Anda di halaman 1dari 100

Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

KANDUNGAN

• Mukadimah 2

• Pengertian Khilaf 4

• Penggunaan Kalimah Khilaf dan Ikhtilaf 9

• Pembahagian Ikhtilaf 11
Faktor Berlakunya Khilaf 13

• Pandangan Syeikh al-Qaradhawi 15

• Kaedah Nabi SAW, Para Sahabat dan 20


Salafussoleh Mengurus Khilaf

• Zaman Sahabat R.Anhum 22

• Adab Ulama’/ Salafussoleh 30

• Beberapa Syor dalam Menguruskan Khilaf 35

• Munajat Agar Diberi Petunjuk 41

• Penutup 43

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 1


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

MUKADIMAH

A lhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi


atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang
tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli
keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut
jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Rezeki adalah pemberian daripada Allah SWT kepada


semua hamba dan makhluk ciptaan-Nya. Bahkan anak-
anak yang baru lahirpun, Allah sudah tetapkan rezeki
kepadanya sebagaimana firman-Nya:

‫نَ ْح ُن نـَْر ُزقـُُه ْم َوإِيَّا ُك ْم‬


Maksudnya: Kamilah yang memberi rezeki kepada
kamu dan kepada mereka
(Surah al-An’am: 151)

Ibn Kathir di dalam tafsirnya menyebut: Allah SWT


memulakan dengan jaminan rezeki anak-anak untuk
perhatian mereka, maksudnya adalah janganlah kamu

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

2 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak
AnakKunci Menjemput Rezeki
KunciMenjemput Rezekiyang
yangLuas
Luas

Rezeki adalah
pemberian daripada
Allah SWT kepada
semua hamba dan
makhluk ciptaan-Nya.

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 3


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

takut menjadi miskin disebabkan oleh anak-anak,


kerana rezeki mereka di jamin Allah. (Lihat Tafsir Ibn
Kathir, 3/362)

Justeru, kami datangkan kajian ilmiah bertajuk Anak


Kunci Menjemput Rezeki yang Luas. Semoga Allah
SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami
agama ini.

Definisi Rezeki

Pada asasnya, rezeki ialah pemberian ataupun kurniaan


sama ada bersifat duniawi ataupun agama. Segala yang
boleh dimanfaatkan, sama ada yang boleh dimakan
ataupun tidak boleh dimakan. (Lihat al-Kulliyyat, hlm.
472)

Menurut al-Jurjani pula, rezeki didefinisikan sebagai:

ِ ‫اِسم لِما يسوقُهُ اهلل إِلَى الْحيـو‬


‫ان فـَيَأْ ُكلُهُ فـَيَ ُك ْو ُن‬ ََ َ ُ ُْ َ َ ٌ ْ
ِ
َ ‫ْح َل ِل َوال‬
‫ْح َر ِام‬ َ ‫ُمتـَنَا ِوًل لل‬

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

4 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Maksudnya: “Suatu nama bagi apa-apa yang


Allah berikan kepada haiwan (makhluk), lalu ia
memakannya sama ada yang halal ataupun yang
haram.” (Lihat al-Ta‘rifat, hlm. 110)

Manakala al-Sya‘rawi dalam tafsirnya mendefinisikan


rezeki sebagai:

‫س‬ ٍ َ‫ب أ َْو َملْب‬ َ ‫ُك ُّل َما يـُْنتـََف ُع بِ ِه ِم ْن‬


ٍ ‫َمأْ َك ٍل أ َْو َم ْشر‬
‫ص ْوَرٍة َم ْعنَ ِويٍَّة‬ ِ ِ
‫أ َْو َم ْس َك ٍن أ َْو ُم َرافِ ٍق‬
ُ ‫َوقَ ْد يَأْتي في‬
‫ وهذا الرزق في الدنيا ال‬،‫ إلخ‬. . . ‫ْحل ِْم‬ ِ ‫َكال ِْعل ِْم وال‬
َ
‫ إنما الكريم هو الرازق سبحانه‬،‫يُوصف بأنه كريم‬
Maksudnya: “Segala sesuatu yang boleh di-
manfaatkan seperti makanan, minuman, pakaian,
tempat tinggal, atau teman karib. Kadang-kadang
rezeki itu datang dalam bentuk maknawi seperti
ilmu, sikap lemah lembut dan lain-lain. Rezeki yang
berada di dunia ini tidak disifatkan sebagai mulia
kerana sesungguhnya yang mulia itu ialah Pemberi
rezeki — yakni Allah SWT.” (Lihat Tafsir al-Sya‘rawi,
19/12016-12017)

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 5


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Firman Allah SWT:

ِ َّ ‫وفِي‬
َ ُ‫الس َماء ِر ْزقُ ُك ْم َوَما ت‬
‫وع ُدو َن‬ َ
Maksudnya: Dan di langit pula terdapat (sebab-
sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah
(ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
(Surah al-Zariyat: 22)

Ibn Kathir di dalam tafsirnya menyebut: “Dan di langit


pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu” iaitu hujan. “dan
juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan
kepada kamu”, iaitu syurga. Ini merupakan pandangan
Ibn Abbas R.Anhuma, Mujahid dan selainnya.

Anak Kunci Menjemput


Rezeki yang Luas

Antara penyebab atau faktor dalam meraih rezeki Allah


SWT adalah:

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

6 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Pertama: Bertakwa Kepada Allah

Definisi Taqwa: Menurut Ibn Kathir,


orang yang bertaqwa ialah orang
yang takut akan kesyirikan dan
perkara yang diharamkan Allah
SWT, mengerjakan semua perkara
yang difardhukan serta berhati-
hati dengan hukuman daripada-
Nya jika meninggalkan petunjuk-
Nya, di samping mengharapkan
rahmat-Nya dengan membenarkan
segala perkara yang datang daripada-
Nya. (Lihat Tafsir Ibn Kathir, 1/163)

Firman Allah SWT:

‫﴾ َويـَْرُزقْهُ ِم ْن‬‫ ‏‬٢﴿‎ ‫َوَمن يـَت َِّق اللَّهَ يَ ْج َعل لَّهُ َم ْخ َر ًجا‬
ُ‫ب ۚ َوَمن يـَتـََوَّك ْل َعلَى اللَّ ِه فـَُه َو َح ْسبُه‬ ِ
ُ ‫ث َل يَ ْحتَس‬ ُ ‫َح ْي‬
‫ۚ إِ َّن اللَّهَ بَالِ ُغ أ َْم ِرِه ۚ قَ ْد َج َع َل اللَّهُ لِ ُك ِّل َش ْي ٍء قَ ْد ًرا‬
Maksudnya: “Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa
kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya
segala urusannya. Serta memberinya rezeki dari

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 7


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah),


sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,
maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap
melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya.
Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi
berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Talaq: 2-3)

Di samping itu, dinukilkan juga daripada Ibn Abbas


R.Anhuma bahawa sesiapa yang bertaqwa kepada Allah
SWT maka baginya jalan keluar yakni selamat daripada
setiap kesengsaran dan kesusahan di dunia dan akhirat.
Manakala Rabi‘ pula berpendapat bahawa maknanya
ialah jalan keluar daripada setiap sesuatu yang sempit
ke atas manusia. (Lihat Tafsir al-Tabari, 23/446)

Selain itu, Qatadah pula mentafsirkan ‘jalan keluar’


dalam ayat di atas sebagai jalan keluar daripada segala
perkara syubhat dan kesusahan ketika mati. Manakala
makna ayat “‫ب‬ ِ ُ ‫”ويـَْرُزقْهُ ِم ْن َح ْي‬
ُ ‫ث ال يَ ْحتَس‬ َ pula ialah memberinya
rezeki daripada sesuatu yang tidak disangka-sangkakan
dan tidak diharapkan. (Lihat Tafsir al-Tabari, 23/448)

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

8 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Menurut al-Husain bin al-Fadhl makna ayat di


atas ialah sesiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT
dengan menunaikan segala kewajipan fardhu, maka
akan diberikan kepadanya jalan keluar daripada segala
balasan seksa. Begitu juga ‘diberikan rezeki kepadanya’
yakni balasan pahala daripada jalan yang tidak disangka-
sangka. Dalam erti kata lain, Allah SWT memberkati
setiap apa yang diberikan dan dikurniakan kepadanya.
Bahkan Sufyan bin ‘Uyaynah ketika mentafsirkan ayat
“‫ب‬ ِ ُ ‫”ويـَْرُزقْهُ ِم ْن َح ْي‬
ُ ‫ث ال يَ ْحتَس‬ َ menyatakan bahawa maknanya:

ِّ ‫ُه َو الْبـََرَكةُ فِي‬


‫الر ْز ِق‬
Maksudnya: “Ia ialah keberkatan dalam rezeki.”
(Lihat Tafsir al-Qurtubi, 18/159-160)

Firman Allah SWT:

‫آمنُوا َواتـََّق ْوا لََفتَ ْحنَا َعلَْي ِهم‬ َّ ‫َولَ ْو أ‬


َ ‫َن أ َْه َل الْ ُق َر ٰى‬
ِ ٰ ِ ‫السم ِاء و ْالَر‬ ٍ
ُ َ‫ض َولَكن َك َّذبُوا فَأَ َخ ْذن‬
‫اهم‬ ْ َ َ َّ ‫بـََرَكات ِّم َن‬
‫بِ َما َكانُوا يَ ْك ِسبُو َن‬

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 9


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Maksudnya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya


penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentu-
lah Kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari
langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul
Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Surah al-A‘raf: 96)

Ibn Kathir berkata: “‫آمنُوا َواتـََّق ْوا‬ َّ ‫”ول َْو أ‬


َ ‫َن أ َْه َل الْ ُق َر ٰى‬ َ (Sekiranya
penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa), maksud-
nya, hati mereka beriman dan membenarkan terhadap
apa yang dibawa oleh para rasul, lalu
mereka mengikuti rasul dan bertaqwa
dengan melakukan ketaatan dan
meninggalkan semua larangan.
Manakala ayat: “‫ات ِّم َن‬ ٍ ‫لََفتَ ْحنَا َعلَْي ِهم بـرَك‬
ََ
ِ ‫”الس َم ِاء َو ْال َْر‬
‫ض‬ َّ (tentulah Kami akan
membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-
limpah berkatnya, dari langit dan
bumi) pula bermaksud hujan dari
langit dan tanaman dari bumi.
(Lihat Tafsir Ibn Kathir, 3/420)

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

10 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Al-Baidhawi berkata: “‫ض‬ ِ ‫الس َم ِاء َو ْال َْر‬ ٍ ‫”لََفتَ ْحنَا َعلَْي ِهم بـرَك‬
َّ ‫ات ِّم َن‬ ََ
(tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari
langit dan bumi) bermaksud Allah SWT akan luaskan
kebaikan bagi mereka dan mempermudahkannya bagi
mereka dalam segenap aspek. Dikatakan maksudnya
juga ialah hujan dan tanam-tanaman. (Lihat Anwar al-
Tanzil wa Asrar al-Ta’wil, 2/294)

Al-Zamakhsyari pula berkata: (‫الس َم ِاء‬ ٍ ‫لََفتَ ْحنَا َعلَْي ِهم بـرَك‬
َّ ‫ات ِّم َن‬ ََ
ِ ‫)و ْال َْر‬
‫ض‬ َ bermaksud Allah SWT akan datangkan kepada
mereka kebaikan dalam pelbagai bentuk. Selain itu,
dikatakan juga maksudnya ialah hujan dan tanam-
tanaman. (Lihat al-Kassyaf, 2/260)

Manakala al-Suyuti berkata: (‫الس َم ِاء‬ ٍ ‫لََفتَ ْحنَا َعلَْي ِهم بـرَك‬
َّ ‫ات ِّم َن‬ ََ
ِ ‫)و ْال َْر‬
‫ض‬ َ bermaksud langit akan memberikan kepada
mereka berkatnya, manakala bumi dengan tanam-
tanamannya. (Lihat al-Durr al-Manthur fi al-Ta’wil bi al-
Ma’thur, 4/274)

Syeikh Abu Bakar al-Jaza’iri berkata: { ‫بركات من السماء‬


‫ } واألرض‬Iaitu jamak kepada “‫ ”بركة‬dan ia bermaksud
berterusan dan berkekalannya kebaikan; ilmu, ilham dan
hujan daripada keberkatan langit, manakala tanaman,
kesuburan, kemakmuran, keamanan, afiyah daripada
Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 11


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

keberkatan bumi. (Lihat Aisar al-Tafasir, 1/486)

Dr. Hamka ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan


bahawa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
membukakan pintu rezeki. Sebab kalau orang telah
beriman dan bertaqwa, fikirannya sendiri terbuka,
ilham pun datang. Hal ini kerana iman dan takwa itu
menimbulkan hubungan silaturahim sesama manusia.
Lantaran itu timbullah kerjasama yang baik sebagai
khalifah Allah di muka bumi. Dengan demikian turunlah
berkat dari langit dan menyemburlah berkat dari bumi.

Berkat itu ada dua jenis, iaitu hakiki dan maknawi.


Berkat yang hakiki ialah seperti hujan membawa
kesuburan bumi, maka teraturlah tumbuhan dan
keluarlah segala hasil bumi. Atau terbukalah fikiran
manusia menggali harta dan kekayaan yang terpendam
dalam bumi itu seumpama besi, emas, perak dan
logam yang lain, atau mengatur perkebunan yang
luas, menyuburkan ekonomi seumpama kelapa, getah,
benang nanas, kelapa sawit dan lain-lain.

Manakala berkat yang maknawi pula ialah timbulnya


fikiran-fikiran yang baru dan petunjuk daripada Allah,
baik berupa wahyu yang dibawakan oleh rasul atau
ilham yang ditumpahkan Allah kepada orang-orang

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

12 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

yang berjuang dengan ikhlas. (Lihat Tafsir al-Azhar, 3/16)

Kedua : Bertawakkal kepada Allah

Definisi Tawakal: Ibn al-Athir menyebutkan, tawakkal


bermaksud menyerahkan urusan kepada pihak lain
atau menggantungkan kepadanya. Hal ini disebabkan
kerana kepercayaan penuh kepada yang diserahkan
atau ketidakmampuan menanganinya sendiri. (Lihat al-
Nihayah fi Gharib al-Hadith, 5/221)

Manakala Ibn Rajab pula menyatakan bahawa hakikat


tawakal adalah benarnya penyandaran hati kepada Allah
SWT dalam meraih maslahah dan menolak mudarat
berhubung urusan dunia dan akhirat,
menyerahkan semua urusan kepada
Allah SWT, serta pengukuhan iman
bahawa tidak ada yang memberi,
menghalang, memudaratkan dan
memberikan manfaat kecuali Dia —
yakni Allah SWT.” (Lihat Jami‘ al-‘Ulum
wa al-Hikam, 3/1266)

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 13


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Daripada Umar bin al-Khattab RA, Rasulullah SAW


bersabda:

‫اهلل َح َّق تـََوُّكلِ ِه لََرَزقَ ُك ْم َك َما‬


ِ ‫لَو أَنَّ ُكم تـتـوَّكلُو َن َعلَى‬
ََ َ ْ ْ
‫وح بِطَانًا‬ ِ
ُ ‫اصا َوتـَُر‬ً ‫ تـَغْ ُدو خ َم‬،‫يـَْرُز ُق الطَّيـَْر‬
Maksudnya: Jika kamu bertawakkal kepada Allah
dengan sebenar-benar tawakkal nescaya Allah akan
memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana Allah
memberi rezeki kepada burung yang keluar di pagi
hari dalam keadaan lapar dan pulang di petang hari
dalam keadaan kenyang.

Riwayat al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164) dan


Ahmad (205). Imam al-Tirmidzi berkata hadith
ini Hasan Sahih

Dalam menjelaskan maksud hadith ini, Imam al-


Munawi berkata: Hal ini menunjukkan bahawa tawakkal
tidak boleh dengan meninggalkan usaha. Tawakkal
hendaklah dengan melakukan pelbagai usaha yang
akan membawa kepada hasil yang diingini. Hal ini kerana
burung pun memperoleh rezeki dengan berusaha.
Justeru, hal ini memberi petunjuk kepada kita untuk
berusaha mencari rezeki.

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

14 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Dalam hadith ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan


bahawa tawakkal yang sebenarnya bukanlah bererti
bermalas-malasan dan enggan melakukan usaha untuk
mendapatkan rezeki, sebaliknya tawakal yang benar
hendaklah dengan melakukan pelbagai jenis usaha
dan cara yang dihalalkan untuk memperoleh rezeki.
(Dinukilkan dalam Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-
Tirmizi, 7/8)

Imam al-Suyuti menukilkan bahawa Imam al-


Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman berkata: “Hadith ini
bukanlah dalil untuk duduk bersantai-santai dan enggan
melakukan usaha untuk memperoleh rezeki. Sebaliknya
hadith ini merupakan dalil yang memerintahkan untuk
mencari rezeki kerana burung tersebut pergi pada pagi
hari untuk mencari rezeki.

Imam al-Ghazali menyatakan: Tawakal dalam Islam


bukanlah suatu sikap eskapisme bagi orang-orang yang
tidak mahu berusaha atau gagal usahanya, tetapi tawakal
itu ialah tempat kembalinya segala usaha. Tawakal
bukan menanti nasib sambil berpangku tangan, tetapi
berusaha sekuat tenaga dan setelah itu baru berserah
diri kepada Allah. Allah lah yang nanti akan menentukan
hasilnya. (Lihat Ihya’ Ulum al-Din, 2/65)

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 15


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Justeru, usaha mesti tetap dilakukan. Malah


Rasulullah SAW turut melakukannya. Rasulullah SAW
berperang dengan tombaknya dan memakai baju besi
dalam pelbagai peperangannya. Baginda Nabi SAW juga
memakai topi besi pada kepalanya. Rasulullah SAW juga
pernah berkata kepada seorang lelaki pemilik unta:

ِ َ‫ا‬
‫عقل َْها َوتـََوَّك ْل‬
Maksudnya: “Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakkal.”

(Riwayat al-Tirmizi (2157) dan Ibn Hibban (708)

Rasulullah SAW memerintahkan kepadanya untuk


melakukan usaha terlebih dahulu dan kemudian
menyerahkan urusannya kepada Allah SWT. Justeru,
hendaklah wujud usaha dalam sesuatu perkara di
samping penyerahan urusan kepada Allah SWT.

Ketiga : Beribadah kepada Allah dengan Ikhlas

Definisi Taqwa: Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah men-


definisikan ibadah sebagai:

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

16 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

‫ضاه ِم َن ْالَقـَْو ِال‬


َ ‫اس ُم َج ِامع لِ ُك ِّل َما يُ ِحبُّهُ اهلل َويَر‬
ْ
ِ َّ‫اطنَة والظ‬ ِ
‫اه َرة‬ َ َ‫َواألَ ْع َمال الْب‬
Maksudnya: "Suatu nama yang mencakupi seluruh
perkara yang dicintai Allah SWT dan diredhai-Nya,
sama ada ucapan atau amal perbuatan yang zahir
dan batin.” (Lihat al-‘Ubudiyyah, hlm. 44)

Firman Allah SWT:

‫﴾ َما‬ ِ ‫النس إَِّل لِيـ ْعب ُد‬


‫ ‏‬٥٦﴿‎‫ون‬ ِ ِ ُ ‫وما َخلَ ْق‬
َُ َ ْ ‫ت الْج َّن َو‬ ََ
‫﴾‏‬٥٧﴿‎‫ون‬ِ ‫أُ ِري ُد ِمنـ ُهم ِّمن ِّرْز ٍق وما أُ ِري ُد أَن يط ِْعم‬
ُ ُ ََ ْ
ِ ِ َّ ‫إِ َّن اللَّهَ ُه َو‬
ُ ‫الرزَّا ُق ذُو الْ ُق َّوة ال َْمت‬
‎‫ين‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan
jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak
sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian
dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya
mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya
Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada
sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 17


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi


Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Surah al-Zariyat: 56-58)

Allah SWT mengingatkan bahawa Dia tidak


menjadikan al-thaqalayn yakni manusia dan jin
melainkan untuk beribadat dan mengenali-Nya serta
bukannya disebabkan Dia berhajatkan kepada mereka.
(Lihat al-Tafsir al-Munir, 27/51)

Selain itu, Allah SWT turut menegaskan keadaan-


Nya bersama hamba-Nya bukan seperti keadaan
seorang tuan bersama hamba abdinya, iaitu Dia tidak
mahu meminta pertolongan dengan mereka bagi
mendapatkan manfaat dan menolak kemudaratan. Dia
juga tidak mendorong mereka supaya menghasilkan
rezeki dan makanan sebagaimana yang diperlakukan
oleh tuan kepada hamba abdinya. (Lihat Tafsir al-
Maraghi, 27/14)

Sebabnya ialah Allah SWT adalah pemberi dan


pengurus rezeki serta keperluan hamba-Nya. Dialah
Tuhan Yang mempunyai kudrat yang nyata serta sangat
kuat di mana tiada padanya lemah dan ketidakmampuan.
(Lihat Safwah al-Tafasir, 3/259)
Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

18 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda:

ِ ٍ
‫ف‬َ ‫ َك ْي‬:‫يل‬
َ ‫استـَْع َملَهُ فَق‬ ْ ‫اد اللَّهُ بِ َع ْبد َخيـًْرا‬
َ ‫إِ َذا أ ََر‬
‫صالِ ٍح‬ ِ َ َ‫ول اللَّ ِه؟ ق‬
َ ‫ «يـَُوفـُِّقهُ ل َع َم ٍل‬:‫ال‬ َ ‫يَ ْستـَْع ِملُهُ يَا َر ُس‬
‎ِ ‫الم ْو‬
‫ت‬ َ ‫قـَْب َل‬
Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan
kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT
menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para
sahabat R.Anhum bertanya, “Bagaimana dia
menjadikannya sentiasa melakukan amal?”.
Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan mem-
berikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal
soleh sebelum daripada kematiannya.
Riwayat al-Tirmidzi (2142), Ahmad (12055),
Ibn Hibban (341) dan al-Hakim (1257)

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 19


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Keempat : Bersyukur Atas Rezeki & Nikmat Allah

Definisi Syukur: Syukur ialah perkataan masdar


(terbitan) yang memberi makna iktiraf dengan yang
makruf, yang dikurniakan kepada kamu lantas dipuji
atas pemberinya dan ia tidak berlaku kecuali saling
berbalasan antara yang makruf dan nikmat. (Lihat
Madarij al-Salikin, 2/244-246; Al-Majmu’, 1/74 dan
Nihayah al-Muhtaj, 1/22)

Menurut Imam al-Qurtubi pula, syukur ialah


menzahirkan nikmat melalui lisan, hati dan anggota
dengan cara lidah atau lisan mengiyakan yang makruf
dan memujinya. Hati pula mengiktiraf dengan nikmat
sedangkan anggota melakukan perbuatan yang diredhai
kepada yang disyukuri. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 1/133)

Firman Allah SWT:

‫َوإِ ْذ تَأَذَّ َن َربُّ ُك ْم لَئِن َش َك ْرتُ ْم َلَ ِزي َدنَّ ُك ْم ۖ َولَئِن َك َف ْرتُ ْم‬
‫ش ِدي ٌد‬َ َ‫إِ َّن َع َذابِي ل‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu
memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu ber-
syukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

20 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci
Hukum Memberi RezekiMangsa
Zakat kepada
Menjemput yang Luas
Banjir

kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur


ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim: 7)

Ibn Kathir menyebutkan bahawa ayat di atas


bermaksud sekiranya seseorang itu bersyukur kepada
Allah atas segala nikmat yang diberikan kepadanya, maka
Allah SWT akan menambahkan lagi nikmat tersebut ke
atas dirinya. Namun, sekiranya dia mengingkari nikmat
itu, maka sesungguhnya azab Allah sangatlah pedih.
Perkara tersebut adalah dengan menarik kembali
nikmat itu daripada diri mereka dan menyeksa mereka
disebabkan oleh pengingkaran terhadap nikmat
tersebut. (Lihat Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir oleh al-
Sabuni, 2/291)

Dikatakan juga bahawa “‫”لَ ِزي َدنَّ ُك ْم‬


َ di sini bermaksud
Allah SWT akan tambahkan lagi kepada mereka ketaatan
kepada-Nya. (Lihat Zubdah al-Tafasir min Fath al-Qadir,
hlm. 330)

Ibn Kathir juga mendatangkan sebuah hadith di


dalam Tafsirnya (4/479) daripada Thauban RA, bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 21


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

ِ‫بي‬ َّ ِ‫الر ْز َق ب‬
ِّ ‫إِ َّن ال َْع ْب َد لَيُ ْح َرُم‬
ُ‫صيبُه‬ُ ِ ْ‫الذن‬
Maksudnya: Sesungguhnya seorang lelaki itu akan
terhalang daripada rezekinya disebabkan oleh dosa
yang menimpanya.

Riwayat Ibn Majah (4022) dan Ahmad (22438)

Al-Syarwani menyatakan di dalam Hawasyinya:


Dalam hadith diterangkan, “Sesungguhnya seorang lelaki
itu akan terhalang daripada rezekinya disebabkan oleh
dosa yang menimpanya.”. Hadith ini menetapkan bahawa
melakukan dosa menjadi sebab seseorang terhalang dari
rezeki terutamanya pada pembohongan. (Lihat Hawasyi
al-Syarwani, 1/238)

Firman Allah SWT:

‎ ‫َوتَ ْج َعلُو َن ِر ْزقَ ُك ْم أَنَّ ُك ْم تُ َك ِّذبُو َن‬


Maksudnya: Dan kamu jadikan sikap kamu men-
dustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu
(menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

(Surah al-Waqi‘ah: 82)

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

22 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Dr. Wahbah al-Zuhaili menyebutkan


bahawa ayat ini bermaksud mereka
menjadikan rezeki yang datang
dari langit iaitu hujan, atau
rezeki yang datang dari bumi
iaitu tanaman, dalam rangka
untuk mendustakan nikmat
Allah SWT, mendustakan
hari kebangkitan dan men-
dustakan apa yang ditunjukkan
oleh al-Quran. Justeru, apa yang
mereka lakukan itu, sebenarnya
telah meletakkan pendustaan
pada tempat yang sepatutnya mereka
bersyukur. Oleh itu, adakah terdapat orang
yang lebih zalim daripada mereka yang meletakkan
sikap berdusta pada tempat yang sepatutnya bersyukur!!
(Lihat al-Tafsir al-Munir, 27/280-281)

Selain itu, al-Sa‘di juga ada menyatakan bahawa


maknanya ialah mereka membalas kurniaan rezeki Allah
SWT dengan pendustaan dan mengingkari nikmat-Nya.
Kemudian mereka mengatakan: “Turunnya hujan kepada
kami kerana bintang itu dan ini,”lalu menisbahkan nikmat
itu kepada selain Allah SWT. Justeru, kenapa kamu
tidak mahu bersyukur kepada Allah atas belas kasihan-
Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 23


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Nya kerana telah menurunkan kepada kamu kurniaan-


Nya, lalu menambahkannya lagi ke atas kamu — jika
kamu bersyukur. Ketahuilah bahawa sesungguhnya
pengingkaran yang dilakukan terhadap nikmat Allah itu
merupakan penyebab kepada hilangnya nikmat yang
telah dikurniakan (kerana sudah ditarik kembali) dan
datangnya bencana. (Lihat Tafsir al-Sa‘di, hlm. 836)

Kelima : Membaca Surah al-Waqi‘ah

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Rasulullah SAW ber-


sabda:

ِ ُ‫من قـرأَ سورةَ الْواقِع ِة فِي ُك ِّل لَيـْلَ ٍة لَم ت‬


‫ص ْبهُ فَاقَةٌ أَبَ ًدا‬ ْ َ َ َ ُ ََ ْ َ
Maksudnya: Sesiapa yang membaca surah al-
Waqiah pada setiap malam, maka ia tidak akan
ditimpa musibah kefakiran selama-lamanya.
Riwayat al-Harith di dalam al-Musnad (712),
Ibn al-Sinni di dalam 'Amal al-Yaum wa al-
Lailah (680), al-Baihaqi di dalam Syu'ab al-
Iman (2498). Ibn Hajar al-Asqalani di dalam
Nata’ij al-Afkar (3/262) menyatakan hadith
ini gharib. Al-Iraqi di dalam Takhrij al-Ihya'
(1/450) menyatakan sanad hadith ini dhaif.

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

24 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak
Anak Kunci Menjemput Rezeki
Kunci Menjemput Rezeki yang
yang Luas
Luas

Dr. Wahbah al-Zuhaili menukilkan sebuah hadith


yang menceritakan tentang kelebihan surah al-Waqiah
dengan menyatakan, daripada Abu Zibah berkata
ketika Abdullah bin Mas’ud sedang tenat dan nazak,
lalu Saidina Uthman bin Affan RA menziarahinya dan
bertanya berkenaan peninggalannya kepada anak
perempuannya, maka Ibnu Mas’ud berkata:

‫ت بـَنَاتِي أَ ْن‬ ُ ‫أتخشى على بناتي الفقر؟ إِنِّي قَ ْد أ ََم ْر‬


‫ول اللَّ ِه‬
َ ‫ت َر ُس‬ ُ ‫ورةَ ال َْواقِ َع ِة فَِإنِّي َس ِم ْع‬ ٍ
َ ‫يـَْق َرأْ َن ُك َّل لَيـْلَة ُس‬
‫ أ َْو‬- ‫«م ْن قـََرأَ ُك َّل لَيـْلَ ٍة‬
َ :‫ول‬ ُ ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يـَُق‬ َ
»‫ص ْبهُ فَاقَةٌ أَبَ ًدا‬ ِ ُ‫ سورَة الْواقِع ِة لَم ت‬- ‫ال فِي ُك ِّل لَيـْلَ ٍة‬ َ َ‫ق‬
ْ َ َ َ ُ
Maksudnya: Apakah engkau risau akan anak-anak
perempuanku menjadi fakir? Sesungguhnya aku
telah memerintahkan anak-anak perempuanku
untuk membaca surah al-Waqiah pada setiap malam.
Sesungguhnya aku telah mendengar Rasullullah
SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah
al-Waqiah pada setiap malam, maka ia tidak akan
ditimpa musibah kefakiran selama-lamanya.” (Lihat
al-Tafsir al-Munir, 27/240)

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 25


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Keenam : Melazimi Istighfar

Menurut al-Raghib al-Asfahani, istighfar adalah me-


mohon (keampunan) dengan ucapan dan perbuatan.
Firman Allah SWT:

‫استـَغْ ِف ُروا َربَّ ُك ْم إِنَّهُ َكا َن غَ َّف ًارا‬


ْ ‫ْت‬
ُ ‫فـَُقل‬
Maksudnya: Maka aku katakan kepada mereka:
mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya
dia Maha pengampun.”
(Surah Nuh: 10)

Menurut al-Raghib lagi, dalam ayat ini, tidaklah


bererti bahawa mereka diperintahkan memohon
ampun hanya dengan lisan semata-mata, tetapi ia
mesti dilakukan dengan lisan dan perbuatan. Bahkan,
sehingga dikatakan, memohon keampunan (istighfar)
hanya dengan lisan sahaja tanpa disertai dengan
perbuatan adalah amalan para pendusta. (Lihat al-
Mufradat fi Gharib al-Quran, hlm. 362)

Al-Jurjani menukilkan daripada ahli kalam, bahawa


istighfar adalah bermaksud memohon keampunan
selepas melihat betapa buruknya maksiat dan berpaling
Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

26 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

daripadanya. Seorang ulama pernah menyebut


Istighfar merupakan permohonan untuk melakukan
pengislahan yang telah rosak sama ada dengan
perkataan atau perbuatan. (Lihat al-Ta’rifat, hlm. 36)

Antara maksud lain istighfar ialah memohon


keampunan atau memohon penghapusan dosa,
menghilangkan kesannya dan berlindung daripada
kejahatannya. Ibn al-Qayyim telah berkata: “Hakikat al-
Maghfirah (keampunan) ialah melindungi dari kejahatan
dosa. Oleh itu setiap yang menutupi kepala daripada
kesakitan dinamakan sebagai al-Mighfar.” (Lihat Madarij
al-Salikin, 1/308)

Adapun perintah disuruh beristighfar antaranya


adalah berdasarkan firman Allah SWT:

‫﴾ يـُْر ِس ِل‬ ‫ ‏‬١٠﴿‎‫استـَغْ ِف ُروا َربَّ ُك ْم إِنَّهُ َكا َن غَ َّف ًارا‬


ْ ‫ْت‬
ُ ‫فـَُقل‬
‫﴾ َويُ ْم ِد ْد ُكم بِأ َْم َو ٍال‬ ‫ ‏‬١١﴿‎ ‫اء َعلَْي ُكم ِّم ْد َر ًارا‬ َ ‫الس َم‬
َّ
ٍ ‫وبنِين وي ْجعل لَّ ُكم جن‬
‫َّات َويَ ْج َعل لَّ ُك ْم أَنـَْه ًارا‬ َ ْ َ ََ َ ََ
Maksudnya: "Sehingga aku berkata (kepada
mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan
kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 27


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan


menghantarkan hujan lebat mencurah-curah,
kepada kamu; "Dan Ia akan memberi kepada kamu
dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak;
dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun
tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-
sungai (yang mengalir di dalamnya).
(Surah Nuh: 10-12)

Ibn Kathir berkata: Maksudnya, jika kamu bertaubat


kepada Allah, memohon ampun kepada-Nya dan
kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan
membanyakkan rezeki kamu, menurunkan air hujan
serta keberkatan dari langit, mengeluarkan keberkatan
dari bumi, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan
untuk kamu, melimpahkan air perahan susu untuk
kamu, membanyakkan` harta dan anak-anak untuk
kamu, menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya
terdapat pelbagai jenis buah-buahan untuk kamu, dan
mengalirkan sungai-sungai di antara kebun-kebun itu.
(Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/449)

Al-Qurtubi berkata: Dalam ayat ini juga, disebutkan


dalam ‘‫استـَغْ ِف ُروا َربَّ ُك ْم ثُ َّم تُوبُوا إِل َْي ِه‬ ِ (Dan hendaklah kamu
ْ ‫’وأَن‬
َ
memohon ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

28 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

kepada-Nya) [Surah Hud: 3], dan ia merupakan dalil


yang menunjukkan bahawa istighfar adalah salah satu
wasilah memohon diturunkan rezeki dan hujan. (Lihat
al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 18/302)

Justeru, perbanyakkanlah beristighfar kepada Allah


SWT kerana ia adalah penyelesai kepada bermacam
masalah. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan
daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW
bersabda:

ٍ‫ض‬
‫يق َم ْخ َر ًجا‬ ِ ‫ جعل اللَّهُ لَهُ ِمن ُك ِّل‬، ‫من لَ ِزم ِالستِغْ َفار‬
ْ َ ََ َ ْ َ ْ َ
‫ب‬ ِ
ُ ‫ث َل يَ ْحتَس‬ ُ ‫ َوَرَزقَهُ ِم ْن َح ْي‬، ‫ َوِم ْن ُك ِّل َه ٍّم فـََر ًجا‬،
Maksudnya: Barangsiapa yang sentiasa melazimi
istighfar, Allah SWT menjadikan baginya setiap
kesempitan itu jalan keluar, setiap keluh kesah itu
kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya
rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”.
Riwayat Abu Dawud (1518), Ibn Majah
(3819), Ahmad (1/248), al-Tabarani dalam al-
Ausat (6/240) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan
al-Kubra (3/351)

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 29


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Antara lafaz istighfar adalah sepertimana disebut


dalam hadith yang diriwayatkan daripada Syaddad bin
Aus R.A, bahawa Nabi SAW bersabda: “Penghulu bagi
istighfar adalah dengan kamu mengucapkan:

‫ت َخلَ ْقتَنِي َوأَنَا َع ْب ُد َك َوأَنَا‬ َ ْ‫اللَّ ُه َّم أَن‬


َ ْ‫ت َربِّي َل إِلَهَ إَِّل أَن‬
‫ك ِم ْن َش ِّر‬ َ ِ‫ت أَعُوذُ ب‬ ُ ‫استَطَ ْع‬ ِ ِ
ْ ‫َعلَى َع ْهد َك َوَو ْعد َك َما‬
‫ك بِ َذنْبِي‬ َ َ‫ك َعلَ َّي َوأَبُوءُ ل‬ َ ِ‫ك بِنِ ْع َمت‬َ َ‫ت أَبُوءُ ل‬ُ ‫صنـَْع‬
َ ‫َما‬
‫ت‬َ ْ‫وب إَِّل أَن‬ ُّ ‫فَا ْغ ِف ْر لِي فَِإنَّهُ َل يـَغْ ِف ُر‬
َ ُ‫الذن‬
Maksudnya: Barangsiapa yang sentiasa melazimi
istighfar, Allah SWT menjadikan baginya setiap
kesempitan itu jalan keluar, setiap keluh kesah itu
kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya
rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”.
Riwayat al-Bukhari (6306)

Dalam menjelaskan hadith ini, Ibn Battal dalam


Syarh Sahih al-Bukhari berkata: Al-`Ahd bermaksud
perjanjian yang Allah ambil daripada hamba-hambanya
ketika penciptaan mereka yang mula-mula, semasa Dia
mengeluarkan mereka daripada sulbi bapa mereka

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

30 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

(Adam) seumpama zarah dan menyaksikan mereka


bersaksi atas diri mereka sendiri: “Bukankah Aku tuhan
kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah
Tuhan kami).” Maka mereka mengakui ketuhanan Allah
ketika mereka berada dalam keadaan asal kejadian,
mereka tunduk dan patuh pada sifat Wahdaniyyah-Nya.

Manakala al-wa`d bermaksud janji Allah Taala


kepada mereka bahawa barangsiapa dalam kalangan
mereka yang mati dalam keadaan tidak mensyirikkan
Allah dengan sesuatu pun, kemudian menunaikan
apa yang telah difardukan Allah ke atasnya maka
masuklah Syurga. Hendaklah setiap orang beriman itu
berdoa kepada Allah Taala agar mematikannya dalam

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 31


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

(memegang kukuh) perjanjian tadi, serta dimatikan


dalam iman, supaya dapat mengecapi apa yang telah
dijanjikan Allah Taala bagi sesiapa yang mengotakan
yang demikian itu, kerana mengikut cara Nabi SAW
apabila berdoa untuk perkara itu. Ini juga serupa
dengan apa yang diminta oleh para nabi AS dalam doa-
doa mereka.” (Lihat Syarh Sahih al-Bukhari, 10/76)

Selain itu, diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar


R.Anhuma, katanya:

‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم فِي‬ ِ ِ ‫إِ ْن ُكنَّا لَنـع ُّد لِرس‬
َ ‫ول اهلل‬ ُ َ َُ
َ َّ‫ إِن‬،‫ب َعلَ َّي‬
َ ْ‫ك أَن‬
‫ت‬ ِ ِ ِّ ‫ " ر‬:‫ول‬ ِ ِ‫ال َْم ْجل‬
ْ ُ‫ب ا ْغف ْر لي َوت‬ َ ُ ‫س يـَُق‬
‫ور " ِمائَةَ َم َّرٍة‬
ُ ‫اب الْغَ ُف‬
ُ ‫التـََّّو‬
Maksudnya: Sesungguhnya kami mengira Rasulullah
SAW dalam satu majlis mengucapkan (doa) sebanyak
100 kali: Ya Rabbi! Ampunilah aku dan terimalah
taubatku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Riwayat Abu Dawud (1516), al-Tirmidzi
(3434), Ibn Majah (3418), al-Nasaie di dalam
al-Sunan al-Kubra (10292) dan Ahmad
(4726)

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

32 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Terdapat juga sebuah hadith yang diriwayatkan


daripada Abu Bakar R.A, di mana beliau berkata kepada
Rasulullah SAW: “Ajarkanlah aku suatu doa yang boleh
aku panjatkan dengannya ketika solat.” Lalu Baginda
SAW pun bersabda: “Bacalah:

‫وب‬
َ ُ‫الذن‬ ُّ ‫ت نـَْف ِسى ظُل ًْما َكثِ ًيرا َوالَ يـَغْ ِف ُر‬ ُ ‫اللَّ ُه َّم إِنِّى ظَلَ ْم‬
َ َّ‫ َو ْار َح ْمنِى إِن‬، ‫ فَا ْغ ِف ْر لِى َمغْ ِف َرةً ِم ْن ِع ْن ِد َك‬، ‫ت‬
‫ك‬ َ ْ‫إِالَّ أَن‬
‫يم‬ ِ َّ ‫ت الْغَ ُفور‬ َ ْ‫أَن‬
ُ ‫الرح‬ ُ
Maksudnya: “Ya Allah! Sungguh aku telah menzalimi
diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak,
sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-
dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan
suatu pengampunan dari sisi-Mu, dan rahmatilah
aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.”
Riwayat al-Bukhari (834) dan Muslim (2705)

Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan: ‘‫ت نـَْف ِسي‬


ُ ‫’ظَلَ ْم‬
(aku telah menzalimi diriku sendiri), maksudnya
melakukan apa yang dapat mendatangkan seksaan
atau mengurangkan darjat. Ini merupakan penjelasan
Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 33


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

bahawa seseorang tidak terlepas daripada kekurangan


meskipun orang itu berstatus siddiq (benar dan boleh
dipercayai).

َ ْ‫وب َّإل أن‬


‘‫ت‬ ُّ ‫’ول يـَغْ ِف ُر‬
َ ُ‫الذن‬ َ (dan tidak ada yang mengampuni
dosa selain Engkau). Kalimat ini mengandungi
pengakuan akan keesaan Allah serta permohonan
keampunan kepada-Nya.
ِ ‫( ’مغْ ِفرةً ِمن ِع‬keampunan dari sisi-
Berkenan lafaz ‘‫ند َك‬ َ َ
Mu), Al-Tibi berkata: Lafaz ‘ً‫’مغْ ِف َرة‬ َ yang diungkapkan
dalam bentuk nakirah menunjukkan bahawa apa
yang diminta adalah keampunan yang sangat besar,
yang tidak diketahui batasannya. Adapun maksud
pernyataan bahawa ia berasal dari sisi Allah SWT adalah
menggambarkan keagungan, kerana sesuatu yang
berasal dari sisi Allah SWT, maka sifatnya tidak dapat
digambarkan.

Ibn Daqiq al-‘Id berkata: Hal ini mencakupi dua


kemungkinan:
• Pertama: Mengisyaratkan tauhid (keesaan
Allah SWT) yang disebutkan sebelumnya,
seakan-akan dikatakan bahawa tidak ada
yang melakukan hal ini kecuali Engkau, maka
lakukanlah oleh-Mu.
Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

34 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

• Kedua: Ini yang lebih baik – mengisyaratkan


permohonan keampunan berupa kurniaan
daripada Allah SWT, bukan kerana balasan
atas suatu amal kebaikan daripada hamba.
Kemungkinan terakhir inilah yang ditegaskan
oleh Ibn al-Jauzi, katanya: “Maknanya,
berikanlah kepadaku keampunan sebagai
kurniaan daripada-Mu meskipun aku tidak
berhak memperolehinya dengan amalanku.”
(Lihat Fath al-Bari, 4/685)

Ketujuh : Menjaga Hubungan Silaturrahim

Definisi: Perkataan silaturrahim (‫ )صلة الرحم‬berasal


daripada dua perkataan Arab iaitu “‫ ”صلة‬dan “‫”الرحم‬. Al-
Raghib al-Asfahani menyebut:

.)‫وعاؤه‬ ِ ِ
َ ‫ولدها َو‬
َ ‫الم ْرأَة (أَي بـَْيت َمنبَت‬ َ ‫ َرح ُم‬:‫َّلرح ُم‬
‫ين ِمن‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ‫استَعير‬
َ ‫ ل َكون ِهم َخا ِرج‬،‫الرح ُم ل ْل َق َرابَة‬
ِ
ْ ُ‫َومنه‬
ِ ‫رِحم و‬
‫اح َدة‬ َ َ

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 35


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Maksudnya: “Al-Rahim yang dimaksudkan adalah


rahim wanita iaitu tempat di mana janin berkembang
dan terlindung (dalam perut wanita). Dan istilah al-
rahim digunakan untuk menyebut kaum kerabat
kerana mereka berasal dari satu rahim.” (Lihat al-
Mufradat fi Gharib al-Quran, hlm. 347)

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW pernah


bersabda:

،‫سأَ لَهُ فِي أَثَ ِرِه‬ ِ ِ ِ َ ‫ب أَ ْن يـبس‬


َ ‫ َويـُْن‬،‫ط لَهُ في ِرْزقه‬ َ ُْ َّ ‫َح‬ َ ‫َم ْن أ‬
ِ ِ ‫فـلْي‬
ُ‫ص ْل َرح َمه‬ ََ
Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan
rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka
hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”
Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557)

Imam al-Nawawi dalam menjelaskan hadith ini


berkata: Yang dimaksudkan dengan ‘‫ط لَهُ فِي ِرْزقِ ِه‬
َ‫س‬َ ‫’أَ ْن يـُْب‬
adalah diluaskan dan dijadikan banyak hartanya.
Menurut pendapat yang lain, maksudnya diberi

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

36 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

keberkatan harta. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih


Muslim, 16/114)

Manakala dalam hadith daripada Abu Ayyub al-


Ansari R.A, Rasulullah SAW pernah ditanya berkenaan
amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga, lalu
Baginda SAW menjawab:

‫ َوتـُْؤتِى‬، َ‫يم الصَّالَة‬ ِ ِِ َّ


ُ ‫ َوتُق‬، ‫تـَْعبُ ُد اللهَ الَ تُ ْش ِر ُك به َش ْيئًا‬
‫الرِح َم‬
َّ ‫ص ُل‬ ِ َ‫ وت‬، ‫الزَكا َة‬
َ َّ
Maksudnya: “Sembahlah Allah dan jangan me-
lakukan syirik pada-Nya, dirikanlah solat, tunaikanlah
zakat dan jalinlah tali silaturrahim.
Riwayat al-Bukhari (5983)

Imam Nawawi menyebut: “Adapun maksud


silaturrahim, ia adalah berbuat baik kepada kaum
kerabat sesuai dengan keadaan orang yang hendak
menghubungkan dan keadaan orang yang hendak
dihubungkan. Terkadang dalam bentuk kebaikan
dengan harta, terkadang dengan memberi bantuan
tenaga, terkadang dengan mengunjunginya, dengan

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 37


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

memberi salam, dan sebagainya.” (Lihat


al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn
al-Hajjaj, 1/287)

Al-Hafiz Ibnu Hajar


menyebut: Al-Rahim (‫)الرحم‬
secara umum adalah di-
maksudkan kepada kaum
kerabat dekat. Antara mereka
terdapat garis keturunan
(nasab), sama ada berhak
mewarisi atau tidak, dan sebagai
mahram atau tidak. Menurut
pendapat lain, mereka adalah
daripada mahram (kerabat dekat yang
haram dinikahi) sahaja. Pendapat pertama lebih
kuat kerana menurut batasan kedua, anak-anak saudara
dan anak-anak ibu saudara bukan kerabat yang dekat
kerana tidak termasuk yang haram dinikahi, sedangkan
ia tidaklah sedemikian. (Lihat Fath al-Bari, 10/414)

Syeikh Mulla Ali al-Qari menyebut bahawa


silaturrahim adalah ungkapan berkenaan berbuat baik
kepada kaum kerabat yang dekat – sama ada mengikut
garis keturunan atau melalui perkahwinan – berlemah
lembut dan mengasihi mereka serta mengambil cakna

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

38 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

akan hal keadaan mereka. (Lihat Mirqat al-Mafatih,


8/645)

Ibn al-Athir pula menyebut: “Banyak hadith yang


menyebutkan berkenaan silaturahim. Ia merupakan
kinayah (yang memberi maksud secara tidak langsung)
untuk perbuatan baik kepada kaum kerabat yang
mempunyai hubungan nasab, atau kerabat kerana
hubungan pernikahan, dengan berlemah-lembut dan
memberi kasih sayang kepada mereka serta mengambil
peduli akan hal keadaan mereka. Manakala memutuskan
silaturrahim adalah lawan daripada semua perkara itu.”
(Lihat al-Nihayah fi Gharib al-Hadith, 5/191-192)

Kelapan : Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua


ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-
anak. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh
berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibubapa serta
adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka.
Firman Allah SWT:

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 39


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ك أََّل تـَْعبُ ُدوا إ َّل إيَّاهُ َوبال َْوال َديْ ِن إ ْح‬
ۚ ‫سانًا‬ َ ُّ‫ض ٰى َرب‬
َ َ‫َوق‬
‫َح ُد ُه َما أ َْو كِ َل ُه َما فَ َل تـَُقل‬ ِ ِ
َ ‫إِ َّما يـَبـْلُغَ َّن عن َد َك الْكبـََر أ‬
َّ ٍّ ‫لَّ ُه َما أ‬
ً ‫ُف َوَل تـَنـَْه ْرُه َما َوقُل ل ُه َما قـَْوًل َك ِر‬
‫يما‬
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan,
supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau
berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari
keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada
umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan
janganlah engkau menengking menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang
mulia (yang bersopan santun).”
(Surah al-Isra’:23)

Syeikh al-Maraghi berkata, Allah SWT benar-benar


mewasiatkan tentang tanggungjawab terhadap kedua-
dua ibubapa secara serius, sehingga sesiapa sahaja
yang derhaka terhadap mereka akan meremang bulu
romanya serta ngeri mendengarnya. Ini disebabkan

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

40 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah


supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya.
Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan
kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua
ibubapa. [Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3932]

Tambahan pula, seseorang yang sempat bersama


atau berbakti kepada kedua ibubapanya merupakan
orang yang sangat bertuah dan beruntung. Ini kerana,
Nabi SAW pernah menyatakan orang yang hina adalah
orang yang sempat bersama ibubapanya tetapi
kesempatan yang ada itu tidak membolehkan dia
direzekikan untuk dimasukkan ke dalam syurga.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

ِ ُ ْ‫ف ثُ َّم ر ِغم أَن‬ ِ ُ ْ‫َر ِغ َم أَن‬


‫يل َم ْن يَا‬َ ‫ ق‬.‫ف‏‬ َ َ ُ ْ‫ف ثُ َّم َرغ َم أَن‬
ِ ِ ِ َ َ‫ول اللَّ ِه ق‬
َ ‫‏‏م ْن أَ ْد َر َك أَبـََويْه ع ْن َد الْكبَ ِر أ‬
‫َح َد ُه َما‬ َ :‫ال‬ َ ‫َر ُس‬
ِ
َ ‫أ َْو كلَْي ِه َما فـَلَ ْم يَ ْد ُخ ِل ال‬
‫ْجنَّةَ‏‏‬
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.”
Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan)
wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa
sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 41


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak


(menjadikannya sebab) masuk syurga.”
Riwayat Muslim (2551)

Kesembilan : Melazimi Sedekah

Daripada Asma’ binti Abu Bakar R.Anha, katanya:

‫ الَ تُوكِي فـَيُوَكى‬:‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ َ َ‫ق‬


َ ‫ال لي النَّبِ ُّي‬
ِ ‫َعلَْي‬
‫ك‬
Maksudnya: “Nabi SAW bersabda kepadaku:
“Janganlah kamu menahan harta (tidak memberi
sedekah), nanti punca rezeki kamu akan diputuskan.”
Riwayat al-Bukhari (1433), al-Tirmidzi (1960),
Abu Dawud (1699), al-Nasaie di dalam al-
Sunan al-Kubra (9192) dan Ahmad (26912)

Hendaklah melazimi bersedekah walaupun sedikit.


Terdapat sebuah hadith yang menyebut berkenaan doa
malaikat kepada orang yang pemurah dan yang bakhil.
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

42 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

ِ ‫اد فِ ْي ِه إِالَّ ملَ َك‬ ٍ ِ


‫يـَْن ِزالَ ِن‬ ‫ان‬ َ ُ َ‫صبِ ُح ال ِْعب‬
ْ ُ‫َما م ْن يـَْوم ي‬
‫َويـَُق ْو ُل‬ .‫ اَللَّ ُه َّم أَ ْع ِط ُم ْن ِف ًقا َخلَ ًفا‬:‫َح ُد ُه َما‬
َ ‫فـَيـَُق ْو ُل أ‬
‫ اَللَّ ُه َّم أَ ْع ِط ُم ْم ِس ًكا تـَلَ ًفا‬:‫اْآل َخ ُر‬
Maksudnya: “Tiada satu hari pun di mana seorang
hamba berpagian, melainkan dua Malaikat turun
kepadanya. Salah satu dari keduanya berkata: “Ya
Allah! Kurniakanlah gantian kepada orang yang
melakukan infaq dan sedekah.” Manakala Malaikat
yang satu lagi berkata: “Ya Allah! Jadikanlah
kehilangan kepada yang bakhil.”
Riwayat al-Bukhari (1442) dan Muslim (1010)

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam menjelaskan hadith ini


berkata: “Pengganti itu lebih aula disamarkan agar
mencakupi pengganti dalam bentuk harta dan pahala
serta selainnya. Ini kerana berapa ramai orang yang
berinfaq dan dia meninggal sebelum memperoleh
balasan berupa harta di dunia, maka penggantinya
adalah berupa pahala di akhirat, atau dia dilindungi
dari keburukan.” (Lihat Fath al-Bari, 3/305)

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 43


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Imam Badruddin al-‘Aini berkata: Padanya terdapat


doa malaikat, sedangkan doa malaikat adalah sebuah
doa yang akan selalu dimakbulkan berdasarkan sabda
Rasulullah SAW: Barangsiapa yang ucapan aminnya
itu bertepatan dengan ucapan para malaikat, maka
diampunkan dosanya yang telah lalu. (Lihat Umdah al-
Qari, 8/307)

Guru kami Syeikh al-Syanqiti pernah menceritakan


satu kisah mengenai kelebihan sedekah meluaskan
rezeki. Suatu ketika seorang lelaki asing datang meminta
bantuan kepada seorang pelajar Universiti Islam
Madinah yang padanya terdapat hanya 100
Riyal, dan pelajar itu pun memberikan
kepada lelaki asing tersebut duit
tersebut. Ditakdirkan Allah selepas
pada tu, seorang pegawai di
Universiti Islam Madinah datang
mencarinya dan memberikan
1000 Riyal kepadanya kerana telah
mendapat keputusan cemerlang/
mumtaz pada ujian semester yang
lalu.

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

44 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Kesepuluh : Sentiasa Berdoa Kepada Allah


Supaya Dimurahkan Rezeki

Daripada Ummu Salamah R.Anha, katanya:

‫صلَّى‬ َ ‫ول إِ َذا‬ ُ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َكا َن يـَُق‬ َ ‫َن النَّبِ َّي‬َّ ‫أ‬
‫ك ِعل ًْما نَافِ ًعا‬َ ُ‫َسأَل‬ْ ‫سلِّ ُم اللَّ ُه َّم إِنِّي أ‬ َ ُ‫ين ي‬
ِ ُّ
َ ‫الص ْب َح ح‬
‫َوِرْزقًا طَيِّبًا َو َع َم ًل ُمتـََقبَّ ًل‬
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW apabila Baginda
solat Subuh, ketika memberi salam, Baginda mem-
baca:

ً‫ َو َع َمال‬، ‫ َوِرْزقًا طَيِّبًا‬، ‫ك ِعل ًْما نَافِ ًعا‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم إِنِّي أ‬
َ ُ‫َسأَل‬
ً‫ُمتـََقبَّال‬
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu
ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan
yang diterima.”
Riwayat Ibn Majah (925)

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 45


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab


telah datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya
aku tidak mampu untuk melangsaikan hutang
perjanjian dengan tuan aku (perjanjian kitabah iaitu
antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan
dirinya), maka tolonglah aku!

Maka Saidina Ali RA berkata: “Mahukah kamu aku


ajarkan kepadamu doa yang telah Rasulullah SAW
ajarkan kepada mereka. (Iaitu) Jika kamu dibebani
hutang yang setinggi bukit, Allah akan selesaikannya
untuk kamu? Saidina Ali berkata: “Katakanlah:

َ ِ‫ضل‬
‫ك‬ َ ‫ك َع ْن َح َر ِام‬
ْ ‫ك َوأَ ْغنِنِى بَِف‬ َ ِ‫اللَّ ُه َّم ا ْك ِفنِى بِ َحالَل‬
َ ‫َع َّم ْن ِس َو‬
‫اك‬
Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan
dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada
yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-
Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.”
Riwayat Ahmad (1319) dan al-Tirmizi (3563)

Imam al-Munawi berkata: Sesiapa yang men-


yebutnya dengan niat yang benar, akan mendapat kesan

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

46 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

pengabulan dengan segera. (Lihat al-Taisir bi Syarh al-


Jami' al-Saghir, 1/809)

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah


SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang
sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di
sana. Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku
melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan
bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab:
“Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai
Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku
ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya
Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan
melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab:
“Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda
bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan
petang bacaan ini:

‫ك‬َ ِ‫ْح َز ِن َوأَعُوذُ ب‬ ِ َ ِ‫اللَّه َّم إِنِّي أَعوذُ ب‬


َ ‫ك م ْن ال َْه ِّم َوال‬ ُ ُ
‫ْج ْب ِن َوالْبُ ْخ ِل‬ ِ َ ِ‫ِمن الْعج ِز والْ َكس ِل وأَعوذُ ب‬
ُ ‫ك م ْن ال‬ ُ َ َ َ َْ ْ
‫ال‬ِ ‫الر َج‬ َّ ‫ك ِم ْن غَلَبَ ِة‬
ِّ ‫الديْ ِن َوقـَْه ِر‬ َ ِ‫َوأَعُوذُ ب‬
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 47


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas.


Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut
dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari
bebanan hutang dan penindasan manusia.”

Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca


doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan
melunaskan hutangku.”

Penutup

Sebagai penutup, kami menyimpulkan secara ringkas


sebab-sebab yang boleh menjadikan rezeki itu luas
berdasarkan nas-nas ilahi, iaitu:

• Bertakwa kepada Allah


• Bertawakkal kepada Allah
• Beribadah kepada Allah dengan Ikhlas
• Bersyukur atas rezeki dan nikmat Allah
• Membaca Surah al-Waqiah

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

48 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

• Melazimi Istighfar
• Menjaga Hubungan Silaturrahim
• Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa
• Melazimi Sedekah
• Sentiasa berdoa kepada Allah supaya
dimurahkan rezeki

Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan kita


rezeki yang luas dan kefahaman yang benar dalam
memahami agama ini. Kami akhiri dengan doa:

ً‫ َو َع َمال‬، ‫ َوِرْزقًا طَيِّبًا‬، ‫ك ِعل ًْما نَافِ ًعا‬


َ ُ‫اللَّ ُه َّم إِنَّا نَ ْسأَل‬
ً‫ُمتـََقبَّال‬
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu
ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan
yang diterima.”

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

Kajian Ilmiah - Siri 61 49


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com
Anak Kunci Menjemput Rezeki yang Luas

Dilarang sama sekali untuk dikongsi kepada orang ramai kecuali dengan kebenaran Maktabah Al-
Bakri

50 Kajian Ilmiah - Siri 61


MALIKI BIN MOHAMMAD November 29, 2023datamaliki77@gmail.com

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai