Anda di halaman 1dari 2

3.

Persaing Dalam Perniagaan (Ray Kroc)

Pesaing utama bagi McDonald’s adalah restoran KFC dimana dua restoran ini
menyediakan makanan cepat saji yang paling terkenal dan disukai oleh setiap peringkat umur
di serata dunia. Kedua-dua restoran ini telah mendapat popularity yang besar sejak bertahun-
tahun. McDonald’s lebih terkenal dengan hamburgernya yang berlainan resipi dan juga rasa
serta mereka mempunyai pelbagai variasi hidangan yang lain untuk menarik minat pelanggan
untuk membeli. Mcdonald’s juga mempunyai kreativiti dalam mengembangkan bisnes
melalui promosi. Bukan sahaja mempromosi di iklan tv malah mereka juga melakukan
promosi dalam bentuk lain seperti event internal, pemberian bonus, menu yang berserta
dengan hadiah permainan bagi kanak-kanak dan mengeluarkan menu terbaru yang
bersesuaian dengan minat pasar lokal. Selain itu, mereka menarik perhatian pelanggan
dengan berusaha memberi kemudahan seperti layanan “drive thru” atau pemesanan berjalan
bagi memudahkan pelanggan terutamanya untuk pelanggan yang sibuk atau mereka yang
ingin cepat menuju ke destinasi yang dituju. Dengan aplikasi foodpanda juga pelanggan
boleh memesan tanpa harus keluar dari rumah untuk membelinya.

3. Persaing Dalam Perniagaan (Bryan Loo)

Persaing yang dekat bagi Tealive adalah Chatime dimana kedua-dua jenama ini
sangat terkenal terutamanya di Malaysia dalam menyediakan pelbagai jenis minuman.
Jenama tealive juga tidak asing lagi bagi penggemar bubble tea di Malaysia. Dengan
pengeluaran pelbagai menu dari kopi sehingga sparkling drink adalah cara mereka untuk
menarik perhatian pelanggan untuk membeli. Bagi menyajikan pelbagai kelainan, Tealive
juga sering memperkenalkan menu limited edition yang diperbaharui dengan pelbagai menu
baru dan pelbagai pilihan topping dari semasa ke semasa. Tealive lebih mempromosikan
menu mereka dengan cara optimal media sosial dimana ini menjadi rahasia efektif dalam
menjaring pelanggan baru serta menyapa pelanggan setia. Cara mereka mempromosikan
menu juga adalah melalui influencer yang membantu mempromosikan menu untuk menarik
minat penggikutnya untuk membeli. Selain itu, Tealive sering membuat promosi khas dengan
mendiskaunkan minuman mengikut menu tertentu dan mereka juga sering berkolaborasi
dengan pelbagai jenama seperti KitKat, Horlicks dan Mamee.
3. Pesaing Dalam Perniagaan (Zhang Yiming)

Pesaing utama bagi aplikasi TikTok adalah aplikasi Instagram dimana kedua-dua
aplikasi ini mendapat ramai sambutan daripada masyarakat pelbagai peringkat umur.
Keberadaan dan kewujudan aplikasi TikTok ini cukup mengancam media sosial yang lain.
Tiktok juga merupakan platform media sosial yang tumbuh paling cepat di dunia. Dengan
penambahan kelengkapan yang diwujudkan dari semasa ke semasa oleh aplikasi TikTok ini
telah mendapat sambutan yang banyak. Dengan itu lebih mudah untuk merek menyaingi
aplikasi lain. Contohnya, kini TikTok hadir dengan sesuatu yang baru dimana wujudnya
TikTok shop. Dengan jumlah pengguna TikTok yang ramai dapat memudahkan penjual
memperkenalkan produk mereka dan kemudahan untuk belanja secara terus di aplikasi
TikTok adalah senang dan pantas. Hal ini dapat mempromosikan produk dengan lebih untung
lagi malah dapat menaikkan nama produk ke serata dunia melalui hashtag yang diguna pakai.
Dengan wujudnya “filter” yang pelbagai fungsi dan bentuk dapat menarik perhatian
pengguna. Pengguna juga mudah untuk menunjukkan bakat mereka melalui hashtag fyp
dimana dengan penggunaan hashtag fyp ini boleh meningkatkan jumlah tontonan malah
pengikut.

5. Pada pendapat saya ciri-ciri yang perlu ada dalam seorang usahawan yang berjaya ialah

Anda mungkin juga menyukai