Anda di halaman 1dari 4

UNISEL-CFGS

Efective Date : 8 October 2018

CONFIDENTIAL CFGSNOV22/ASSIGNMENT

CENTER FOR FOUNDATION AND GENERAL STUDIES


DEPARTMENT OF GENERAL STUDIES

ASSIGNMENT 5

COURSE CODE : MPU2253


COURSE NAME : LEADERSHIP AND INTERPERSONAL SKILLS
LECTURER : TUAN BADLI SHAH T.JUSOH
PROGRAMME : DIPLOMA (MIX PROGRAM)
SEMESTER : APR 2023
STUDENT NAME : MUHAMMAD SAKHAWI BIN MUHAMAD
MATRIC NUMBER: 3212010481
DATE SUBMITTED: 26/6/2023

Assignment Title: Assignment 5

1. Bincangkan bagaimana kepemimpinan yang diamalkan dalam konteks keluarga


menjadi batu asas kepada pembangunan sumber manusia dalam sesebuah masyarakat
dan negara.

2. Pembangunan sumber manusia berkait rapat dengan kepemimpinan keluarga,


masyarakat dan negara. Bincangkan pernyataan ini berlandaskan pengalaman anda
berserta rujukan yang sesuai.

CONFIDENTIAL
UNISEL-CFGS
Efective Date : 8 October 2018

CONFIDENTIAL CFGSNOV22/ASSIGNMENT

Jawapan:

SOALAN 1

Kepemimpinan yang diamalkan dalam konteks keluarga boleh dijadikan sebagai batu asas
kepada pembangunan sumber manusia dalam sesebuah masyarakat dan negara jika setiap
individu berjaya mencernakan kepemimpinan yang berkesan dan ahli keluarga menyedari
tanggungjawab dan peranan, maka sumber manusia yang sedia ada akan dapat digemblengkan
dan melahirkan insan yang dinamik.

Hal ini boleh dikatakan bahawa keluarga merupakan unit asas kepada pembentukan
komuniti, masyarakat, negara dan merupakan salah satu daripada aset yang menjadi asas kepada
pembangunan sumber manusia dalam sesebuah masyarakat dan negara. Oleh hal yang
demikian, dalam membentuk corak kepemimpinan dari segi konteks keluarga ini dalam
mengaplikasikannya untuk membentuk satu batu asas kepada pembangunan sumber manusia
dalam sesebuah masyarakat dan negara hendaklah bermula daripada kalangan keluarga yang
mengandungi ibu bapa dan anak-anak dan berlanjutan sehingga ke sebuah masyarakat dan
negara. Juga seorang pemimpin keluarga yang berkualiti akan menjamin pencapaian dan
kelangsungan keluarga sekaligus dapat menyumbang kepada pembangunan sumber manusia
dalam sesebuah masyarakat dan negara.

CONFIDENTIAL
UNISEL-CFGS
Efective Date : 8 October 2018

CONFIDENTIAL CFGSNOV22/ASSIGNMENT

SOALAN 2

Pembangunan sumber manusia amatlah berkait rapat dengan kepemimpinan keluarga,


masyarakat dan negara. pernyataan berikut boleh saya ungkapkan berdasarkan pengalaman saya
dengan melihat kepada tiga konteks kepemimpinan tersebut dalam membentuk pembangunan
sumber manusia.

Pertama, konteks kepemimpinan keluarga yang diamalkan oleh sesebuah keluarga yang
cemerlang akan melahirkan warga yang berkualiti. Bahkan kepemimpinan yang bermula dalam
keluarga akan mengandungi ibu bapa dan anak-anak iaitu saya sendiri sebagai seorang anak dan
terus berlanjutan sehingga ke sebuah masyarakat dan negara.

Pada masa yang sama, kajian mengenalpasti bahawa kepemimpinan keluarga termaktub
kepada dua dimensi utama iaitu:

– Kemesraan vs permusuhan.

Kemesraan mencerminkan kepemimpinan keluarga yang penyayang, memberi ganjaran,


memberi harapan, kesejahteraan dan menyayangi anak-anak. Manakala permusuhan pula
merujuk kepada kepemimpinan keluarga yang suka mengkritik, tidak menghargai usaha anak-
anak, kurangsensitif dan suka memerintah.

– Membiarkan vs autokratik.

Membiarkan ialah keluarga tidak menjelaskan bagaimana anak-anak harus bertingkahlaku dan
anak-anak sentiasa dalam situasi kurang tenteram. Manakala kepemimpinan autokratik pula
ialah memperlihatkan stail kepemimpinan keluarga yang melibatkan kawalan yang kuat dan
selalu meminta anak-anak mengikut kehendak keluarga.

Kedua, melihat pada konteks kepemimpinan masyarakat iaitu sesebuah masyarakat akan
menjadi cemerlang sekiranya memiliki pemimpin cemerlang dengan mengaplikasikan
kepemimpinan yang menepati kehendak dan aspirasi kepada masyarakatnya. Oleh hal yang
demikian, seorang pemimpin perlulah berperanan dalam menjelaskan wawasannya kepada
pengikut dan menunjukkan konsistensi dan penumpuan teliti dalam pelbagai aspek.

Tambahan pula, Gaya kepemimpinan yang perlu ada dalam masyarakat antaranya:
● Meyakinkan masyarakat yang dipimpin melalui wawasan.

● Mengenalpasti kemampuan dan kebolehan pengikut.

● Akhirnya, membuat pengagihan tugas dan tanggungjawab sejajar dengan kemampuan


pengikut.

CONFIDENTIAL
UNISEL-CFGS
Efective Date : 8 October 2018

CONFIDENTIAL CFGSNOV22/ASSIGNMENT

Ketiga, konteks kepemimpinan dalam negara lebih kompleks berbanding dalam konteks
yang lain kerana pemimpin diberikan kuasa melalui pemilihan. Selain itu, Pemimpin dalam
negara perlu mengenalpasti, merangka, merancang, melaksana dan memastikan setiap denyut
nadi pentadbiran pentadbiran berjalan berjalan lancar. Malahan pemimpin dalam konteks negara
perlu mengambil kira akan kepentingan negara dan rakyat dalam perancangan dan pembuatan
keputusan. Hal ini dikatakan kerana, jika berlakunya sebarang bentuk kesilapan, semua pihak
akan menanggung risiko iaitu pemimpin dan rakyat.

Setelah daripada itu, terdapat banyak peranan yang perlu dimainkan oleh pemimpin dalam
konteks negara. Disebabkan ini, para pemimpin merupakan individu yang akan menentukan
kejayaan atau kegagalan sesebuah negara khususnya dalam aspek pembangunan, ekonomi,
kemasyarakatan, dan pembangunan sumber manusia maka peranan mereka amatlah berat.
Peranannya ialah:
● Mengenalpasti, menganalisis, merangka dan merancang pembangunan material dan spiritual
rakyat.
● Pembuatan keputusan dan pelaksana dasar.

● Membentuk Membentuk hala tuju dan penetap penetap matlamat matlamat.

● Membawa perubahan.

● Penggerak, pakar rujuk, menjadi Role model kepada rakyat dan pengikutnya.

Akhirnya, apa yang dapat saya implikasikan dalam konteks negara adalah dengan berlandaskan
peranan berat yang diamanahkan, kegagalan pemimpin melaksanakan peranan mereka dengan
perkesan dalam konteks negara akan menimbulkan beberapa natijah seperti:

● Kegagalan kepemimpinan akan menyebabkan negara dan rakyat tidak berdaya maju.

● Penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin akan menyebabkan negara tidak stabil.

● Keutuhan negara bergantung kepada kepemimpinan yang dipraktiskan oleh setiap


pemimpin.

CONFIDENTIAL

Anda mungkin juga menyukai