Anda di halaman 1dari 7

KOD KURSUS:

IIQ3007 METODOLOGI DAKWAH

TAJUK:

ULASAN VIDEO MUALAF: KISAH PENGISLAMAN KETUA GEREJA DI


PONOROGO, INDONESIA.

PENSYARAH:

DR. FAKHRUL ADABI BIN ABDUL KADIR

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK

MUHAMMAD AIMAN BIN JAFFAR U2000124/2

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

SESI 1 2023/2024
Ulasan video:

Karakter utama dalam video ini ialah Pak Aris Tarelhuan yang merupakan

seorang mantan ketua gereja bagi aliran Kristian Protestan di Ponorogo, Indonesia.

Melalui temu bual tersebut dia telah berkongsi bagaimana dia tergerak dalam hati

untuk memeluk Islam. Menurutnya, sebagai ketua gereja pada ketika itu, tindakan

untuk memeluk Islam bukanlah suatu perkara yang mudah bagi dirinya berbanding

mualaf lain. Hal ini kerana dia terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah, ancaman

dan tentangan oleh masyarakat setempat. Seterusnya, Pak Aris juga menyatakan

bahawa hasrat untuk memeluk Islam itu bukanlah berpunca daripada ajakan sahabat-

sahabat terdekat, ahli keluarga terdekat dan sesiapa yang tinggal berdekatan

dengannya. Walaupun rumahnya terletak di perkampungan orang-orang muslim,

semakin susah bagi dirinya untuk mendekatkan kepada Islam kerana masih sebati

dengan ajaran Kristian. Pak Aris juga adalah berasal daripada keturunan keluarga

yang menyandang jawatan sebagai ketua-ketua gereja bagi aliran masing-masing

yang bermula daripada susur galur datuknya. Pak Aris ialah seorang lulusan dari

Sekolah Pelayanan Bethany di Surabaya. Perjalanannya untuk memeluk Islam

bermula setelah dia didatangi mimpi selama lima malam berturut-turut. Menurutnya

juga, melalui mimpi tersebut dia didatangi oleh beberapa Malaikat untuk memujuknya

memeluk Islam. Setelah berdepan dengan seruan Malaikat di dalam mimpinya, dia

telah mengalami masalah untuk tidur selama dua bulan. Hal ini kerana dia terlalu

memikirkan kelayakannya sebagai ketua gereja untuk memeluk Islam dan tidak boleh

menerima kenyataan tersebut. Selama lima hari dia bermimpi, dia didatangi Malaikat

setelah masuknya jam 12 tengah malam untuk menjemputnya datang ke masjid.

Apabila sampai di masjid, dia terus menuju kearah tujuh anak tangga yang ada pada

masjid tersebut. Setiap anak tangga itu terdapat seseorang lelakiyang berdiri dan
memakai jubah dan berserban putih sambil melihat penghuni-penghuni perempuan

lain yang memakai pakaian serba putih memenuhi ruangan dalaman masjid dalam

mimpi tersebut. Sebaliknya, apabila dia diajak oleh malaikat untuk masuk ke dalam

masjid namun, dia menolak ajakan tersebut kerana masih ragu-ragu dengan dirinya

pada masa itu. Setelah sebulan berlalu, dia didatagi pula oleh mimpi yang baru dan

berada di tempat yang berbeza, iaitu di sebuah pulau. Dalam perjalanan menuju ke

pulau tersebut, dia menggunakan sebuah perahu malah dia membuat keputusan

untuk terjun ke dalam laut kerana tidak mahu menjejakkan kaki ke pulau tersebut.

Keadaan menjadi kelam kabut kerana dia tidak mahir untuk berenang dan memikirkan

dirinya akan lemas. Kemudiannya, datangnya sosok lelaki yang berjubah dan

berserban putih untuk menolongnya untuk naik ke daratan pulau tersebut. Setelah

menolongnya, pemuda tersebut telah membuat suatu perjanjian dengan Pak Aris

untuk menjemputnya kembali dalam meneruskan perjalanannya ke pulau tersebut.

Apabila sampai di daratan pulau tersebut, dia menoleh ke belakang untuk melihat

pemuda tersebut, akan tetapi pemuda tersebut telah hilang daripada pandangannya

dan melihat anak dan isterinya telah menunggunya di daratan pulau tersebut.

Seterusnya, dia terjaga daripada tidur lalu mengungkapkan suatu pertanyaan

yang melulu kepada isterinya bahawa dia ingin memeluk Islam. Namun isterinya

memberi respon tidak percaya dengan kenyataan tersebut kerana isterinya sangat arif

tentang aktiviti suaminya dalam mengerjakan aktiviti-aktiviti di gerejanya. Kemudian,

dia juga menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam kepada anaknya, namun masih

memberi respon yang sama seperti isterinya dengan menunujukkan tanda tidak

percaya dengan pendirian tersebut. Sebagai tanda tidak percaya dengan pendirian

ayahnya (Pak Aris) untuk memeluk Islam, Pak Aris juga pernah menghalang

kehendak anaknya untuk bercinta dengan pasangan yang beragama Islam. Apabila
dia tidak mendapat sokongan majoriti dari ahli keluarganya untuk memeluk Islam,

sekali lagi dia telah mengalami masalah untuk tidur dengan selesa pada waktu malam

dan hari-hari lain. Sekali pada waktu malam pula, dia masih lagi menegaskan

pendirian dirinya kepada isterinya untuk memeluk Islam dan isterinya tetap memberi

respon yang sama seperti setelah bertanya dan menyatakan hasrat tersebut sebelum

ini. Pada keesokan harinya, Pak Aris masih menanyakan soalan berkaitan dengan

Islam lalu mengajak anaknya sekali untuk memeluk Islam apabila mendengar

kenyataan anaknya bahawa suka akan Islam. Dengan itu, Pak Aris telah membuat

keputusan yang muktamad untuk mengajak anak dan isterinya untuk memeluk Islam

secara yang sah dan pasti. Namun begitu, hasrat Pak Aris selalu tergugat apabila

tetamu atau rakan-rakannya yang beragama Kristian berkunjung ke rumah dengan

memberi beberapa nasihat supaya berfikir masak-masak sebelum mengucapkan

lafaz “Syahadah” itu. Setelah menerima kunjungan tetamunya hatinya semakin gusar

apa yang akan menimpa dirinya setelah dia memeluk Islam nanti.

Lain daripada itu, proses pengislaman Pak Aris ini telah disokong oleh anggota

keluarga isterinya yang beragama Islam dan proses memeluk Islam tersebut akan

dilakukan oleh mereka ini setelah selesai mengerjakan ibadah Haji di Makkah.

Dengan keadaan sedemikian, imam kariah telah menghadapi banyak kesibukan kerja

dan tugasan sebagai seorang imam di masjid kariah terssebut. Lalu, beberapa orang

individu daripada anggota keluarga isterinya datang ke rumah Pak Aris untuk

menukarkan hasratnya untuk memeluk Islam di kampungnya, malah proses memeluk

Islam telah di tukarkan dari masjid kariah ke Pusat Pengajian Al-Manar. Hari demi

hari, sebelum Pak Aris memeluk Islam, rumahnya selalu dikunjungi oleh rakan-rakan

Kristiannya yang lain bagi menguji pendirian Pak Aris tentang keyakinan terhadap

Islam. Di samping kejadian itu, Pak Aris telah jatuh sakit kerana kerap memikirkan
bahawa susahnya untuk menjadi orang Islam. Lalu, anggota keluarga isterinya

mempercepatkan proses pengislaman Pak Aris supaya dapat meredakan kegusaran

tersebut. Pada November 2015, Pak Aris dan seluruh ahli keluargannya telah

memeluk Islam sepenuhnya dan diikuti oleh anaknya yang belajar di Taiwan. Melalui

proses pengislaman tersebut, Pak Aris berasa sungguh gementar bahawa proses

tersebut telah meriuhkan seluruh penduduk kampungnya dan setiap bangunan di

kediaman rumahnya telah dihiasi dengan cantik sebagai tanda menerima umat yang

baru. Melalui pengislaman tersebut, dia berasa amat bersyukur kepada Allah SWT

kerana masih diberi peluang untuk menerima hidayah ini walaupun menjadi seorang

ketua atau penggerak kepada agama yang bertentangan dengan Islam. Dengan

keadaan sedemikian, kesulitannya untuk memeluk Islam tidak berakhir dengan begitu

sahaja. Malahan, terdapat segelintir komuniti atau masyarakat di kawasan rumahnya

juga menentang dirinya kerana dia memeluk Islam.

Apabila datangnya hari Jumaat, dia ingin menunaikan solat Jumaat di masjid

malah, isterinya turut menasihatkan untuk solat Zohor di rumah supaya tidak ingin Pak

Aris ditertawakan oleh masyarakat setempat. Kemudian, Pak Aris membuat

keputusan untuk menunaikan solat Maghrib di masjid. Peristiwa ini merupakan ujian

yang amat berat kepada Pak Aris kerana sewaktu dia sampai ke masjid, kehadiran

Pak Aris tidak disambut dengan meriah sebagai seorang mualaf yang baru mengenal

Islam dan dipersiskan sebagai “bayi yang baru lahir”. Perkara ini amatlah jelas

berbeza dengan situasi bagi mualaf yang lain dari sudut pandangan Pak Aris. Apabila

seorang mualaf yang baru memeluk Islam, kebiasaannya mereka akan disambut

dengan meriah oleh orang Islam yang lain sebagai tanda meraikan rakan seagama

yang baru. Dia berasa amat kecewa dengan perkara sedemikian lalu menunaikan

solat Maghrib secara berjemaat seperti biasa dan terus pulang ke rumah. Setelah
pulang ke rumah, Pak Imam berkunjung ke rumah Pak Aris untuk membincangkan

beberapa perkara berkenaan amal ibadat. Pak Imam menegur Pak Aris supaya tidak

terburu-terburu dalam melakukan amal ibadat setelah merujuk perbuatannya yang

ingin menunaikan solat berjemaah di masjid kariahnya. Lalu Pak Aris menjawab

teguran Pak Imam itu dengan hati yang lapang dengan menafikan perbuatan tersebut

adalah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk di khalayak ramai. Sebaliknya, Pak Aris

menegaskan bahawa jika perbuatan tersebut adalah niat untuk menunjuk-menunjuk,

sudah pasti dia akan dicaci dan dihina oleh ahli keluarganya terlebh dahulu. Hal ini

demikian kerana, Pak Aris telah mencuba sedaya upaya untuk menyembunyikan

status keislamannya daripada ahli keluarganya.

Setelah menyedari perkara tersebut, ahli keluarganya datang ke Surabaya untuk

berjumpa dengan Pak Aris apabila mengetahui perkembangan tersebut di rumah

adiknya. Pak Aris berpendapat bahawa, keislamannya telah diketahui oleh

masyarakat luar kerana berkemungkinan wujudnya individu yang memuat naik

perkara ini di saluran “You Tube” malahan pada asalnya perkara ini hanya diketahui

oleh sahabat dan ahli keluarga terdekat sahaja. Kedatangan keluarganya ke

Surabaya telah menjadikan keadaan semakin tegang kerana berlakunya

pertengkaran antara sesama mereka. Ahli keluarganya mencaci Pak Aris dan melabel

Pak Aris sebagai murtad di sisi agama Kristian. Pertengkaran itu berlarutan sehingga

menjelang waktu Maghrib. Masuknya waktu Maghrib, pertengkaran itu telah selesai

dan Pak Aris terus menuju ke masjid untuk solat dan menunggu waktu isyak di sana.

Di samping itu, sebelum dia berangkat ke masjid adiknya yang masih beragama

Kristian menawarkan ruang rumahnya untuk Pak Aris menunaikan solat. Walaupun

adiknya beragama Kristian, sikap tolak ansur masih wujud dalam dirinya dengan

melayani abangnya dengan sopan. Akhir sekali, Pak Aris memohon doa kepada Allah
SWT supaya memberi hidayah kepada seluruh ahli keluarganya serta adiknya yang

selalu bersikap baik terhadap dirinya. Oleh itu, dalam temu bual tersebut juga Pak Aris

menceritakan banyak peristiwa semasa perjalanannya untuk memeluk Islam dan

salah satu penyebabnya ialah kepercayaan kepada alam ghaib. Pada sesi akhir temu

bual juga, Pak Aris memberi pesanan kepada mualaf di luar sana supaya sentiasa

terus kuat dan berada kekal di jalan yang benar dan lurus setelah memeluk Islam

supaya diri ini terpelihara oleh Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai