Anda di halaman 1dari 24

BAB 8

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA


–Orang Asia (orang Malaysia) merupakan suatu kumpulan
yang lebih memberatkan soal pencapaian ketenteraman fikiran
serta lebih cenderung kepada hal kerohanian dan agama
berbanding orang Barat

–Dalam hubungan sesama manusia, orang Asia menanggapi


seseorang berdasarkan nilai moral bukan kekayaannya

–Mereka dianggap bertoleransi, tidak agresif, tidak ganas


dalam hubungan sosial

–Menyelesaikan pertikaian menerusi kata sepakat atau secara


muafakat serta persetujuan bersama tanpa kekerasan,
peperangan atau mendakwa dsb.
– Nilai yang dikongsi oleh Melayu, Cina dan India:

• Keluarga sebagai asas bagi komuniti


• Menekankan nilai menghormati ibu bapa,
orang tua dan orang yang bijaksana
• Islam, Konfusianisme dan Hinduisme :
– Kemoralan sosial kolektif penting untuk
kebahagiaan dan keharmonian
– Materialisme yang tidak berbatas, rasuah dan
ketamakan sentiasa dikutuk dan dipandang
hina
• Nilai yang dikongsi orang Cina dan India:

– Kekayaan / materialistik
– Nilai kerohanian
– Nilai sosial
– Nilai moral

Antara perkara yang penting:


– Orang tua
– Keluarga
– Hubungan sesama komuniti
– Orang Melayu yang tinggal di luar bandar:
• Kehidupan mereka bersifat tradisional
• Rakyat jelata dan etika utama dalam politik yang
menentukan hubungan golongan ini dengan pihak
pemerintah atau aristokrasi
• Kesetiaan yang tidak berbelah bagi
• Sistem lapis sosial masyarakat Melayu tradisional (sama
dengan konsep susun lapis Weber)
• Kelompok sosial yang mempunyai penunjuk status
kehormatan yang tertinggi
• Mereka menganggap perlu mematuhi dan berkhidmat
untuk pemimpin, selaras dengan ajaran Islam
• Mempertegas nilai gotong-royong atau kerjasama
• Kehidupan ekonomi, penyesuaian diri, bersusah dahulu,
bersenang kemudian, kerajinan, berdikari, berjimat
cermat, menghargai masa, berjaga-jaga dalam sebarang
usaha digalakkan
• Nilai penting orang Melayu :
– Sifat sosial dan moralnya
– Terdapat pengaruh Islam
– Mempunyai kecenderungan untuk menyenangkan hati orang lain
– Antara kaum yang paling bersopan santun di dunia
• Budi pekerti, budi bahasa, berpendidikan atau asuhan baik, bijak bersimpati
• Apa yang baik dan diingini ialah budi iaitu keunggulan sahsiah mesti dicapai
• Keunggulan peribadi dibentuk nilai: baik hati, empati, bertolak ansur, kecenderungan
yang baik, kesyukuran dan kepekaan sosial
• Darjat sosial diukur dari segi budinya Orang Melayu di bandar:
• Sikap kosmopolitan, liberal dan individualistik
• Lebih terdedah kepada pengaruh sistem nilai dan norma asing berbanding dengan
tradisional Orang Cina:
• Dari segi agama, mereka menyatukan dan menyesuaikan pelbagai sistem kepercayaan
yang berbeza
• Lebih mengutamakan kejayaan dalam kehidupan kebendaan
• Agama dan falsafah hidup berkait rapat dengan kekayaan
• Yang paling jelas, pandangan materialistik mereka terhadap kehidupan
• PENYELESAIAN KONFLIK MORAL

• DEFINISI KONFLIK

• BENTUK-BENTUK KONFLIK
• PUNCA-PUNCA KONFLIK

• STRATEGI PEMBINAAN HIRARKI

• STRATEGI PENCAIRAN MASALAH

• STRATEGI KOMPROMI
• DEFINISI

• Menurut Kamus Dewan, konflik bermaksud


pertentangan antara individu, idea dan
organisasi.

• Dengan kata lain, konflik bermaksud


ketegangan yang timbul akibat terdapat
beberapa kemungkinan atau syor yang
berbeza dan tidak sepadan dalam usaha
menanggani sesuatu isu.
• BENTUK-BENTUK KONFLIK

• Konflik Intra Personel

• Konflik ini berkaitan dengan diri sendiri yangberkisar kepada matlamat


dan kekecewaan:

• Konflik Antara Personel.

• Konflik ini berlaku apabila wujud konflik antara seorang dengan


seseorang yang lain atau antara individu dengan kumpulan.

• Konflik Antara Kumpulan.

• Konflik yang wujud dalam kumpulan akibat kedudukan hirarki jawatan


dalam kumpulan dan konflik dalam menyelaraskan tugas kumpulan.
• PUNCA-PUNCA KONFLIK

• Perkongsian punca bahan pengeluaran.

• Konflik akan wujud apabila sesuatu bahan keluaran terhad.

• Perbezaan matlamat.

• Konflik juga akan timbul akibat tidak setuju dengan


matlamat, objektif atau nilai-nilai.

• Kebergantungan.

• Ia bermaksud pengharapan seseorang kepada orang lain


untuk mencapai satu hasil atau matlamat.
• PUNCA-PUNCA KONFLIK
• Ketidakjelasan tanggungjawab.
• Ini wujud apabila individu tidak dapat
mempastikan tanggungjawabnya.
• Desakan untuk memperolehi kuasa.
• Ini akan berlaku apabila terdapat inidividu
yang mempunyai cita-cita tinggi. Mereka
akan berusaha sedaya upaya untuk
mendapatkan kuasa.
• STRATEGI PEMBINAAN HIRARAKI.

• Strategi Pembinaan Hirarki adalah strategi


yang menyusun atur nilai-nilai bermula
dengan yang paling penting hingga ke
bawah dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
• KES AHMAD

• Ahmad adalah ketua kesatuan buruh.Kebanyakan


ahli kesatuan itu memegang jawatan yang tidak
memerlukan kemahiran.Mereka kerap diberhentikan
kerja dan tiada pula dana untuk membiayai program
kebajikan bagi bekas pekerja yang menganggur
kerana dibuang kerja. Oleh itu, kepada kumpulan ahli
ini, jaminan kerja amat penting kerana tanpanya
mereka dan keluarga masing-masing akan berdepan
dengan pelbagai masalah sosial.
• Samb…

• Kesatuan Buruh Ahmad juga


mempunyaisekumpulan pekerja yang amat
mahir dan kepakaran mereka sentiasa
diperlukan. Bagi kumpulan ahli ini, jaminan kerja
bukanlah suatuisu kerana yakin mereka
sentiasa mudah mendapat pekerjaan.
Kumpulan ini mahu Ahmad mendesak majikan
supaya ditambah hari cuti pada hujung minggu.

• Sebagai ketua kesatuan, apakah yang Ahmad


patutlakukan?
• Dalam kes di atas, Ahmad mempunyai konflik antara

• Jaminan kerja untuk pekerja kurang mahir

• Masa lapang untuk pekerja mahir

• Untuk itu, Ahmad perlu membuat hirarki, contoh :

• Lebih penting : Memastikan terjaminnya pekerjaan bagi


pekerja kurang mahir.

• Kurang penting : Mendapatkan hari cuti lebih untuk masa


lapang.
• Cara untuk menilai apakah nilai yang perlu diutamakan ialah
melihat kepada :

• Nilai yang lebih asas. Dalam kes ini Ahmad perlu


mengutamakan kebajikan pekerja kurang mahir kerana nilai ini
adalah nilai asas untuk mencapai nilai-nilai yang lain

• Mengutamakan nilai yang bersifat menyeluruh


(melibatkanbanyak nilai)

• Kelemahan strategi ini ialah :

• Nilai-nilai berkonflik selalunya tidak dapat disusun menurut


hirarki. Kadang-kadang sukar untuk dinyatakan mana satu nilai
yang lebih asas atau lebih menyeluruh.
• STRATEGI PENCAIRAN MASALAH

• Strategi pencairan masalah


ialahpenghasilan satu alternatif atau lebih
yangdapat menjauhkan kita daripada
masalahtersebut.
• KES BALA

• Bala telah ditawarkan jawatan oleh syarikat XYZ


dinegara Afrika bermula 1 Mei 2004. Jawatan ini
merupakan pekerjaan yang memang diminatinya
dan sesuai dengan program pengajiannya
semasa di universiti. Tetapi Bala telah membuat
beberapa komitmen. Beliau telah menerima
jawatan dan mengikat kontrak dengan syarikat
ABC di Melaka dan akan mula bertugas pada 1
April 2004. Bala tidak boleh mungkir janji dengan
ABC kerana telah menandatangani kontrak dan
tidak boleh mengubahnya
• Samb…
• Tetapi banyak peluang yang boleh Bala nikmati di
XYZ. Pekerjaan baik, gaji lumayan dan potensi untuk
menguruskan syarikat itu. Dengan Syarikat XYZ dia
dapat berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa
dan mengenali budaya mereka. Dengan Syarikat
ABC, Bala mempunyai peluang yang kurang untuk
memajukan diri. Walau bagaimanapun, Bala masih
ragu untuk ke Afrika memandangkan keadaan di
negara itu yang tidak stabil walaupun selepas perang
saudara reda. Apa akan terjadi kepada Bala jika
pekerjaannya di XYZ ditamatkan kerana syarikat
dikuasai kerajaan Afrika yang tidak mahu pekerja
asing. Apakah sepatutnya keputusanyang perlu Bala
ambil?
• Dalam kes di atas, Bala mempunyai dua konflik iaitu
• Konflik antara tidak memungkiri janji dengan bekerja
di ABC dengan tanggungjawab memajukan diri
dengan bekerja di XYZ.

• Masalah memilih tanggungjawab memajukan diri


dengan masa depan yang terjamin.

• Masalah yang dihadapi Bala tidak semestinya


menjadi satu konflik jika Bala mengambil strategi
pencairan masalah iaitu dengan mengadakan satu
alternatif lain dan tukarkan masalah yang dihadapi
kepada (pemesongan) atau mencari alternatif lain.
Alternatif itu ialah dengan membeli insuran untuk
menjamin keselamatannya ketika bekerja di XYZ.
• KELEMAHAN
• Sesetengah konflik tidak dapat dielakkan
terutamanya apabila berhadapan dengan keadaan
yang tidak dapat dijangka. Contohnya, Bala tidak
menjangka akan mendapat tawaran yang lebih baik
daripada XYZ sedangkan beliau telah berjanji untuk
bekerja dengan ABC. Dalam hal ini strategi pencairan
masalah tidak dapat menyelesaikan konflik tidak
memungkiri janji dengan tanggungjawab
memajukan diri.
• Masalah membina perwatakan. Strategi ini tidak
tegas dalam membina moral dan keteguhan hati
dalam menghadapi konflik sebaliknya terus
berusaha untuk mengelak daripada berhadapan
secara langsung dengan konflik dengan
mengadakan alternatif lain.
STRATEGI KOMPROMI
• Strategi kompromi ialah
Memperuntukkansesuatu tetapi bukan
segala-galanya kepada setiap orang
dengan mengadakan rundingan antara
dua pihak ataupun lebih. Atau
memperuntukkan sedikit daripada setiap
nilai, bukan untuk mencapai satu nilai
sahaja dengan mengetepikan nilai lain.
• Dalam kes Bala sebagai contohnya, Bala
bolehmengambil langkah berkompromi
(berunding) dengan ABC dan XYZ di mana
Bala akan terusmenepati janjinya untuk
bekerja di ABC dan tidak lama kemudian
mengambil cuti atau berhenti untuk
bekerja di XYZ pula. Namun Bala terpaksa
menanggung risiko-risiko yang bakal
dihadapinya melalui rundingan yang
dibuat.
• KELEMAHAN
• Nilai-nilai yang berkonflik mungkin hanya
dapatdicapai pada kadar yang tertentu
sahaja dan tidak sepenuhnya. Mungkin
semasa berkompromi, sebahagian nilai
akan terpaksa dikorbankan.
• Dari segi praktis pula, kompromi akan
memihak kepada pihak yang mempunyai
autoroti yang lebihdan ini akan
menimbulkan ketidakadilan.

Anda mungkin juga menyukai