Anda di halaman 1dari 33

RENUNGAN BERSAMA

Fakta 1
 Pada suatu petang, Gary ke Taman Rekreasi Bandar Jaguh untuk melakukan senaman.
Semasa dia sedang bersenam, dia ternampak seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun
terjatuh ke dalam tasik yang ada di Taman tersebut.
 Semasa kejadian tersebut, hanya Gary ada di situ. Gary sebenarnya seorang perenang
yang berpengalaman. Namun, Gary tidak mengendahkan perkara tersebut dan
menyaksikannya sahaja kanak-kanak itu mati lemas.
 Berdasarkan situasi di atas, adakah Gary telah melakukakan apa-apa kesalahan jenayah?
RENUNGAN BERSAMA
Fakta 2
 Ajay dan Jessie merupakan pasangan kekasih yang belajar bersama di Tingkatan 3.
Mereka bercinta selama dua tahun. Pada suatu hari, Ajay menerima mesej daripada
Jessie yang mengajaknya untuk ke rumah Jessie kerana tiada sesiapa di rumah Jessie
kecuali Jessie.
 Pada awalnya, Ajay enggan ke rumah Jessie, namun dipaksa oleh Jessie dengan
mengatakan bahawa Jessie akan memutuskan hubungan dengan Ajay jika Ajay tidak
mahu ke rumahnya. Akhirnya, Ajay ke rumah Jessie.
 Setiba di rumah Jessie, Ajay nampak Jessie berpakaian seksi dan mula menggoda Ajay.
Ajay cuba sedaya upaya untuk mengawal dirinya dengan menolak Jessie yang cuba
memeluk dan mencium Ajay. Jessie pula menjadi marah dan mula menuduh bahawa
Ajay tidak mencintai Jessie dan oleh sebab itulah, dia menolak Jessie.
 Akhirnya, oleh sebab cinta, Ajay mengadakan persetubuhan dengan Jessie. Kejadian ini
telah diketahui oleh ibu bapa Jessie lalu mereka membuat laporan polis.
 Berdasarkan situasi di atas, adakah Ajay telah melakukakan apa-apa kesalahan
jenayah?
Takrifan Undang-undang

• Peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti


dipatuhi oleh masyarakat di sesebuah negara.

• Adat atau amalan yang mengikat sesuatu komuniti.

• Peraturan tentang tingkah laku manusia dan


dikuatkuasakan terhadap setiap ahli di dalam sesebuah
negara yang digubal oleh badan perundangan dan
dikuatkuasakan oleh badan kehakiman.
Peranan Undang-undang

menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak yang mempunyai


konflik.

memastikan keadilan diberikan kepada pihak yang


berhak.

menentukan kesahan sesuatu tindakan atau perbuatan


seseorang memastikan keamanan dan ketenteraman
masyarakat dan negara.
Komponen Utama Sistem Kerajaan
Malaysia
Badan
Perundangan
(Legislative)

Badan
Eksekutif
(Executive)

Badan
Kehakiman
(Judiciary)
Badan Perundangan
Badan Eksekutif

Badan eksekutif pula ialah entiti yang melaksanakan


dan menguatkuasakan undang-undang yang
digubal oleh badan perundangan.

Badan eksekutif terdiri daripada kementerian,


jabatan, agensi dan lain-lain yang
menguatkuasakan undang-undang yang relevan
dengan skop kerja masing-masing.

Contohnya, badan pelaksana undang-undang ialah


Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja
Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Badan Kehakiman

Badan kehakiman berkuasa


untuk menjalankan kuasa
keadilan dengan cara
mentafsirkan undang-undang
Badan kehakiman menjalankan
yang telah dikuatkuasakan.
fungsi menerusi mahkamah yang
ditubuhkan.
Sistem Keadilan

Sistem-sistem kehakiman ini


terdiri daripada sistem
Terdapat dua bentuk sistem
pertentangan (adversarial
kehakiman yang diamalkan
system) dan sistem
di seluruh dunia.
penyiasatan (inquisitorial
system).
Sistem Pertentangan

Sistem pertentangan ialah sistem


Sistem ini membolehkan
undang-undang yang diamalkan
keputusan hakim dalam kes
di negara-negara common law,
terdahulu dirujuk oleh mahkamah
seperti Malaysia, United Kingdom
dalam kes semasa.
dan Australia.

Dalam konteks ini, keputusan


mahkamah yang lebih tinggi
daripada mahkamah yang sedang
membicarakan atau mendengar kes
akan mengikat keputusan kes yang
dibuat oleh mahkamah semasa.
Sistem Penyiasatan

sistem
Dalam sistem ini,
penyiasatan pula,
hakim akan
kes-kes yang
bertindak secara
dibicarakan akan
aktif dalam
disiasat sendiri
perbicaraan atau
oleh hakim yang
pendengaran kes
mengadili kes
di hadapannya.
tersebut.

Sistem penyiasatan ini


diamalkan dalam sistem
perundangan di negara-
negara yang mengamalkan
civil law, seperti Indonesia,
Itali dan Perancis.
Klasifikasi/Sumber Undang-undang

Undang-undang yang digubal Undang-undang tidak bertulis pula


melalui proses formal ialah undang-undang yang tidak
penggubalan undang-undang. melalui proses penggubalan
Contohnya, Perlembagaan undang-undang secara formal.
Persekutua, Perundangan dan Contohnya, prinsip common law,
Peraturan-Peraturan. keputusan mahkamah dan adat
resam yang diikuti oleh
sekumpulan masyarakat tertentu.

• Bertulis • Tidak Bertulis


Jenis Undang-undang
Klasifikasi Pertama

Undang-undang awam (public law) – pihak-pihak yang


terbabit ialah pihak kerajaan dan rakyat. contohnya,
undang-undang perlembagaan, undang-undang
pentadbiran dan undang-undang jenayah.

Undang-undang persendirian (private law) – pertikaian


yang berlaku antara rakyat dengan rakyat. contohnya,
undang-undang kontrak, undang-undang amanah,
undang-undang tanah dan undang-undang keluarga.
Jenis Undang-undang
Klasifikasi Kedua

Undang-undang jenayah
Undang-undang sivil (civil law) –
(criminal law) – undang-undang
berperanan untuk melindungi
yang memperuntukkan tentang
seseorang atau sekumpulan
kesalahan dan hukuman bagi
individu daripada apa-apa
apa-apa jenayah yang
kecederaan atau kerosakan,
dilakukan oleh mana-mana
seperti kemungkiran kontrak,
individu atau kumpulan di
kecuaian dan fitnah.
Malaysia.
Sistem Mahkamah di Malaysia

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan


dwisistem mahkamah (dua sistem mahkamah) di
Malaysia, iaitu:

Mahkamah sivil
Mahkamah syariah
MAHKAMAH SIVIL
Mahkamah sivil di Malaysia dikategorikan kepada
dua bahagian, iaitu mahkamah-mahkamah atasan
dan mahkamah-mahkamah rendah.

Mahkamah-mahkamah atasan terdiri daripada


mahkamah persekutuan, mahkamah rayuan, dan
mahkamah tinggi.

mahkamah-mahkamah rendah pula terdiri daripada


mahkamah sesyen dan mahkamah majistret.
HIERARKI
MAHKAMAH
SIVIL
MAHKAMAH MAJISTRET

• Hukuman tidak melebihi 5 tahun


pemenjaraan, denda tidak melebihi
RM10,000.00, sebatan tidak melebihi
Jenayah 12 kali atau apa-apa hukuman yang
menggabungkan mana-mana
hukuman tersebut.

• Jumlah tuntutan tidak melebihi


Sivil RM100,000.00.
MAHKAMAH SESYEN

• Membicarakan semua
kes jenayah, kecuali
Jenayah kes-kes yang melibatkan
hukuman mati.

• Jumlah tuntutan tidak


Sivil melebihi nilai RM1 juta.
MAHKAMAH TINGGI

• Membicarakan apa-apa
kes, termasuklah kes
Jenayah jenayah yang membawa
hukuman mati.

• Jumlah tuntutan kes sivil


Sivil tanpa had nilai.
MAHKAMAH RAYUAN

•Mendengar rayuan
yang difailkan bagi kes-
Jenayah kes jenayah daripada
mahkamah tinggi.

•Mendengar rayuan
yang difailkan bagi kes-
Sivil kes sivil daripada
mahkamah tinggi.
MAHKAMAH PERSEKUTUAN

•Mendengar rayuan
yang difailkan bagi kes-
Jenayah kes jenayah daripada
mahkamah rayuan.

•Mendengar rayuan
yang difailkan bagi kes-
Sivil kes sivil daripada
mahkamah rayuan.
Mahkamah-Mahkamah Khas

Antara mahkamah khas ialah:

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak


Mahkamah Khas Raja-Raja
Mahkamah harta intelek
Mahkamah di Luar Struktur Kehakiman

Terdapat mahkamah yang berada di luar struktur kehakiman


Malaysia. Mahkamah-mahkamah ini ditubuhkan mengikut
akta yang tersendiri.
Antara mahkamah tersebut ialah:

 Mahkamah Perusahaan
 Mahkamah Anak Negeri
 Mahkamah Tentera
Mahkamah Syariah

Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan -


mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa
terhadap apa-apa perkara yang termasuk dalam
bidang kuasanya, iaitu hal ehwal agama Islam yang
meliputi perwarisan, perkahwinan, penceraian,
nafkah, kesahtarafan dan sebagainya.

Penubuhan mahkamah syariah juga


berdasarkan peruntukan undang-undang
negeri. Sebagai contoh, di negeri Selangor,
penubuhan mahkamah syariah diperuntukkan
dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003 (Enakmen 1 Tahun
2003).
HIERARKI
MAHKAMAH
SYARIAH
Mahkamah Rayuan Syariah

Mahkamah Tinggi Syariah

Mahkamah Rendah Syariah


HIERARKI MAHKAMAH SYARIAH
DI NEGERI PERAK
Mahkamah Utama

Mahkamah Rayuan Syariah

Mahkamah Tinggi Syariah

Mahkamah Rendah Syariah


Kesimpulan

Sumber
Malaysia
undang-
mengamalkan
undang
sistem
bertulis dan
common law.
tidak bertulis.

Dwisistem Dwisistem
kehakiman – mahkamah –
sistem mahkamah
pertentangan sivil dan
dan sistem mahkamah
penyiasatan. syariah.

Anda mungkin juga menyukai