Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK II

76200 KEM TERENDAK


MELAKA

KERTAS KERJA PROGRAM


SANTAPAN BERKHASIAT MURID
SEMASA UPSR
(2016)

05 SEPTEMBER 2016- 8 SEPTEMBER 201


ISNIN– KHAMIS
KANTIN SKKT 2

PROGRAM KECEMERLANGAN “SANTAPAN BERKHASIAT MURID UPSR 2016”

1.0 PENDAHULUAN
Program santapan berkhasiat murid UPSR ini adalah salah satu aktiviti yang
terdapat dalam takwim kecemerlangan UPSR gemilang 2016. Menyiapkan diri murid-
murid dari segi fizikal dan emosi amat penting terutama ketika mereka sedang
menghadapi peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Namun, aspek pemakanan juga tidak harus dipandang ringan kerana dengan
menjaga gaya hidup yang sihat dan makanan seimbang, seseorang murid itu boleh
menghadapi tekanan semasa peperiksaan. Jika peperiksaan tersebut diadakan pada
sebelah pagi, maka perlulah mengambil sarapan. Sarapan yang diambil hendaklah
disertakan makanan yang mengandungi protein dan buah-buahan. Makanan yang
kaya dengan protein seperti telur, kacang dan yogurt semasa sarapan dan makan
tengahari. Begitupun, ambil sarapan yang ringan kerana jika makan secara
berlebihan atau mengambil makanan yang berat, dikhuatiri akan mengantuk. Melalui
program santapan ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid tahun enam
menjawab soalan peperiksaan dengan lebih sihat dan cergas.

2.0 RASIONAL

2.1 Makan makanan yang sihat sebelum bermulanya peperiksaan akan


melengkapkan badan untuk menghadapi ketegangan dan mengurangkan
tekanan serta akan membekalkan tenaga sepanjang hari.

2.2 Pengambilan makanan sebelum masuk ke dalam dewan dapat membantu


mengendalikan tekanan fizikal dan mental dengan jayanya.

3.0 MATLAMAT

3.1 Dapat membekalkan makanan kepada murid yang tidak sempat


bersarapan semasa di rumah.

3.2 Menyediakan makanan yang cukup dapat membantu fizikal murid


mengendalikan tekanan fizikal dan mentalnya dengan jayanya.

3.3 Meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrient ke dalam


otak supaya ia dapat berfungsi dengan efisien.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengambil makanan yang sihat dengan sempurna, sedikit sebanyak


dapat membantu murid supaya dapat menghadapi dan menjawab
peperiksaan dengan selesa.
4.2 Murid lebih segar dan cergas untuk berfikir semasa menjawab
peperiksaan UPSR tersebut.
4.3 Makan sebelum peperiksaan bermula dapat menghilangkan keresahan
semasa peperiksaan.
4.4 Dapat bekerjasama antara ibu bapa dan guru semasa pepeperiksaan
berjalan.

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 77 orang murid tahun enam (UPSR)

6.0 PROGRAM PERLAKSANAAN

6.1 Sarapan pagi sebelum peperiksaan bermula


6.2 Minum pagi
6.3 Makan tengah hari

7.0 TEMPAT PROGRAM

7.1 Kantin SKKT 2

9.0 TARIKH DAN MASA PROGRAM

9.1 Tarikh : 05 September 2016 – 08 September 2016


9.2 Hari : Isnin – Khamis
9.3 Masa : Mengikut jadual peperiksaan UPSR 2016

11.0 JAWATAN KUASA PROGRAM

Penasihat : En. Mustafa Kamal bin Mohd Nor


(Guru Besar)
Pengerusi : En. Jamal bin Salleh
(Guru Penolong Kanan Kurikulum)
N. Pengerusi : Pn. Siti Wardah binti Abu Hassan
(Guru Penolong Kanna Hal Ehwal Murid)
: Pn. Fazilah binti Omran
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
: Pn. Haslena binti Mat Haris
(Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Penyelaras : Pn. Zaidah binti Manap
(Penyelaras Unit Kecemerlangan)
Setiausaha : Pn. Azilawati binti Abas
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Bendahari : Cik Siti Mahirah binti Abdul Wahab
(Bendahari Kecemerlangan)
AJK : AJK Kecemerlangan UPSR 2016

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sarapan pagi
(RM 2.00 x 77 orang murid x 4hari) RM 616.00

Minum pagi
(RM 3.00 x 77 orang murid x 4 hari) RM 924.00

JUMLAH RM 1,540.00

14.0 PENUTUP

Program ini diharap akan berjalan lancar dengan kerjasama dan komitmen daripada
semua ahli jawatankuasa dan murid. Penglibatan semua amat dihargai dan semoga
diberkati.

Disediakan oleh,

………………………………..
AZILAWATI BINTI ABAS
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Kem Terendak 2
Disemak oleh,

……………………………………
JAMAL BIN SALLEH
Guru Penolong Kanan Kurikulum
SK Kem Terendak 2

Disahkan oleh,

……………………………………
MUSTAFA KAMAL BIN MOHD NOR
Guru Besar
SK Kem Terendak 2

Anda mungkin juga menyukai