Anda di halaman 1dari 3

SOALAN TUTORIAL

UNDANG-UNDANG JENAYAH DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: MR. MOHD FAROK BIN MAT NOR®

Soalan 1
Huraikan maksud serta proses prima facie kes yang mesti dibuktikan oleh pihak
pendakwaraya sebelum tertuduh mesti dipanggil untuk membela diri.
Maksud:
• Pihak pendakwa raya berjaya membuktikan bahawa PR itu mempunyai
kes/merit yang kukuh terhadap pihak tertuduh untuk pihak tertuduh
dipanggil bagi membela diri.
• Keterangan yang menyakinkan mahkamah bahawa keterangan yang
dikemukakan adalah mencukupi untuk memastikan wujudnya elemen
utama dalam pertuduhan kes jenayah.
Proses (proses syariah dan sivil adalah sama)
• Pendakwa raya akan memanggil saksi-saksi yang terpilih sahaja untuk
memberi keterangan. Saksi-saksi tersebut akan disoal dengan soalan
utama oleh pr,soalan balas oleh pb dan soalan semula pr. Saksi-saksi akan
dipanggil ke mahkamah dan mereka bawa kesemua bukti yang ada seperti
gambar,cctv,video. Terdapat juga hakim mahkamah/pendakwa raya kes
tersebut memohon untuk pergi ke tempat kejadian berlaku seperti tempat
dibunuh,tempat mangsa termasuk gaung.disitu adanya wartawan dan
berita akan dimasukkan ke akhbar.
• Setelah tamat pendakwaan,akhirnya hakim akan membuat keputusan
sama ada wujudnya prima facie ataupun tidak. Jika PR tidak dapatkan
buktikan merit yang kukuh,maka tertuduh akan dilepaskan.

Soalan 2
Setelah pihak pendakwaraya berjaya membuktikan prime facie kes terhadap
tertuduh, tertuduh dikehendaki untuk membela diri.
Kemukakan tiga pilihan untuk tertuduh membela diri.
PILIHAN PERTAMA-Tertuduh memberi keterangan dalam kandang saksi.
Didalam kendang saksi,tertuduh akan disoal oleh PB, soalan balas oleh
PR dan soalan semula oleh PB.

Sesungguhnya Hari Ini Adalah Esok Yang Telah Anda Rancangkan Semalam…
SIR MF
SOALAN TUTORIAL
UNDANG-UNDANG JENAYAH DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: MR. MOHD FAROK BIN MAT NOR®

PILIHAN KEDUA-Tertuduh memberi keterangan dalam kandang tertuduh.


Tertuduh akan memberi keterangan sahaja dan tidak boleh disoal oleh PR.
PILIHAN KETIGA-Turtuduh memilih untuk berdiam diri. Pihak tertuduh
tidak memberi apa-apa keterangan dan akan memanggil saksi yang lain
untuk memberi keterangan.

Ketiga-tiga pilihan ini, kebanyakan tertuduh akan memilih pilihan pertama


bagi memberi keterangan dalam kandang saksi dan pilihan yang paling
sedikit untuk tertuduh pilih adalah pilihan Dimana tertuduh memilih untuk
berdiam diri

Soalan 3
Nyatakan tiga golongan yang tidak boleh dijatuhi hukuman sebat bagi kesalahan
jenayah yang berjaya dibuktikan terhadapnya berdasarkan peruntukan undang-
undang. Berikan autoriti untuk menyokong jawapan anda.
Berapakah maksimum jumlah hukuman sebat yang diboleh dijatuhkan kepada
tertuduh? Berikan autoriti untuk menyokong jawapan anda.

➢ Menurut KANUN PROSEDUR JENAYAH (KPJ) SEKSYEN 289, keadaan-


keadaan dan orang-orang bagi mereka yang tidak boleh dikenakan
hukuman sebat. Hukuman sebat tidak boleh dikenakan kepada
• Perempuan
• Lelaki yang dijatuhkan hukuman mati (penjara seumur hidup tidak boleh)
• Lelaki yang mahkamah isytiharkan berumur lebih daripada 50 tahun
Kecuali mana-mana lelaki yang terlibat dengan hukuman kesalahan seksual
boleh disebat seperti disabitkan dengan meliwat,merogol walaupun umur
mereka lebih daripada 50 tahun.
• walaupun ada seorang atuk umur 85 tahun merogol cucu, dia boleh
dijatuhkan hukuman sebat walaupun semasa sebat dia meninggal dunia.

Sesungguhnya Hari Ini Adalah Esok Yang Telah Anda Rancangkan Semalam…
SIR MF
SOALAN TUTORIAL
UNDANG-UNDANG JENAYAH DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: MR. MOHD FAROK BIN MAT NOR®

Soalan 4
Apakah yang dimaksudkan dengan hukuman penjara mandatori. Berikan
seksyen-seksyen yang menyokong jawapan anda.
Hukuman penjara mandatori adalah wajib dipenjara walaubagaimana sekalipun .
• Menurut seksyen 302 kanun keseksaan, mana-mana orang yang
dikenakan hukuman bunuh, mahkamah ada pilihan sama ada gantung atau
penjara 30 tahun tidak lebih 40 tahun atau sebatan. Jika memenuhi seksyen
302 kanun keseksaan ,Sebilangan hakim tidak mahu terikat, akan gantung
pesalah sampai mati.
• Contoh, pesalah terpaksa bunuh simati kerana simati cuba merodok
pesalah, akan tetapi semasa siasatan Investigation Officer tidak menemui
sebarang alatan yang boleh mencederakan seperti pisau atau tiada kesan
pergelutan. kata kata si tertuduh sahaja yang ada akan tetapi tiada bukti
yang dijumpai. Jika hakim tiada simpati,pesalah akan digntung sampai
mati.
• Tetapi jika hakim mempunyai firasat yang mana pesalah dah bunuh simati
walaupun tiada bukti, hakim boleh tukarkan ke hukuman penjara seumur
hidup. Apabila disiasat sebelum kejadian itu, mereka berdua sememangnya
sudah bergaduh dn disitulah adanya elemen permusuhan.

Soalan 5
Terangkan pihak-pihak yang memulakan tindakan pendakwaan di negara-negara
yang berikut:
(i) USA - The people of California v. Smith (tidak pernah jajah kita)
(ii) India – Emperor (ketua negara)/ The King v. Tertuduh (pernah jajah kita)
(iii) England – Rex (siapa yang mengetuai pentadbiran-charles) / Regina
(queen elizabeth) v. Tertuduh (pernah jajah kita)

Sesungguhnya Hari Ini Adalah Esok Yang Telah Anda Rancangkan Semalam…
SIR MF

Anda mungkin juga menyukai