Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran KBAT dan EMK

1. Kemahiran KBAT
KBAT merupakan satu program yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
sebagai satu platform untuk meningkatkan pemahaman, pencapaian dan juga meningkatkan
inovasi pelajar. KBAT diwujudkan alam rph ini bagi tujuan menggalakkan budaya berfikir
dalam kalangan pelajar dan membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran dengan berfikir secara kritis dan inovatif. Rph ini mendorong murid untuk
mengaplikasikan apa yang dipelajari. Hasil daripada pemerhatian guru, murid juga bebas
untuk membanding, membeza, menyusun atur dan mengenal pasti sebab dan akibat
mengikut pandangan mereka sendiri. Kemahiran KBAT melalui rph ini juga mempunyai
kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada
murid. Hal ini adalah kerana murid dapat mengawal dan mengukur pembelajaran yang telah
mereka pelajari. Sekali gus dapat meningkatkan kefahaman pembelajaran dalam apa sahaja
perkara yang mereka pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru
juga adalah sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Kemahiran berfikir ini bukanlah perkara yang asing kepada guru kerana mereka telah
didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran. Namun begitu, guru perlu
meningkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik
kepada murid dalam sesi pengajaran-pembelajaran di bilik darjah. Antara cara yang boleh
dilakukan untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP ialah dengan
mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT. Soalan yang dikemukan kepada
murid merupakan soalan yang membolehkan mereka untuk mengaplikasi, menganalisis dan
menilai sesuatu maklumat.

2. Kemahiran EMK
Elemen Merentasi Kurikulum atau EMK ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan. Dalam rph ini, elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan
kemahiran dan keterampilan modal insan dalam kalangan murid. Elemen merentasi
kurikulum dalam rph ini mengguna pakai elemen Bahasa Melayu dan nilai murni. Bagi
elemen bahasa, penggunaan Bahasa Melayu yang betul perlu dititikberatkan dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Semasa PdPc bagi mata pelajaran ini, guru memerhatikan aspek
seperti sebutan, tatabahasa, struktur ayat, istilah dan laras bahasa. Penekanan elemen
bahasa dalam rph ini adalah bagi membantu murid-murid menyusun idea dan dapat
berkomunikasi secara berkesan. Elemen kedua yang digunakan ialah nilai murni. Melalui rph
ini, nilai murni diberi penekanan supaya murid sedar akan kepentingan topik tersebut dan
mengamalakannya. Nilai murni ini merangkumi aspek kerohanian , kemanusiaan dan
kewarganegaraan yang akan menjadi amalan dalam kehidupan harian murid.

Anda mungkin juga menyukai