Anda di halaman 1dari 2

DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH

DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (MALAYSIA)


SAMAN PEMULA NO: AA-17C-1-01/2024

Dalam Perkara Di Mahkamah Tinggi ) Dalam Perkara FONG VOON


di Kuala Lumpur Petisyen untuk ) YUKE[No. K/P: 850410-14-5634]
Penerimaan Masuk Peguambela dan ) beralamat di No. 26, Persiaran Bunga
Peguamcara No.WA-18-2279-12/2023 ) Saroja, Taman Bunga Raya, Pasir
Puteh, 31650 Ipoh, Perak.

Dan

Dalam Perkara Seksyen 36(2)(a) & (b)


Akta Profession Undang-Undang 1976

SOONG TZE TOONG …PEMOHON

DI HADAPAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN


MOSES SUSAYAN
PADA 13 FEBRUARI 2024 DALAM KAMAR

PERINTAH

ATAS PERMOHONAN Pemohon yang telah didengar pada hari ini DAN
SETELAH MEMBACA Saman Pemula yang bertarikh 8 JANUARI 2024, Afidavit-
Afidavit Soong Tze Toong dan Fong Voon Yuke yang kedua-duanya diikrarkan pada 8
JANUARI 2024 dengan kesemuanya difailkan di sini serta surat-surat tiada bantahan
daripada Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Perak DAN SETELAH
MENDENGAR Puan bagi pihak Pemohon, Cik dari JawatankuasaPeguam Perak dan juga
bagi pihak Majlis Peguam Malaysia MAKA ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa
FONG VOON YUKE yang sedang menjalani latihannya dalam kamar Pemohon dibenarkan
hadir bagi pihak Pemohon atau TETUAN BH KOH, SOONG, ZARIN & PARTNERS
yang beralamat di No. 3 & 3A, Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh, Perak.
(a) Dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh Perintah ini:-
(i) di hadapan Hakim atau Pendaftar Mahkamah Tinggi, di dalam kamar;
(ii) di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret, di dalam kamar;
(iii) di hadapan Pendaftar Mahkamah-Mahkamah Rendah;
bagi sebutan kes yang termasuk memasukkan penghakiman ingkar atau untuk
memohon jaminan atau untuk mendapat penghakiman atau perintah persetujuan dan

(b) Pada akhir jangka masa selama tiga (3) bulan tersebut di dalam kamar di Mahkamah
Tinggi dan di Mahkamah Rendah dan di hadapan mana-mana Majistret untuk
mengendalikan sebarang kausa atau perkara.

Bertarikh pada 13 haribulan Februari 2024

…………………………..
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Malaya
Ipoh
Untuk kelulusan

……………………….. …………………………….
Nama: Nama:
Wakil Jawatankuasa Peguam Perak dan Wakil Bagi Pihak Pemohon
Majlis Peguam Malaysia

Deraf Perintah ini telah difailkan oleh Tetuan BH Koh, Soong, Zarin & Partners beralamat
di No. 3 & 3A, Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh, Perak.

Anda mungkin juga menyukai