬‫وأشهد أن محمدا عبده ورسوله د ِاعيا إَل ِرض ِ‬
‫َ َ َْ‬ ‫َ َ َ َ ْ‬ ‫ْ‬ ‫ََ‬ ‫َ َ‬ ‫ه ََ‬ ‫ه‬ ‫ه‬
‫َصىل اّلِل َو َسل َم عىل َس ِّي ِدنا ُمح َّم ٍد َوعىل ِآله َو َصح ِبه‪ ،‬عدد خل ِقه و ِرضا نف ِسه‪،‬‬
‫َ َ‬
‫ومد َاد ك ِل َم ِاته‪.‬‬ ‫ه‬ ‫ش‬ ‫ر‬ ‫َوزَن َة َع ْ‬
‫ِ‬
‫َ ْ َُْ َ َ َ َْ َ‬ ‫َ َّ ِ َ ْ ُ َ َ ِ َ َ ه َّ ُ ْ ه َ َ َ ى َ َّ ُ ْ َ َّ ُ َ‬
‫أما بعد‪ ،‬فيا ِعباد اّلِل‪ِ ،‬اتقوا اّلِل تعاَل ربكم حق تق ِاته‪ ،‬واعملوا ِبطاع ِته ومرض ِاته‪،‬‬
‫ً‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ً‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ََ‬ ‫َََُ َْ ََ َ ْ َْ‬ ‫ه‬ ‫ُ َّ ْ َ ُ ْ َ َّ‬
‫ثم اعلموا أن اّلِل ‪ ‬أمركم ِبأم ٍر بدأ ِفي ِه ِبنف ِسه؛ فقال ع ِليما ح ِكيما‪:‬‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫َّ َّ َ َ َ َ ىا َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ َّ ر َ ىا َ ُّ َ َّ َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ ۡ َ َ ر ُ ْ َ‬
‫بِّۚ ي أيها ٱَّليين ءامنوا صلوا عليهي وسليموا تسلييما ‪٥٦‬‬ ‫إين ٱَّلل ومل ِئكتهۥ يصلون لَع ٱنل ي ي‬
‫[األحزاب‪]56 :‬‬

‫الم ِن ْ ِي‪،‬‬ ‫الن ِذ ْير‪َ ،‬و ِّ َ‬


‫الِّساج ُ‬ ‫َ ْ َّ‬
‫ي‬ ‫ش‬ ‫الب‬ ‫د‬ ‫الله ّم َص ِّل َو َس هل َم َع َىل َع ْبد َك َو َر ُس ْول َك ُم َح َّ‬
‫م‬
‫ه‬
‫ِْ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ن‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َّ ْ َِ َ َ ْ َ َ ُ‬ ‫َ َ َ َ َ ْ َ ْ َِ َ َ‬ ‫َ ْ َ ه َّ َ ْ‬
‫ان إَل‬ ‫ٍ‬ ‫س‬ ‫إح‬ ‫ب‬
‫ِ‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ع‬ ‫ب‬
‫ِ‬ ‫ت‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫و‬ ‫‪،‬‬ ‫ي‬ ‫ع‬ ‫اب‬
‫ِِ‬ ‫الت‬ ‫ن‬ ‫ِ‬ ‫ع‬ ‫و‬ ‫‪،‬‬ ‫ي‬‫ع‬‫ِ‬ ‫م‬ ‫ج‬ ‫أ‬ ‫ه‬ ‫ت‬
‫ِ‬ ‫اب‬ ‫ح‬ ‫ص‬‫و‬ ‫ه‬ ‫آل‬
‫ِ‬ ‫ن‬ ‫وارض اللهم ع‬
‫الراحم ْ َِ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬
‫الد ْين‪َ ،‬و َع َّنا َم َع ُه ْم ب َعفو َك َوك َرم َك َوإ ْح َسان َك َيا أ ْر َح َم َّ‬ ‫ِّ‬ ‫َي ْ‬
‫ي‪.‬‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫م‬‫ِ‬ ‫و‬
‫‪SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,‬‬
‫‪Khatib juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru para jemaah‬‬
‫‪sekalian agar terus memberikan sokongan padu tanpa berbelah-bagi‬‬
‫‪kepada penduduk Palestin yang sedang dizalimi oleh Regim Zionis melalui‬‬
‫‪serangan tanpa henti di Gaza dan Tebing Barat.‬‬

‫خطبة بولن نوۏيمب ‪2023‬‬


‫‪11 | P a g e‬‬
Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata, tetapi kita masih
mempunyai kekuatan daripada aspek kewangan. Infakkanlah sebahagian
rezeki untuk membantu mereka yang ketika ini berada dalam keadaan yang
amat menyedihkan serta menjalani kehidupan yang sukar. Selain itu,
gunakanlah senjata paling ampuh yakni DOA. Semoga Allah

menganugerahkan kejayaan, keselamatan dan kesejahteraan

buat seluruh umat Islam serta rakyat Palestin khasnya. Semoga bumi

Palestin kembali aman dan makmur di bawah rahmat Allah .

َ َ ْ ْ ُ ْ َّ ُ ‫ْ َ َ َ ُ ْ ْ ِ ه ُ َّ َ َّ ُِّ ْ َ َ ُ ُ ْ ِ َ ه‬ َّ َ َّ ُ ‫ه‬
‫ُص ِاخ َواننا‬ ‫ أللهم ان‬،‫ِّسِكي‬ ِ ‫الم‬‫و‬ ‫ك‬‫الِّس‬ ‫ل‬ ‫ذ‬
ِ ‫أ‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫الل‬ ،‫ي‬ ‫م‬ ‫ل‬
ِِ ‫س‬ ‫الم‬ ‫و‬ ‫م‬‫ل‬ ‫اإلس‬ ‫ز‬ ‫اللهم أ ِع‬
َ ُ ْ َ ُ ِ ‫ي ِف َف ِل ْس ِط‬
.‫ي َو ِ ِف ك ِّل َمكان َو ِ ِف ك ِّل ز َمان‬ ِ ‫الم ْس َت ْض َع ِف‬
ُ ‫الم َجاهد ْين َو‬
ِ ِ
ُ ‫ي َو‬
ِ ْ ‫الم ْس ِل ِم‬
ُ
ِ
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang Islam. Ya Allah! Hinakan Syirik
dan musyrikin. Ya Allah! Berilah pertolongan kepada saudara-saudara kami
yang muslim, para mujahidin dan golongan-golongan yang lemah di
Palestine dan juga di semua tempat dan setiap ketika.”
َْ َ ْ ُْ
َ ‫اْل ْم‬ َْ
َ ‫اْل ْح‬ َ ْ ُ ْ َ َِ ْ ْ ُ ْ َ َ ‫ي َو ْال ُم ْسل‬ ْ َّ ‫ه‬
َِ ْ ‫اغف ْر ل ْل ُم ْسلم‬
،‫ات‬
ِ ‫و‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ه‬‫ن‬ ‫م‬ ‫اء‬
ِ ِ ‫ي‬ ‫ات‬ ‫ن‬
ِ ِ ‫م‬‫ؤ‬‫م‬ ‫ال‬‫و‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬
ِ ِ ‫ؤ‬‫م‬ ‫ال‬‫و‬ ‫ات‬ ‫م‬
ِ ِ ِِ ِ ِ ‫اللهم‬
َ ْ ُ ُ َ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ َّ َ ْ َ ْ َ ْ ْ َ َ َ َ ْ َ ِ َّ َّ ‫ه‬
.‫ وأص ِلح واحفظ أ ِئمتنا وعلماءنا ووزراءنا ووالة أمو ِرنا‬،‫آمنا يف أوط ِاننا‬ ِ ‫اللهم‬
َ ْ َ ُ ً َ ُ ْ ُ ْ َ ْ َّ ‫ه‬ َ َ ْ َُ ُ ْ َ َ َ ُّ ْ َ ْ ُ ْ ِّ َ َّ ‫ه‬
‫ اللهم اجعلهم هداة مهت ِدين‬،‫شيع ِتك‬ ِ ‫اللهم وفقهم ِلما ِفي ِه ْ ِعز ِد ه ِينك و َنُص‬
ْ ََ َ َ َ َ
َ َ ْ ْ َ َ َ َّ َ َ َِ ْ ‫ي ُم ْصلح‬ َِ ْ ‫َصالح‬
،‫اح ِب الجاللة‬ ِ ‫ي واشم ِل اللهم ِب ِعناي ِتك وتو ِفي ِقك عىل ص‬ ِ ِ ِ ِ
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli

2023 ‫خطبة بولن نوۏيمب‬


12 | P a g e
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku
Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil
Alallah Sultan Iskandar Al-Haj;
ْ َ َ
،‫اح ِب الفخ َامة‬ ‫َو َ ى‬
َ ‫کذ ل َك‬
‫ص‬
ِ ِ
Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul
Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
ِّ َ َ ِّ َ َ َ ِّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َّ َ ْ َ ْ َّ ‫ه‬
َ‫الزَنا َو ْال َزََلز َل َو ْالم َح َن َو ُس ْوء‬
ِ ‫ والربا و‬،‫اللهم ادفع عنا البلء والوباء والغلء والرياء‬
ً َّ َ َِ ْ ْ ُ ِ َ ْ َ ً َّ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ ِ َ
‫ َوعن َس ِائ ِر ِبل ِد المس ِل ِمي عامة‬،‫اصة‬ ‫ي ما ظهر ِمنها وما بطن عن بل ِدنا هذا خ‬ ِ ‫الف‬
ِ
َ ْ َ
ِ ‫َيا رب العال ِم‬
‫ى‬ َّ َ
.‫ي‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar,


jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah
mendirikan solat secara berjemaah serta mengeluarkan zakat dan
melaksanakan waqaf melalui agensi milik penuh Majlis Agama Islam
Negeri Pulau Pinang (MAINPP) iaitu Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Wakaf
Pulau Pinang (WPP).

Ya Allah! Berilah petunjuk-Mu kepada kami dan pemimpin-pemimpin


kami untuk memberikan khidmat bakti yang terbaik kepada agama,
bangsa dan negara. Ya Allah! Kuatkan iman kami agar dapat
menghindari perbuatan khianat, salah guna kuasa dan harta, memberi
atau menerima rasuah dan segala perbuatan durjana yang merosakkan
kepentingan agama, masyarakat dan negara.
َّ َ َ َ َ َ ً َ َ َ َ ِ َ ً َ َ َ َ ْ ُّ ِ َ َ َّ َ
.‫اب الن ِار‬‫اآلخر ِة حسنة و ِقنا عذ‬
ِ ‫ف‬
‫ربنا ِآتنا ِ يف الدنيا حسنة و ِ ي‬

2023 ‫خطبة بولن نوۏيمب‬


13 | P a g e
‫ۡ ُ ۡ َ َٰ َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ ٓ‬ ‫َٓ‬ ‫َ‬ ‫ۡ‬ ‫َّ َّ َ َ ۡ ُ ُ ۡ َ ۡ َ ۡ‬
‫ٱۡلحس ين ِإَويتا ِٕي ذيي ٱلقرَب وينَه ع ين ٱلفحشاءي‬ ‫َٰ‬ ‫ي‬ ‫و‬ ‫ل‬
‫ي‬ ‫د‬ ‫ع‬ ‫ٱل‬‫ي‬ ‫ب‬ ‫ر‬ ‫م‬‫أ‬ ‫ي‬ ‫ٱَّلل‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫إ‬ ‫!‬ ‫َ َ ه‬
‫اّلِل‬ ‫ِعباد‬
‫َ ْ َْ ُُْْ َ ْ ُُ ُ‬ ‫ه‬ ‫َ ْ ُ‬ ‫َ ۡ ُ َ َ ۡ َ ۡ َ ُ ُ ۡ َ َ َّ ُ ۡ َ َ َّ ُ َ‬
‫غ يعيظكم لعلكم تذكرون ‪ ٩٠‬فاذكروا اّلِل الج ِليل يذكركم‪ ،‬واشكروه‬
‫ُ‬ ‫وٱلمنك ير وٱۡل ي ِۚ‬
‫َ ْ ُ ْ َ َ ۡ ُ َّ َ ۡ َ ُ َ َّ ُ َ ۡ َ ُ َ َ ۡ َ ُ َ‬ ‫ََ‬
‫عىل ِن َع ِم ِه ي ِزدكم‪ ،‬وَّليكر ٱَّللي أكب ُۗ وٱَّلل يعلم ما تصنعون ‪٤٥‬‬

‫دبياياءي‪:‬‬ ‫دتربيتكن‪:‬‬

‫زكاة ڤوالو ڤينڠ‬ ‫ِ‬


‫جابي حال إحوال اڬام اسالم‬
‫ڤوالو ڤينڠ‬

‫خطبة بولن نوۏيمب ‪2023‬‬


‫‪14 | P a g e‬‬

Anda mungkin juga menyukai