Anda di halaman 1dari 8

Sistem Ejaan Za’ba

Menurut Sejarah Sistem Ejaan melalui laman sesawang


(2011/http://thememoirsofastorytellers.blogspot.com/2010/11/sejarah-sistem-ejaan-
bahasa-melayu_17.html), Sistem Ejaan Za’ba merupakan sistem yang pertama
dalam sistem ejaan rumi Bahasa Melayu yang disusun oleh orang berbangsa
Melayu pada tahun 1933 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan telah tersiar dalam
Sistem Ejaan Melayu Jawi – Rumi 1949. Sistem ejaan ini telah dihasilkan di SITC
( Maktab Perguruan Sultan Idris ) dan juga merupakan sistem ejaan rumi yang
terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu. Sistem ejaan in juga telah
disusun dan diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan termuat dalam
beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC
seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal I ( 1926 ), Pelita Bahasa Melayu Penggal I
( 1941 ) dan Daftar Ejaan Melayu ( Jawi – Rumi ) ( 1949 ) dengan judul “Petua –
petua Ejaan Rumi” yang kesemuanya dikarang sendiri oleh Za’ba. Lantaran itu,
sistem ejaan ini telah dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia,
sekolah – sekolah dan institusi pengajian tinggi sehingga tahun 50 – an sebelum
digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972.
Ketika itu juga, Ejaan Fajar Asia juga turut digunakan. Sistem ejaan berkenaan juga
telah digunakan sebagai ‘Ejaan Sekolah’ yang sebenar. Dalam sistem ejaan ini
dikatakan mempunyai pengaruh transliterasi huruf Arab ke huruf Rumi dan telah
menyebabkan banyak kelemahan yang dapat dikesan serta tidak tetap atau
konsisten yang menganggu pengguna Bahasa melayu.

Selain itu, Sistem Ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik
kerana ianya hanya melambangkan bunyi – bunyi bahasa Melayu melalui huruf –
huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi
– bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu. Maka, grafem dan tanda – tanda baru
telah digunakan untuk mencukupkannya. Misalnya, dalam rumi <ng>, <ny>, <ch>,
<kh>, <sh>, <th>, <gh>, <dha>, <dz>, dan tanda – tanda seperti < ‘>, < ’> adalah
untuk melambangkan bunyi – bunyi yang dilambangkan oleh huruf – huruf Jawi
seperti < a’ in> dan < hamzah >. Dalam penggunaan partikel <pun> dalam sistem
ejaan ini mestilah dipisahkan. Sebagai contoh, <ada pun>, dan <atau pun>. Za’ba
tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau
pendek bunyi bagi mana – mana grafem vokal dalam sistem ejaannya. Setiap
perkataan yang dieja adalah dengan berdasarkan bunyi. Dalam sistem ejaan ini
juga mempunyai tiga bunyi diftong yang telah diistilahkan sebagai huruf ‘bunyi
berkait’ iaitu bunyi – bunyi <ai>, <au>, dan <oi>,
EJAAN RUMI ZA’BA
Za’ba telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pada tahun 1933 dan
tersiar dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949. Sistem Ejaan Wilkinson yang
dipakai sebelum ini terdapat beberapa kelemahan. Maka, sistem Ejaan Rumi Za’ba
telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa
Melayu.

Antara pembaharuan dalam Ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-huruf


bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi merupakan vokal
yang terdiri daripada enam abjad, iaitu a, e, e, i, o dan u. Huruf benar pula
merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.

Terdapat 40 peraturan yang telah dikemukan dalam sistem Ejaan Za’ba.


Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian vokal dalam suku kata pertama dan
kedua jika jika suku kata kedua itu suku kata tertutup. Antara beberapa peraturan
yang dimaksudkan tersebut adalah huruf h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata
akhir tertutup, maka vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu.
Contohnya aleh, leteh, sireh, tueh, balek, batek, chantek dan sebagainya, kecuali
jika terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan.
Contohnya, naik, baik, raih, dan sebagainya.

Jika suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan konsonan
k, maka vokal i digunakan bukannya vokal e. Contohnya nasib, katil, kutip, pasir dan
sebagainya, kecuali jika vokal dalam suku kata pertama ialah vokal o dan vokal e,
maka vokal e digunakan bukannya vokal i. Contohnya deret, leher, bogel, chomel,
montel dan sebagainya.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum diasimilasi


sepenuhnya, hendaklah dieja mengikut bunyi asalnya (memakai tanda ‘ dan
sebagainya) dan ditulis dengan huruf condong. Contohnya: wa’sala’m, ahlu’n-nujum,
‘amiru’I-minim, dan sebagainya.

Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi jika digandingkan
dengan kata dasar yang berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w,dan y.
Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama
dikekalkan ejaan menurut sistem ejaan Wilkinson. Misalnya: (r sahaja) berteh,
terbang, terpa, terkam, merdu dan lain-lain, (re) meregang, berebut dan sebagainya.

Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga yang berderet, dalam
tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi. Contohnya: langgar, hinggap,
manggis, menanggong, menenggelamkan dan sebagainya.

Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi


sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan Melayu.
Contohnya: saman, repot, pereman, geran, sain, rasip dan sebagainya.
Jika kata dasar berawalkan huruf b dan p, maka awalan pe- dan me-
mengalami perubahan jika disepadukan dengan kata dasar yang berawalkan huruf i,
m, n, ng, ny, r, w dan y. Contohnya: pelawat, melawat, pemalas, penaung,
penyanyi dan sebagainya.

Jika perkataan perkataan asal berawalkan huruf a, e, e, i, o, u, g, h, k, maka


imbuhan pe- dan me- berubah menjadi peng- dan meng-. Misalnya, (pe) pengaku,
pengempang, pengekor, pengikut, penggali, penghubung, pengait dan
(me) mengaku, mengamok, mengelak, mengata dan sebagainya. Manakala
sebagainya. Huruf k dalam kata dasar gugur kerana tak bersuara, kecuali dalam
kata pinjaman Arab yang mengekalkan huruf k. Misalnya mengkitabkan, dan juga
dalam perkataan mengkemudiankan.

Bentuk si- (yang sebenarnya partikel) dan tetap dieja dengan sempang, dan
huruf s dalam bentuk si- dieja dengan huruf besar jika berganding dengan nama
khas. Contohnya: si-mati, si-laki, si-Abu, di-bawa, dan sebagainya. Kekecualiannya
ialah dalam ejaan perkataan sianu dan siapa yang tidak memakai sempang.

Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama pada
awal perkataan di pangkal ayat, kemudian daripada noktah, kemudian daripada
tanda tanya jika bukan percakapan pengarang, kemudian daripada tanda seruan jika
seruan itu bukan percakapan pengarang, huruf pertama pada perkataan yang
mendahului setiap baris syair atau pantun, huruf pertama pada cakap ajuk dan huruf
pertama dalam perkataan teriakan.
Yang kedua pada huruf awal dalam kata nama khas atau gelaran,nama Tuhan kata
gantinya, nama tempat, nama bangsa, nama gelaran atau pangkat, nama kitab-
kitab, surat khabar, tajuk atau fasal dalam kitab, nama-nama ilmiah dan bidang-
bidangnya, nama bulan, hari cuti dan sebagainya, dan nama perkara atau benda
yang diserukan.

CIRI-CIRI SISTEM EJAAN JAWI ZA'BA:


Sebelum dibuat kesimpulan tentang peranan Za'ba dalam pembaharuan
sistem ejaan Jawi, elok kita tinjau sepintas lalu tentang Daftar Ejaan Melayu
itu sendiri. Di antara lain:

(a) Usahanya itu bermula dalam tahun 1918 lagi bila beliau mengumpulkan
perkataan-perkataan Melayu dalam tulisan Jawi sahaja;
(b) Sumber perkataan-perkataan itu ialah daftar ejaan Rumi Kerajaan Negeri
Persekutuan yang dikeluarkan oleh sebuah jawatankuasa dalam tahun 1904.
Dalam menyusunnya semula menurut abjad Jawi, beliau menambah beberapa
banyak perkataan pula.
(c) Sejak itu beberapa kali lagi penyemakan semula dilakukannya.
(d) Dalam tahun 1925, senarai perkataan itu disemak pula oleh guru-guru
"Kolej Tanjung Malim" bergilir-gilir, dan ditambah lagi oleh mereka beberapa
perkataan lagi. Pada waktu itu, saya percaya, beliau juga mendapat bantuan
daripada pelajar-pelajar Maktab.
(e) "Setelah itu," menggunakan kata-katanya sendiri; "terbenamlah lagi Daftar
ini beberapa lama kerana menantikan peluang hendak memulakan kerja
menjadikan dia kamus betul-betul itu tidak juga dapat-dapatnya".
(f) Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya
dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus,
yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap
perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya.
(g) Walau bagaimanapun, beliau menaruh harapan untuk kemudian kelak
menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak
sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-simpulan
bahasa yang terbit
daripadanya, "sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus-kamus kita
yang sedia ada".

Demikianlah sekadarnnya latar penyediaan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi)


itu yang siap dalam tahun 1938, iaitu setelah melalui tempoh dua puluh tahun
lamanya. Malangnya lagi, hanya kira-kira sepuluh tahun sesudah itu pula baru
Daftar itu diterbitkan, iaitu dalam tahun 1949 - selepas 31 tahun projek itu
dimulakannya dalam tahun 1918.

Di dalam buku itu terdapat dua buah bab selepas "Pendahuluan". Bab-bab itu
ialah "Pengenalan 'Am" (11 halaman) dan "Kaedah-kaedah Ejaan Jawi" (39
halaman). Kedua-dua bab ini jauh lebih penting daripada daftar ejaan itu
sendiri. Daftar itu mensenaraikan perkataan menurut abjad, sedang kedua-
dua bab yang dirujukkan tadi memberi huraian tentang rasionel, modus
operandi, prinsip-prinsip dan rumusan-rumusan kaedah ejaan Jawi.
Demikianlah, jika tidak kerana dua bab itu, tidaklah akan jelas kepada kita
bagaimana dan sejauh mana Za'ba memainkan peranannya dalam
merumuskan sistem ejaan Jawinya itu.

contoh huruf jawi

MENGAPAKAH ZA'BA MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA SISTEM EJAAN JAWI?


Za'ba mengusahakan sebuah sistem ejaan Jawi kerana, seperti yang
dinyatakannya dalam bab "Pengenalan":
"... tulisan Jawi itulah yang terlebih berkehendak diaturkan ejaannya dan
disusunkan dia mengikut tertib hurufnya, kerana ejaannya banyak yang masih
simpang perenang. Tambahan pula tulisan Jawi itu lebih disukai oleh orang
Melayu raya tua dan muda di Semenanjug ini".
Beliau tidak memberikan keutamaan yang sama kepada penggubalan sistem
ejaan Rumi mungkin kerana ejaan Rumi itu sudah pun diselaraskan oleh
Jawatankuasa bagi Merumikan Tulisan Melayu dalam 1904 bagi kegunaan
Kerajaan Negeri Persekutuan. Oleh yang demikian dan oleh kerana sifat yang
berkacau dalam ejaan Jawi, maka menyelaraskan ejaan Jawi itulah yang
menjadi satu keutamaan yang tinggi kepada Za'ba. Walau bagaimanapun,
sistem ejaan Rumi itu dilampirkannya dalam Daftar Ejaan Melayu (Jawi-
Rumi). Agak menarik bahawa sistem ejaan Rumi itu pun mengandungi jumlah
yang sama (empat puluh) dengan jumlah undang-undang dalam sistem ejaan
Jawi.

SISTEM EJAAN JAWI ZA'BA:


Za'ba merasa perlu untuk menggubal sistem ejaan Jawi yang baru kerana
beberapa sebab:
Pertama, adanya semacam keberkacauan dalam ejaan Jawi. Seperti yang
dinyatakan oleh beliau bahawa walaupun kaedah yang dicuba ikutinya ialah
"menurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40 tahun yang lalu serta
kecenderungan penulis-penulis Melayu yang lebih ramai" tetapi beliau juga
mengatakan bahawa yang dikatakan "kebiasaan penulis-penulis yang ramai"
itu pun "ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang".
Kedua, ada usaha hendak menghidupkan semula "ejaan lama yang telah atau
beransur mati" oleh Wilkinson dan Winstedt serta setengah-setengah
penolong Melayunya. Bila ini dicuba lakukan maka
"telah menjadi gempar dan hebuh sungutan di antara penulis-penulis Melayu
apabila terjadi kacau bilau pada ejaan Melayu dalam tahun 1916-19 tatkala
Daeng Abdul Hamid kerani Melayu Sir Richard Winstedt masa itu mencuba
hendak memandai-mandai memakai setengah daripada ejaan cara lama yang
telah ketinggalan itu dalam buku-buku bacaan di sekolah-sekolah Melayu".
Ketiga, terdapat ketidak-sepakatan di antara kamus-kamus karangan orang
Melayu, terutamanya, sehubungan dengan penggunaan huruf qauf,kaf,
hamzah,ta dan ta bulat dihujung kalimah dan beberapa huruf lagi.
Dalam sistem ejaannya itu, Za'ba mengemukakan 20 "undang-undang", atau
hukum, bagi ejaan Jawi untuk kata-kata dasar, dan 20 "undang-undang"
pula bagi kata-kata yang berimbuhan.

Haji Hamdan Haji Abdul Rahman , meneliti 40 "undang-undang" itu, membuat


kesimpulan bahawa Za'ba merumuskan sistem ejaan Jawinya itu berasaskan
kepada tiga prinsip, iaitu: Ekonomi ejaan yang menggunakan seberapa sedikit
bilangan huruf; Kepastian- jika ejaan itu menimbulkan kesamaran sebutan
maka diubahsuai ejaannya supaya mengurangkan kesamaran itu; dan Jamaah
atau Konvensyen digunakan kedua-dua ejaan yang berbeda bagi satu-satu
perkataan jika kedua-duanya dipakai ramai dan tiap-tiap satunya tidak pula
menimbulkan kesamaran sebutan.
Yang dikatakan prinsip ekonomi huruf itu ialah ejaan yang pada asalnya
menggunakan "Kaedah Baris" dan terus terpakai serta tidak pula
menimbulkan kesukaran sebutan, seperti ejaan Jawi untuk perkataan 'pada',
'kepada', 'daripada', dll. Yang dimaksudkan dengan prinsip kepastian ialah
jika sesuatu ejaan yang menggunakan "Kaedah Baris" itu mengelirukan
kerana boleh disalah-bunyikan, maka, di mana mungkin, ia diberikan huruf
saksi supaya lebih jelas bunyinya. Yang dimaksudkan dengan prinsip
konvensyen pula ialah pendirian Za'ba untuk menerima ejaan yang dipakai
ramai penulis, walaupun tidak selaras dengan sistem. Pendirian itu
dinyatakan oleh Za'ba seperti berikut: "Mana ejaan yang lebih ramai orang
menulisnya itulah yang lebih betul; yang kurang ramai itu betul juga tetapi
kurang ..."

Tahap perkembangan ejaan Jawi.


Tahap pertama: Ejaan Jawi yang menggunakan tanda-tanda baris dan
syaddah;
Tahap kedua: Ejaan Jawi itu mengekalkan ejaan pada tahap pertama tetapi
menanggalkan penggunaan tanda;
Tahap ketiga: Ejaan Jawi cara Melayu yang menggunakan huruf saksi pada
suku kata pertama;
Tahap keempat: Pengenalan huruf saksi pada suku kata kedua pula bila
terdapat ejaan yang hanya menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama
itu mengelirukan kerana ejaan yang sama boleh mewakili dua perkataan.

Menurutnya lagi, ejaan Jawi tahap keempat inilah yang menjadi asas kepada
sistem ejaan Pakatan Bahasa Johor (1937) dan sistem ejaan Za'ba (1938).
Walaupun Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang memperkenalkan sistem
ejaan Jawi Za'ba itu siap setahun kemudian daripada sistem ejaan Pakatan
Bahasa Johor, kita dapat mengatakan bahawa Za'balah yang mempelopori
ejaan tahap keempat ini kerana pertama, ejaan Jawi tahap keempat itu telah
dirumuskannya dalam Rahsia Ejaan Jawi dalam tahun 1931 lagi, dan kedua,
Za'ba juga terlibat dalam penyediaan sistem ejaan yang dipakai dalam Buku
Katan terbitan Pakatan Bahasa Johor (1937) itu.

Sistem Ejaan Rumi Za’ba muncul apabila Pendita Za’ba telah membuat
perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini juga dikenali sebagai
Ejaan sekolah. Sistem ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu.
Sistem ejaan Rumi Za’ba daripada satu segi memperlihatkan kaedah
penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan
ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam
semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan Sistem Ejaan
Rumi Za’ba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang
masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem
ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus
ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an.
Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan
yang beragam-ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu
menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940
hingga 1959. Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah aturan ejaan
Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongres
(1956) dan Ejaan Rumi PBMUM (1959).

APAKAH PERANAN ZA'BA?


Demikianlah kita melihat sumbangan Za'ba sehubungan dengan sistem ejaan
Jawi. Dilihat pada proses libatannya dalam kerjayanya untuk menghasilkan
sistem ejaan Jawinya itu, beberapa kesimpulan dapat dibuat sehubungan
dengan peranan beliau dalam evolusi sebuah sistem ejaan Jawi.
Peranannya yang pertama ialah sebagai penggerak atau aktivis bahasa. Ini
dapat kita lihat pada inisiatif yang diambilnya dalam tahun 1924 untuk
menubuhkan sebuah badan yang satu daripada objektifnya ialah membantu
usaha penyelarasan ejaan Jawi. Beliau juga ikut bersama dalam kumpulan
Pakatan Bahasa Johor yang menghasilkan Buku Katan (1937).
Beliau juga memainkan peranan peneroka dan pencipta satu sistem ejaan
secara terperinci berasaskan cerakinan empiris dan memberikan rasionel
bagi setiap aspek dalam sistem yang dicadangkannya itu - satu hal yang tidak
dilakukan sebelum itu. Beliau menghabiskan dua puluh tahun daripada
kerjayanya mengabdikan diri kepada misinya itu. Berasaskan pendidikan yang
diterimanya (Senior Cambridge), sumbangan kesarjanaan yang dihasilkannya
itu amatlah mengkagumkan.

Misinya bukanlah untuk melahirkan satu sistem yang paling lengkap dan
sempurna. Hasratnya hanyalah sekadar memberikan titik tolak yang baru
untuk dipergunakan oleh generasi baru bagi menyempurnakan lagi sistem
ejaannya itu. Pendiriannya ini dapat dilihat pada kata-katanya:
"Adapun pada masa belum tetap salah satu sekarang ini belumlah boleh
diputuskan ketetapannya; kerana keputusan dalam perkara itu ditetapkan
perlahan-lahan oleh kebiasaan ramai, iaitu ikut-mengikut dengan tiada sedar,
bukan dengan hukum-hukum yang diaturkan atau dipaksakan oleh seorang
atau oleh kerajaan sekalipun. Pendeknya ejaan Jawi kita pada perkataan-
perkataan yang belum tetap ejanya sekarang ini masih dalam perjalanan
menuju kepada ketetapan, dan ketetapan itu akan tiba dengan beransur-ansur
mengikut mana ejaan yang lebih ramai orang membiasakannya".

Anda mungkin juga menyukai