Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT

CEGAH ROKOK DAN VAPE


NAMA SEKOLAH
TAHUN 2023

Ucapan alu- Bismillah hi roh mani rohhim.


aluan
pengacara Yang dihormati ,
majlis
Yang Berusaha
________NAMA_____________
_______NAMA JAWATAN____________

Yang Berusaha
________NAMA_____________
_______NAMA JAWATAN____________

Yang Berusaha
________NAMA_____________
_______NAMA JAWATAN____________

Yang berusaha
________NAMA_____________
_______NAMA JAWATAN____________

Barisan Guru Penolong Kanan


Barisan Guru Kanan
Guru –guru yang dikasihi,
Barisan AKP
serta rakan-rakan pelajar sekalian

Assalamualaikum WBT,
salam sejahtera, Salam Malaysia Madani

Nyanyian Lagu Majlis mengucapkan Selamat Datang ke Majlis Pelancaran


Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape Peringkat SMK
Batu Sepuluh Tahun 2023

Bagi menyemarakkan lagi semangat kebangsaan dan


cintakan tanah air, majlis mempersilakan para hadirin untuk
berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku ,Lagu
________NEGERI____________________LAGU SEKOLAH____________

Dipersilakan

Bacaan ikrar Bagi mempamerkan kesungguhan dan kesetiaan kepada negara


dipersilakan ……………………………………………………………………………..
untuk memimpin lafaz ikrar Rukun Negara

Jemput duduk Para hadirin dijemput duduk. Jemput duduk

Bacaan doa Hadirin sekalian

Awan putih tampak beralun


Hati tertawan bagai terpasung
Tangan ditadah doa di alun
Agar majlis lancar berlangsung

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan

……………………………………………………………………………………… untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan

Tamat doa Amin amin ya robbalalamin. Moga majlis pada hari ini mendapat
keberkatan dari Ilahi.

Aluan Hadirin sekalian


Pengacara
Untuk makluman semua, pada hari ini kita akan amatlah bertuah,
kerana dipilih oleh ___________ untuk sama-sama menjayakan
pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape yang
dilancarkan serentak pada hari ini di seluruh negara. Objektif program
ini adalah untuk menanamkan kesedaran mengenai amalan gaya hidup
sihat dalam kalangan murid dalam jangka masa Panjang.
Selain itu, ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan informasi
kepada murid tentang bahaya menghisap rokok dan vape.

Kempen ini bukanlah bersifat sehari tetapi ia nya merupakan kempen


yang diberi penjenamaan semula dan dilaksanakan secara menyeluruh di
semua sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ucapan Sayup terdengar sahutan cengkerik


Pengetua Di atas ranting sarang kerengga
Tuan di sana senyum melirik
Kami jemput bermadah pujangga

Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis menjemput Tuan


_____NAMA GURU BESAR/PENGETUA______
untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan.
**************************************
Terima kasih tuan/puan gurubesar/pengetua atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi

Ucapan Datang menyerah jejaka tampan


Perasmian Memimpin kota dalam tahanan
Ucapan tuan kami nantikan
Kata azimat penuh pesanan

Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berusaha ______NAMA


JAWATAN_____
untuk menyampaikan ucapan perasmian sempena Pelancaran
Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape tahun 2023

Dipersilakan
******************************
Majlis meminta ______NAMA_____ , Untuk kekal berdiri, dan
dipersilakan Yang Berusaha ______NAMA_____ , untuk sama-sama
menyempurnakan gimik perasmian program pada hari ini.

Fotografi Seterusnya, dipersilakan para tetamu dan barisan Pentadbir untuk


sesi fotografi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada _____NAMA______ atas


ucapan perasmian dan kesudian melancarakn gimik perasmian
kempan Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape tahun 2023 sebentar
tadi.
Bacaan Ikrar Majlis diteruskan dengan menjemput
Generasi Sihat
tanpa Rokok
……………………………………………………………………………………..
dan Vape
Untuk mengetuai bacaan ikrar generasi Sihat Tanpa Rokok Dan
Vape. Dengan itu para pelajar diminta berdiri .

******************************
Para pelajar dipersilakan duduk
Jamuan Kini Barisan Tetamu dan pentadbir dijemput ke kantin sekolah
untuk menikmati jamuan ringan
Para pelajar diminta kekal berada di tapak perhimpunan ini bagi
mendengarkan slot ceramah Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok
dan Vape yang akan disampaikan oleh _____NAMA______ Guru
Bimbingan Dan Kaunseling _____NAMA SEKOLAH______

Dipersilakan
Ucap terima Terima kasih diucapkan kepada Pn Nur Fitrah b Rusli di atas
kasih ceramah yang telah disampaikan.
penutup
Maka dengan ini majlis sudah tiba ke penghujungnya. Sekalung
tahniah kepada jawatankuasa serta warga SMK Batu Sepuluh lekir
atas pelancaran program pada hari ini, walaupun maklumannya
secara mengejut namun sikap dan sifat guru yang sabar dan gigih
berusaha tetap menjadikan majlis pada hari ini berlangsung
dengan jayanya. Syabas dan tahniah semua.

Majlis saya sudahi dengan wabillahitaudikwalhidayah wassamlam


WBT
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai