Anda di halaman 1dari 31

Refleksi pengajaran tingkatan 4 BL SMK Tasek Damai

Tarikh:
8 August 2019
Kelas:
4 BL
Matapelajaran:
Kesusasteraan Melayu
Hasil Pembelajaran:
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil
Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Utama (HPU)
3.0 menghuraikan
tema dan persoalan

Hasil Pembelajaran
Khusus (HPK)
4.1
Aras 1
i. Mengenalpasti
tema dalam karya
Aras 2
Menjelaskan
persoalan dalam karya

Antara alat bantu mengajar atau juga sumber-sumber


ABM/bahan sumber yang yang telah diguna pakai oleh saya ketika sesi pengajaran
digunakan: dan pembelajara di kelas 4 BL ialah pada set induksi saya
telah menggunakan video yang telah dimuat turun
daripada aplikasi youtube. Video tersebut berdurasi
selama satu minit mengenai seorang lelaki yang
menerima sepucuk surat daripada bekas kekasihnya yang
mengatakan rindu akan dirinya dan kenangan lama
mengusik kembali. Tujuan saya menayangkan video ini
adalah untuk mewujudkan kesediaan belajar murid dan
juga elemen-elemen untuk dikaitkan dengan
pembelajaran tema dan persoalan pada hari tersebut. Saya
mendapati semua murid memberi perhatian yang
secukupnya kerana memahami arahan yang saya berikan
dengan jelas pada permulaan kelas dimana saya telah
mengarahkan mereka untuk menganalisis tema dan
persoalan yang terdapat dalam video berkenaan. Saya
juga menggunakan skrin layar, projektor, LCD dan juga
jaringan internet untuk menayangkan video tersebut di
bilik akses sekolah. Setelah tamat video berkenaan, saya
menggunakan teknik soal jawab untuk menguji
kefahaman dan tahap fokus mereka. Berikut adalah
pautan yang saya gunakan di laman youtube:

https://www.youtube.com/watch?v=K2IoJrsbFJ8&t=46s

Pada langkah satu pula, saya telah menggunakan


slaid powerpoint untuk menerangkan definisi tema dan
persalan. Saya juga menggunakan skrin layar, projektor
dan juga LCD untuk langkah ini. Saya juga menyediakan
soalan teka silang kata bagi memudahkan pelajar
mengingati bahan pengajaran yang diajar.
Strategi pengajaran yang Saya telah bersedia dengan pelbagai strategi untuk
digunakan hari ini (terangkan berhadapan dengan murid yang pelbagai karenah sebelum
bagaimana strategi telah masuk ke kelas. Hal ini demikian kerana terdapat
dilaksanakan): pelbagai jenis murid dengan latar belakang yang berbeza-
beza. Oleh itu, saya mengambil inisiatif dengan
menggunakan pelbagai strategi ketika proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Antara strategi yang telah
digunakan oleh saya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah berpusatkan guru, berpusatkan murid,
berpusatkan bahan dan juga berpusatkan aktiviti. Strategi
ini penting dalam memastikan pengajaran dan pemudah
cara berjalan dengan lancar.

Pada set induksi, saya telah mengambil pendekatan


berpusatkan guru untuk mengawal kelas kerana murid
sedang dalam proses untuk menyesuaikan diri pada
langkah ini. Pada bahagian ini guru akan memainkan
peranannya sebagai penyampai ilmu namun masih
mengekalkan hubungan dua hala untuk memastikan tahap
fokus murid didalam kelas. Saya bertindak sebagai guru
telah menayangkan video yang berdurasi dua minat
kepada murid dan mengarahkan mereka untuk
menganalisis watak dan perwatakan yang terdapat dalam
video berkenaan. Saya memilih video yang mudah
difahami agar murid mudah mencerap isi penting yang
perlu dikenal pasti. Murid telah memberi perhatian
semasa langkah ini kerana secara umumnya mereka
memahami isi dan konteks yang ingin disampaikan
kepada penonton.

Seterusnya, saya juga menggunakan pendekatan


berpusat kepada murid di dalam kelas kerana mengikut
sukatan pembelajaran terkini yang gariskan oleh
kerajaan. pendekatan berpusat kepada murid ini
memudahkan kerja saya sebagai gura kerana saya hanya
perlu memberi arahan dan menerangkan sedikit isi
sebagai panduan kepada murid untuk menyiapkan
tugasan yang telah diberikan.

Selain itu, saya juga menggunakan strategi


berpusatkan bahan untuk merancakkan suasana
pembelajaran di dalam kelas. Strategi berpusatkan bahan
ini menekankan kepada penggunaan bahan yang
dijadikan bahan bantu belajar di dalam kelas. Strategi ini
juga terbukti berkesan untuk mengatasi masalah
mengantuk dan kurang fokus di dalam kelas kerana
semua murid dikehendaki membuat dan menyelesaikan
tugasan yang telah diberikan oleh guru dalam jangka
masa yang telah ditetapkan. Strategi ini telah saya
gunakan pada langkah dua untuk aktiviti rangka dan
ingat yang berpaksikan kepada penggunaan peta I think
dalam pengajaran yang akan dibentang oleh murid.
Langkah satu juga boleh diklasifikasikan dalam strategi
ini namun ianya lebih cenderung kepada berpusatkan
kepada murid. Strategi berpusatkan bahan ini sesuai
dengan konsep yang dibawa dalam pengajaran
berteraskan abad ke – 21 dimana guru hanya bertindak
sebagai fasilitator di dalam kelas.

Akhir sekali, saya juga menggunakan strategi


pengajaran berpusatkan aktiviti. Strategi ini ialah guru
perlu merancang aktiviti dengan sempurna untuk
dijalankan oleh murid. Semasa mengajar kelas 4 Ehsan,
saya telah menggunakan aktiviti “kuiz garis ingat” dan
aktiviti pembentangan “rangka dan ingat” dimana kedua
dua aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada murid terhadap teknik mengingat di dalam kelas.
Dengan wujudnya pelbagai aktiviti ini, pembelajaran
akan menjadi lebih menarik dan meningkatkan
penguasaan murid 4 BL dalam mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu ini dengan berkesan.

Adakah hasil pembelajaran Hasil pembelajaran bagi saya sudah tercapai semasa
saya dicapai? Bagaimana saya proses pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung. Hal
tahu? ini demikian kerana hanya segelintir murid yang tidak
memahami secara jelas namun saya telah menyediakan
latihan pada langkah 3 untuk sebagai pengukuhan
pembelajaran pada hari tersebut.

Objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat


berdasarkan ABCD iaitu audien, behaviour, condition
dan degree. Semasa proses pengajaran berlangsung, saya
melihat objektif tercapai melalui respon secara umum
melalui aktiviti yang dijalankan secara umum. Hasil
penerangan yang saya beri, murid 4BL mampu
menerangkan isi pembelajaran pada hari tersebut apabila
ditanya dalam fasa penutup. Hanya masalah masa
menjadi halangan untuk saya nilai secara langsung
pengajaran pada hari tersebut kerana saya tidak sempat
untuk memberi latihan untuk langkah tiga yang bertujuan
untuk menguji tahap pemahaman mereka dengan lebih
tepat.

Namun saya telah memberi latihan tersebut untuk


disiapkan di rumah dan perlu dihantar pada hari khamis
untuk saya nilai dan melakukan penambahbaikan
sekiranya perlu. Secara keseluruhan, objektif yang saya
bina mencapai tahap yang telah saya tetapkan untuk
mereka.

Adakah murid saya melibatkan Pembelajaran secara aktif atau proaktif merupakan
diri secara produktif /aktif? pembelajaran yang mampu meningkatkan tahap
Kalau ya - bagaimana saya pencapaian akademi murid. Hal ini kerana pembelajaran
tahu? Kalau tidak – mengapa? aktif dapat merangsang pemikiran mereka dengan
sempurna apabila wujud aktiviti yang menarik. Hal ini
dapat dilihat pada murid 4 BL Semasa proses pengajaran
dan pembelajaran, murid telah melibatkan diri dengan
aktif dalam kumpulan. Perkara ini saya lihat dengan jelas
bermula pada set induksi apabila saya menayangkan
video yang berkonsepkan keluarga yang mempunyai
konflik antara adik beradik. Aktifnya murid apabila
mereka memberi pelbagai respon sepanjang proses saya
mengajar.

Murid juga melibatkan diri secara aktif dan produktif


pada langkah satu iaitu melalui aktiviti kuiz “garis ingat”
yang dilakukan secara kumpulan. Perkara ini dapat dilihat
apabila mereka saling bekerjasama untuk menyiapkan
tugasan yang saya arahkan dalam masa 3 minit sahaja.
Setiap murid telah menunjukkan komitmen masing –
masing biarpun berada di dalam kumpulan yang bukan
terdiri daripada sahabat karib mereka. Mereka proaktif
dalam memilih dan menyiapkan jawapan untuk soalan
berkenaan serta menghantar seorang wakil ke hadapan
untuk memberi jawapan melalui komputer riba yang telah
saya sediakan. Penggunaan bahan maujud merancakkan
lagi perlakuan mereka. Hal ini kerana mereka perlu
mencari jawapan yang terdapat dalam teka silang kata
yang disediakan.

Pada langkah kedua, saya melihat berlakunya masalah


terhadap murid untuk menyiapkan tugasan iaitu membina
peta I think di dalam kertas sebak yang diberikan. mereka
seolah tidak pernah atau jarang menggunakan peta ini
dalam kelas semasa pengajaran dan pemudah cara
berlangsung. Hal ini demikian kerana mereka tidak
mampu menyiapkan tugasan yang diberikan dalam
jangka masa yang telah saya rangka sekaligus
menganggu kelancaran perjalanan pengajaran tersebut.
Atau mungkin aktiviti yang saya jalankan kurang
menarik. Namun secara peribadi, aktiviti ini mempunyai
banyak kebaikan, selain mengajar konteks pengajaran,
aktiviti ini juga menerapkan nilai bertanggungjawab,
bekerjasama, ketepatan masa dan yang paling penting
ialah saya telah mengajar mereka cara menulis nota
dengan bijak dan mudah diingat dalam masa singkat.

Pada sesi penutup, murid juga melibatkan diri dengan


aktif dalam sesi menjawab soalan dan refleksi
pengajaran. Mereka memberi kerjasama yang baik dan
menjawab segala soalan yang telah saya ajukan.

Adakah saya mengubah Seorang guru yang baik perlu punyai seribu satu teknik
rancangan pengajaran saya dan strategi untuk menyelamatkan proses pengajaran dan
semasa pengajaran saya? pembelajaran yang menghadapi masalah ketika di dalam
Mengapa? kelas. Perancangan yang teliti mampu memberikan
kelebihan kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah
penyampaian di dalam kelas. Semasa mengajar kelas 4
Ehsan, saya telah menghadapi masalah kekurangan masa
untuk langkah tiga kerana murid mengambil masa yang
lama untuk memahami aktiviti yang perlu dilakukan pada
langkah dua. Kurangnya pendedahan menjadi faktor
masalah ini berlaku. Saya telah mengubah rancangan
pengajaran pada langkah dua dengan memberi lebih masa
kepada murid untuk menyiapkan tugasan yang dirangka
supaya objektif pengajaran dapat dicapai dengan
sempurna biarpun langkah tiga yang memerlukan murid
menjawab soalan latihan pengukuhan tidak sempat dibuat
bersama ketika itu. Perubahan rancangan pengajaran
harian semasa di dalam kelas tersebut kerana saya kurang
peka dengan kemahiran yang dimiliki murid kerana
segelintir murid tidak dapat menguasai isi pengajaran
dengan baik.Guru perlu memberi perhatian yang lebih
kepada murid yang pasif supaya mereka juga dapat
mengusai pembelajaran dengan baik.

Apakah bantuan tambahan, Antara bantuan tambahan atau sumber-sumber lain yang
sokongan, dan / atau sumber- dapat saya merpertingkatkan pelajaran ini lagi ialah
sumber lain yang dapat semasa mengajar mengenai maksud setiap rangak
pertingkatkan pelajaran ini dengannpenambahbaikan dari segi penggunaan bahan-
lagi? bahan dan aktiviti supaya dapat memberi kefahaman
yang jelas kepada murid. Saya akan menggunakan bahan
yang lebih efektif seperti pengggunaan multimedia dalam
pengajaran dimana saya boleh tempah bilik komputer
untuk digunakan oleh murid untuk menggantikan kertas
sebak yang dilihat agak lambat untuk disiapkan dalam
masa singkat kerana masa pembelajaran sangat terhad
jadi dengan adanya penggunaan komputer lebih cepat,
menarik dan efektif kerana murid boleh mengakses
maksud setiap untuk mereka gunakan sebagai bahan
pembelajaran seterusnya dapat mencari maksud
keseluruhan sajak dengan mudah.

Selain itu, saya juga ingin mengubah aktiviti supaya


lebih menarik untuk mengatasi murid yang pasif.
Mungkin penggunaan muzik akan membantu mereka
untuk fokus dan menghilangkan akar pasif di dalam diri
mereka. Hal ini kerana sekiranya terdapat murid pasif,
mereka akan menyukarkan saya untuk menilai tahap
keberkesanan pembelajaran pada hari tersebut kerana
pemikiran yang berbeza memerlukan saya
mempelbagaikan teknik pengajaran.

Jika saya mempunyai peluang Sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar mata
untuk mengajar pelajaran ini pelajaran Kesusasteraan ini sekali lagi dengan kumpulan
sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan buat sesuatu yang baharu
murid yang sama, apakah yang dimana ianya sesuai dengan tahap pemikiran dan
saya akan buat secara berbeza? perkembangan mereka dalam pendidikan yang diterima.
Mengapa? Saya juga akan mencipta sebuah teknik yang bertepatan
dengan tajuk dan tidak mengambil masa yang lama untuk
difahami dan dilakukan oleh murid semasa saya
mengajar. Malah jika diberi kesempatan ini, murid dapat
pengalaman belajar dalam suasana berbeza kerana tahap
kebolehan murid juga berbeza. Selain itu, saya juga dapat
menggunakan dengan pendekatan yang baharu. Sebelum
ini pendekatan berfokus saya gunakan, mungkin
pendekatan analitik dan global lebih menarik dan sesuai
dengan pencapaian mereka. Pendekatan mengalami dan
menghayati juga menarik kerana mereka boleh
meluahkan bakat yang terpendam kerana pendekatan ini
melatih murid untuk membuat persembahan di khalayak
ramai seperti berteater, bersajak, berpantun dan banyak
lagi. Perkara ini akan memudahkan mereka untuk
mengikuti isi pengajaran dengan lebih sempurna dan
menyeluruh.Pendekatan ini juga membantu murid untuk
lebih berkeyakinan dan berani bercakap di hadapan kelas.

Apakah teori pengajaran dan Teori yang dipilih ialah teori kognitif. Teori ini
pembelajaran yang saya telah menekankan kepada proses mental dan segala maklumat
praktikan dalam kelas saya? yang diterima akan diproses secara aktif untuk
Terangkan dengan ringkas. membentuk inoformasi baru. Perkara ini boleh dilihat
pada set induksi. Pada set induksi saya telah melakukan
aktiviti soal jawab iaitu menyoal murid mengenai
kandungan mesej yang murid dapat dilihat pada video
yang ditayangkan oleh saya. Saya juga selaraskan teori
ini dengan Taksonomi Bloom.

Refleksi pengajaran tingkatan 4 BL SMK Tasek Damai(MAT PIAH & MR.BLACKWAY)


Tarikh: 2 August 2019

Kelas: 4BL

Mata pelajaran: Kesusasteraan Melayu

Hasil Pembelajaran: Hasil pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Aras 1

utama
i. Menentukan tema puisi
yang akan dihasilkan
3.0 menjelaskan

pemikiran dan persoalan Aras 3

dalam drama
i. Mempersembahkan

Hasil Pembelajaran dan menilai puisi

Khusus dengan pelbagai cara

yang sesuai di hadapan


3.1.Menerangkan definisi
khalayak.
pemikiran dan

persoalan dalam

drama

3.2.Menghuraikan

pemikiran dalam

drama

3.3.Menghuraikan

persoalan dalam

drama

ABM/bahan sumber yang Alat Bantu Mengajar yang saya gunakan ialah buku teks dan
digunakan: video. Manakala Bahan Bantu Mengajar atau bahan sumber
yang saya gunakan ialah buku teks, lembaran kerja, dan pen.

Alat Bantu Mengajar yang pertama iaitu video disediakan untuk


saya menjalankan set induksi. Pada set induksi, saya
menggunakan video lagu terkini popular yang dipilih mengikut
kesesuaian umur pelajar. Berdasarkan video tersebut, pelajar
diminta menerangkan apa yang mereka fahami mengenai video
tersebut dan tema dan persoalan yang terdapat dalam video
tersebut mengikut pemahaman sedia ada pelajar.

Lembaran kerja dipilih bagi memudahkan kefahaman pelajar


dalam memahami isi pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan di dalam kelas. Guru menyediakan beberapa
soalan yang sesuai dengan tajuk pengajaran bagi membolehkan
pelajar mengingat kembali isi pengajaran. Pelajar perlu
menghantar kembali lembaran kerja setelah selesai menjawab
bagi tujuan pentaksiran guru.

Akhir sekali, guru dapat merumuskan isi pengajaran dengan


mudah kerana bahan bantu mengajar yang digunakan
memudahkan kefahaman pelajar di dalam kelas.

Strategi pengajaran yang Strategi pengajaran yang saya gunakan pada hari ini adalah
digunakan hari ini (terangkan berdasarkan pendekatan berpusatkan guru iaitu saya lebih
bagaimana strategi telah menumpukkan di bahagian induksi. Semasa saya menjalankan
dilaksanakan): set induksi saya telah memilih cara pengajaran saya dengan
menayagkan video yang popular bagi pelajar dan mampu untuk
merangsang minda murid-murid saya bagi membolehkan
mereka meneka tentang apa yang akan mereka pelajari pada
hari ini.

Strategi pengajaran saya yang seterusnya ialah pendekatan


berpusatkan murid. Dalam Rancangan Pengajaran Harian, saya
menggunakan pendekatan berpusatkan murid seperti soal jawab,
penerangan dan aktiviti seperti “lembaran kerja”. Saya lebih
melibatkan penglibatan murid daripada guru. Pada langkah ini,
murid akan menjawab dalam soalan mengenai topik yang
diterima.
Penerangan adalah kaedah pengajaran yang saya gunakan dalam
mengatur strategi pada langkah pengajaran saya yang pertama,
kedua dan ketiga ialah lebih kepada pendekatan berpusatkan
bahan . Kaedah penerangan ini saya lakukan untuk
memudahkan pelajar memahami topik yang dipelajari pada hari
tersebut. Kaedah penerangan yang saya lakukan sebelum saya
melakukan aktiviti ini Murid-murid akan didedahkan dengan
dengan aktiviti yang telah saya rancang dalam proses
pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini yang banyak
saya fokuskan didalam langkah satu, dua dan langkah tiga.
Langkah satu dan dua saya menekankan kepada aktiviti Silang
kata manakala di langkah tiga saya memberi penekanan kepada
aktiviti berbentuk lembaran kerja.

Adakah hasil pembelajaran Hasil pembelajaran yang saya gunakan pada pengajaran dan
saya dicapai? Bagaimana saya pembelajaran pada hari ini tercapai. Murid – murid saya berjaya
tahu? mencapai hasil pembelajaran saya pada hari ini. Hasil
pembelajaran utama saya pada hari tersebut adalah :

Hasil Pembelajaran utama

3.0 menjelaskan pemikiran dan persoalan dalam drama

Hasil Pembelajaran Khusus

3.1.Menerangkan definisi pemikiran dan persoalan dalam drama

3.2.Menghuraikan pemikiran dalam drama

3.3.Menghuraikan persoalan dalam drama

Saya dapat mengenalpasti pencapaian hasil pembelajaran saya


menerusi kejayaan murid-murid saya mengasilkan sebuah sajak
seperti yang diterangkan semasa sesi pdpc. Aktiviti lembaran
kerja ini membantu pelajar lebih megingati isi pengajaran
kerana isi yang sama sering diulang dari awal pengajaran
sehingga akhir bagi menambah pemahaman pelajar. Misalnya,
definisi tema dan persoalan drama yang diberikan penekanan
melaui tiga aktiviti memudahkan pelajar isi pengajaran dengan
jelas dan lancar. Di. Melalui aktiviti ini, pelajar dilihat dapat
menjawab persoalan yang disediakan dengan jelas dan jelas
memahami isi pengajaran

Akhir sekali, saya dapat mengukur tahap kefahaman mereka


menerusi pengetahuan yang telah saya sediakan dan didapati
kesemua murid-murid saya berjaya menjawab soalan yang
diberikan dengan tepat. Kesemua murid-murid saya melepasi
target permarkahan yang telah saya tetapkan iaitu 6 daripada 8
markah.

Adakah murid saya Murid saya melibatkan diri secara produktif dan aktif sepanjang
melibatkan diri secara proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ketika saya
produktif /aktif? Kalau ya - melakukan aktiviti yang disediakan pada setiap langkah
bagaimana saya tahu? Kalau pengajaran dan pembelajaran saya, mereka aktif melibatkan diri
tidak – mengapa? mereka dengan memberi jawapan dan menjawab setiap soalan
yang saya kemukakan pada mereka. Mereka juga aktif dalam
perbincangan dan dapat menyelesaikan tugasan yang saya
berikan mengikut masa yang telah saya tetapkan. Selain itu,
murid-murid saya kerap bertanyakan soalan jika mereka tidak
memahami sesuatu peristiwa di dalam teks kerana penggunaan
bahasa yang digunakan ialah Bahasa melayu lama. Hal ini dapat
dijadikan bukti bahawa murid-murid saya sangat produktif
dalam menjalankan aktiviti yang telah saya sediakan serta
dalam memastikan mereka sangat berminat untuk mengetahui
isi pengajaran saya pada hari ini.

Adakah saya mengubah Saya tidak mengubah rancangan pengajaran harian saya ketika
rancangan pengajaran saya saya melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
semasa pengajaran saya? kelas melainkan saya hanya menggunakan masa tambahan bagi
Mengapa? menyelesaikan persoalan yang menjadi tanda tanya pada murid-
murid saya tentang bentuk soalan yang kebiasaannya boleh
keluar di dalam peperiksaan.

Apakah bantuan tambahan, Bantuan tambahan, sokongan atau sumber – sumber lain yang
sokongan, dan / atau sumber- dapat mempertingkatkan pelajaran ini adalah bahan teknologi
sumber lain yang dapat maklumat dan komunikasi (TMK) seperti bahan multimedia.
mempertingkatkan pelajaran Bahan TMK ini akan dapat membantu murid untuk lebih rajin
ini lagi? mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Bahan multimedia akan lebih menarik jika dibandingkan
dengan bahan maujud seperti silang kata.

Jika saya mempunyai peluang Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini
untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan yang sama, saya akan lakukan
sekali lagi untuk kumpulan dengan cara yang berbeza kerana cara yang saya gunakan
murid yang sama, apakah seperti aktiviti Silang Idea telah difahami oleh murid.
yang saya akan buat secara Tambahan pula, murid-murid saya sangat sukakan idea yang
berbeza? Mengapa? baharu di dalam proses pembelajaran misalnya menerusi aktiviti
yang telah dirancang. Saya akan melakukan cara yang berbeza
mungkin dengan meminta mereka bersiap sedia untuk
melakonkan watak yang telah saya berikan untuk lebih memberi
penjelasan terhadap peristiwa dalam sesuatu cerita tersebut. Hal
ini akan melibatkan murid secara aktif di samping memberikan
mereka keyakinan dalam diri.

Apakah teori pengajaran dan Teori kognitif ini dipilih untuk diaplikasikan dalam proses PdP
pembelajaran yang saya telah saya kerana saya ingin melihat cara murid merangsang minda
praktikan dalam kelas saya? mereka untuk menjawab soalan yang dikemukakan secara
Terangkan dengan ringkas. rawak tanpa persediaan jawapan terlebih dahulu.

Seterusnya, teori kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh


Gardner adalah kepakaran kecerdasan pelbagai manusia
seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan
masalah, dan menangani masalah sesuai dengan masa dan
tempat, dan menghasilkan bahan yang efektif. Dalam hal ini
dapat dilihat sepanjang saya menjalankan aktiviti di mana
murid-murid saya telah diaplikasikan dengant teori ini. Namun,
pada pengajalan pada hari ini saya hanya menggunakan lima
daripada lapan jenis kecerdasan pelbagai yang telah
diperkenalkan. Antaranya kecerdasan pelbagai jenis
interpersonal, intrapersonal, visual-ruang, verbal-linguistik, dan
kinestetik. Buktinya, murid-murid saya pada mulanya
berbincang di dalam kumpulan untuk mencari jawapan bagi
soalan yang saya berikan serta melaksanakan tugasan dengan
wakil kumpulan bergerak ke hadapan kelas untuk menulis
jawapan hasil daripada perbincangan mereka di papan tulis.
Selain itu, teori interaksional ini berlaku semasa murid-murid
mula berinteraksi dengan rakan mereka untuk menerangkan ciri
dan juga peristiwa yang mereka peroleh hasil daripada
perbincangan kumpulan.

Akhir sekali, Teori Behaviourisme ini mengkaji pembelajaran


dan aliran tingkah laku melalui analisis perkaitan rangsangan
gerak balas dan teori ini sangat mengutamakan pembelajaran
kemahiran-kemahiran tertentu terutamanya berkaitan kemahiran
fizikal. Teori ini saya aplikasikan semasa di langkah tiga iaitu
semasa menjalankan aktiviti pengukuhan berdasarkan lembaran
kerja yang telah saya sediakan.

Refleksi pengajaran tingkatan 4 BL SMK Tasek Damai(MAT PIAH & MR. BLACKWAY)
Tarikh: 1 August 2019

Kelas: 4BL
Mata pelajaran: Kesusasteraan Melayu

Hasil Pembelajaran: Hasil pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran I. Menyatakan definisi

utama latar

II. Menyatakan jenis latar


6.0.Menghuraikan
III. Menyatakan latar
latar dalam drama
masa, latar tempat dan
Hasil Pembelajaran
latar masyarakat dalam
Khusus
drama

6.1.Menerangkan

definisi latar

masa dan latar

masyarakat

dalam drama

6.2.Menerangkan

latar tempat,

latar masa dan

latar masyarakat

dalam drama

ABM/bahan sumber yang Alat Bantu Mengajar yang saya gunakan ialah buku teks dan
digunakan: video. Manakala Bahan Bantu Mengajar atau bahan sumber
yang saya gunakan ialah buku teks, lembaran kerja, dan pen.

Alat Bantu Mengajar yang pertama iaitu video disediakan untuk


saya menjalankan set induksi. Pada set induksi, saya
menggunakan video lagu terkini popular yang dipilih mengikut
kesesuaian umur pelajar. Berdasarkan video tersebut, pelajar
diminta menerangkan apa yang mereka fahami mengenai video
tersebut dan tema dan persoalan yang terdapat dalam video
tersebut mengikut pemahaman sedia ada pelajar.

Akhir sekali, guru dapat merumuskan isi pengajaran dengan


mudah kerana bahan bantu mengajar yang digunakan
memudahkan kefahaman pelajar di dalam kelas.

(kelas hanya berlangsung satu masa kerana guru pembimbing


mengambil satu masa untuk ulang kaji)

Strategi pengajaran yang Strategi pengajaran yang saya gunakan pada hari ini adalah
digunakan hari ini (terangkan berdasarkan pendekatan berpusatkan guru iaitu saya lebih
bagaimana strategi telah menumpukkan di bahagian induksi. Semasa saya menjalankan
dilaksanakan): set induksi saya telah memilih cara pengajaran saya dengan
menayagkan video yang popular bagi pelajar dan mampu untuk
merangsang minda murid-murid saya bagi membolehkan
mereka meneka tentang apa yang akan mereka pelajari pada
hari ini.

Strategi pengajaran saya yang seterusnya ialah pendekatan


berpusatkan murid. Dalam Rancangan Pengajaran Harian, saya
menggunakan pendekatan berpusatkan murid seperti soal jawab,
penerangan. Saya lebih melibatkan penglibatan murid daripada
guru. Pada langkah ini, murid akan menjawab dalam soalan
mengenai topik yang diterima.

Penerangan adalah kaedah pengajaran yang saya gunakan dalam


mengatur strategi pada langkah pengajaran saya yang pertama,
kedua dan ketiga ialah lebih kepada pendekatan berpusatkan
bahan . Kaedah penerangan ini saya lakukan untuk
memudahkan pelajar memahami topik yang dipelajari pada hari
tersebut. Kaedah penerangan yang saya lakukan sebelum saya
melakukan aktiviti ini Murid-murid akan didedahkan dengan
dengan aktiviti yang telah saya rancang dalam proses
pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini yang banyak
saya fokuskan didalam langkah satu.

Adakah hasil pembelajaran Hasil pembelajaran yang saya gunakan pada pengajaran dan
saya dicapai? Bagaimana saya pembelajaran pada hari ini tercapai. Murid – murid saya berjaya
tahu? mencapai hasil pembelajaran saya pada hari ini. Hasil
pembelajaran utama saya pada hari tersebut adalah :

Hasil Pembelajaran utama

6.0.Menghuraikan latar dalam drama

Hasil Pembelajaran Khusus

6.1.Menerangkan definisi latar masa dan latar masyarakat dalam

drama

6.2.Menerangkan latar tempat, latar masa dan latar masyarakat

dalam drama

Saya dapat mengenalpasti pencapaian hasil pembelajaran saya


menerusi kejayaan murid-murid saya mengasilkan sebuah sajak
seperti yang diterangkan semasa sesi pdpc. Aktiviti lembaran
kerja ini membantu pelajar lebih megingati isi pengajaran
kerana isi yang sama sering diulang dari awal pengajaran
sehingga akhir bagi menambah pemahaman pelajar. Misalnya,
definisi latar yang diberikan penekanan melaui aktiviti
memudahkan pelajar isi pengajaran dengan jelas dan lancar. Di.
Melalui aktiviti ini, pelajar dilihat dapat menjawab persoalan
yang disediakan dengan jelas dan jelas memahami isi
pengajaran

Akhir sekali, saya dapat mengukur tahap kefahaman mereka


menerusi pengetahuan yang telah saya sediakan dan didapati
kesemua murid-murid saya berjaya menjawab soalan yang
diberikan dengan tepat. Kesemua murid-murid saya melepasi
target permarkahan yang telah saya tetapkan iaitu 6 daripada 8
markah.

Adakah murid saya Murid saya melibatkan diri secara produktif dan aktif sepanjang
melibatkan diri secara proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ketika saya
produktif /aktif? Kalau ya - melakukan aktiviti yang disediakan pada setiap langkah
bagaimana saya tahu? Kalau pengajaran dan pembelajaran saya, mereka aktif melibatkan diri
tidak – mengapa? mereka dengan memberi jawapan dan menjawab setiap soalan
yang saya kemukakan pada mereka. Mereka juga aktif dalam
perbincangan dan dapat menyelesaikan tugasan yang saya
berikan mengikut masa yang telah saya tetapkan. Selain itu,
murid-murid saya kerap bertanyakan soalan jika mereka tidak
memahami sesuatu peristiwa di dalam teks kerana penggunaan
bahasa yang digunakan ialah Bahasa melayu lama. Hal ini dapat
dijadikan bukti bahawa murid-murid saya sangat produktif
dalam menjalankan aktiviti yang telah saya sediakan serta
dalam memastikan mereka sangat berminat untuk mengetahui
isi pengajaran saya pada hari ini.

Adakah saya mengubah Saya tidak mengubah rancangan pengajaran harian saya ketika
rancangan pengajaran saya saya melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
semasa pengajaran saya? kelas melainkan saya hanya menggunakan masa tambahan bagi
Mengapa? menyelesaikan persoalan yang menjadi tanda tanya pada murid-
murid saya tentang bentuk soalan yang kebiasaannya boleh
keluar di dalam peperiksaan.

Apakah bantuan tambahan, Bantuan tambahan, sokongan atau sumber – sumber lain yang
sokongan, dan / atau sumber- dapat mempertingkatkan pelajaran ini adalah bahan teknologi
sumber lain yang dapat maklumat dan komunikasi (TMK) seperti bahan multimedia.
mempertingkatkan pelajaran Bahan TMK ini akan dapat membantu murid untuk lebih rajin
ini lagi? mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Bahan multimedia akan lebih menarik jika dibandingkan
dengan bahan maujud seperti silang kata.

Jika saya mempunyai peluang Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini
untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan yang sama, saya akan lakukan
sekali lagi untuk kumpulan dengan cara yang berbeza kerana cara yang saya gunakan
murid yang sama, apakah seperti aktiviti Silang Idea telah difahami oleh murid.
yang saya akan buat secara Tambahan pula, murid-murid saya sangat sukakan idea yang
berbeza? Mengapa? baharu di dalam proses pembelajaran misalnya menerusi aktiviti
yang telah dirancang. Saya akan melakukan cara yang berbeza
mungkin dengan meminta mereka bersiap sedia untuk
melakonkan watak yang telah saya berikan untuk lebih memberi
penjelasan terhadap peristiwa dalam sesuatu cerita tersebut. Hal
ini akan melibatkan murid secara aktif di samping memberikan
mereka keyakinan dalam diri.

Apakah teori pengajaran dan Teori kognitif ini dipilih untuk diaplikasikan dalam proses PdP
pembelajaran yang saya telah saya kerana saya ingin melihat cara murid merangsang minda
praktikan dalam kelas saya? mereka untuk menjawab soalan yang dikemukakan secara
Terangkan dengan ringkas. rawak tanpa persediaan jawapan terlebih dahulu.

Seterusnya, teori kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh


Gardner adalah kepakaran kecerdasan pelbagai manusia
seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan
masalah, dan menangani masalah sesuai dengan masa dan
tempat, dan menghasilkan bahan yang efektif. Dalam hal ini
dapat dilihat sepanjang saya menjalankan aktiviti di mana
murid-murid saya telah diaplikasikan dengant teori ini. Namun,
pada pengajalan pada hari ini saya hanya menggunakan lima
daripada lapan jenis kecerdasan pelbagai yang telah
diperkenalkan. Antaranya kecerdasan pelbagai jenis
interpersonal, intrapersonal, visual-ruang, verbal-linguistik, dan
kinestetik. Buktinya, murid-murid saya pada mulanya
berbincang di dalam kumpulan untuk mencari jawapan bagi
soalan yang saya berikan serta melaksanakan tugasan dengan
wakil kumpulan bergerak ke hadapan kelas untuk menulis
jawapan hasil daripada perbincangan mereka di papan tulis.

Selain itu, teori interaksional ini berlaku semasa murid-murid


mula berinteraksi dengan rakan mereka untuk menerangkan ciri
dan juga peristiwa yang mereka peroleh hasil daripada
perbincangan kumpulan.

Akhir sekali, Teori Behaviourisme ini mengkaji pembelajaran


dan aliran tingkah laku melalui analisis perkaitan rangsangan
gerak balas dan teori ini sangat mengutamakan pembelajaran
kemahiran-kemahiran tertentu terutamanya berkaitan kemahiran
fizikal. Teori ini saya aplikasikan semasa di langkah tiga iaitu
semasa menjalankan aktiviti pengukuhan berdasarkan lembaran
kerja yang telah saya sediakan.

Refleksi pengajaran tingkatan 4 BL SMK Tasek Damai(MENCINTAI TANAH INI)


Tarikh: 9 August 2019
Kelas: 4 BL
Matapelajaran: Kesusasteraan Melayu
Hasil Pembelajaran:
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil
Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Utama (HPU)
4.0.Menghuraikan
maksud puisi

Hasil Pembelajaran
Khusus (HPK)
4.1 Menerangkan
maksud rangkap yang Aras 1
dikaji ii. Menyatakan setiap
4.2 Menjelaskan maksud rangkap
maksud keseluruhan dalam puisi yang
puisi yang dikaji dikaji
Aras 2
iii. Menerangkan
maksud
keseluruhan puisi

ABM/bahan sumber yang Antara alat bantu mengajar atau juga sumber-sumber
digunakan: yang telah diguna pakai oleh saya ketika sesi pengajaran
dan pembelajara di kelas 4 BL ialah pada set induksi saya
telah menggunakan video yang telah dimuat turun
daripada aplikasi youtube. Video tersebut berdurasi
selama 1 minit 15 saat mengenai seorang lelaki yang
memegang watak sebagai anak yang mempunyai
perwatakan yang cukup tegas, bertanggungjawab, dan
mengenang jasa kedua ibu bapanya Tujuan saya
menayangkan video ini adalah untuk mewujudkan
kesediaan belajar murid dan juga elemen-elemen untuk
dikaitkan dengan pembelajaran plot pada hari tersebut.
Saya mendapati semua murid memberi perhatian yang
secukupnya kerana memahami arahan yang saya berikan
dengan jelas pada permulaan kelas dimana saya telah
mengarahkan mereka untuk menganalisis maksud
keseluruhan cerita yang terdapat dalam video tersebut
terdapat dalam video berkenaan. Saya juga menggunakan
skrin layar, projektor, LCD dan juga jaringan internet
untuk menayangkan video tersebut di bilik akses sekolah.
Setelah tamat video berkenaan, saya menggunakan teknik
soal jawab untuk menguji kefahaman dan tahap fokus
mereka. Berikut adalah pautan yang saya gunakan di
laman youtube:

https://www.youtube.com/watch?v=K2IoJrsbFJ8&t=46s

Pada langkah satu pula, saya telah menggunakan slaid


powerpoint untuk memaparkan nama-nama tertentu
untuk mendeklamasi sajak dan saya telah menerangkan
serba ringkas mengenai puisi tersebut.Murid yang terpilih
akan mendeklamasi puisi dan muzik instrumental
mengiringi sewaktu murid mendeklamasi puisi di
hadapan kelas.
Pada langkah dua, iaitu aktiviti “dengar dan hafal saya
juga telah menggunakan slaid bagi memberikan
penerangan mengenai maksud keseluruhan puisi. Untuk
memaparkan slaid tersebut saya menggunakan skrin
layar, projektor dan juga LCD. Untuk aktiviti ini mereka
kekal dengan kumpulan asal dan setiap kumpulan perlu
mencabut tajuk dan seterusnya membina peta I think
yang kreatif dan sesuai dengan isi pengajaran kerana
mereka perlu membentang hasil kerja kumpulan mereka.
Hasil daripada pemerhatian saya, hanya sekelompok kecil
murid 4 BL yang kurang memberikan tumpuan dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan oleh saya kerana
mereka saya lihat pasif dan tidak mahu bekerjasama.
Saya mengambil langkah untuk mendekati mereka dan
memberikan penerangan sekiranya mereka tidak faham.

Setelah selesai, saya mengedarkan lembaran kerja


sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran pada hari
tersebut dan juga untuk membuat penilaian bagi menilai
tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran hari
tersebut untuk langkah 3.
Strategi pengajaran yang Strategi pengajaran yang saya gunakan hari ini ialah
digunakan hari ini (terangkan pengajaran yang berpusatkan kepada murid. Saya sebagai
bagaimana strategi telah guru hanyalah membimbing mereka dalam melakukan
dilaksanakan): aktiviti. Pada set induksi, saya telah melakukan strategi
pengajaran saya dengan menayangkan video dan
melakukan aktiviti Lari dan Tulis yang berkaitan
perkataan ‘boros’ untuk menarik minat murid-murid serta
merangsang minda murid-murid. Murid-murid
dikehendaki menulis di papan putih dan menyenaraikan
perkataan-perkataan yang berkaitan dengan ‘boros’.
Selain itu, saya telah memulakan PdPc dengan
menggunakan video, Powerpoint dan Powtoon kepada
murid-murid agar memberi keseronokan kepada mereka
dan dapat menarik minat mereka semasa PdPc yang
dijalankan. Pada langkah satu juga saya bersoal jawab
dengan murid-murid berkaitan dengan maksud rangkap
seloka Boros dan Jimat. Hal ini agar murid-murid dapat
memahami isi pengajaran yang hendak disampaikan.

Pada langkah kedua, strategi pengajaran yang saya


gunakan adalah dengan melakukan aktiviti Sampul Puisi.
Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kognitif murid-
murid kerana murid-murid perlu menguasai maksud
setiap rangkap seloka tersebut. Melalui aktiviti ini murid-
murid dikehendaki mengambil satu sampul surat
berwarna yang mengandungi maksud setiap rangkap
seloka Boros dan Jimat. Seterusnya, murid-murid
perlulah menampal jawapan maksud seloka tersebut di
papan putih pada rangkap-rangkap seloka yang betul.
Akhir sekali, murid-murid dikehendaki membaca setiap
jawapan maksud rangkap seloka yang telah ditampal di
papan putih. Aktiviti yang dijalankan juga dapat melihat
pergerakan aktif murid-murid di dalam kelas dan
keyakinan murid di hadapan rakan-rakannya.

Pada bahagian penutup, saya mengedarkan lembaran


kerja kepada murid-murid agar dapat memberi
pengukuhan dan meningkatkan kefahaman murid dalam
pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan
oleh guru.

Adakah hasil pembelajaran Hasil pembelajaran bagi saya sudah tercapai semasa
saya dicapai? Bagaimana saya proses pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung. Hal
tahu? ini demikian kerana hanya segelintir murid yang tidak
memahami secara jelas namun saya telah menyediakan
latihan pada langkah 3 untuk sebagai pengukuhan
pembelajaran pada hari tersebut.

Objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat


berdasarkan ABCD iaitu audien, behaviour, condition
dan degree. Semasa proses pengajaran berlangsung, saya
melihat objektif tercapai melalui respon secara umum
melalui aktiviti yang dijalankan secara umum. Hasil
penerangan yang saya beri, murid 4BL mampu
menerangkan isi pembelajaran pada hari tersebut apabila
ditanya dalam fasa penutup. Hanya masalah masa
menjadi halangan untuk saya nilai secara langsung
pengajaran pada hari tersebut untuk saya merumuskan
pengajaran secara keseluruhan untuk murid membantu
murid mendapat input tambahan.

Namun saya telah memberi latihan tersebut untuk


disiapkan di rumah dan perlu dihantar pada hari Jumaat
untuk saya nilai dan melakukan penambahbaikan
sekiranya perlu. Secara keseluruhan, objektif yang saya
bina mencapai tahap yang telah saya tetapkan untuk
mereka bersesuaian dengan kognitif mereka kerana setiap
murid mempunyai tahap pemikiran yang berbeza jadi
sebagai seorang guru,saya mestilah mempelbagaikan
aktiviti yang bersesuaian dengan pembelajaran.

Adakah murid saya melibatkan Pembelajaran secara aktif atau proaktif merupakan
diri secara produktif /aktif? pembelajaran yang mampu meningkatkan tahap
Kalau ya - bagaimana saya pencapaian akademi murid. Hal ini kerana pembelajaran
tahu? Kalau tidak – mengapa? aktif dapat merangsang pemikiran mereka dengan
sempurna apabila wujud aktiviti yang menarik. Hal ini
dapat dilihat pada murid 4 BL Semasa proses pengajaran
dan pembelajaran, murid telah melibatkan diri dengan
aktif dalam kumpulan. Perkara ini saya lihat dengan jelas
bermula pada set induksi apabila saya menayangkan
video yang berkonsepkan keluarga yang mempunyai
konflik antara ayah dan anaknya. Aktifnya murid apabila
mereka memberi pelbagai respon sepanjang proses saya
mengajar.

Murid juga melibatkan diri secara aktif dan produktif


pada langkah satu iaitu mendklamasi sajak berdasarkan
nama yang tertera di skrin layar.Setiap murid telah
menunjukkan komitmen masing – masing biarpun berada
di dalam kumpulan yang bukan terdiri daripada sahabat
karib mereka. Mereka proaktif dalam memilih dan
menyiapkan jawapan untuk soalan berkenaan serta
menghantar seorang wakil ke hadapan untuk memberi
jawapan melalui komputer riba yang telah saya sediakan.
Penggunaan bahan maujud merancakkan lagi perlakuan
mereka. Hal ini kerana mereka perlu mencari jawapan
yang terdapat dalam teka silang kata yang disediakan.

Pada langkah kedua, saya melihat berlakunya masalah


terhadap murid untuk menyiapkan tugasan iaitu membina
peta I think di dalam kertas sebak yang diberikan. mereka
seolah tidak pernah atau jarang menggunakan peta ini
dalam kelas semasa pengajaran dan pemudah cara
berlangsung. Hal ini demikian kerana mereka tidak
mampu menyiapkan tugasan yang diberikan dalam
jangka masa yang telah saya rangka sekaligus
menganggu kelancaran perjalanan pengajaran tersebut.
Atau mungkin aktiviti yang saya jalankan kurang
menarik. Namun secara peribadi, aktiviti ini mempunyai
banyak kebaikan, selain mengajar konteks pengajaran,
aktiviti ini juga menerapkan nilai bertanggungjawab,
bekerjasama, ketepatan masa dan yang paling penting
ialah saya telah mengajar mereka cara menulis nota
dengan bijak dan mudah diingat dalam masa singkat.

Pada sesi penutup, murid juga melibatkan diri dengan


aktif dalam sesi menjawab soalan dan refleksi
pengajaran. Mereka memberi kerjasama yang baik dan
menjawab segala soalan yang telah saya ajukan.

Adakah saya mengubah Seorang guru yang baik perlu punyai seribu satu teknik
rancangan pengajaran saya dan strategi untuk menyelamatkan proses pengajaran dan
semasa pengajaran saya? pembelajaran yang menghadapi masalah ketika di dalam
Mengapa? kelas. Perancangan yang teliti mampu memberikan
kelebihan kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah
penyampaian di dalam kelas. Semasa mengajar kelas 4
Ehsan, saya telah menghadapi masalah kekurangan masa
untuk langkah tiga kerana murid mengambil masa yang
lama untuk memahami aktiviti yang perlu dilakukan pada
langkah dua. Kurangnya pendedahan menjadi faktor
masalah ini berlaku. Saya telah mengubah rancangan
pengajaran pada langkah dua dengan memberi lebih masa
kepada murid untuk menyiapkan tugasan yang dirangka
supaya objektif pengajaran dapat dicapai dengan
sempurna biarpun langkah tiga yang memerlukan murid
menjawab soalan latihan pengukuhan tidak sempat dibuat
bersama ketika itu. Perubahan rancangan pengajaran
harian semasa di dalam kelas tersebut kerana saya kurang
peka dengan kemahiran yang dimiliki murid dimana
mereka kurang didedahkan dengan cara pengajaran
menggunakan peta I think yang kini menjadi simbol
kualiti dalam pengajaran di dalam kelas.

Apakah bantuan tambahan, Antara bantuan tambahan atau sumber-sumber lain yang
sokongan, dan / atau sumber- dapat saya merpertingkatkan pelajaran ini lagi ialah
sumber lain yang dapat semasa mempelajari watak dan perwatakan saya ingin
pertingkatkan pelajaran ini membuat penambahbaikan dari segi penggunaan bahan-
lagi? bahan dan aktiviti supaya dapat memberi kefahaman
yang jelas kepada murid. Saya akan menggunakan bahan
yang lebih efektif seperti pengggunaan multimedia dalam
pengajaran dimana saya boleh tempah bilik komputer
untuk digunakan oleh murid untuk menggantikan kertas
sebak yang dilihat agak lambat untuk disiapkan dalam
masa singkat. Penggunaan komputer lebih cepat, menarik
dan efektif kerana murid boleh mengakses pelbagai jenis
peta I think untuk mereka gunakan sebagai bahan
pembelajaran.

Selain itu, saya juga ingin mengubah aktiviti supaya


lebih menarik untuk mengatasi murid yang pasif.
Mungkin penggunaan muzik akan membantu mereka
untuk fokus dan menghilangkan akar pasif di dalam diri
mereka. Hal ini kerana sekiranya terdapat murid pasif,
mereka akan menyukarkan saya untuk menilai tahap
keberkesanan pembelajaran pada hari tersebut.

Jika saya mempunyai peluang Jika saya diberi peluang untuk mengajar pelajaran ini
untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan
sekali lagi untuk kumpulan buat secara berbeza iaitu dengan permainan Kahoot atau
murid yang sama, apakah yang Quizezz. Penggunaan permainan ini adalah dengan
saya akan buat secara berbeza? menggunakan ICT. Mereka akan bermain dengan
Mengapa? menggunakan komputer. Permainan ini juga amat
menyeronokkan kerana murid-murid berlumba-lumba
untuk menjawab soalan agar mendapat tempat untuk
memenangi permainan tersebut. Apabila mereka bermain
permainan ini, jadi serba sedikit mereka mengetahui topik
yang diajarkan serta dapat merangsang minda mereka
untuk mengingati apa yang telah diajar. Penggunaan ICT
dapat membantu murid-murid untuk lebih berminat dan
mengukuhkan lagi kefahaman murid dalam mempelajari
sesebuah topik yang diajar oleh guru.

Apakah teori pengajaran dan Teori yang dipilih ialah teori kognitif. Teori ini
pembelajaran yang saya telah menekankan kepada proses mental dan segala maklumat
praktikan dalam kelas saya? yang diterima akan diproses secara aktif untuk
Terangkan dengan ringkas. membentuk inoformasi baru. Perkara ini boleh dilihat
pada set induksi. Pada set induksi saya telah melakukan
aktiviti soal jawab iaitu menyoal murid mengenai
perwatakan yang murid lihat pada video yang
ditayangkan oleh saya. Saya juga selaraskan teori ini
dengan Taksonomi Bloom.

Anda mungkin juga menyukai