Anda di halaman 1dari 43

PROSEDUR

PERBICARAAN DI
MAHKAMAH
BAHASA MELAYU KERJAYA (PERUNDANGAN)
ETIKA SEMASA
MENGHADIRI
SESI
PERBICARAAN DI
Etika mahkamah
Etika atau adab yang perlu dipatuhi oleh
seseorang semasa berada di Mahkamah.

Etika membawa maksud yang lebih luas


dan merangkumi adab di dalam
mahkamah, di luar mahkamah dan adab
secara umum.

Etika ini hendaklah dipatuhi kerana hal


ini mencerminkan imej seseorang dan
dalam masa yang sama institusi
kehakiman perlu dihormati.
Etika berpakaian
● Sopan, kemas dan bersih.
● Digalakkan bersuit lengkap hitam
dan putih dan bertali leher.
● Kasut hitam atau gelap.
● Blazer tidak digalakkan berbutang
emas.
● Berambut pendek atau diikat jika
panjang.
● Menggunakan kasut yang sesuai.
Contoh ; kasut sukan dilarang.
● Bagi wanita bertudung, tudung yang
berwarna garang tidak digalakkan.
ETIKA UMUM
● MENEPATI MASA DAN DATANG AWAL KE MAHKAMAH.
● MENUNDUKKAN KEPALA KETIKA MASUK DAN KELUAR DARI MAHKAMAH SEBAGAI TANDA
HORMAT.
● MENYEDIAKAN DOKUMEN BERKAITAN DGN LENGKAP DAN PROFESIONAL.
● TIDAK MENGAMBIL GAMBAR ATAU MERAKAMKAN VIDEO.
● TELEFON BIMBIT DAN ALAT-ALAT ELEKTRONIK LAIN YANG BOLEH MENGHASILKAN BUNYI
HENDAKLAH DIMATIKAN.
● DILARANG BERCAKAP SESAMA SENDIRI ATAU MEMBUAT BISING.
● TIDAK BOLEH MENCELAH ATAU MENGEMUKAKAN APA-APA KENYATAAN DI DALAM
MAHKAMAH.
● MENGHORMATI HAKIM, PEGUAM, SAKSI, POLIS DAN SEMUA INDIVIDU DI MAHKAMAH.
● TIDAK BOLEH MENGGELAR PEGAWAI MAHKAMAH DGN GELARAN YANG TIDAK SESUAI.
● KANAK-KANAK DILARANG MASUK KE DALAM MAHKAMAH KECUALI DENGAN KEBENARAN.
Etika Saksi
Gunakan bahasa yang difahami untuk memberi
keterangan.

Angkat sumpah di dalam kandang saksi dengan suara


yang kuat dan jelas sambil mengangkat tangan kanan
paras bahu.

Hendaklah mendengar dengan teliti soalan-soalan


Pendakwa / Peguam dan jawab apa yang ditanya sahaja.
Jika ada sebarang soalan yang tidak difahami atau tidak
jelas, dapatkan penjelasan.

Pastikan jawapan/keterangan yang diberikan adalah secara


jujur dan benar. Saksi adalah terikat dengan sumpah
untuk berkata benar.

Bawa bersama-sama dokumen-dokumen yang akan


dikemukakan ke kandang saksi. Dapatkan keizinan
Mahkamah sekiranya ingin merujuk dokumen.

Sekiranya keterangan belum selesai/saksi tidak sempat


memberi keterangan, sila pastikan tarikh sambung
perbicaraan dicatatkan kerana saksi perlu hadir pada
tarikh tersebut.
ETIKA SEMASA
PERBICARAAN DI
MAHKAMAH : PEGUAM
Semasa di mahkamah : Di luar mahkamah

● ● Tidak mewakili sekiranya ada konflik


Tidak menyoal soalan yang menghina.
● Tidak menyoal soalan yang tidak relevan. kepentingan.
● ● Tidak mewakili sekiranya sukar untuk
Menghormati mahkamah.
● Mengendalikan kes dengan penuh hemah dan adil. mempertahankan kebebasan profesional.
● ● Tidak mewakili sekiranya tidak dapat hadir
Tidak memakai jubah peguam semasa menjadi
saksi. di mahkamah.
● Mempertahankan kredibliti profesion peguam. ● Tidak mewakili pelanggan peguam lain
● Tanggungjawab untuk mendedahkan fakta dan tanpa kebenaran.
● Sentiasa memelihara keperibadian.
bukti kes.
● Mengenakan bayaran yuran guaman secara adil. ● Tidak terlibat dengan apa sahaja aktiviti
jenayah.
ETIKA SEMASA
PERBICARAAN DI
● MAHKAMAH : HAKIM
Tidak dipengaruhi oleh sesiapa semasa menjalankan tugas.
● Tidak menerima rasuah atau hadiah yang menimbulkan syak wasangka.
● Melayani semua pihak dengan adil dan saksama.
● Menepati masa dan bersikap profesional.
● Menghormati tertuduh, saksi dan pegawai mahkamah.
● Tidak memberi keputusan sebelum mendengar keterangan daripada kedua-dua
pihak.
● Tidak membuat keputusan berdasarkan emosi.
● Tidak boleh mendedahkan atau menggunakan apa-apa maklumat bukan umum
yang diperoleh atas sifat kehakimannya bagi apa-apa maksud yang tidak
berhubung dengan tugas kehakimannya.
PROSEDUR SEBELUM
PERBICARAAN
I) PERSEDIAAN SEBELUM PROSIDING

1. Temu duga Anak guam


Lakukan rundingan dengan anak guam tentang fakta kes dan isu-isu berkaitan
Lakukan analisis dan cadangkan strategi untuk membuktikan kes bagi meyakinkan
mahkamah

2. Semakan Pliding
• Pastikan pliding lengkap, lakukan pindaan sekiranya perlu dan pastikan dokumen
terpinda difailkan dan diserahkan kepada pihak-pihak berkaitan
3. Kenal pasti dan senaraikan nama- nama saksi yang berpotensi
• Bincangkan dengan anak guam tentang saksi-saksi yang boleh memberi
keterangan di mahkamah
• Pastikan saksi yang boleh menyokong kes

4. Kaji latar belakang hakim, etika dan prosedur


• Pihak-pihak boleh membuat persediaan yang tepat bagi memenuhi kehendak
hakim yang akan mengadili kes agar Hakim akan sentiasa tenang semasa
mendengar perbicaraan
5. Sediakan dokumen-dokumen asal dan bahan bukti
• Pastikan anak guam menyediakan dokumen asal untuk setiap eksibit
• Kemukakan pada hari perbicaraan

6. Sediakan pernyataan saksi


• Soalan-soalan untuk pemeriksaan utama bagi saksi-saksi yang akan memberi
keterangan di mahkamah
• Mulakan dengan soalan-soalan asas
• Tanyakan soalan-soalan yang boleh memberi peluang untuk saksi atau anak
guam menceritakan fakta kes
7. Sediakan saksi untuk pemeriksaan balas
• Maklumkan kepada saksi bahawa beliau akan disoal balas oleh peguam pihak
lawan
• Saksi harus bersedia menjawab soalan-soalan bertujuan menggugat
keterangan

8. Semak tarikh dan waktu bicara


• Pastikan tarikh dan waktu ditepati

9. Semak kewujudan saksi dan maklumkan saksi apabila mereka diperlukan


II) SEBUTAN KES

1. Kes Jenayah
• Sebutan kes ialah pertuduhan yang dibacakan kepada tertuduh oleh jurubahasa
• Kertas pertuduhan ialah dokumen yang diisi oleh pegawai polis di balai polis
untuk merekodkan tuduhan atas orang yang disyaki
• Pertuduhan mengandungi butir-butir lengkap tentang pertuduhan supaya
tertuduh memahami dengan jelas pertuduhan terhadapnya.
“ Bahawasanya, Aisyah Binti Amir, pemegang kad pengenalan 930911-03-
XXXX pada tarikh 1 Jun 2018, jam 12.30 tengah malam bertempat di bilik
bernombor 04, Hotel Cahaya, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur telah
menyebabkan kematian Nora Binti Hashim dengan menikam mangsa
sampai mati menggunakan pisau dan didakwa di bawah Seksyen 302, Kanun
Keseksaan bagi kesalahan membunuh dengan niat dan jika disabit kesalahan
kamu boleh dihukum gantung sampai mati di bawah seksyen yang sama”
• Setelah pertuduhan dibacakan, soalan berikut akan ditanyakan kepadanya
“ Adakah kamu faham akan pertuduhan tersebut?”
• Sekiranya tertuduh menyatakan dia tidak memahami, maka pertuduhan akan
diterangkan semula sehingga dia benar-benar faham
• Jika tertuduh faham, soalan berikut akan ditanyakan kepadanya
” Apakah pengakuan kamu?”
• Mahkamah menggunakan istilah “pengakuan” supaya tertuduh menggunakannya juga
sama ada untuk tujuan mengaku bersalah atau tidak

2. Kes Sivil
• Sebutan ialah pembacaan fakta kes, serta apa-apa tuntutan yang dikemukan oleh
pihak yang menuntut haknya di mahkamah (plaintif)
• Segala tuntuan terhadap orang yang kena tuntut perlu dinyatakan dengan jelas
kepada pihak kena tuntut (defendan)
III) UCAPAN PEMBUKAAN

1. Kes Jenayah
• Ucapan yang dibuat oleh peguam bagi pihak pendakwa pada setiap permulaan
perbicaraan kes jenayah
• Menyatakan secara ringkas tentang kes tertuduh dan keterangan yang akan
digunakan oleh pendakwa untuk membuktikan kes

2. Kes Sivil
• Ucapan pembukaan dibacakan oleh peguam plaintif pada permulaan kes
IV) TADBIR SUMPAH

• Sebelum seorang saksi memberikan keterangan dalam perbicaraan, saksi perlu


mengangkat sumpah untuk memastikan tiada pembohongan dalam
keteranganya nanti
• Teks sumpah yang akan dibicarakan oleh saksi telah ditetapkan oleh pihak
mahkamah:

“ Bahawasanya saya (nama penuh), (no kad pengenalan), mengaku dan berikrar
akan bercakap benar, tiada apa-apa yang tidak benar, melainkan yang benar
belaka”
PROSEDUR KETIKA
PERBICARAAN
PEMERIKSAAN

• Fakta-fakta kes boleh diperoleh melalui keterangan saksi. Saksi akan


memberi keterangan berdasarkan soalan yang dikemukan oleh
peguam.
• Terdapat tiga jenis pemeriksaan mahkamah:
• Pemeriksaan utama (chief examination)
• Pemeriksaan balas (cross examination)
• Pemeriksaan semula (re-examination)
PEMERIKSAAN UTAMA

• Pemeriksaan utama dilakukan oleh peguam dengan memanggil saksi pertama


untuk memberi keterangan.
• Tujuan pemeriksaan utama adalah untuk mendapatkan fakta mengenai kes yang
sedang dibicarakan.
• Saksi harus diingatkan supaya menjawab hanya soalan yang ditanya dengan jelas.
Jangan terlalu perlahan dan jangan terlalu laju ketika memberi keterangan
• CONTOH PERINGATAN
Encik Ali, saya akan mengemukakan beberapa soalan di peringkat
pemeriksaan utama ini, sila jawab dengan jelas dan menghadap Yang Arif.
CONTOH SOALAN
• JENAYAH
• Pada _______ adakah puan membuat sebarang siasatan kes bunuh?
• Bagaimanakah keadaan si mati sewaktu dijumpai?
• Boleh tuan/puan cam OKT?

• SIVIL
• Bilakan puan dan defendan mendaftarkan perkahwinan?
• Siapakah yang menjadi saksi perkahwinan puan dan defendan?
• Kenapa puan ingin bercerai dengan defendan?
PEMERIKSAAN BALAS

• Pemeriksaan balas dilakukan oleh peguam pihak lawan bagi tujuan


menggugat keterangan saksi.
• Biasanya soalan memerlukan dua pilihan jawapan seperti ya/tidak,
betul/tidak.
• Soalan di peringkat ini agak mengelirukan saksi
• Saksi perlu berhati-hati ketika menjawab dan perlu memikirkan
implikasi jawapan
CONTOH SOALAN

JENAYAH
• Apabila ASP diberitahu tentang kejadian bunuh adakah ASP meminta
maklumat tambahan?
• Adakah ASP diberitahu tentang kecederaan di badan mangsa?
PEMERIKSAAN SEMULA

• Pada peringkat ini, peguam boleh menyoal semula anak guam atau
saksi berhubung mana-mana soalan peguam pihak lawan bagi
membetulkan semula keterangan yang telah diberikan oleh saksi
• Tujuan pemeriksaan semula adalah untuk mendapatkan kepastian
mengenai sesuatu fakta.
• Jangan tanya soalan baharu yang tidak ditanya semasa pemeriksaan
balas.
HUJAHAN
BAGAIMANA UNTUK MENYEDIAKAN
HUJAHAN?

• Hujahan boleh dibuat sama ada secara lisan atau bertulis mengikut arahan
mahkamah
• Lazimnya, pihak-pihak lebih berminat untuk menyediakan hujahan secara
bertulis berbanding lisan
SETERUSNYA...

• Kebiasaannya, mahkamah akan mengarahkan pihak Plaintif untuk


menyediakan hujahannya terlebih dahulu setelah selesai semua saksi bagi
semua pihak memberi keterangan
• Setelah Plaintif memfailkan hujahan dan menyerahkan hujahannya kepada
Defendan,
• Defendan perlu memfailkan hujahan balas dan menyerahkannya kepada
Plaintif
PERKARA YANG PERLU ADA DI DALAM
HUJAHAN

FORMAT
• Tidak ada format khusus untuk menyediakan hujahan
• Bergantung kepada cara dan gaya seseorang peguam
• Walau bagaimanapun, ia haruslah jelas, lengkap, teratur dan mudah
difahami
Contoh Kandungan Hujahan:

1. Latar belakang tuntutan - terangkan secara ringkas fakta kes


2. Isu-isu yang perlu diputuskan di dalam tuntutan
3. Hujahan - berdasarkan kepada keterangan dan bukti-bukti yang dikemukakan
bagi setiap isu yang dibangkitkan
4. Autoriti - kuatkan hujahan dengan kemukakan seberapa banyak autoriti, dari segi
hukum syarak, statut, kes dan sebagainya
5. Pendirian tentang tuntutan
6. Akhiri hujahan dengan membuat permohonan
CARA MENYEDIAKAN HUJAHAN
1. Rujuk semula kepada catatan berhubung semua keterangan saksi di peringkat
pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula
- untuk melihat apakah keterangan yang diberikan oleh saksi

2. Bandingkan keterangan serta dokumen-dokumen yang dikemukakan


- untuk melihat sama ada saksi-saksi bercakap benar atau berbohong semasa
memberi keterangan
- untuk melihat sama ada dokumen yang dikemukakan adalah sah, asli atau direka-
reka

3. Hujahkan sama ada keterangan yang diberikan oleh setiap saksi Plaintif telah
menyokong tuntutan atau sebaliknya
4. Hujahkan sama ada keterangan-keterangan/dokumen-dokumen yang telah
dikemukakan oleh Plaintif boleh membuktikan tuntutannya atau tidak

5. Hujahkan sama ada saksi bercakap benar atau tidak

6. Hujahkan sama ada keterangan saksi yang dikemukakan boleh diterima atau
perlu ditolak

7. Nyatakan prinsip-prinsip yang terpakai bagi setiap hujahan


Contoh: jika suami tidak memberi nafkah, suami sebenarnya telah tidak
menjalankan tanggungjawab dan menyalahi perintah Allah kerana terdapat ayat-
ayat di dalam Al-Quran yang jelas meletakkan tanggungjawab memberi nafkah ke
atas suami
8. Kemukakan autoriti-autoriti seperti dalil Al-Quran, hadis, statut, kes dan
sebagainya untuk menguatkan hujahan

9. Rumuskan hujahan dengan menegaskan pendirian sama ada tuntutan perlu


dibenarkan atau ditolak
- pastikan hujahan yang disediakan jelas lengkap dan teratur

10. Sediakan sekurang-kurangnya 3 salinan


JANGAN LUPA...

• Sediakan ikatan autoriti dengan mengumpulkan dan mengetipkan semua


autoriti yang dirujuk

• Sediakan indeks/kandungan dan letakkan muka surat untuk memudahkan


rujukan
PERKARA YANG PERLU ADA DI DALAM
IKATAN AUTORITI

• Ayat-ayat A-Quran
• Hadis
• Statut
• Kes
• Buku rujukan
• Amalan guaman
PENGHAKIMAN
BAGAIMANA HAKIM MEMBUAT
PENGHAKIMAN?

• Makhamah akan merujuk, menilai dan mempertimbangkan semua


keterangan saksi serta dokumen-dokumen, di samping hujah-hujah
yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.
• Setelah pihak-pihak mengemukakan hujahan sebagaimana yang
diarahkan, mahkamah akan menetapkan satu tarikh baharu bagi
mahkamah keputusan/ kehakiman.
KEPUTUSAN (PADA AKHIR PERINGKAT
PENDAKWAAN)
Ketiadaan bukti Bukti kukuh
• Mahkamah akan melepaskan dan • Kes Prima Facie telah dibuktikan
membebaskan tertuduh
• Pembebasan bermaksud tertuduh tidak
• Perbicaraan diteruskan ke peringkat
bersalah seterusnya, Peringkat Pembelaan
• Kadangkala, Hakim akan memutuskan untuk
“melepaskan tanpa membebaskan” kerana
beberapa sebab seperti ketiadaan saksi, bukti
atau sebab-sebab perundangan yang lain.
• Tertuduh dilepaskan tetapi boleh didakwa
semula.
KEPUTUSAN (PADA AKHIR KES PEMBELAAN)

Ketiadaan bukti Terdapat bukti kukuh


• Tertuduh didapati tidak bersalah • Tertuduh didapati bersalah
• (Bukti tidak cukup kuat atau • (Tahap bukti ini dinamakan sebagai
keraguan yang mencukupi) melampaui keraguan munasabah)
• Pihak tertuduh dibebaskan • Dihukum mengikut undang-undang
PROSEDUR SELEPAS PERBICARAAN.
• Jika ada pihak tidak berpuas hati atau terkilan dengan hukuman atau
keputusan maka ia boleh merayu ke Mahkamah Tinggi Shariah dalam
tempoh 14 hari dari tarikh hukuman.
• Perbicaraan rayuan, pada lazimnya tidak mendengar keterangan saksi
dan persoalan fakta, tetapi mengenai persoalan undang-undang
sahaja.
• Jika keputusan rayuan ke Mahkamah Tinggi Shariah tidak juga berpuas
hati maka rayuan ke Mahkamah Rayuan Shariah boleh dibuat dalam
masa 14 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan.
• Keputusan Mahkamah Rayuan Shariah adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai