Anda di halaman 1dari 2

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

(BAHAGIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS)


PETISYEN UNTUK PENERIMAAN MASUK NO. 18-824-06/2016

Petisyen untuk Penerimaan Masuk Dalam Perkara SARA SEO PEI MIN
Peguambela dan Peguamcara (NO. K/P: 921119-10-6088)
Petisyen No: 18-824-06/2016 Dan
Dalam Perkara Seksyen 36(2) (a) dan (b) Akta
Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166)

DATO’ DR. ARUNAN A/L SELVARAJ PEMOHON

DI HADAPAN HAKIM
HANIPAH BINTI FARIKULLAH
PADA 6 SEPTEMBER 2016 DALAM KAMAR

PERINTAH

ATAS PERMOHONAN Pemohon yang telah didengar pada hari ini DAN SETELAH
MEMBACA Saman Dalam Kamar bertarikh pada 27 Julai 2016, Afidavit-Afidavit Dato’ Dr.
Arunan A/L Selvaraj dan Sara Seo Pei Min kedua-duanya diikrarkan pada 21 Julai 2016,
serta surat-surat tiada bantahan daripada Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam
Kuala Lumpur DAN KEHADIRAN pihak-pihak adalah dikecualikan ADALAH
DIPERINTAHKAN bahawa Sara Seo Pei Min yang sedang menjalani tempoh latihan dalam
kamar Pemohon dibenarkan hadir bagi pihak Pemohon atau Tetuan Rusmah Arunan &
Associates yang beralamat di Tingkat 5, Wisma RA, No. 12, Jalan Dang Wangi 50100 Kuala
Lumpur:

(a) dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh Perintah ini:

(i) di hadapan Hakim atau Pendaftar mahkamah Tinggi, di dalam Kamar;

(ii) di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret, di dalam Kamar;

S\N 88DWHLSRKZBL
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
(iii) di hadapan Pendaftar Mahkamah-Mahkamah Rendah;

bagi sebutan kes yang termasuk memasukkan penghakiman ingkar atau untuk
memohon jaminan atau untuk mendapat penghakiman atau perintah
persetujuan;

dan

(b) pada akhir jangkamasa selama tiga (3) bulan tersebut di dalam kamar di
Mahkamah Tinggi dan di Mahkamah Rendah di hadapan mana-mana Majistret
untuk mengendalikan sebarang kausa atau perkara.

Bertarikh pada 6 September, 2016

……………………………….
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur

PERINTAH ini difailkan oleh TETUAN RUSMAH ARUNAN & ASSOCIATES,


Peguambela & Peguamcara yang beralamat di Tingkat 5, Wisma RA, No. 12, Jalan Dang
Wangi 50100, Kuala Lumpur.

No. Tel: 03-2698 4020 No. Fax: 03-2698 4021

S\N 88DWHLSRKZBL
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal

Anda mungkin juga menyukai