Anda di halaman 1dari 13

2015 ULANGAN SEMESTER 2

BAHAGIAN C: PEMBANGUNAN MASYARAKAT


SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

KEHENDAK SOALAN
TOPIK KATA KUNCI
PENDIDIKAN SAUDAGAR BESAR DARI
KUALA LUMPUR JELASKAN

Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, jelaskan kepentingan pendidikan dalam
konteks pembangunan masyarakat kini. (25)

PENGENALAN
K/P- Pembangunan masyarakat merujuk kepada usaha untuk membawa perubahan bagi
meningkatkan taraf hidup masyarakat.
K/T- Pendidikan pula merujuk kepada perihal mendidik atau proses membentuk manusia
secara menyeluruh dan seimbang atau tujuan pendidikan secara umum seperti
memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.
L/B- Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas terdapat beberapa
kepentingan bagi pendidikan yang dipaparkan oleh watak seperti Encik Muhammad, Rahim
dan lain-lain lagi demi pembangunan masyarakat yang sejahtera.
O/W- Terdapat pelbagai kepentingan pendidikan seperti kepentingan pendidikan dapat
melahirkan masyarakat yang berilmu, kepentingan pendidikan dapat memupuk perpaduan,
kepentingan pendidikan dapat melahirkan masyarakat yang pemurah dan lain-lain lagi.

ISI 1
F- Antara kepentingan pendidikan yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur adalah kepentingan dapat melahirkan masyarakat yang berilmu.
H1- Hal ini kerana, masyarakat yang berilmu mampu untuk membezakan perkara yang baik
dan buruk.
H2- Selain itu, masyarakat tersebut akan akan dipandang tinggi dan dihormati oleh komuniti
setempat kerana memiliki taraf pendidikan yang tinggi.
C- Sebagai contoh, Encik Muhammad yang dihormati oleh penduduk Kampung Pulai kerana
merupakan seorang yang arif dalam hal perniagaan di mana beliau telah melanjutkan pelajaran
ke luar negara iaitu England dalam bidang pengurusan dagang.
KC-Jelaslah bahawa, kepentingan pendidikan dapat melahirkan masyarakat berilmu yang
penting supaya dapat memupuk generasi muda yang bijaksana demi pembangunan masyarakat
yang kamil.
ISI 2
F- Selain itu, pendidikan penting untuk memupuk perpaduan.
H1- Hal ini kerana, melalui pendidikan masyarakat dapat mengeratkan hubungan silaturahim
melalui sesi perkenalan ketika berada di institusi pendidikan.
H2- Selain itu, masyarakat juga dapat mengenali dengan lebih dekat tentang budaya dan agama
masyarakat lain yang berbilang kaum.
C- Sebagai contoh, dapat dilihat melalui watak Rahim, Robert, Mahani dan Lily yang
bersekolah di sekolah menengah yang sama dan persahabatan mereka berkekalan sehinggalah
mereka meningkat dewasa.
KC- Jelaslah bahawa, pendidikan penting untuk memupuk perpaduan antara kaum yang
berbilang bangsa supaya kekal utuh dan terhindar dari perselisihan faham demi pembangunan
masyarakat yang harmoni .

ISI 3
F- Seterusnya, kepentingan pendidikan adalah dapat melahirkan masyarakat yang pemurah.
H1- Hal ini kerana, masyarakat yang memiliki pendidikan akan menjadi pemurah di mana
mereka akan lebih memikirkan tentang kebaikan yang bakal diperoleh oleh orang-orang di
sekeliling melalui perbuatan yang mereka lakukan.
H2- Selain itu, masyarakat tersebut akan disenangi oleh komuniti setempat disebabkan oleh
nilai murni yang diamalkan oleh mereka.
C- Sebagai contoh, Lebai Maarup yang sanggup mewakafkan tanah miliknya yang seluas lebih
kurang dua ekar kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang bagi tujuan pembinaan surau bagi
kemudahan pekerja syarikat itu sendiri untuk mendirikan solat .
KC-Jelaslah bahawa, pendidikan penting untuk melahirkan masyarakat pemurah yang mampu
menjadi suri teladan bagi generasi muda demi pembangunan masyarakat yang unggul.

ISI 4
F- Di samping itu, kepentingan pendidikan adalah dapat melahirkan masyarakat yang
berkemahiran tinggi serta cekap.
H1-Hal ini kerana, masyarakat yang memiliki kemahiran yang tinggi akan lebih pantas dalam
melaksanakan tugas yang telah diberikan tanpa sebarang masalah yang berlaku.
H2- Selain itu, masyarakat tersebut akan disenangi oleh semua pihak kerana mudah untuk
bekerja bersama.
C-Sebagai contoh, Azliah yang berkemahiran tinggi dalam bidang kerja seorang setiausaha
setelah mendapatkan pendidikan yang tinggi iaitu Diploma Kesetiausahaan dari ITM.
KC-Jelaslah bahawa, pendidikan penting bagi melahirkan masyarakat yang berkemahiran
tinggi serta cekap agar mampu mendidik generasi muda supaya serba boleh dalam setiap apa
yang dilakukan demi pembangunan masyarakat yang holistik.

ISI 5
F- Akhir sekali, kepentingan pendidikan adalah mampu untuk memberi peluang pekerjaan.
H1- Hal ini kerana, masyarakat yang berpendidikan akan ditawarkan peluang pekerjaan yang
lebih luas disebabkan oleh taraf pendidikan yang mereka miliki .
H2-Selain itu, masyarakat tersebut juga akan dijadikan sebagai contoh kepada golongan muda
untuk belajar dengan lebih gigih.
C- Sebagai contoh, Robert yang belajar di London dan memperolehi Ijazah Kejuruteraan
Lombong telah ditawarkan sebagai jurutera di Syarikat Lombong Lembah Tualang.
KC-Jelaslah bahawa, pendidikan penting kerana mampu untuk memberi peluang pekerjaan
kepada masyarakat agar taraf hidup mereka dapat dipertingkat menjadi lebih baik.

PENUTUP
RUMUSAN- Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan pendidikan yang terdapat dalam
novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang akan diperoleh oleh para pembaca.
CADANGAN- Justeru itu, generasi kini perlulah mengutamakan pendidikan dalam kehidupan
mereka agar mampu memupuk masyarakat yang terdidik serta bijaksana dalam pelbagai aspek
demi pembangunan masyarakat yang cemerlang.
SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)

KATA KUNCI TOPIK


KEHENDAK
H1 H2 PRO SUSUN LAPIS SOALAN
MASYARAKAT

(a) Galurkan susun lapis masyarakat yang terdapat di Melaka. [9]

ISI 1
F-Antara susun lapis yang terdapat di Melaka adalah golongan diraja sebagai hakim.
H1- Hal ini kerana, raja sebagai hakim bertanggungjawab untuk menghakimi segala pertikaian
serta masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat dengan adil.
H2- Selain itu, hakim tersebut akan mampu untuk menjamin kehidupan masyarakat agar
terhindar dari timbulnya sebarang perbalahan.
C- Sebagai contoh, Sultan Mansur Syah sebagai hakim yang telah menjatuhkan hukuman
bunuh ke atas Hang Tuah kerana telah memakai gundik raja yang di mana perbuatan tersebut
dianggap sebagai penderhakaan kerana telah menggunakan hak raja tanpa kebenaran daripada
baginda serta tindakan tersebut adalah bertujuan untuk menjamin keharmonian anggota
masyarakat.
KC-Jelaslah bahawa, susun lapis golongan diraja sebagai hakim dapat menjamin keselamatan
Melaka dari sebarang ancaman luar demi pembangunan masyarakat yang harmoni.

ISI 2
F- Seterusnya, susun lapis golongan bangsawan sebagai penasihat.
H1- Hal ini kerana, golongan bangsawan merupakan penyambung hubungan raja dengan
rakyat melalui peranan mereka dalam pentadbiran negara.
H2- Selain itu, golongan bangsawan mampu menjadikan urusan pentadbiran kerajaan lebih
sistematik dan teratur.
C- Sebagai contoh, nasihat dan pandangan Bendahara Paduka Raja kepada Sultan Mansur Syah
akhirnya telah membawa kepada terjalinnya hubungan diplomatik antara Melaka dengan
Sulawesi dan Siam.
KC-Jelaslah bahawa, susun lapis golongan bangsawan sebagai penasihat dapat melancarkan
keseluruhan urusan pentadbiran kerajaan atau negara demi pembangunan masyarakat yang
makmur.
ISI 3
F- Akhir sekali, susun lapis golongan rakyat sebagai guru.
H1- Hal ini kerana, golongan rakyat sebagai guru dapat menyediakan ruang pendidikan kepada
golongan masyarakat untuk menimba pelbagai ilmu seperti ilmu agama mahupun ilmu
ekonomi.
H2- Selain itu, dengan ilmu yang dipelajari oleh masyarakat dapat menjadikan masyarakat
mempunyai pengetahuan luas dan dapat digunakan dalam kehidupan.
C- Sebagai contoh, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf merupakan guru agama yang
mengajar ilmu tasawuf kepada Sultan Mahmud Syah yang mana ilmu tersebut digunakan
dalam pemerintahan.
KC- Jelaslah bahawa, susun lapis masyarakat golongan rakyat sebagai guru dapat melahirkan
masyarakat yang bijak pandai yang mampu memajukan negara demi pembangunan masyarakat
yang bijak pandai.

TOPIK
KATA KUNCI KEHENDAK
KEDUDUKAN SOALAN
H1 H2 PRO
STATUS SOSIAL

(b) Huraikan kedudukan status sosial setiap lapisan masyarakat tersebut. [16]

ISI 1
F- Antara kedudukan status sosial bagi golongan raja adalah melalui perkahwinan.
H1- Hal ini kerana, melalui perkahwinan seseorang raja itu dapat menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara-negara serantau.
H2- Selain itu, perkahwinan yang dijalinkan secara tidak langsung akan menjamin
kelangsungan kemakmuran bagi sesebuah kerajaan yang berada di bawah raja tersebut.
C- Sebagai contoh, Sultan Mansur Syah yang telah berkahwin dengan puteri Majapahit, iaitu
Raden Galuh Cendera Kirana dan juga dengan Puteri Hang Liu yang merupakan anak kepada
Raja China..
KC- Jelaslah bahawa, kedudukan status sosial bagi golongan raja melalui perkahwinan penting
bagi menjadikan negara sentiasa stabil demi pembangunan masyarakat yang sejahtera.
ISI 2
F- Selain itu, kedudukan status sosial bagi golongan bangsawan seperti bendahara adalah
melalui peperangan .
H1- Hal ini kerana, bendahara memikul tugas dan tanggungjawab yang yang besar iaitu untuk
menjadi ketua angkatan tentera ketika berhadapan dengan musuh.
H2- Selain tu, bendahara ini turut berperanan bagi mengekalkan kestabilan negara dari
ancaman kuasa luar.
C-Sebagai contoh, Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang telah dititahkan oleh Sultan
Muzaffar Syah bersama-sama dengan Seri Nara Diraja dan Seri Bija Diraja untuk mengetuai
angkatan tentera Melaka ketika berdepan dengan ancaman dari tentera Siam.
KC- Jelaslah bahawa, kedudukan status sosial bangsawan seperti bendahara penting dalam
sesebuah susun lapis masyarakat agar kerajaan sentiasa terpelihara dari ancaman kuasa asing
demi pembangunan masyarakat yang harmoni.

ISI 3
F- Seterusnya, kedudukan status sosial bagi golongan rakyat adalah melalui ulama.
H1- Hal ini kerana, ulama ini merupakan golongan bijak pandai dan alim dalam hal ehwal
agama islam.
H2- Selain tu, golongan ini juga berperanan penting dalam aktiviti penyebaran agama Islam di
alam Melayu.
C- Sebagai contoh, Sheikh Ismail seorang nahkoda kapal yang telah disruruh oleh Syarif
Mekah ke Semundra untuk mengislamkan seluruh rakyat di sana serta turut membawa bersama
iaitu Raja Mu’tabari, Sultan Muhammad dalam misi mengislamkan rakyat di negeri berkenaan.
.
KC- Jelaslah bahawa, kedudukan status sosial golongan rakyat melalui ulama adalah penting
dalam susun lapis masyarakat bagi menjamin akhlak diri masyarakat sentiasa terjaga dari
terjerumus kepada perkara yang mungkar demi pembangunan masyarakat yang unggul.

ISI 4
F-Akhir sekali, kedudukan status sosial bagi golongan hamba adalah melalui tenaga kerja.
H1- Hal ini kerana, golongan ini berada pada kedudukan yang paling bawah sekali dalam susun
lapis masyarakat Melayu tradisional di mana mereka tidak memiliki sebarang hak yang
istimewa.
H2- Selain itu, hamba melalui tenaga kerja ini juga berperanan dalam menyediakan sumbangan
iaitu dengan menjalankan pelbagai kerja yang wujud dalam kehidupan masyarakat.
C- Sebagai contoh, watak Badang yang merupakan seorang hamba kepada seorang perempuan
di Sayung yang ditugaskan untuk membuat huma untuk tuannya di sana.
KC- Jelaslah bahawa, kedudukan status sosial bagi golongan hamba iaitu melalui tenaga kerja
ini penting dalam susun lapis masyarakat agar segala aktiviti sosial dapat dijalankan dengan
lebih cekap demi pembangunan masyarakat yang maju.
BAHAGIAN C: PEMBANGUNAN NEGARA
SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)

KATA KUNCI TOPIK KEHENDAK SOALAN


H1 H2 PRO + KEGIATAN EKONOMI SULALATUS SALATIN
KONTRA

Bincangkan kegiatan ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang


menyumbang pembangunan negara berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).
[25]

PENDAHULUAN

K/P- Pembangunan negara bermaksud satu proses yang sangat penting dalam sesebuah negara
bagi membolehkan negara mencapai kemajuan dari pelbagai aspek kehidupan manusia seperti
ekonomi, politik, sosial, pendidikan, psikologi dan sebagainya.

K/T- Ekonomi pula merujuk kepada ilmu berkaitan pengeluaran, pengagihan, penggunaan
barang-barangan dan perkhidmatan.

L/B- Berdasarkan novel Sulalatus Salatin karya A. Samad Ahmad terdapat beberapa kegiatan
ekonomi yang telah diamalkan oleh masyarakat Melayu seperti watak Wan Embung,
Bendahara Seri Maharaja, Seri Maharaja Tun Mutahir dan lain-lain lagi demi pembangunan
negara yang sejahtera .

O/W-Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi yang terdapat dalam Sulalatus Salatin seperti
kegiatan ekonomi pertanian perhumaan, kegiatan ekonomi pertanian menternak binatang,
kegiatan ekonomi perdagangan tumpuan asing dan lain-lain lagi.
F- Antara kegiatan ekonomi dalam aspek sara diri adalah kegiatan perhumaan.

H1- Hal ini kerana, kegiatan padi huma mampu menjana pendapatan bagi rakyat dan negara.

H2- Jika sebaliknya, masyarakat pada ketika itu akan menghadapi krisis makanan dan
mengalami kebuluran kerana tidak memiliki bekalan makanan asas yang mencukupi.

C-Sebagai contoh, penanaman padi huma yang diusahakan oleh Wan Embung dan Malini yang
luas dan membuahkan hasil yang lumayan telah menjadikan mereka berdua kaya-raya.
KC- Jelaslah bahawa, kegiatan perhumaan penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi
negara demi pembangunan negara yang stabil.

ISI 2
F- Selain itu, kegiatan ekonomi dalam aspek sara diri adalah kegiatan menternak binatang .

H1- Hal ini kerana, melalui penternakan binatang para penternak akan dapat menghasilkan
produk yang mampu menarik perhatian negara luar.

H2- Jika sebaliknya, penternak tidak dapat memenuhi permintaan seterusnya akan menjejaskan
pertumbuhan ekonomi negara.

C-Sebagai contoh, Bendahara Seri Maharaja mempunyai kerbau berkandang-kandang dI Kayu


Ara. Oleh kerana banyaknya kerbau Bendahara Seri Maharaja, adakalanya ia disembelih oleh
anak-anak buahnya sekiranya mereka tidak mendapat hasil apabila berburu.

KC- Jelaslah bahawa, kegiatan menternak binatang dapat memperluas bidang ekonomi negara
demi pembangunan negara yang maju.

ISI 3
F- Seterusnya, adalah ekonomi sara diri iaitu melalui kegiatan memburu binatang.

H1- Hal ini kerana, melalui kegiatan memburu binatang masyarakat Melayu tradisional dapat
menjadikannya sebagai aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan keluarga dan
dijadikan makanan.

H2- Jika sebaliknya, masyarakat akan mengalami kekurangan sumber makanan dan tidak dapat
meneruskan kelangsungan hidup.
C- Sebagai contoh, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah, digambarkan anak buah
Bendahara Seri Maharaja pergi berburu kerbau jalang dan rusa dan menyembelih dua tiga ekor
serta menghantar sepaha kepada Bendahara Seri Maharaja.

KC- Jelaslah bahawa, kegiatan memburu binatang penting dalam bidang ekonomi masyarakat
Melayu tradisional demi pembangunan negara yang unggul.

ISI 4
F- Antara kegiatan ekonomi dalam aspek perdagangan pula adalah perdagangan tumpuan
asing.

H1- Hal ini kerana, tumpuan daripada negara asing secara tidak langsung dapat meningkatkan
sosio-ekonomi sesebuah negara.

H2- Jika sebaliknya, negara tersebut akan terus mundur kerana produk negara tidak mendapat
sambutan yang menggalakkan dari negara luar .

C-Sebagai contoh, Seri Maharaja Tun Mutahir mendatangi ramai pedagang untuk berdagang
bagi meningkatkan lagi sektor perdagangan di Melaka.

KC- Jelaslah bahawa, kegiatan perdagangan tumpuan asing dapat mewujudkan daya saing
yang tinggi antara negara demi pembangunan negara yang cemerlang.

ISI 5
F- Akhir sekali, kegiatan ekonomi perdagangan adalah perdagangan perkapalan.

H1-Hal ini kerana, kegiatan perkapalan dapat menyediakan perkhidmatan bagi merancakkan
aktiviti perdagangan.

H2- Jika sebaliknya, negara akan mengalami kesukaran untuk mengeksport dan mengimport
sesuatu barangan ke seluruh dunia.

C- Sebagai contoh, Hang Nadim merupakan seorang pedagang yang hebat serta dikatakan
pernah berdagang sehingga ke Benua Keling dengan menumpang kapal Hang Isap.

KC-Jelaslah bahawa, kegiatan perkapalan dapat menjadikan urusan perdagangan berjalan


lancar demi pembangunan negara yang utuh.
PENUTUP
R- Kesimpulannya, terdapat pelbagai kegiatan ekonomi iaitu dari sektor pertanian dan
perdagangan yang terkandung dalam novel Sulalatus Salatin yang dapat dicontohi oleh para
pembaca.

CDN- Justeru itu, generasi kini perlulah menteladani kegiatan-kegiatan ekonomi ini agar
mampu memupuk masyarakat yang rajin bekerja demi pembangunan negara yang kukuh.

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

KATA KUNCI TOPIK


KEHENDAK SOALAN
H1 H2 PRO+KONTRA KEGIATAN EKONOMI

“Kepelbagaian kegiatan ekonomi ada terpapar dalam novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur.” Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan negara. [25]

PENDAHULUAN

K/P- Pembangunan negara bermaksud satu proses yang sangat penting dalam sesebuah negara
bagi membolehkan negara mencapai kemajuan dari pelbagai aspek kehidupan manusia seperti
ekonomi, politik, sosial, pendidikan, psikologi dan sebagainya.

K/T- Ekonomi pula merujuk kepada ilmu berkaitan pengeluaran, pengagihan, penggunaan
barang-barangan dan perkhidmatan.

L/B- Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas terdapat beberapa
kegiatan ekonomi yang telah diamalkan oleh masyarakat Melayu seperti watak Encik
Muhammad, Cik Puan Tipah dan lain-lain lagi demi pembangunan negara yang sejahtera.

O/W-Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur seperti kegiatan ekonomi melombong bijih timah, kegiatan ekonomi membina
rumah atau perumahan, kegiatan ekonomi mengusahakan kilang papan dan lain-lain lagi.
F- Antara kegiatan ekonomi dalam novel ini adalah kegiatan melombong bijih timah.
H1- Hal ini kerana, kegiatan melombong bijih timah bertujuan untuk memperdagangkan
produk negara seterusnya dapat memenuhi permintaan yang tinggi di pasaran serta memajukan
ekonomi negara.
H2- Jika sebaliknya, hasil negara yang bernilai tersebut akan terus kekal dalam negara tanpa
mendapat sebarang perhatian dari negara luar.
C- Sebagai contoh, Datuk Tan dan Encik Muhammad yang telah menubuhkan Syarikat
Lombong Lembah Tualang bagi tujuan melombong bijih timah di Kampung Pulai yang di
mana telah memberi kesan yang positif kepada ekonomi negara.
KC- Jelaslah bahawa, kegiatan perdagangan bijih timah penting untuk ekonomi negara
seterusnya dapat membawa keuntungan yang lumayan demi pembangunan negara yang maju.

ISI 2
F- Seterusnya, adalah kegiatan membina rumah atau perumahan.
H1- Hal ini kerana, dengan adanya pembinaan rumah atau perumahan masyarakat akan hidup
dengan lebih selesa.
H2- Jika sebaliknya, masyarakat akan hidup secara berpindah-randah kerana terlalu miskin
untuk memiliki rumah.
C-Sebagai contoh, Yang Berhormat Muhd. Yusuf yang mengusahakan penduduk kampung
untuk melakukan perpindahan ke Felda yang di mana merupakan salah satu daripada proses
penstrukturan semula masyarakat bagi membasmi kemiskinan.
KC- Jelaslah bahawa, kegiatan membina rumah atau perumahan ini penting bagi menjamin
kehidupan yang selesa bagi para masyarakat agar negara tidak lagi memiliki rakyat yang hidup
susah demi pembangunan negara yang kian membangun.

ISI 3
F- Tambahan lagi, kegiatan ekonomi seterusnya adalah menerusi kegiatan menanam Orkid .
H1- Hal ini kerana, aktiviti penanaman Orkid mampu menjadi komersial dan berupaya bagi
menaikkan taraf ekonomi negara.
H2- Jika sebaliknya, negara akan kehilangan salah satu daripada sumber penjana pendapatan
seterusnya akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
C- Sebagai contoh, pembukaan ladang orkid di jeram medang oleh Cik Puan Tipah dapat
membuka peluang pekerjaan dan hasil tanaman orkid dapat dieksport ke luar negara.
KC- Jelaslah bahawa, kegiatan menanam Orkid penting kerana dapat meluaskan lagi pasaran
negara demi pembangunan negara yang berdaya saing.
ISI 4
F- Disamping itu, kegiatan lain juga termasuklah kegiatan mengusahakan kilang papan.
H1- Hal ini kerana, masyarakat perlu bijak dalam mencari cara untuk terus meningkatkan taraf
hidup mereka menjadi lebih baik yang di mana secara tidak langsung akan mngembangkan
ekonomi negara.
H2- Jika sebaliknya, negara tersebut akan terus mundur kerana tiada usaha yang dilakukan oleh
golongan masyarakat dalam mengubah negara menjadi negara yang lebih maju.
C-Sebagai contoh, kilang papan yang diusahakan oleh Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah
membuka peluang pekerjaan bagi penduduk di Pekan Kuala bagi menjana sumber pendapatan
mereka.
KC- Jelaslah bahawa, kegiatan mengusahakan kilang papan merupakan salah satu daripada
usaha yang penting untuk dilakukan oleh masyarakat dalam menyara kehidupan mereka demi
pembangunan negara yang cemerlang dari sudut sosio-ekonomi.

ISI 5
F- Akhir sekali, kegiatan menanam kelapa sawit.
H1- Hal ini kerana, kelapa sawit merupakan satu tanaman penting sebagai sumber makanan
dan bahan asas dalam industri makanan serta kosmetik yang turut turut berpotensi sebagai
sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
H2- Jika sebaliknya, negara akan terus bergantung dengan negara luar bagi mendapatkan
keperluan secara import yang seterusnya akan merugikan negara.
C- Sebagai contoh, Penghulu Mahmud yang telah mengusahakan tanah miliknya dengan
melakukan kegiatan penanaman kelapa sawit.
KC- Jelaslah bahawa, kegiatan menanam kelapa sawit penting bagi negara agar dapat
membuahkan hasil lumayan yang mana datang daripada sumber negara itu sendiri demi
pembangunan negara yang utuh.
PENUTUP
R- Kesimpulannya, terdapat pelbagai kegiatan ekonomi dalam novel Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur yang dapat dicontohi oleh para pembaca.

CDN- Justeru itu, generasi kini perlulah menjadikan kegiatan ekonomi tersebut sebagai teladan
yang boleh diikuti agar dapat menjadikan ekonomi negara bertambah pesat demi pembangunan
negara yang stabil.

Anda mungkin juga menyukai