Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim, Rabbishrahli sodri wayasirli amri wahlul uk datam millithani

yafqahu qauli

MELATI KUNTUM TUMBUH MELATA,


BURUNG MERBAH DI POHON CEMARA.
ASSALAMUALAIKUM MULANYA KATA,
SAYA SEMBAH PEMBUKA BICARA.

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam SEDERAP PPD SABAK BERNAM TERBILANG
Salam Klang Hebat

Yang Berusaha,
CIKGU MOHD ZAKIYUDDIN BIN ABDUL HAMID
Timbalan PPD Sektor Perancangan,
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam

Yang Dihormati

SIP+ PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG DAN SABAK BERNAM

SISC+ PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG DAN SABAK BERNAM


TUAN2, PUAN2 PARA HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN
___________________________________________________________________

SAYANG SELASIH BERISI MINYAK,


BUNGA CENGKIH DI ATAS JERAMI,
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK,
SUDI DATANG KE PPD KAMI.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya , dapat kita
berhimpun pada pagi ini, bagi menjayakan PROGRAM LAWATAN KUNJUNG
HORMAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG KE PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH SABAK BERNAM

Kami warga PPD Sabak Bernam berasa sangat bertuah dan berbesar hati menerima
kunjungan daripada tuan2 dan puan2.

Semoga pertemuan dan perkongsian kita pada hari ini akan memberi impak yang
baik dalam meningkatkan kualiti kerja buat kita, dapat membuat program jaringan
antara PPD Klang dan PPD Sabak Bernam dan seterusnya dapat mengeratkan lagi
silaturrahim.

LEBAT KEMIRI POHONNYA RENDAH,


DAHAN TERIKAT TALI PERKASA,
SEPULUH JARI KAMI MENADAH,
MOHON BERKAT YANG MAHA ESA
Bagi memberkati program kita pada hari ni di jemput Al Fadhil Ustaz Mohd Ikmal
Izwan bin Rosli,SISC+ Sain Sosial, Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam
untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Ikmal Izwan di atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Sebagai pembuka bicara program pada hari ini, majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan

CIKGU MOHD ZAKIYUDDIN BIN ABDUL HAMID


Timbalan PPD Sektor Perancangan,
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam

untuk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mendengar ucapan daripada

Wakil PPD Klang

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan

Tuan Hj Ismail bin Abdullah


SIP+ PPD Klang

Untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
Tuan2 dan puan2 hadirin sekalian,

Seterusnya, kita akan dihidangkan dengan tayangan video koperat dan video aktiviti
Sektor Pembelajaran PPD Sabak Bernam.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas tayangan video sebentar tadi.

Tuan2, puan2 dan para hadirin sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenangan di atas pertemuan pada hari ini.

Dijemput

CIKGU MOHD ZAKIYUDDIN BIN ABDUL HAMID


Timbalan PPD Sektor Perancangan,
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam

Untuk menyampaikan cenderamata kepada

Wakil PPD Klang

Tuan Hj Ismail bin Abdullah


SIP+ PPD Klang

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Para hadirin sekalian

Hari ini kita bertuah kerana akan menerima perkongsian ilmu daripada orang yang
kita hormati.

Dijemput Dr Anuar bin Md Amin, sisc+ sains social

Yang akan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyampaian cenderamata


sebentar tadi.

Para hadirin sekalian,

Untuk makluman, selepas ini adalah makan tengahari. Hadirin dijemput untuk
menjamu selera. Mohon maaf sekiranya kurang selesa kerana kawasan agak sempit
disebabkan kerja-kerja pembinaan sedang berjalan. InsyaAllah dijangka siap pada
tahun 2025. Jemputlah datang melihat keadaannya nanti dan menziarahi kami lagi di
sini. Sesungguhnya kehadiran tuan2 dan puan2 sangat kami alu-alukan.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersalah bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.

Majlis kita pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya. Bagi pihak majlis, saya
mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan tuan2 dan puan2 warga PPD
Klang ke PPD Sabak Bernam. Semoga ikatan silaturrahim ini terus berkekalan.

Mohon ampun dan maaf jika ada sebarang kekurangan dan kesilapan disepanjang
saya mengelolakan majlis pada hari ini.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai