Anda di halaman 1dari 5

Novel Tingkatan 2

Tema
Novel yang saya kaji iaitu novel Meniti Impian, karya Osman Ayob. Tema dalam
novel ini ialah semangat dan kesungguhan seseorang pelatih IKM dalam usaha
untuk mencapai kejayaannya menjadi tukang perabot yang berjaya. Zahar tidak
berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di ITM setelah tamat peperiksaan SPM.
Dia bekerja dengan bapa saudaranya di bengkel perabot. Dia mahu meneruskan
kejayaannya dalam bidang tersebut. Oleh itu, Zahar berhajat untuk menjalani
kursus Pertukangan Perabot di IKM. Ibu Zahar dan bapa saudaranya, Pak Yusuf
merestui hasratnya itu. Akhirnya, setelah Zahar tamat menjalani kursus di IKM dia
telah berjaya membuka sebuah bengkel perabot di tanah milik ibunya. Bengkel
perabot miliknya menjadi semakin terkenal apabila kisah perjalanan hidupnya
untuk mencapai impiannya itu tersiar dalam akhbar.

Persoalan (persoalan tentang)


Novel yang saya kaji iaitu Meniti Impian, karya Osman Ayob. Persoalan pertama
ialah persoalan tentang kasih sayang dalam sebuah keluarga. Contohnya, Zahar
amat menyayangi emak dan dua orang adiknya. Persoalan kedua ialah persoalan
tentang ketabahan menghadapi kesusahan hidup. Sebagai contoh, Zahar tabah
menghadapi kesusahan hidup selepas ayahnya meninggal dunia. Persoalan ketiga
ialah persoalan tentang kerajinan berusaha untuk mencapai cita-cita. Contohnya,
Zahar rajin berusaha sehingga dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan di IKM.
Persoalan: persoalan tentang ketabahan menghadapi kesusahan hidup.
Nilai: Ketabahan
Pengajaran: Kita perlu tabah menghadapi kesusahan hidup
Latar masyarakat : Masyarakat yang tabah menghadapi kesusahan hidup.

四个的 contoh:Sebagai contoh, Zahar tabah menghadapi kesusahan hidup


selepas ayahnya meninggal dunia.

Persoalan: persoalan tentang bercita-cita tinggi


Nilai: bercita-cita tinggi
Pengajaran: Kita haruslah bercita-cita tinggi
Latar masyarakat: masyarakat yang bercita-cita tinggi
Contoh: Contohnya, Zahar bercita-cita untuk membuka kedai bengkel perabot
kepunyaannya sendiri.

Persoalan: Persoalan tentang kerajinan berusaha untuk mencapai cita-cita.


Nilai: Kerajinan
Latar masyarakat: Masyarakat yang rajin berusaha untuk mencapai cita-cita.
Pengajaran: kita hendaklah rajin berusaha untuk mencapai cita-cita.
Contoh: Contohnya, Zahar rajin berusaha sehingga dia berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di IKM.

Format

Novel yang saya kaji iaitu Meniti Impian, karya Osman Ayob. Persoalan/ Pengajaran/ Nilai/ Latar
masyarakat yang pertama ialah (1). Contohnya, ____. Persoalan/ Pengajaran/ Nilai/ Latar masyarakat
yang kedua ialah (2). Contohnya, _____. Persoalan/ Pengajaran/ Nilai/ Latar masyarakat yang ketiga
ialah (3). Contohnya, _____.
Watak utama: Zahar
Novel yang saya kaji iaitu Meniti Impian, karya Osman Ayob. Watak utama dalam
novel ini ialah Zahar. Zahar merupakan seorang yang rajin. Dia rajin membantu
bapa saudaranya di bengkel perabot. Selain itu, Zahar ialah seorang yang
penyayang. Sebagai contoh, Zahar amat menyayangi emak dan adik-adiknya.
Setiap kali cuti, dia akan pulang ke kampung untuk bertemu dengan keluarganya.
Di samping itu, Zahar ialah seorang yang bercita-cita tinggi. Contohnya, dia
bercita-cita untuk membuka kedai bengkel perabot kepunyaannya sendiri.

Latar tempat
Novel yang saya kaji iaitu Meniti Impian, karya Osman Ayob. Latar tempat dalam
novel ini ialah bengkel Pak Yusuf. Contohnya, tempat Zahar mula menceburi
bidang pertukangan perabot. Latar tempat kedua ialah masjid. Contohnya,
tempat Zahar menunaikan solat maghrib dan isyak. Latar tempat ketiga ialah IKM
Sungai Petani. Contohnya, tempat Zahar belajar dan bertemu dengan Norimi.
City Point=>Contohnya, tempat pertemuan antara Zahar dengan Suhaili.
Latar masa
Novel yang saya kaji iaitu Meniti Impian, karya Osman Ayob. Latar masa dalam
novel ini ialah waktu siang. Contohnya, Zahar membantu Pak Yusuf di bengkel
perabot. Latar masa kedua ialah waktu tengah hari. Contohnya, Zahar makan
tengah hari di rumah Pak Yusuf. Latar masa ketiga ialah waktu petang. Contohnya,
Zahar pulang dari bengkel perabot pada waktu petang.
Waktu malam=> Contohnya, Zahar menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid.
Latar masyarakat
Novel yang saya kaji iaitu Meniti Impian, karya Osman Ayob. Latar masyarakat
dalam novel ini ialah masyarakat yang penyayang. Contohnya, Pak Yusuf amat
menyayangi anak saudaranya, Zahar. Latar masyarakat kedua ialah masyarakat
yang bercita-cita tinggi. Contohnya, Zahar bercita-cita tinggi untuk membuka
kedai bengkel perabot kepunyaannya sendiri. Latar masyarakat ketiga ialah
masyarakat yang tabah menghadapi kesusahan hidup. Contohnya, Zahar tabah
menghadapi kesusahan hidup selepas ayahnya meninggal dunia.

Nilai (Zahar)
Novel yang saya kaji iaitu Meniti Impian, karya Osman Ayob. Nilai dalam novel ini
ialah kerajinan. Contohnya, Zahar rajin berusaha sehingga dia berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di IKM. Nilai kedua ialah
ketabahan. Contohnya, Zahar tabah menghadapi kesusahan hidup selepas
ayahnya meninggal dunia. Nilai ketiga ialah baik hati. Contohnya, Zahar telah
menolong ibunya menetak pokok mengkuang untuk dijadikan tikar.

Pengajaran (kita perlu/hendaklah..)


Novel yang saya kaji iaitu Meniti Impian, karya Osman Ayob. Pengajaran dalam
novel ialah kita hendaklah rajin berusaha untuk mencapai cita-cita. Contohnya,
Zahar rajin berusaha sehingga dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan di IKM. Pengajaran kedua ialah kita perlu tabah menghadapi
dugaan dalam hidup. Contohnya, Zahar tabah menghadapi kesusahan hidup
selepas ayahnya meninggal dunia. Pengajaran ketiga ialah kita perlu tolong-
menolong antara satu dengan yang lain. Contohnya, rakan-rakan Zahar telah
menolongnya membuat bengkel pertukangan perabot kepunyaannya.

Watak sampingan: Pak Yusuf


Gigih bekerja
Contoh:Pak Yusuf gigih bekerja di bengkel perabot menyiapkan tempahan
perabot di samping bekerja di kebun.
Pemaaf
Contoh:Pak Yusuf senang memaafkan isterinya walaupun Mak Temah sesekali
terlambat menghidangkan makanan.
Rajin bekerja
Contoh:Sejak awal pagi lagi,selepas sarapan Pak Yusuf telah pergi ke bengkel
untuk menyiapkan tempahan perabot.

Novel yang saya kaji iaitu Meniti Impian, karya Osman Ayob. Watak sampingan
ialah Pak Yusuf. Pak Yusuf ialah seorang yang gigih bekerja. Contohnya,

Anda mungkin juga menyukai