Anda di halaman 1dari 1

FPK merupakan satu titik tolak negara dalam memperkuatkan sistem pendidikan seiring

dengan perkembangan revolusi industri yang terkini dan tunjang kepada sistem Pendidikan.
Matlamat FPK melahirkan generasi yang seimbang dan holistik dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. PAK21 juga diperkenalkan bagi membantu dalam melaksanakan prinsip-
prinsip FPK dalam konteks pembelajaran abad ke-21. Jadi, kajian terhadap kesesuaian
dengan pendekatan berpusatkan murid dalam PAK21 ini dijalankan secara terperinci untuk
memastikan keselarasan antara kurikulum dan FPK.

Seterusnya, pernyataan masalah, antara masalah yang kami dapati daripada kajian-kajian
lepas adalah,
1) PAK21 ini masih kurang mendapat sambutan kerana terdapat segelintir guru
yang masih menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran di sekolah iaitu kaedah
kuliah atau dalam erti kata lain kaedah penerangan yang berbentuk teori dan fakta semata-
mata. Maka, kaedah pembelajaran berpusatkan guru ini membuatkan murid bersifat pasif
kerana mereka lebih bergantung kepada guru dalam banyak hal. Secara tidak langsung,
murid tidak dapat memahami cara yang betul dan seimbang dalam menghadapi cabaran
yang mendatang.

2) guru hanya fokus untuk menghabiskan silibus tanpa mempraktikkan teknik


PAK21 yang ingin menerapkan pembelajaran berpusatkan murid. guru tidak mempunyai
kefahaman yang jelas tentang pelaksanaan PAK21 ini. kesannya, murid tidak dapat
memahami dan menguasai pelajaran yang diajar kerana tiada interaksi dua hala antara guru
dan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan.

3) PAK21 ini hanya sesuai untuk sesetengah topik sahaja . Oleh itu, kajian
harus dijalankan untuk melihat sejauh manakah kesesuaian dengan pendekatan berpusatkan
murid ini dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21).

Kajian kualitatif, dengan menggunakan kaedah kepustakaan, iaitu dengan meneliti beberapa
kajian lepas dan jurnal. Kaedah akan menjelaskan mengenai konsep dan standard asas
PAK21 dalam amalan PdPc di sekolah. Kajian turut meneliti kesan penerapan PAK21 dalam
pendidikan bagi mengenalpasti kesesuaian pendekatan berpusatkan murid berdasarkan
kepada kajian-kajian lepas. Manakala kaedah temubual digunakan untuk mencapai objektif
yang ke 3. kaedah temu bual ini melibatkan seramai 17 orang guru KPM. Temu bual ini
bertujuan untuk mengumpul maklumat, pendapat dan pengalaman dalam bentuk
pernyataan langsung daripada responden untuk melihat penggunaan dan keberkesanan
PAK21 yang berpusatkan murid di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai