Anda di halaman 1dari 5

MAKTAB RENDAH SAINS MARA KEPALA BATAS

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PENGGUNAAN
BILIK AL-DINAWARI DAN AL-JAZARI UNTUK
MEMBUAT TAYANGAN FILEM
1.0 PENDAHULUAN
Pada hujung minggu, presiden RCA (Resource Centre Assistant) mengambil inisiatif
untuk membuat perancangan bagi melaksanakan program dan aktiviti pada setiap sabtu
malam. Oleh itu, presiden RCA mengadakan aktiviti tayangan filem sebagai hiburan dan
untuk mengisi masa lapang para pelajar.

2.0 TUJUAN
Tujuan tayangan filem ini dilaksanakan adalah untuk mengisi masa lapang
pelajardengan perkara yang berfaedah. Hal ini dapat membantu pelajar mnengurangkan
tekanan yang dihadapi oleh mereka. Pada masa yang sama dapat mengumpul sumber
pendapatan persatuan RCA kerana pelajar yanbg menonton file mini perlu membayar seorang
RM1. Selain itu, pelajar juga dapat menjalankan aktiviti perniagaan walaupun berada di
dalam maktab.

3.0 KUMPULAN SASARAN


Melibatkan semua pelajar MRSM Kepala Batas kecuali pelajar tingkatan 5.

4.0 OBJEKTIF
I. Membantu mengurangkan tekanan pelajar daripada perkara yang mengganggu fikiran
mereka.

II. Terdedah kepada penggunaan bahasa asing.

III. Menambah ilmu pengetahuan pelajar tentang dunia luar.

5.0 RASIONAL
I. Mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan penggunaan Bahasa asing yang
mempunyai maksud tersurat dan tersirat yang bermanfaat.

II. Meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar melalui filem-filem yang kreatif dan
pengajaran yang menarik perhatian pelajar

III. Memasarkan keindahan seni dan budaya masyarakat luar kepada pelajar
6.0 JAWATANKUASA

Guru Penasihat : Puan Siti Rohayu Binti Nah Hassan

Pengerusi : Mohammad Haziq Hazmi Bin Roszaimi

Penyelaras Program : Najlaa Nur Karmiela Binti Md Sukri

AJK Penglola Tayangan : Muhammad Aliff Luqman Bin Zulkarnain


Luqmaan Hakeem Bin Mohd Karim

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN


I. Tayangan ini diadakan pada pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam setiap hari sabtu

II. Filem yang ditayangkan bersesuaian dengan cita rasa pelajar MRSM Kepala Batas
dan tidak mempunyai sebarang unsur yang negatif

III. Tayangan ini melibatkan semua pelajar MRSM Kepala Batas kecuali tingkatan 5

IV. Lokasi tayangan ini adalah di bilik al-Jazari dan al-Dinawari

8.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : Setiap hari sabtu

Masa : 9.00 malam - 11.00 malam

Tempat : Al-Dinawari dan Al-Jazari

Guru yang terlibat : Puan Siti Rohayu Binti Nah Hassan

9.0 PENUTUP

Demikian, melalui program tayangan filem ini, diharap dapat meningkatkan minat
pelajar terhadap akademik. Di samping itu, pelajar juga dapat didedahkan dengan ilmu
pengetahuan mengenai adat dan budaya masyarakat pada abad ke-21
Disediakan oleh,

…………………………………………..

(NAJLAA NUR KARMIELA BINTI MD SUKRI)

Setiausaha Resource Centre Assistant (RCA),

MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang.

Disemak oleh,

…………………………………………..

(PUAN SITI ROHAYU BINTI NAH HASSAN)

Guru Penyelaras Resource Center Assistant (RCA),

MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang.

Disahkan oleh,

…………………………………………..

(TUAN SYAUQI BIN MOHD NOOR)

Pengetua,

MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai