Anda di halaman 1dari 3

Lazat sungguh buah tomato,

Dimakan bersama buah kuini,


Kalau tidak kerana pidato,
Tak akan saya berada disini.

Sejambak kasih, sekalung budi, saudari pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
berkarisma, penjaga masa yang setia, yang dimuliakan warga pendidik serta rakan-rakan
seperjuangan yang dikasihi sekalian. Sambutlah salam sejahtera dan salam perpaduan.

Sebelum hujah diperkukuhkan bukti, sebelum bibir terus mengorak bicara, biarlah saya
canangkan dahulu tajuk pidato saya yang berbunyi, “Hidup Sihat Menjamin Kesejahteraan”.
Maka, izinkan saya merungkai benang-benang kalimat yang mengikat setiap frasa agar hadirin
yang kabur semakin jelas maksudnya.

Sidang penonton sekalian,


Menurut definisi nilai-nilai murni dalam Kamus Dewan Edisi Keempatl, frasa “Hidup Sihat”
bermaksud amalan yang mendatangkan kebaikan dalam aspek kehidupan serta dapat
melahirkan keluarga yang bahagia dari segi kesihatan badan mental serta fizikal. “Menjamin”
pula bolehlah diertikan sebagai memberi cagaran terhadap sesuatu yang tertentu atau
meletakkan pertimbangan yang tinggi atas sesuatu, manakala frasa seterusnya ialah
“Kesejahteraan” merupakan sebagai sesuatu yang baik kepada keadaan seseorang
manusia di mana ia dibuat berfungsi dengan waras aktiviti somatik dan psikik itu.
Oleh itu, istilah ini merujuk kepada keadaan kepuasan peribadi, atau keselesaan yang
memberikan kepuasan ekonomi, sosial, pekerjaan, psikologi, dan biologi kepada individu,
antara satu sama lain.

Warga penonton yang dikasihi sekalian,

Persoalannya, mengapa hidup sihat dianggap wadah yang mampu menjamin


kesejahteraan? Empat perspektif hujah akan merungkai persoalan ini.

Hujah saya yang pertama, melalui hidup sihat inilah terpasaknya pelbagai elemen nilai
murni yang utama seperti nilai rasional, kebersihan mental dan fizikal dan yang paling
penting kesyukuran kepada Tuhan kerana hidup sihat menjadikan seseorang itu jauh
daripada kesakitan malah mereka lebih sanggup menjaga pinjaman dari Tuhan agar segala
malapetaka mampu dielakkan. Sudahkah kita sedar dengan kecelakaan dunia pada hari ini
tentang wabak yang paling digeruni dan ditakuti iaitu Covid19? Dimanakah naluri
kemanusiaan kita apabila melihat individu yang sudah terkena virus tersebut tidak dapat
bersama keluarga tercinta mahupun bersalaman? Dengan adanya situasi inilah, prinsip
hidup sihat merupakan objektif yang sangat penting dan perlu diterapkan oleh setiap
lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun muda.

Hadirin Hadirat yang saya muliakan,

Menyusul pula hujah saya yang kedua. Hidup sihat mampu mengeratkan hubungan
sesbuah keluarga itu sangat erat. Dalam hal ini kita tinjau tokoh industri seni negara iaitu
Edika Yusof. Jerih payahnya dalam menjaga isterinya agar berada dalam gaya hidup sihat
amat menyayat hati. Lebih-lebih pula apabila kondisi isterinya yang tidak mampu berjalan
tetapi dengan amalan hidup sihat ini terbuktinya mampu mewujudkan suasana yang
harmoni dalam sesebuah keluarga. Sememangnya kekuatan keluarga itu yang tetap utuh
jalinannya amat dikagumi, benarlah kata mutiara, salah satu kebahagiaan terbesar adalah
saat melihat senyum dan keceriaan menghias wajah setiap anggota keluarga. Bukankah ini
sekali lagi telah membuktikan bahawa hidup sihat mampu menjamin kesejahteraan?

Sidang hadirin yang dihormati,

Meniti pula hujah saya yang ketiga. Kita kenang kembali berpuluh ribu manusia yang telah
kehilangan nyawa akibat wabak Covid19 yang melanda dunia pada hari ini. Perdana
Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyarankan agar kita mengamalkan prinsip
3W yang membawa maksud Cuci, Pakai serta Amaran. Berdasarkan prinsip Cuci, sangat
bertepatan dengan konsep kebersihan yang mendorong kepada hidup sihat. Lihatlah pula
dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menekankan tentang
pengambilan Vitamin C serta zat yang cukup kerana ianya dijamin mampu meningkatkan
tahap kekebalan imunisasi seseorang individu serta membentuk individu yang tidak mudah
layu dipanggang suria, tidak mudah karam dipukul badai. Walaubagaimanapun, masih ada
segelintir individu yang memperlekehkan pemberian vaksin secara berperingkat kepada
semua rakyat. Tepuk dada tanya selera, bukankah sesuatu keharmonian diukur melalui
hubungan antara pemerintah dengan rakyatnya? Salah satu jawapannya ialah kehidupan
sihat yang dipupuk telah menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera aman dan
makmur yang dilihat jauh dari penderitaan.

Jejaka segak dan juwita anggun sekalian,

Sampai saya pada hujah yang terakhir iaitu hidup sihat akan membentuk modal insan yang
dapat menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat dan negara. Hal ini amat
jelas umpama sudah terang lagikan bersuluh jika dilihat pada jiwa warga pendidik yang
berada di depan mata. Walau dicampak ke ceruk rantau, selagi kesihatan masih terjaga,
mereka tetap menabur jasa. Justeru, tidak sedarkah kita bahawa hidup yang sihat mampu
memberikan kita menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Amsalannya seperti dengan
mengawal pemakanan serta amalan bersenam mampu mengurangkan sesuatu risiko
penyakit seperti jantung tersumbat. Dengan hidup sihat ini terbuktilah bahawa seseorang itu
tidak perlu menjalani kehidupan yang menyulitkan seperti terpaksa mengikut jadual
temujanji yang telah ditetapkan oleh pihak hospital atau tidak boleh berjauhan daripada
ubat-ubatan yang disediakan. Ingatlah kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Jangan sudah terhantuk baru hendak terngadah, jangan sampai nyawa di hujung tanduk
baru hendak menyesal tidak sudah.

Biarpun gelora wabak ganas membadai, biar mentari hangus terbakar, namun dengan
adanya kerjasama berganding bahu melawan kesengsaraan ini, tidak mustahil penderitaan
yang bertahun ini akan sampai ke penghujungnya. Lebih-lebih lagi dengan pengamalan
hidup sihat serta slogan KITAJAGAKITA yang pernah diuar-uarkan sebelum ini , bukankah
slogan ini bertujuan untuk menyedarkan kita bahawa dengan kesepakatan hidup sihat yang
padu, negara maju. Hanya dengan adanya kesedaran, maka negara akan semakin
kehadapan melawan gemelut ini. Maka dayung sudah di tangan, perahu sudah di air,
marilah kita mempratikkan amalan hidup sihat agar menjamin kesejahteraan negara serta
masyarakat.

Saya akhiri pidato saya ini dengan pantun yang berbunyi

Negeri Kedah permai dan indah,

Pinggiran paya kundur berduri,

Berhujah sudah bersyarah sudah,

Izinkan saya mengundur diri.

Anda mungkin juga menyukai