Anda di halaman 1dari 3

PENTAKSIRAN BERTERUSAN

SGDG4032 SCHOOL AND SOCIETY


SEMESTER A232 (JAN)

Rancangan Penilaian

Tugasan 1:

Konsep Sosiologi Pendidikan (20%) secara individu.

• Penyediaan infografik mengenai konsep Sosiologi Pendidikan berdasarkan Model Sosio Ekologikal
yang diasaskan oleh Urie Bronfenbrenner (1970) bagi menilai kefahaman pelajar berkenaan sosiologi
pendidikan, sekolah sebagai organisasi formal dan sosial serta hubungan kerjasama sekolah bersama
ibu bapa dan komuniti.
• Pembentangan maklumat infografik dengan jelas dan yakin berdasarkan pemahaman terhadap konsep
Sosiologi Pendidikan berdasarkan Model Sosio Ekologikal Bronfenbrenner (1970).

Tugasan 2:

Penulisan artikel (20%) secara berkumpulan.

Senario:
Anda merupakan guru kelas yang dipertanggungjawabkan untuk mengenal pasti punca kemerosotan
disiplin dan pencapaian akademik beberapa orang pelajar di kelas anda kebelakangan ini. Terdapat diantara
pelajar yang ponteng sekolah, tidak membawa buku dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru. Anda telah mengambil inisiatif untuk menghubungi ibu bapa bagi membincangkan perihal ini, namun
kurang mendapat kerjasama.

Arahan:
Berdasarkan senario yang dinyatakan diatas;
i. Analisis isu:
a. Analisis isu yang dinyatakan di atas dengan mengambil kira punca kemungkinan budaya
sekolah, hubungan sosial serta penglibatan ibu bapa yang mengakibatkan pelajar berkenaan
menunjukkan kemerosotan dalam disiplin dan pencapaian akademik di dalam kelas.

ii. Sorotan literatur:


a. Lakukan pencarian sorotan literatur yang memfokuskan kepada program perkongsian sekolah
dan ibu bapa yang berjaya serta faktor kejayaan berdasarkan elemen-elemen sistem sosial.

iii. Aplikasi teori:


a. Aplikasikan pengetahuan yang diperolehi daripada tinjauan literatur dengan mencadangkan
penyelesaian kepada isu ponteng sekolah, tidak membawa buku dan tidak menyiapkan tugasan
di kelas anda.
b. Bincangkan bagaimana setiap cadangan penyelesaian dapat dilaksanakan oleh guru dan ibu bapa
berdasarkan perkongsian tanggungjawab bersama.
Panduan:
1. Font: Times New Roman
2. Saiz Font: 12
3. Jarak baris: 1.5
4. Panjang: 2500 patah perkataan
5. Format rujukan: APA style 7th edition
6. Plagiarisme adalah dilarang sama sekali. Indeks plagiarisme yang dibenarkan tidak melebihi
20% termasuk indeks plagiarisme AI
7. Tarikh akhir penghantaran: 18 Februari 2024
8. Sila muat naik softcopy artikel anda menerusi UUM Online Learning Portal.
7. Sila hantar hardcopy artikel anda kepada pensyarah.

Tugasan 3:

Forum (20%) secara individu.

Bincangkan mengenai hubungan sekolah dan masyarakat, objektif penubuhan NGO dan peranan NGO
dalam pembangunan masyarakat sekolah (CLO3)

Arahan:
i. Pilih satu penyataan di bawah dan bincangkan pemahaman dan pendapat anda mengenai skop
bidang Sosiologi dalam Pendidikan seperti berikut:

Bil. Penyataan
1. Kajian sosiologi dalam bidang pendidikan meneliti kesan ekonomi terhadap jenis
pendidikan yang diberikan kepada pelajar.
2. Sosiologi dalam Pendidikan membantu kita memahami pengaruh berbagai agensi sosial,
seperti keluarga dan sekolah, terhadap perkembangan pelajar.
3. Sosiologi dalam Pendidikan mengkaji hubungan antara kelas sosial, budaya, bahasa,
pendidikan ibu bapa, pekerjaan dan pencapaian pelajar.
4. Sosiologi dalam Pendidikan mengkaji peranan dan struktur sekolah, kumpulan rakan
sebaya mengenai keperibadian pelajar.
5. Sosiologi dalam Pendidikan menganalisis peranan sekolah dalam sosialisasi pelajar,
memberikan kesan positif kepada pembelajaran dan perkembangan sosial murid.
6. Sosiologi dalam Pendidikan menggalakkan kajian penyelidikan yang berkaitan dengan
perancangan, organisasi dan penerapan pelbagai teori dalam pendidikan.
7. Melalui sosiologi dalam pendidikan, hubungan sekolah-masyarakat memperkaya
pembelajaran, memberikan pemahaman kontekstual, dan mendorong keterlibatan aktif
pelajar dalam realiti sosial sekitarnya.

ii. Penyelidikan dan Persediaan:


a. Berdasarkan penyataan yang telah dipilih, laksanakan pencarian maklumat dengan
memfokuskan skop bidang Sosiologi dalam Pendidikan.
b. Jalankan sesi forum bagi membincangkan pemahaman dan pendapat anda tentang skop
Sosiologi dalam Pendidikan dan sediakan justifikasi kepentingan pengetahuan mengenai
Sosiologi dalam Pendidikan oleh guru demi kepentingan pendidikan pelajar di sekolah.
c. Rujukan hendaklah daripada sumber akademik yang boleh dipercayai bagi memastikan
pemahaman skop yang anda bincangkan.
iii. Justifikasi
a. Sediakan justifikasi yang jelas bersama isi penting bagi menyokong penyampaian kandungan
forum anda.
b. Susun kandungan anda secara logik, dengan pengenalan yang jelas, aliran idea dan
kesimpulan.
c. Aplikasikan pengintegrasian teori dan kajian saintifik berkenaan hubungan sekolah dan
masyarakat bagi menyokong penyataan anda.

iv. Persembahan forum


a. Sesi forum dijalankan dalam tempoh 30 – 40 minit melibatkan 3 panel pada setiap sesi
b. Penyampaian mestilah jelas dan dalam kadar kelajuan sederhana bagi memastikan pemahaman
hadirin.
c. Lakukan hubungan mata dengan hadirin dan gunakan gerak badan dan ekspresi wajah untuk
menekankan penyampaikan justi anda.
d. Libatkan hadirin dengan sesi soal jawab.

v. Penilaian
a. Persembahan anda akan dinilai berdasarkan kriteria berikut yang setiap satunya diperuntukkan
5 markah, dan berjumlah 20 markah secara keseluruhan:
- Skop bidang: Pemahaman dan interpretasi hubungan sekolah dan masyarakat (5 markah)
- Aplikasi praktikal: Penyediaan justifikasi dengan aplikasi pengetahuan hubungan sekolah
dan masyarakat dalam konteks sebenar dunia pendidikan (5 markah)
- Contoh releven: Penggunaan contoh yang jelas dan releven bagi menyokong penyataan
(5 markah)
- Komunikasi: Kejelasan, koheren, dan keberkesanan dalam menyampaikan maklumat (5
markah)

vi. Tarikh pelaksanaan forum: 10 Mac 2024

Kemaskini 13 Januari 2024

Anda mungkin juga menyukai