Anda di halaman 1dari 1

HAMALATUL AL-QURAN

“Sebaik-baik kamu ialah sesiapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”

Hadis di atas sebagai ucapan Rasulullah s.a.w yang memberi semangat kepada pelajar Al-Quran, pengajar
Al-Quran, pembaca Al-Quran yang lancar bacaan dan pembaca Al-Quran yang tidak lancar bacaan supaya
beristiqamah bersama Al-Quran kerana terdapat ganjaran sekalipun pembaca Al-Quran itu tidak lancar.
Malah Rasulallah s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz menjanjikan mahkota pada hari kiamat
kepada ibu bapa yang anaknya membaca Al-Quran dan beramal dengannya.

Al-Quran adalah kitab suci yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu
mukjizat Baginda. Turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk umat manusia sehingga ke hari kiamat. Al-
Quran juga akan terpelihara dari penyelewengan sehingga hari kiamat.

Seterusnya, Al-Quran akan menjadi pembela di akhirat kepada mereka yang membacanya di dunia ini.
Allah SWT juga mengangkat tinggi kedudukan orang yang membaca Al-Quran dengan cara istiqamah
atau berterusan. Membaca Al Quran merupakan salah satu bentuk ibadah kepada Allah SWT. Namun,
dalam ibadah ini Allah berjanji akan melipat gandakan pahalanya menjadi 10 kali ganda.

Menjadi penghafal Al Quran juga memberikan keutamaan di akhirat. Hadis riwayat Muslim, Rasulullah
bersabda Al Quran bisa memberikan syafa'atnya atau pertolongan kepada pemiliknya.

Kata Ibrahim Al-Khawwas: “Ubat hati ialah lima perkara; (1) Membaca Al-Quran dengan tadabbur. (2)
Perut yang kosong-puasa. (3) Qiyamullail. (4) Berdoa pada waktu sahur. (5) Duduk bersama para solihin.

Anda mungkin juga menyukai